Saya Calon Marhaen

IMG_7823

Temuramah Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir dengan Harian Metro, 2 Oktober 2013. Mukhriz adalah calon jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan jawatan tertinggi parti pada 19 Oktober 2013:

“Tidak ada ‘master plan’ yang kononnya didalangi ayah saya. Perlu saya nyatakan kalau ia benar, perlu dilihat perjalanan kerjaya politik saya dulu. Apa yang saya faham orang yang buat rancangan ini sekiranya ada, mesti diatur dengan cukup cermat dan tanpa risiko takut-takut gagal perancangannya.

“Sudah tentu menjayakannya mesti disusun rapi perjalanan politik saya ini, bertanding mesti menang dan tempat selamat dan cepat sampai destinasi, tetapi hakikatnya saya bertanding dalam parti, dua kali saya kalah dan tiga kali menang di banyak peringkat.

“Saya bertanding dalam pilihan raya pun saya pilih negeri yang kalah dan pilih (kerusi) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kalah. Risiko cukup besar, malah jika tanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ayah saya, Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka tak setuju saya bertanding di negeri dan DUN Ayer Hitam yang kalah, sebaliknya mahu saya bertanding di tempat selamat, tempat yang orang kata letak songkok pun boleh menang,” demikian tegas Datuk Paduka Mukhriz Mahathir, calon termuda dan paling akhir yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti, pertengahan bulan ini.

Ikuti temu bual wartawan Harian Metro (HM) Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling bersama beliau di kediamannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pandangan Datuk mengenai transformasi sistem pemilihan parti kali ini yang memberi hak kepada 146,500 ahli (UMNO) untuk memilih?

Saya ingat ia transformasi yang baik, yang kita alu-alukan kerana kita tahu amalan dulu kadang- kala ada perubahan dari segi pencalonan dan undi. Saya sendiri pun semasa bertanding Ketua Pergerakan Pemuda dulu mendapat pencalonan tertinggi dan antara yang terawal melepasi garis pencalonan (tetapi) akhirnya saya kecundang (dan) bukan setakat itu dapat undi tercorot. Timbul rasa tak puas hati dalam kalangan perwakilan bahagian yang hasrat mereka tak kesampaian, mereka tertanya-tanya kenapa berlaku keadaan pelik itu kerana kehadiran perwakilan semasa mesyuarat dan semasa pencalonan jauh lebih ramai daripada jumlah undi yang didapati semasa Perhimpunan Agung di mana pemilihan dibuat.

Apabila proses ini diubah supaya kuasa penentu diberikan semula kepada bahagian, tujuannya untuk memperkasakan parti yang benar-benar mengambil kira kehendak ahli, daripada 2,800 perwakilan meningkat kepada 146,500 orang adalah perubahan yang besar. Kita kena ingat jumlah ahli UMNO ialah 3.3 juta orang. Jadi dalam konteks ini, jumlah itu masih kecil, tapi ia adalah perubahan yang positif. Walaupun begitu, sekarang ini yang saya bimbang bukan soal peraturan tapi amalan. Yang saya maksudkan kadang-kadang ada desakan atau tekanan tertentu terhadap ahli, malah terhadap ketua di semua peringkat sama ada cawangan dan bahagian untuk membuat keputusan yang kadang-kadang tidak seiring dengan kehendak mereka sendiri dan ini bertentangan dengan amalan demokrasi yang hendak kita pupuk.

Situasi itu tidak pernah berlaku?

Ia berlaku, tetapi oleh kerana kita sudah ubah sistem bertujuan untuk memberi suara yang lebih kepada akar umbi, yang saya lihat berlaku ialah masih ada lagi tekanan yang dikenakan terhadap mereka untuk tidak ikut suara hati, sebaliknya ikut suara atasan. Itu yang saya bimbang dengan menidakkan usaha ke arah transformasi.

Datuk sedar wujud senario itu sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden atau selepas (menawarkan diri)?

Saya syak memang perkara itu boleh berlaku, tetapi saya menaruh harapan bahawa semua dalam kalangan kita sudah sedar kerana cabaran yang paling getir ialah PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dan transformasi yang kita tuntut adalah semata-mata bagi memastikan parti kita tetap menang dan unggul di hati rakyat dan sebab itu transformasi ini wajib dilakukan.

Setelah saya tawarkan diri dan jumpa ketua semua peringkat, agak ramai juga yang laporkan mereka menghadapi tekanan sedangkan sokongan di peringkat akar umbi ada, sebab itu mereka anggap saya calon marhaen maksudnya saya wakil golongan itu kerana sentiasa membela mereka. Lagi pun sebagai Menteri Besar pun itu tugas saya, berbeza dengan pemimpin peringkat Persekutuan kerana Menteri Besar memberi tumpuan kepada isu domestik iaitu menyelesaikan masalah rakyat di peringkat akar umbi, kita bimbang tekanan mereka hadapi itu akhirnya perwakilan membuang undi dengan tidak sebenarnya menurut kehendak mereka.

Tekanan itu untuk kekalkan status-quo?

Nampaknya begitu, saya tak pasti tekanan ini datang dari mana tetapi saya percaya semua calon yang bertanding faham dan patuh kepada amalan baik. Walaupun begitu saya bimbang sekiranya demokrasi tak menjadi dan kalau keadaan berterusan, parti kita juga masih ada masalah.

Saya tawarkan diri adalah untuk proses demokrasi dalam parti, menang atau tidak itu soal kedua walaupun tentunya saya nak menang kerana ini bukan untuk seronok-seronok, tapi ia bermula apabila orang lama kita, Tan Sri Isa Samad mahu bertanding diikuti Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ini bermakna dari situ kita sudah nampak tokoh tampil tawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti di peringkat tertinggi dan saya pula tambah lagi usaha untuk penuhi harapan golongan yang nak melihat transformasi, ia tak mesti golongan muda semata-mata, tetapi sesiapapun saja yang mahukan, mereka yang mahukan itu mengalu-alukan tawaran saya.

social-media-01-1024x1024

Ada yang menjangkakan keputusan Datuk untuk bertanding, tetapi ramai terkejut yang Datuk dikatakan kononnya tidak mendapat restu Presiden (UMNO). Selepas itu bermulalah serangan-serangan. Komen Datuk?

Saya pun tak tahu pemikiran apa seperti itu, saya anggap itu hanya teori konspirasi dan kali ini media asing yang memainkan peranan. Bagi saya, ini cubaan untuk memecah-belahkan kepemimpinan parti dan negara dengan menimbulkan rasa bimbang atas perkara yang tidak wujud.

Perlu saya nyatakan di sini kalaulah benar ada ‘master plan’, kita kena lihat perjalanan karier politik saya dulu, apa yang saya faham orang yang buat ‘plan’ ini kalau ada, mesti diatur dengan cukup cermat dan tanpa risiko takut-takut gagal perancangannya. Sudah tentu untuk menjayakannya mesti disusun rapi perjalanan politik saya ini, bertanding mesti menang dan tempat selamat dan cepat sampai destinasi tapi hakikatnya saya bertanding dalam parti, dua kali saya kalah dan tiga kali menang di banyak peringkat.

Saya bertanding dalam pilihan raya pun saya pilih negeri yang kalah dan pilih (kerusi) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kalah. Risiko cukup besar, malah jika tanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ayah saya, Tun Dr Mahathir Mohamad mereka tak setuju saya bertanding di negeri dan DUN Ayer Hitam yang kalah.

Cawangan UMNO saya pun di Jitra, jadi apa masalahnya bertanding di kerusi itu tapi tidak, saya sendiri memutuskan balik negeri kerana nak raih pengalaman di negeri, Perdana Menteri dan timbalannya pun ada pengalaman di negeri masing-masing dan saya pilih untuk menyumbang satu kerusi kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) negeri.

Slogan Berani Berubah itu adakah berkait dengan tekanan pihak tertentu yang Datuk sebut tadi?

