Agenda Cina Chauvinis DAP kuasai negara melalui Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim: Boneka Cina Chauvinis

Drama politik Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semenjak dibebaskan dari hukuman pada 2004 oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat Azizan Abu Bakar merupakan agenda politik Cina Chauvinis untuk menguasai politik Malaysia.

Ini kerana Anwar merupakan tiket mereka untuk meraih kuasa, sedikit demi sedikit dan secara sistematik sehingga seluruh negara jatuh bawah kuasa mereka.

Buktinya jelas kerana sebelum mengadakan kerjasama politik PKR-DAP-PAS pra-PRU 12 pada Mac 2008, ketiga tiga parti ini bergerak sebagai Barisan Alternatif (sebagai reaksi pasca PRU 11 April 2004 dimana BN menguasai 90% Dewan Rakyat) dan kemudiannya Barisan Rakyat. Hakikatnya tanpa Anwar, DAP tidak mungkin akan bekerjasama dengan PAS.

Pakatan Rakyat sebenarnya lahir pasca PRU 12 pada 8 Mac 2008 apabila Pembangkang (PKR, DAP dan PAS) berjaya meraih 82 kerusi Parlimen dan sekali gus dalam sejarah menafikan Barisan Nasional (BN) 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat.

BN juga hilang kuasa untuk menubuhkan Kerajaan Negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Buat kali pertama, Cina Chauvinis DAP menubuhkan Kerajaan Negeri iaitu di Pulau Pinang dan menguasai (secara proksi) Selangor dan Perak. Ianya merupakan cita cita yang berusia lebih 40 tahun, semenjak Singapura dinyah-keluar dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan DAP ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan Chauvinis Cina pada 1967.

Platform Pembangkang melalui PR dan kejayaan menubuhkan dan menguasai tiga Kerajaan Negeri diperkudakan sepenuhnya oleh Cina Chauvinis DAP untuk mengukuhkan pengaruh dan sokongan keatas perjuangan mereka.

Mereka mula menyusun strategi bagi menguasai keyakinan dan kemudian sokongan orang Melayu dengan melantik dan menengahkan personaliti dikalangan orang Melayu yang berwibawa, seperti Tunku Aziz. Mantan Presiden Transparency International Malaysia itu dilantik sebagai Senator.

Cina Chauvinis DAP juga dengan rakusnya menjarah segala peluang yang ada seperti memberi tanah pajakan 999 tahun melalui Menteri Besar Perak Ir Nizar Jamaluddin, yang juga boneka kuasa DAP dalam Kerajaan Negeri Perak.

Nizar merupakan antara pemimpin ‘puak Erdogan’ dalam PAS yang mendukung agenda Anwar Ibrahim.

Pemimpin pemimpin DAP kini benar benar berjaya menjadikan Anwar boneka mereka, tertutama Pengerusi DAP Karpal Singh merupakan peguam dalam kes perbicaraan yang sedang dirayu ini.

Sekiranya dikaji, Anwar berdalih dalam isu isu seperti Hak Istimewa Orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru dan bersedia menyokong strategi melemah dan mengikis kuasa pada tangan orang Melayu dengan menghancurkan jatidiri orang Melayu-Islam. Ianya direalisasi melalui agenda seperti murtad, kalimah “Allah” dan LGBT.

Anwar juga menjadi ‘jurucakap’ bagi Cina Chauvinis dalam isu seperti Chin “Butcher of Malaya” Peng.

Jelas Anwar merupakan senjata strategik bahaya Chauvinis Cina DAP untuk melemahkan kuasa dan secara sistematik, sebagai minoriti menguasai majoriti Melayu-Islam atas bumi yang asalnya milik dan ibu pertiwi orang Melayu. Tidak hairan mengapa Cina Chauvinis DAP begitu bersemangat menegakkan alasan dan akan menentukan Anwar menang di DUN 25 Kajang.

Published in: on February 9, 2014 at 18:00  Comments (8)