Pro-Aktif Pertahan Perjuangan

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman

NGO Melayu paling berpengaruh dalam politik arus perdana PERKASA mengorak langkah pro-aktif untuk menentukan kuasa politik dikalangan orang Melayu berjaya dikekalkan. Mantan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman telah menyertai PERKASA dan berazam untuk menambah pengundi dikalangan orang Melayu.

Media pro-minoriti-anti-majoriti Riong Kali dot com melaporkan:

Bekas pengerusi SPR sertai Perkasa untuk pastikan Melayu terus berkuasa

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
NOVEMBER 25, 2013

Perjuangan Perkasa menjaga kepentingan Bumiputera khususnya orang Melayu menjadi faktor utama yang menarik penyertaan individu berpengaruh dalam masyarakat. Gambar fail.Perjuangan Perkasa menjaga kepentingan Bumiputera khususnya orang Melayu menjadi faktor utama yang menarik penyertaan individu berpengaruh dalam masyarakat. Gambar fail.

Setelah lama menyepi, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan harapan penyertaannya dapat membantu kaum majoriti itu untuk terus berkuasa.

Beliau tampil dalam Mesyuarat Agung Perkasa Wilayah Persekutuan semalam selepas menyertai pertubuhan itu enam bulan lalu.

Sebab menyertai Perkasa: Abdul Rashid mahu memperjuangkan hak orang Melayu dan memastikan ia terus relevan selepas pilihan raya umum akan datang.

Walaupun Perkasa dilihat berpihak kepada Umno, namun nama parti itu tidak pernah disebutkan dalam ucapan mahu pun sidang media.

“Dengan pengalaman dan pengetahuan saya bersama SPR, saya akan membantu Perkasa mencapai matlamat tersebut,” katanya yang ditemui semasa mesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

Abdul Rashid, 69, berkata beliau telah berulang kali dijemput menyertai pertubuhan itu oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

“Ketika saya memutuskan untuk turut serta, saya memberitahu Ibrahim tidak mengapa sekiranya saya menjadi ahli biasa namun beliau meminta saya untuk menjadi ahli majlis kerana menurutnya lebih mudah bagi saya melontarkan pandangan bagi menambah baik organisasi,” kata Abdul Rashid.

Pastikan Melayu kekal berkuasa

Semalam, Abdul Rashid dalam ucapannya mencadangkan sepintas lalu beberapa perkara yang harus dilakukan pertubuhan Bumiputera itu.

“Banyak perkara yang harus kita lakukan. Bukan sekadar bercakap tetapi harus bertindak. Pertama sekali kita harus hormat pemimpin kita (Ibrahim Ali),” katanya berucap di hadapan 300 ahli Perkasa.

Beliau turut mengingatkan bahawa Perkasa perlu lebih fokus.

Abdul Rashid berkata Perkasa kini bertindak seperti anggota bomba yang bergegas memadamkan kebakaran, Perkasa hanya bercakap dan bertindak jika terdapat isu berkait dengan hak orang Melayu.

“Kita tidak boleh berkejar ke sana sini. Kita perlu fokus dan terus berjuang sehingga sesuatu yang dikerjakan berhasil,” katanya.

Beliau berkata Perkasa bukanlah tempat mendapatkan wang atau pun kuasa dan ahlinya tidak perlu mempersoalkan hal itu.

“Saya tidak ke sini mencari kuasa dan wang. Menyertai Perkasa bermakna saya perlu sedia berjuang,” katanya.

Bekas pengerusi SPR itu berkata, orang Melayu perlu kekal mendapat kuasa politik kerana negara ini kepunyaan mereka.

“Tanah ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu. Semasa mendapatkan kemerdekaan ia telah ditukar kepada Malaya dan selepas beberapa negeri menyertainya, ia ditukar kepada Malaysia Barat.

Beliau berkata selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.

Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu.

“Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?” tanya Abdul Rashid.