Slogan itu saya ambil daripada kesedaran trend pada masa ini tidak berapa memihak kepada kita, kalau kita lihat trend ini berterusan pada PRU seterusnya kita akan ‘bungkus’. Semua pihak sedar dan tahu dan saya faham dalam proses transformasi kerajaan dan ekonomi ia menuntut supaya kita tidak sekadar mengubah saja, perubahan ini tidak mencukupi kerana ia sedikit demi sedikit seperti orang Jepun gelar ‘Kaizen’ tapi tak mencukupi.

Yang kita nak ialah transformasi iaitu kita muhasabah dengan yang mana tak elok kena buang, bina balik sebab iaitu saya pernah sebut transformasi menuntut kita musnahkan sebelum bina semula tapi bukan maksud saya, kita musnahkan parti tetapi apa yang melemahkan parti kita atasi dengan semangat perubahan yang jitu kerana dengan mengharapkan perubahan berdikit-dikit sedangkan di luar sana perubahan lebih pantas.

Published in: on October 3, 2013 at 10:30  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/10/03/saya-calon-marhaen/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 CommentsLeave a comment

  1. Saya ada satu cara yang saya fikir paling baik untuk membantu pengundi UMNO buat keputusan kenapa mereka patut undi Dato’ Mukhriz.

    Lihat media yang dikawal pembangkang khususnya golongan Cina kafir harbi di negara ini. Bacalah komen-komen mereka tentang Dato’ Mukhriz dan anda pasti faham bahawa YAB adalah calon yang paling mereka geruni dan bimbang akan menang.

    Bandingkan pula dengan komen mereka tentang calon lain seperti Isa Samad yang sudah ada rekod kes rasuah dan baru sahaja selesai berurusan dengan syarikat kawalan Dr Chen Man Hin.

    Kalau UMNO hendak terus relevan dan mendapat mandat dari masyarakat Melayu serta mahu kekal mentadbir Malaysia selepas PRU 14, saya rasa pilihannya jelas.

  2. […] The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles…. […]

  3. HE HAS ALL THE CREDENTIALS OF A FUTURE PERDANA MENTERI.
    WISH HIM SUCCESS IN THE VP POST.
    A TRUE MALAY FIGHTER FOR ALL MALAYSIANS.

  4. […] bigdogdotcom […]

  5. If He win VP UMNO,he will be our new DPM,next year.

    Bravo Mukriz.

  6. Sebanyak mana yang saya tahu dari media massa dan bual bualan fasal dia, saya suka kata kata dan tindakan Mukhriz ni.

    Saya percaya dia ikhlas orang nya dan boleh membawa kebaikan kapada UMNO (banyak yang tak baik berlaku sekarang ini) dan kapada negara (banyak yang pincang sekarang ni).

    Saya harap dan do’a dia menang dan menjadi VP.

  7. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir merupakan penyokong Satu Sekolah untuk Semua.

    Muhyiddin senyap sepi dan Najib mengatakan, “BN adalah sahabat sejati pendidikan sekolah cina” – lembik macam tahu.

    Dia pun kabur macam sotong dengan slogan 1Malaysia – apa sebab tak sokong 1Sekolah??

    • Sekarang dia bergelora dengan suasana tak di tandingi di pilihan parti UMNO, apa dia peduli 1Sekolah, 1Malaysia dsbnya.

      Berdondang saya di San Francisco, ada pejabat mewah Khazanah tak tahu sama ada bernanah. Saperti Bill Clinton pun buat di pejabat White House dengan Monica Lewinski yang suka berdiri.

      Ada yang kata kerana tidak di tanding, dia akan melanda landa sehingga ramai yang akan jeritkan dia supaya meletak jawatan saperti Tun Dol, dan Muhyiddin akan ambil alih.

      Harap berlaku gitu dan saya sokong Mukhriz supaya boleh timbulkan semangat mahu ubah di kalangan orang UMNO.

  8. I wish him well and may he get the highest votes in the elections to the UMNO VP post. Hope the other 2 elected will be Zahid and Ali Rustam or Shafie Afdal. Whether the top leaders endorse or not the incumbents, the 140,000 delegates will have the final say based on their own better judgements.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: