Kassim Ahmad: Rasulullah tidak perlu dimuliakan, tegakan revolusi dan tafsir semula Al Quran

Kassim Ahmad dan buku beliau tahun 1986 yang menjadi kontroversi dan kesedaran masyarakat Melayu-Islam mengenai golongan Anti Hadis ini

Ucapan kontroversi Kassim Ahmad dalam program “Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian” minggu lepas, yang begitu tersasar dari kefahaman dan penerimaan mengenai asas tauhid dan Islam oleh majoriti Melayu-Islam  Malaysia sebagai Ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk hubungan mereka dengan Nabi Muhammad S.A.W..

Teks Ucapan Kassim Ahmad

‘Halatuju Negara Untuk 30 Tahun Akan Datang’

 

Pendahuluan

Hari ini hari istimewa bagi saya. Hari ini saya akan meluahkan isi hati saya tanpa sekatan, insya Allah. Hari ini hari saya akan mempertanggungjawabkan kehidupan saya di dunia. Saya ada satu dua kerja lagi yang ingin saya lakukan , tetapi selepas hari ini, saya reda kalau dipanggil Tuanku untuk diadili.

Saya tidak mendakwa saya seorang yang baik. Saya melakukan banyak kesilapan dalam kehidupan saya. Saya jangka saya bukan keseorangan. Tidak ada manusia yang sempurna. Hanya Tuhan yang sempurna. Tetapi saya boleh mengatakan saya telah cuba hidup sebagai seorang patriot bagi bangsa saya dan bagi bangsa manusia. [1]

Ketika saya seorang muda, saya bersumpah untuk berkata-kata dengan bebas. [2] Saya bersumpah saya akan mendedahkan segala kepalsuan. [3]

Semua orang tahu saya bermula sebagai seorang remaja berhaluan kiri berjuang untuk rakyat marhaen menentang parti kebangsaan Melayu, UMNO, yang pada waktu itu saya anggap reaksioner, walaupun akhirnya saya pulang ke akar ke-Melayuan saya dan memasuki UMNO.

Pada 9 September tahun lalu, saya menjengkau umur 80 tahun tanpa apa-apa perayaan. Hanya sahabat-sahabat saya di Kuala Lumpur, antara lain Dr. Chandra Muzaffar, Sasterawan Negara Dato’ Baha Zain dan Nik Aziz Hassan, telah bermuafakat untuk mera’ikan harijadi itu dengan satu majlis penilaian kritis terhadap karya-karya saya. Majlis ini dijadualkan pada 15 Februari, 2014. Dalam pada itu, saya telah merancang untuk bercakap dalam satu Konferensi Politik Nasional tentang halatuju negara kita untuk tiga puluh tahun akandatang. Ucapan ini dijadualkan pada pada hari berikutnya, iaitu 16 Februari, 2014.

Inilah latar belakang majlis harijadi saya yang ke-80.

2. Keadaan Dunia Sekarang

Negara kita Malaysia sedang melalui satu zaman yang penuh pancaroba. Sistem komunisme sudah runtuh pada akhir abad ke-20. Sistem liberalisme yang kita anuti sekarang juga sedang runtuh di depan mata kita—di Eropah dan Amerika Syarikat.

Keruntuhan sistem komunisme kerana sistem ini menafikan hak kebebasan individu. Ia melebihkan hak kolektif, yang dipergunakan oleh kepimpinan untuk melaksanakan sistem diktator! Sistem liberalisme melebihkan hak kebebasan individu dengan menafikan hak kolektif.

Kedua-dua sistem ini melanggar konsep “sempadan Allah”, atau apa yang disalah-ertikan sebagai “hukum hudud”. Konsep ini langsung tidak ada kena-mengena dengan hukuman. Ia merujuk kepada suatu undang-undang universal, iaitu dalam tiap-tiap perbuatan, manusia tidak boleh melampaui batasan undang-undang alamiah. [4] Umpamanya, dalam hal makan: mudarat kalau kita tidak makan, tetapi kalau kita makan terlalu banyak pun mudarat juga. Demikianlah bagi tiap-tiap perbuatan wujud suatu sempadan yang tidak boleh kita lampaui.

3. Masa Depan

Apa akan berlaku dalam masa 30 tahun akan datang? Apakah sistem ganti yang harus kita pilih sekarang? Mengikut kitab suci yang terakhir kepada manusia iaitu Quran, satu-satunya kitab suci yang dijamin oleh Tuhan Sendiri [5], dan yang mengesahkan dan mengatasi semua kitab suci lain,[6] hanya ada satu jalan yang lurus yang Dia restui di antara jalan-jalan yang menyeleweng. Jalan-jalan yang menyeleweng itu disebut jalan-jalan mereka yang Dia murkai, dan jalan-jalan mereka yang sesat.

Apakah jalan yang Dia murkai? Tuhan pasti murkai kumpulan-kumpulan manusia yang memberontak terhadap-Nya. Dalam zaman moden, kumpulan itu kaum marxis komunis yang menafikan Dia serta mengamalkan cara hidup yang menafikan Dia. Dengan perkataan lain, dalam kehidupan mereka, mereka menafikan dimensi-dimensi moral dan spiritual. Oleh kerana ini, cara hidup ini berlawanan dengan undang-undang alamiah, dan pasti musnah. Sistem komunisme sudah pun musnah.

Satu lagi jalan menyeleweng kita panggil sistem teokrasi, yakni kepimpinan satu kasta paderi yang melantik diri mereka sendiri serta mendakwa mentadbirkan negara atas nama Tuhan. Contohnya dari zaman pertengahan Eropah, sistem Paus. Dalam dunia moden, Eropah sudah menyingkirkan sistem Paus ini, tetapi dalam dunia Islam, negara Iran dan Arab Saudi sedang melaksanakan sistem ini.

Nyatalah sistem ini gagal menyelesaikan masalah-masalah sosio-ekonomi menghasilkan pekerjaan dan makanan untuk rakyatnya dan dengan itu gagal menyelesaikan masalah-masalah lain dalam masyarakat.

4. Negara Malaysia

Negara kita Malaysia, walaupun dikatakan negara Islam, sebenarnya mengamalkan sistem liberalisme. Mengikut kata-kata Kerajaan Pusat, ekonomi Malaysia baik dengan pengangguran sifar dan peratusan inflasi pada tahap minima. Namun demikian, Malaysia boleh dikatakan tiap-tiap hari menunjukkan ketegangan antara kaum dan agama. Apakah caranya untuk menyelesaikan perkara ini secara muktamad ?

Jalan yang lurus yang dirujuk dalam surah Al-Fatihah tadi – apakah jalan itu? Tadi telah kita nyatakan ada tiga jalan yang menyeleweng : sistem marxis komunis, sistem teokrasi dan sistem liberalisme. Seperti yang telah kita nyatakan, ketiga-tiga sistem ini telah atau sedang menuju kehancuran. Maka semestinyalah masyarakat manusia dalam abad-abad ke-21 dan mendatang mencari sistem jalan yang lurus ini. Dengan perkataan lain, inilah sistem hidup yang dirujuk dalam Quran dalam surah 3 ayat 19, yang berbunyi, “Sesungguhnya agama yang Tuhan reda itu Islam”.

5. Keadaan Orang Islam Sekarang

Orang Islam berjumlah 2.1 bilion di seluruh dunia. Bolehkah kita katakan mereka semuanya mengikut cara hidup Islam yang sebenar? Sekiranya benar, umat Islam hari ini harus berada pada kedudukan nombor 1 dalam dunia, seperti yang berlaku dalam sejarah. Sejarah mencatat dalam zaman pemerintahan Uthman Ibni Affan, khalifah Islam ke-3, setelah 60 tahun Nabi Muhammad wafat , orang Arab yang tidak terkenal itu melonjak naik menjadi kuasa nombor satu dalam dunia, mengalahkan Empayar Parsi dan sebagian besar Empayar Baizantium, dua kuasa besar dunia pada zaman itu. [7]

Tetapi umat Islam sekarang duduk di bawah daripada Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Rusia, China dan India, semuanya negara bukan Islam.

6. Gerakan Pembaharuan Islam

Gerakan pembaharuan Islam moden, dikira dari Sheikh Muhammad Abduh (m. 1903) dan Jamaluddin Al-Afghani (m. 1897) yang diharapkan untuk membersihkan Islam dari kepercayaan-kepercayaan khurafat dan membangkitkan semula Islam sudah berusia lebih 100 tahun, sedangkan umat Islam masih di tahap bawah di belakang negara-negara yang kita sebut tadi. Dengan sendirinya, ini bermakna umat Islam hari ini di seluruh dunia tidak mengikut sistem hidup Islam seperti yang diajar oleh semua nabi dan disempurnakan oleh Nabi Muhammad, penyudah segala nabi.

7. Kesilapan-kesilapan Umat Islam

Di manakah kesilapan-kesilapan besar mereka? Saya akan senaraikan beberapa kesilapan besar itu di sini.

(1) Umat Islam pada hari ini tidak mengikut ajaran-ajaran nabi Muhammad dalam Quran. Inilah kesilapan yang besar yang telah mereka lakukan. Mereka ikut satu kasta paderi yang dipanggil ulama, seperti penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.

(2) Khususnya, kesilapan-kesilapan itu boleh saya senaraikan seperti berikut:

(a) Mereka mendewa-dewakan pemimpin ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka – apa yang dikatakan ‘penutupan pintu ijtihad’. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iatu : Imam Shafi’e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795). Dalam mazhab Syiah, mereka ada imam-imam mereka pula. Imam-imam ini telah mereka dewa-dewakan berlawanan dengan perintah Tuhan melarang pendewaan seseorang pemimpin atau sarjana, dan, malah, berlawanan dengan ajaran imam-imam besar itu sendiri.

(b) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. [8] Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa ‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran. [9] Juga perkataan ‘salla/yusalli’ bermakna ‘restu’, ‘bantu’ dan ‘sokong’, bukan selawat, seperti yang dibuat sekarang.

(c) Perhatikan satu perubahan baru dalam ‘aurat wanita. Perkataan ‘aurat’ berasal dari bahasa Arab. Ertinya ‘kebogelan’. Tiga puluh tahun dulu, wanita-wanita Islam tidak memakai tudung. Mereka pakai selendang, sehelai kain yang mereka letak di bahu, atau pun di atas kepala tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan ‘aurat wanita. Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat.

Anehnya, wanita-wanita yang bertudung menganggap diri mereka lebih suci! [10]

Sebab-sebabnya nyata mengapa umat Islam jatuh. Mereka telah mengabaikan ajaran-ajaran Tuhan yang sebenar serta mengikut ajaran-ajaran kasta paderi.

Tiap-tiap generasi diperintah oleh Tuhan mengkaji semula ajaran-ajaran pemimpin mereka yang terdahulu; yang betul diterima dan diteruskan, yang salah ditolak. Inilah yang seharusnya dilakukan oleh generasi-generasi Islam kemudian. Malangnya, penilaian semula ini tidak dapat mereka lakukan persis kerana pendewaan tadi. Maka itu apabila saya menulis buku Hadis – Satu Penilaian Semula pada tahun 1986, langit Malaysia runtuh menimpanya! Selama dua bulan, perbincangan berlaku dalam televisyen, radio, akhbar dan majalah tentang buku ini. Sesetengah menyokong saya dan sesetengah membantah. Selepas dua bulan, buku ini diharamkan oleh pihak berkuasa atas hasutan pihak yang berkepentingan.

Siapakah yang mewajibkan hadis sebagai satu sumber undang-undang sama seperti Quran dalam masyarakat Islam? Jawabnya, Imam Shafi’e (767-820). Beliaulah yang bertanggungjawab membuat doktrin baru menyatakan hadis satu sumber hukum sama seperti Quran. [11] Sebelum beliau, apa yang dikatakan hadis sudah muncul, tetapi bilangannya sedikit sekali dan tidak diwajibkan diikut oleh umat Islam. Sejarah mencatat khalifah-khalifah Abu Bakr, Omar Ibni Khattab, Uthman Ibni Affan dan Ali Abi Thalib memiliki buku-buku nota yang mereka tulis perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan Nabi. Catitan-catitan ini tidak banyak dan hanya menjadi ikutan, jika sesuai, tetapi tidak diwajibkan.

Setelah doktrin baru oleh Imam Shafi’e ini diterima oleh masyarakat Islam, timbullah pengumpul-pengumpul hadis seperti Imam Bukhari (m. 870), Imam Muslim (m. 875) dan lain-lain. Imam Bukhari dilaporkan telah mengumpul 600,000 hadis dan beliau menapis hadis-hadis ini sehingga akhirnya tinggal 7,275 hadis yang beliau isytiharkan sebagai hadis sahih. [12]

ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) melalui setiausaha agungnya pada waktu itu, Encik ( sekarang Dr.) Sidek Baba, telah datang ke rumah saya dan meminta satu dialog tentang buku saya. Saya memberi persetujuan dengan syarat keputusan tidak diambil dalam dialog itu. Saya meletakkan syarat itu kerana pegangan umat Islam kepada hadis sangat kuat dan tidak boleh dihapuskan dalam masa sehari. Pihak ABIM bersetuju dengan syarat itu. Malangnya, apabila dialog itu diadakan di Universiti Islam Antarabangsa pada 28 Jun, 1986, saya terlupa untuk menyatakan kepada majlis dialog itu tentang syarat yang saya kenakan. Apabila dialog itu selesai, pihak ABIM telah mengeluarkan sehelai kertas dari saku ketua mereka yang mencatat bahawa buku saya menyeleweng dari ajaran Islam dan saya juga dianggap menyeleweng dari ajaran Islam sebenar!

Akibat dari dialog ini buku saya diharamkan oleh Kerajaan. Nyatalah pengharaman buku ini satu muslihat yang sudah diatur oleh pihak yang berkepentingan.

Kembali kepada soal Islam agama Persekutuan Malaysia atau Islam sebagai agama rasmi, ingin saya menyatakan bahawa pernyataan ini dalam Perlembagaan Malaysia menyalahi ajaran Quran dan menyalahi Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad sendiri. Dari segi logika, sesebuah negara-bangsa tidak ada ugama. Ugama dianut oleh penduduknya, sama ada Islam, Buddhist, Hindu atau Kristian. Ajaran Quran mengisytiharkan dengan jelas tidak ada paksaan dalam agama. [13] Ini bermakna warganegara Malaysia boleh menganut apa juga agama yang mereka suka tanpa halangan undang-undang.

Dalam Piagam Madinah, agama itu urusan penganut-penganutnya secara autonomi. [14] Ini bermakna orang Muslim mentadbirkan urusan-urusan agamanya secara autonomi. Demikian juga orang Buddhist, orang Hindu dan orang Kristian, dan lain-lain. Dengan ini, tidak akan berlaku konflik atau ketegangan antara agama dan kaum. Dengan ini perpaduan dan harmoni antara kaum di Malaysia akan menjadi lebih mantap dan stabil.

Kembali kepada soal jalan yang lurus yang harus dipilih oleh rakyat Malaysia untuk dijadikan sistem hidup mereka, perkara utama tidak lain dan tidak bukan pemerintahan yang adil yang ditubuhkan melalui perundingan.[15] Sistem dwi-parti yang kita import dari Eropah tidak sesuai, pada dasarnya, dengan ajaran Islam. Kita diberikan Tuhan dua tangan: mengapa kita gunakan satu tangan untuk merosakkan kerja satu tangan lain? Tidak bolehkah kedua-dua tangan bekerjasama untuk melakukan kebaikan bagi masyarakat kita? Jelaslah teori sekat dan imbang (Ing.: cek and balance) ini satu teori yang tidak ada kebenarannya.

Sebuah pemerintahan mestilah diwujudkan di Malaysia melalui kaedah muafakat dan mentadbirkan negara-bangsa Malaysia dengan adil. Inilah perintah Tuhan dan keperluan yang utama bagi rakyat Malaysia. Dengan demikian, walaupun Malaysia dari segi sejarah, lahir dari Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15, hari ini sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada tahun 1957, ia telah menjadi sebuah negara berbilang kaum dan agama dengan semua kaum mempunyai hak yang sama.

Tadi telah saya nyatakan penyelewengan khusus yang telah dilakukan oleh umat Islam itu memecahkan masyarakat kepada sistem agama dan sistem sekular. Ini bersalahan dengan ajaran Nabi Muhammad dalam Quran yang menggabungkan kedua-dua sistem ini secara harmonis.[16] Namun demikian, ajaran Quran juga menasihatkan umat Islam mengutamakan kediaman akhirat tanpa mengabaikan hak-hak mereka yang sah di dunia. [17]

Perkara yang akhir ini menunjukkan perbezaan antara dunia dan akhirat. Alam akhirat itu tidak lain dari alam dunia ini di peringkat yang lebih tinggi, yakni dari segi moral dan spiritual. Nyatalah satu kasta paderi telah bertindak sebagai diktator kepada masyarakat Islam tanpa membenarkan perbezaan fikiran. Perbuatan ini melanggar perintah Tuhan yang terang yang berbunyi, “Dengar semua pendapat dan ikut yang paling baik”.[18]

Harus diingat bahawa Islam yang datang ke dunia Melayu pada abad ke-15 dan 16, Islam pasca kejatuhan Baghdad, yakni Islam yang telah kalah. Walaupun ini fakta sejarah, telah dicatat oleh seorang sejarawan Melayu bahawa kota pelabuhan Melaka dalam abad ke-15 sebuah kota pelabuhan yang termasyhur di dunia, sama dengan Venice. [19]

Malah telah dinyatakan oleh penulis Portugis, Tome Peres, bahawa Melaka pada zaman itu begitu penting dan kaya ia tiada lawannya di dunia. [20] Dinyatakan oleh sejarawan Melayu tadi, 84 bahasa dipertuturkan di pelabuhan Melaka dan bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca. Fakta ini menyalahi anggapan kita yang pertama tadi. Kemungkinan besar ada dua aliran Islam yang sampai ke Melaka dalam abad ke-14 dan 15.

Di awal tadi, telah kita petik sebuah ayat suci yang berbunyi, “ Rasul akan berkata: ‘Tuanku, umatku telah membelakangkan Quran ini. Kami juga telah mewujudkan musuh-musuh bagi rasul-rasul kami dari kalangan mereka yang berdosa. Tuan kamu cukup sebagai pembimbing dan penolong’”.[21]

Amaran yang dahsyat ini telah wujud dalam Quran selama 1400 tahun lebih. Saya tidak pernah bertemu dengan huraian yang panjang lebar atau sederhana panjang lebar tentang makna ayat-ayat yang menakutkan ini.

Apabila ayat-ayat Quran dibaca, kerap kali kaum agamawan Islam melagukan mereka dengan tajwid-majwidnya yang sungguh enak didengar. Saya teringat zaman remaja saya apabila saya sendiri terpengaruh dengan lagu-lagu Quran dibacakan. Saya telah mensifatkan perbuatan ini sebagai kaedah yang paling bijak untuk menyembunyikan Quran kepada umat Islam, yakni lagu mengatasi makna.[22]

Hari ini saya telah menjengkau umur 80 tahun. Saya berfikir inilah masanya saya mahu bercakap secara langsung kepada kepimpinan politik dan intelektual rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia tentang penyelewengan-penyelewengan yang telah mereka lakukan serta membetulkan kesilapan-kesilapan kita supaya 30 tahun yang akan datang dan seterusnya kita boleh mencapai jalan yang lurus yang telah diperintahkan oleh Tuhan kepada kita.

Harus diingat bahawa pertama sekali Quran itu bimbingan untuk orang-orang yang bertakwa. [23] Bimbingan ini hanya diberi oleh Tuhan sahaja kepada pencari-pencari yang jujur. Jadi, rakyat Malaysia yang beragama Islam dan umat Islam di seluruh dunia mestilah bertekad untuk mencari bimbingan ini dengan jujur.

Kedua, Quran itu bukan untuk dilagukan dengan tajwid-majwidnya berdengung-dengung. Quran itu perutusan Tuhan yang terakhir kepada dunia. Ia bimbingan kepada seluruh manusia. Kita mesti ada satu kaedah yang saintifik untuk mentafsirkan ayat-ayat Quran itu supaya ia benar-benar menjadi bimbingan kepada umat Islam dan seluruh dunia. Kaedah saintifik ini pada dasarnya bermakna Quran itu menjelaskan dirinya sendiri, yakni ayat mentafsirkan ayat, bukan seperti kaedah tradisional yang mendakwa Hadis mentafsirkan Quran. [24]

Ketiga, kediktatoran kasta paderi (baca: ulama) harus disingkirkan. Kaedah saintifik dan demokratik, yakni perdebatan yang rasional dan bijaksana, mestilah diutamakan.

Keempat, Quran itu mesti ditafsirkan semula oleh generasi yang mendatang, mewarisi tafsiran yang betul dan menolak tafsiran yang silap daripada generasi yang terdahulu.

Kelima, mengikut ajaran Tuhan Sendiri, Quran itu diwariskan kepada mereka yang Tuhan pilih daripada pelbagai kalangan, bersalahan dengan pegangan tradisional bahawa pewaris Quran itu para ulama. [25]

Keenam, nyatalah sistem hidup yang dianjurkan oleh Quran itu bersifat republikan dan demokratik. Ini nyata daripada asal-usul nabi Muhammad dan empat khalifah ar-rasyidun ( Abu Bakr, Omar Ibni Khattab, Uthman Ibni Affan dan Ali Abi Talib). Apabila Muawiyah merampas kerajaan Islam dari tangan kaum republikan dan demokratik ini, bermulalah zaman feudalisme dalam sejarah Islam awal membawa kepada abad ke-20.

Umat Islam perlu kembali kepada zaman republikan dan demokratik yang telah kita sebutkan. Hanya dengan demikian, Islam yang sebenar akan kembali semula ke dalam dunia serta memimpin umat Islam dan seluruh dunia kepada alam kejayaan dan kebahagiaan, seperti yang dijanjikan oleh Tuhan kepada umat Islam. [26]

8. Langkah-langkah Yang Perlu Diambil

UMNO, parti nasionalis, yang menjadi tulang belakang pemerintahan di Malaysia sekarang berasal sebagai sebuah gerakan massa pada 1946. Namun tiap benda yang hidup akan merosot. Demikianlah UMNO telah merosot. Hanya anggota UMNO dan rakyat Malaysia seluruhnya melalui Perhimpunan Agung UMNO boleh membaiki UMNO, melalui apa yang diperintahkan oleh Tuhan

“menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan”. Perhimpunan Agung UMNO Tahunan mestilah menjadi sekat dan imbang atau penjaga kepada sistem pemerintahan di Malaysia. Rasuah, pembaziran dan kejahatan lain mestilah dikoreksi dari dalam oleh kita yang sedar sendiri. Inilah yang harus dilakukan oleh rakyat Malaysia. Inilah juga yang harus dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia. Inilah juga yang harus dilakukan oleh rakyat di seluruh dunia. Tiada seorang Imam Mahdi atau Nabi Isa turun kali kedua boleh tolong mereka. Manusia tiada penolong dan pembantu kecuali diri mereka sendiri. Dengan izin Allah!

Saya telah menyatakan pada awal tadi bahawa saya akan meluahkan isi hatinya tanpa sekatan. Saya ingin menyatakan dengan rendah hati bahawa saya memohon kepada Tuhan Azza-Wajalla memberi taufik dan hidayah kepada saya dan menjauhkan diri saya daripada kesombongan dan kebanggaan.

Saya ingin menyatakan terima kasih yang tidak terhingga banyaknya kepada sahabat-sahabat saya dalam Jawatankuasa Penaja yang dipimpin oleh Sdr Nik Aziz Hassan dan juga dari pelbagai bangsa dan agama yang telah mera’ikan hari jadi saya yang ke-80 dengan seminar penilaian kritis terhadap karya-karya saya. Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sudi merasmikan upacara ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak dewan yang membenarkan kami menggunakan dewan yang permai ini

Ucapan ini tidak kena-mengena dengan peringatan harijadi saya yang ke-80. Saya fikir sudah sampai masanya kita, rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia, berdepan dengan realiti kita secara realistik dan bijaksana untuk menentukan masa depan kita semua, bukan sahaja untuk 30 tahun akan datang, tetapi untuk selama-lamanya.

Saya bercakap ini langsung kepada elit kepimpinan politik dan intelektual dan kepada massa rakyat. Saya harap mereka ambil peduli.

Pendekatan, ini satu seruan untuk revolusi untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Contoh-contohnya sudah ada dalam sejarah: revolusi yang dilancarkan oleh nabi-nabi besar Ibrahim dan Muhammad, oleh Revolusi Amerika, Revolusi Perancis dan Revolusi Komunis, kedua-dua bengis dan berperikemanu-siaan. Kita mesti pilih yang kedua.

Terima kasih.