Melayu tidak mengenang budi

Beliau berkata terdapat orang Melayu sekarang yang mengkritik bangsanya sendiri kerana melindungi kepentingan orang Melayu.

“Ini yang kita panggil Melayu haprak. Mereka bukan Melayu sebenar tidak seperti (ahli Perkasa). Kita bukan jenis yang menghina kaum sendiri,” katanya.

Abdul Rashid berkata 55% daripada 28 juta populasi rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas.

Namun, hanya 6.3 juta orang Melayu berdaftar sebagai pengundi dan jumlah sebenarnya harus mencecah 15.3 juta.

Beliau menjelaskan, pengundi Bumiputera seharusnya sekitar 19% namun hanya 10% yang didaftarkan.

“Angka ini diperoleh daripada kajian saya dan sumber yang sah.

Katanya, dengan kombinasi undi Melayu dan Bumiputera, orang Melayu dengan mudah mendapat kuasa politik.

“Sasaran kita adalah memastikan semua orang Melayu yang telah cukup umur mendaftar dan mengundi. Jumlah kita besar. Saya bukan sahaja mahu Melayu berkuasa tetapi perlu lebih kuat,” katanya.

“Lebih ramai yang membenci, kita jadi lebih kuat. Perkasa akan terus maju ke hadapan,” katanya.

Perkasa, organisasi yang tepat

Abdul Rashid berkata beliau telah bersedia berdepan kritik atas tindakannya menyertai Perkasa.

“Saya mencari organisasi yang betul kerana saya banyak melakukan kerja kebajikan dan Perkasa merupakan organisasi banyak terlibat dengan kebajikan yang fokusnya kepada orang Melayu dan agama. Inilah platform terbaik buat saya kerana saya orang Melayu dan beragama Islam.

“Sesetengah pihak tidak suka kepada saya sejak saya menjadi pengerusi SPR lagi namun masih ada yang sayangkan saya. Begitulah juga penyertaan saya ke dalam Perkasa. Malah lebih banyak yang suka daripada membenci,” katanya sambil tersenyum.

Abdul Rashid menguruskan enam daripada 12 pilihan raya semasa beliau bersama SPR. Beliau merupakan Setiausaha SPR dari 1979 kemudian menjadi pengerusi dari tahun 2000 hingga 200. – 25 November, 2013.

***************

Langkah ini membuktikan PERKASA ialah organisasi politik yang berpascakan nasionalism dan berusaha untuk menjaga dan terus memperjuangankan kepentingan orang Melayu, sebagaimana yang diperuntukkan dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

PERKASA yang begitu aggressif dalam isu isu dan kontroversi yang ditimbulkan oleh Pembangkang dan minoriti yang sengaja mencabar dan menentang perkara perkara yang dekat disanubari orang Melayu seperti hal ehwal Islam, kedaulatan dan kedudukan Raja Raja dan adat resam dan budaya orang Melayu.

Agenda PERKASA adalah nasionalism, Ianya sama seperti asas orang Melayu berjaya dipadukan untuk menentang Malayan Union pada awal 1946 dan perisytiharan White Hall itu digagalkan, gerakan untuk tanahair ini merdeka, negara ini tertubuh dan kedaulatan negara dan bangsa Melayu ujud dan termaktub dalam Perlembagaan Perkutuan.

Mungkin nafas dan melodi yang didendangkan oleh segelintir pemimpin PERKASA tidak memberikan gambaran dan menampilkan ciri utama sesuatu itu dipertahan atau perjuangkan berdasarkan asas asas spesifik. Acap kali, ianya dimanipulasi dan sengaja disalah tafsir oleh musuh musuh Melayu seperti golongan minoriti yang beragenda dan Pembangkang sebagai pendapat dan pendekatan ekstremis.

Namun hakikatnya, sekiranya setiap isu dan kontroversi yang diperjuang dan pertahankan oleh PERKASA itu ditapis dan suling dengan cermat, maka bakinya merupakan asas nasionalism yang menjadi ciri dan perkara perkara yang amat dekat disanubari majoriti Melayu-Islam dan berpkasikan konservatism.

Oleh demikian, adalah salah untuk memberikan tafsiran bahwa PERKASA adalah NGO Melayu yang rasis dan ektremis kerana perjuangannya tidak lebih dari apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ianya diperkukuhkan dengan penakrifan oleh pakar pakar perlembagaan, dengan menyelami niat dan hasrat peruntukan spefisik ujud sebagai roh mewakili kuasa kuasa Raja Melayu yang berpaksikan Islam sebagai tonggak.

Hakikatnya, membelakangkan prinsip perjuangan PERKASA merupakan menolak ‘kontrak sosial’ yang dipersetujui oleh Raja Raja Melayu apabila berkenan untuk melepaskan hak mutlak pemerintahan kepada kuasa politik rakyat yang diterajui oleh UMNO dalam sistem demokrasi Raja Berpelembagaan.

Penyertaan personaliti seperti Rashid ini adalah merupakan inisiatif pro-aktif invididu dikalangan orang Melayu yang merasa terpanggil dan kepertanggung jawaban mereka untuk menyumbang melalui PERKASA, bagi menentukan kuasa politik itu masih lagi ditentukan dan kuasai oleh orang Melayu.

Ianya mewarnai nasionalis dikalangan orang Melayu sebelum ini seperti Allahyarham Tun Ibrahim Ismail, Mantan Pengarah ITM dan KSU Pertanian Tan Sri Arshad Ayub, Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Rahman Arshad, Mantan KPN Tan Sri Abdul Rahim Noor, Mantan Hakim Makhmah Rayuan Dato’ Mohd. Noor Abdullah dan ramai lagi individu yang mahu diambil kira berjuang atas platform PERKASA.

Ini secara langsung membuktikan prinsip perjuangan PERKASA adalah atas landasan yang betul dan begitu dekat dihati sanubari begitu ramai orang Melayu, yang amat menghargai ciri ciri nasionalism sebagai wadah tanahair ini merdeka dan masa depan negara-bangsa orang Melayu ini.

*Updated midnight

Published in: on November 25, 2013 at 13:00  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/11/25/pro-aktif-pertahan-perjuangan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. […] bigdog […]

  2. Perkasa should be the Dong Zhong of the Malays and act like Dong Zhong, Baru buku bertemu ruas..

  3. […] The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles…. […]

  4. Apa saja bagi mmpertahankan hak dan memajukan kepentingan Melayu.

    Suatu masa dulu, Pemuda UMNO mainkan peranan itu. Tapi sejak pemerintahan Tun Dol, Pemuda UMNO nampaknya lain haluan, endah tak endah. UMNO dibawah Najib pun sibukkan kepentingan Cina, membongkok ke belaknag nak mengambil hati Cina. Tapi dapat tsunami Cina.

    Baguslah PERKASA mainkan perana itu sekarang.

  5. REAL CHALLENGE FOR UMNO YOUTH WHICH FIGHTS FOR LIBERALISM N PREOGRESSIVENESS.
    NO MENTION AT ALL IN PROTECTING MALAY RIGHTS.
    A BIG SHAME TO UMNO YOUTH.
    UNDI MINTAK DARI ORANG MELAYU, TAPI PERJUANGAN N AGENDA MELAYU DI KETEPIKAN !
    TIADA MORAL VALUES LANGSUNG.
    HIDUP PERKASA, DEMI KESINAMBUNGAN PERJUANGAN MELAYU.
    UMNO CAN FLY KITE……BYE

    • Don’t have to bye to them. Just whack those dragging the party out of the normal path. And hope those concerned realize their mistakes. And kena tenyeh at the coming UMNO Assembly. Maybe not much effect, as Najib has “cleverly” arranged for the party elections be held well before the Assmebly. Still can tenyeh them.

      I don’t understand blokes like Nur Jazlan Mohamad Rahmat. Funny talk in his opinion piece publihed by theStar today. Calling Mat Sabu nd the 2 PAS Vice Presidents as moderates. Mat Sabu moderate? A bloke calling communist Mat Indera is a moderate? What is he talking about? Rubbish.

      • Why the hell was he given an UMNO/ UDA post before and a seat at PRU13, anyway? He doesn’t look that smart. Not by his writing in the Star today certainly.

  6. Apa orang lain nak kata dengan pegerakan yang memperjuangkan hak orang Melayu , lantak dia oranglah , yang penting perjuangan mesti diteruskan .
    Diharap Perkasa dapat memainkan peranan yang lebih luas dalam hal-hal ketirisan kepentingan Melayu ,walaupon melibatkan kepimpinan atau penerajuan Melayu , kerana ramai Melayu sekarang yang muka macam Melayu ,tetapi jiwa tidak Melayu.

    Perpatah melayu jelas ,’harapkan pagar ,pagar makan padi’ inilah musoh Melayu sebenar dan paling susah ditangani.

  7. Perkasa seperti Umno mesti terus hidup dan mesti di perkuatkan. Melayu haprak ada lah yang pertama mesti di benamkan sehingga mereka kembali sedar !

    Apa yang perlu cara Perkasa mesti di ubah untuk menarik anak-anak Melayu dengan jumlah yang ramai. Satu strategi cetak biru mesti di wujudkan untuk mendominasi PRU 14 yang di lihat kritikal jika PM Najib gagal mematikan cara pembangkang mempengaruhi minda-minda rakyat.

  8. Perkasa will be an alternative to UMNO sooner rather than later. What is needed is more prominent and towering Malays to declare affiliation with Perkasa and to promote Malay interests without takut2 like some leaders in UMNO. UMNO with the current set of leaders has become the greatest joke and liability to the survival of Malays. The worst thing is that these UMNO leaders think they are such a big deal and they rely only on card carrying members to carry them into the power seats. They forgot that many non-member UMNO Malay supporters who carried UMNO to victory in last GE are becoming restless and fed up with the attitude and credibility of the current set of UMNO leaders.

  9. At the way the PM is running the country with pathetic economic policies most probably the labu yg dibaiki pemandu, is certainly bringing Malaysia and its people down a slippery slope into recession. How can it not be recession when domestic consumption is being whacked through tight credit control, more taxes across the board coming up in 2014, higher rates for property assessments, more subsidies removed, higher cost of living, higher inflation, low salary, zero saving while govt and bank negara singing their favourite song ‘ be prudent, be prudent’ …their head lah being prudent how when basic expenses are more than salary? The country under this govt is suffering from massive dislocations and mismatched of policies to the extent I can’t stand listening to any of the policy speeches by PM coz they are fudged with promises and laced with more taxes, more credit squeeze, more high costs of living. They mean nothing to ordinary people who got squeezed everyday. The govt economic policies favour putting and allocating resources and capital to big businesses and the foreign investors. PM forgot that Malaysia is not a rich capitalist country. It is still a developing country with developing nation’s problems and issues. If the govt can’t see this and berangan for high income country without addressing the current problems, then it is not fit to govern. It should go play with capitalists in Wall Street or something, not in a developing nation like Malaysia.

    • I also “can’t stand listening to any of the policy speeches by PM coz they are fudged with promises and laced with more taxes, more credit squeeze, more high costs of living.”

      Has UMNO turned into a party of idiots now? Allowing the “status quo” at the last party elections? What can disgruntled delegates do at the UMNO the coming General Assembly? Grin and bear it like we do?

      Najib managed to stay in power by appointing rogue and questionable-integrity characters to Minister posts, Women Adviser, etc. And announcing the Bumiputera Economic Empowerment just before the nomination to the top party posts. I do wish he is toppled. Legally.

      • Be thankful. You elected this Govt. so be learn to be thankful.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: