Dr Mahathir: Kekalkan penyatuan Melayu untuk jamin Kemerdekaan

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di P44 Permatang Pauh

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di P44 Permatang Pauh

Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar orang Melayu elak perpecahan dan kukuhkan penyatuan, untuk menjamin Kemerdekaan yang dicapai berterusan dan mereka kekal menjadi negara-bangsa yang berdaulat.

“Perpaduan menentukan kekuatan. Dahulu, orang Melayu tidak ada apa apa, termasuk pelajaran. Oleh sebab orang Melayu bersatu kukuh dibawah UMNO, Malayan Union ciptaan British yang merupakan kuasa besar dunia itu berjaya digagalkan”.

Beliau berucap dihadapan lebih 5,000 hadirin di Permatang Pauh malam ini. Turut bersama beliau adalah kepimpinan UMNO Permatang Pauh dan calon P44 Permatang Pauh Dr Mazlan Ali.

Presiden UMNO V itu menjelaskan bahawa PAS lahir dari golongan ulama’ dikalangan orang UMNO yang tidak berpuas hati yang tidak diberikan tempat. Kemudian mereka menakut nakutkan orang Melayu dengan mengeluarkan ‘UMMO kafir kerana berkerjasama dengan orang Bukan Islam’.

“Kita kerjasama dengan kafir, tetapi mereka ‘kafir zimmi’. Kita berjasama dengan mereka untuk kebaikan dan mereka membantu kita. Mereka bukan ‘kafir harbi’. Mereka tidak menentang atau menghalang Islam di Malaysia. Tidak macam DAP. Apabila nak laksana ‘Hudud’, Karpal Singh lantang berkata ‘Langkah mayat aku dulu!'”.

Tun Dr Mahathir mengupas bahawa dalam Al Quran konsep ‘Keadilan’ disebut 37 kali berbanding dengan ‘Hudud’. Hudud yang dicadangkan PAS itu hanyalah akan dilaksanakan untuk orang Islam sahaja dan tidak mungkin akan membawa konsep keadilan apabila mengadili sesuatu kes jenayah.

“Kalau jenayah yang sama dilakukan oleh orang Islam dan Bukan Islam, mereka akan diadili oleh dua undang undang berbeza. Adilkah ini? Sekiranya ianya tidak adil, maknanya ianya bukan tuntutan Islam”.

Tun Dr Mahathir juga menyingkap sejarah bagaimana Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim masuk dan berkembang dalam UMNO atas pembohongan dan perdaya. Ini kerana objektif Anwar hanyalah untuk mendapatkan kuasa dan menjadi Perdana Menteri. Anwar sedar untuk mencapai matlamat ini, ianya hanya boleh direalisasi melaui UMNO.

“Saya pun tertipu jugak. Anwar dipecat kerana saya rasa bertanggung jawab apabila sedar tabiat jijik dan kecenderungan menyalah guna kuasa. Kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan sudah ada kuasa, dia boleh ubah undang undang. Semua orang tidak akan selama darinya, dan bukan sahaja Azizan atau Saiful”.

Beliau mengupas bagaimana Anwar pandai untuk memperdaya pelbagai orang untuk bersimpati dan berpihak kepadanya. Pembohongan dilakukan berterusan agar rakyat membenci Kerajaan dan UMNO.

“PAS dah lah memecahkan orang Melayu. Anwar makin memecah belahkan orang Melayu lagi, yang sedia terpecah itu. Dia menyokong LGBT dan ‘Kalimah Allah’ digunakan oleh Bukan Islam sewenang wenangnya”.

Beliau terus menjelaskan bahawa Anwar berjaya memperdayakan PAS untuk terus berbohong kepada orang Melayu.

“Kini kita lihat ramai ahli ahli PAS keluar dari parti kerana sedar. Bekas pemimpin, ulama’ dan Tok Tok Guru Pondok (yang dahulu kuat menyokong PAS) kini mengeluarkan fatwa bahawa mengundi PAS dan PKR itu haram dan bertentangan dengan Islam”.

Tun Dr Mahathir menjelaskan Anwar mengakibatkan PAS berjaya diperdaya untuk berkerjasama dengan DAP, sehingga sanggup mengubah asas perjuangan mereka dari ‘Menubuhkan Negara Islam berlandaskan Al Quran dan Hadith’ kepada ‘Negara Berkebajikan’.

“Lim Kit Siang rasis! DAP itu rasis! Mereka menghasut orang Cina untuk membenci orang Melayu dan menuntut yang bukan bukan dan tidak munasabah. Tuntutan bukan bukan ini sengaja membuat orang Melayu sebagai majoriti marah. Mereka ini Chauvinis Cina. Mereka sebenarnya rasis!”

*Dikemaskini 4 Mei 2013 0130hrs

Rakaman Youtube ini untuk memberi gambaran siapa Anwar Ibrahim

Published in: on May 3, 2013 at 21:37  Comments (6)