KASSIM AHMAD

16 Februari, 2014

1504, Persiaran Kulim Golf,

Kulim Golf & Country Resort,

09000 Kulim, Kedah Darul-Aman.

012-4291152/604-40318771

Alamat e-mel <darul_hikmah33@yahoo.com.my>


[1] Lihat sajak saya, “Satu Sumpahan”, dalam Kemarau di Lembah, Saudara Sinaran Brothers, Pulau Pinang, 1967. hlm. 46.
[2] Lihat sajak “Pidato” dalam Ibid., hlm. 67
[3] Lihat Kassim Ahmad, “Pembangunan Intelektual Bangsa” dalam Koleksi Pidato Penghargaan Siswazah Kehormat Konvensyen Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi: 1997) hlm. 87.
[4] Lihat risalah saya, Kontroversi Hukum Hudud, Forum Iqra’, Pulau Pinang, 2002.
[5] Lihat Quran, 15: 9.
[6] Quran, 5: 48.
[7] Sejarawan Inggeris Philip K. Hitti berkata tentang peristiwa ini, “Jika ada seseorang dalam dekad ketiga abad ketujuh berani meramalkan bahawa dalam satu dekad suatu kuasa yang tidak ditetahui dan tidak disangka dari tanah Arab yang masih dalam zaman gasar dan tidak dikenali akan muncul dan merempuh dua kuasa besar dunia pada ketika itu serta mewarisi Empayar Parsi dan merampas dari Empayar Baizantium tanah jajahannya yang elok, dia tentu akan dicop seorang gila. Namu demikian, itulah yang berlaku …” (Philip K. Hitti, History of the Arabs (Edisi ke-10: 1970: London), hlm. 142.)
[8] Lihat Quran. Surah 63, ayat satu membatalkan syahadah kedua.
[9] Rujuk Quran, 33: 43.
[10] Bahawa rambut wanita bukan ‘aurat dan kepala wanita tidak ditutup disebut dalam Quran. Pertama, apabila mengambil wuduk kita perlu menyapu kepala. Ini menunjukkan kepala wanita tidak ditutup. Kedua, ayat Quran tentang pakaian wanita berbunyi: “Beritahu kepada wanita muslim untuk menundukkan mata mereka dan memelihara kehormatan mereka. Hendaklah mereka jangan memperlihatkan mana-mana anggota badan mereka, kecuali yang mustahak. Hendaklah mereka tutup dada mereka dan jangan buka kecuali di hadapan suami mereka, bapa mereka …” (Quran, 24: 30-31). Frasa “kecuali yang mustahak” di sini bermakna muka, tangan dan kepala. Apabila kita mengambil wuduk, muka dan tangan disuruh basuh dan kepada disuruh sapu.
[11] Lihat Majid Khadduri (pent.) Islamic Jurisprudence: Shafi’I’s  Risalah, hlm 75-76.
[12] Lihat Kassim Ahmad, Hadis—Satu Penilaian Semula, Media Intelek, Petaling Jaya, 1986,  hlm. 93.
[13] Lihat Quran, 2: 225.
[14] Lihat esei penulis bertajuk “The Madinah Charter – A Short Note” dalam blog penulis
[15] Tentang menghukum dengan adil, rujuk 4: 58. Tentang membuat keputusan melalui perundingan, rujuk 42: 38.
[16] Quran, 2: 201.
[17] Quran, 28: 77.
[18] Quran, 39: 18.
[19] Lihat Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka (1990: Kuala Lumpur), hlm. 275.
[20] Lihat B. W. Andaya dan L. Y. Andaya, A History of Malaysia (London: 1982); hlm. 37.
[21] Quran, 25: 30-31.
[22]  Lihat Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang, ZI Publications (2008: Petaling Jaya), hlm. 177.
[23] Quran, 2: 2.
[24] Lihat Kassim Ahmad, Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik,Media Indah, Kuala Lumpur, 1992, Bab 7.
[25] Lihat Quran, 35: 32.
[26] Ada beberapa ayat. Satu daripadanya 9: 33.  Cara hidup Islam sebenar itu sempurna dari semua segi, material, moral dan spiritual. Ini bukan saja bermakna tiada kezaliman, tetapi kejahilan dan kemiskinan juga tidak wujud lagi.

****************

Mesej yang disampaikan Kassim amat jelas dan tidak lagi meragu ragukan bahawa kedudukan dan peranan Rasulullah dan Imam Shafie’e, iaitu ulama yang membuat tafsiran Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebagaimana diterima dan amalkan oleh majoriti umat Islam diMalaysia ini telah dihina.

Rata rata, reaksi begitu negatif keatas ucapan yang diberikan liputan media yang meluas ini. Tidak kurang pula mereka yang menyifatkan pemikiran Kassim Ahmad, penyokong dan mereka yang seangkatan dengan golongan yang cuba memperkecilkan peranan, hadis dan sunnah Rasulullah S.A.W., sebagai sesat.

Setelah ianya menjadi konstroversi, JAKIM mengeluarkan arahan untuk menyiasat majlis dan ucapan tersebut.

ARKIB : 20/02/2014

Biar pihak berkuasa selesaikan isu Kassim

Paimuzi Yahya

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Orang ramai dinasihat memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani kes melibatkan bekas aktivis politik, Kassim Ahmad yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Paimuzi Yahya berkata, bahagian penguatkuasaan jabatan berkenaan telah mengambil tindakan terhadap kes itu dengan membuka kertas siasatan.

Katanya, Jawi sedang menyiasat dan mengenal pasti beberapa saksi yang menghadiri Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian di Putrajaya pada Sabtu dan Ahad lepas berhubung perkara tersebut.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya menghentikan sebarang provokasi bagi mengelakkan sebarang ketidakharmonian.

Othman Mustapha

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan berasingan berkata, pihaknya memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam seminar anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim itu.

Beliau berkata, jabatan berkenaan membuat pendirian bahawa pemikiran dan pandangan terutama berkaitan isu-isu agama yang dikemukakan pada seminar itu adalah bercanggah dengan prinsip serta sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, selain meminta Jawi mengambil tindakan dengan pendekatan bersesuaian, beliau juga meminta kerjasama daripada Jabatan Agama Islam di negeri-negeri agar dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu tersebut secara berkesan.

“Kami juga berhasrat menjemput Kassim dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140220/dn_33/Biar-pihak-berkuasa-selesaikan-isu-Kassim#ixzz2u4du0BtD
© Utusan Melayu (M) Bhd

***************

Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria secara tegas meningatkan umat Islam agar menolak golongan anti Hadis.
ARKIB : 20/02/2014

Jangan terpengaruh antihadis

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

IPOH 19 Feb. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyeru umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh terhadap ideologi yang secara terang-terangan bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk golongan menolak hadis.

Menurutnya, umat Islam yang menolak hadis dan al-Quran hukumnya boleh murtad kerana ajaran serta undang-undang Islam berdasarkan kepada dua asas tersebut.

Katanya, hadis juga tidak boleh ditafsirkan mengikut fikiran sendiri kerana Rasulullah SAW pernah memberi amaran mengenainya, malah baginda juga tidak mentafsir sebaliknya mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

“Al-Quran juga tidak boleh tafsir mengikut fikiran kita, ini diberikan amaran oleh Rasulullah SAW, barang siapa mentafsir al-Quran mengikut fikiran sendiri, maka sedialah tempatnya di neraka.

“Sebab itu tafsir al-Quran mesti berasaskan hadis nabi, kerana nabi diajar mengenai makna kandungan al-Quran.

“Kalau pakar-pakar bahasa Arab sendiri tidak berani memberi tafsiran berdasarkan fikiran sendiri terhadap al-Quran, bagaimana pula muncul golongan di negara ini seperti Kassim Ahmad yang tidak faham serta tidak mendalami bahasa Arab boleh membahaskannya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kassim yang merupakan seorang karyawan dan bekas aktivis politik mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan ‘kasta paderi’.

Kassim turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa golongan itu melakukan beberapa kesalahan seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita.

Dalam pada itu, Harussani turut melahirkan kekecewaan beliau apabila ada dalam kalangan pemimpin negara yang dihormati turut terpengaruh dengan Kassim.

Menurut beliau, tindakan mempertahankan Kassim hanya memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman berkenaan meskipun sebelum ini telah difatwakan sebagai pemikiran sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam oleh kebanyakan negeri.

“Saya menyeru supaya Kassim dan mereka yang telah terpengaruh dengan ideologinya supaya segeralah bertaubat.

“Saya juga berharap pihak berwajib supaya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan berhubung ideologi berkenaan dan bertepatan dengan prinsip Rukun Negara iaitu kedaulatan undang-undang,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140220/dn_05/Jangan-terpengaruh-antihadis#ixzz2u4ZkFwFr
© Utusan Melayu (M) Bhd

****************

Banyak pihak cuba mengaitkan Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai terlibat dan menyokong pemikiran Kassim Ahmad dan golongan anti Hadis ini. Namun, JAKIM mengeluarkan kenyataan sebaliknya:

Laporan Berita Harian:

NASIONAL

ISU ANTIHADIS KASSIM AHMAD: ‘Dr Mahathir tiada kaitan’

]
Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kaitan dengan seminar anti- hadis Dr Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi sehingga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan.Pihak berkuasa agama itu menjelaskan, tidak ada keperluan untuk memanggil Dr Mahathir dalam isu berkenaan, sebaliknya JAWI sedang berusaha untuk mengenal pasti penganjur seminar kontroversi itu.

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya, berkata pihaknya kini sedang mengumpul bukti berhubung seminar berkenaan dan akan memanggil Kassim secepat mungkin bagi mendapatkan penjelasan serta menjalankan siasatan.

“Dr Mahathir tidak terbabit dalam isu ini, Yayasan Perdana bukanlah penganjur kepada seminar itu, sebaliknya kami sedang mengenal pasti penganjur kepada seminar tertutup itu.

“Oleh itu kita minta sesiapa yang ada bukti maklumat mengenai seminar berkenaan menyalurkannya kepada JAWI bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Semalam akhbar melaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan JAWI mengambil tindakan terhadap Kassim kerana mempertikai hadis yang boleh membawa kekeliruan umat Islam di negara ini.

************

Ianya menjadi bahan yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam dan Perdana Menteri dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan pendirian UMNO yang menolak ideologi yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

ARKIB : 21/02/2014

Ideologi bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu ditolak – PM

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Sebarang kefahaman atau ideologi yang menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu ditolak sama sekali di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian parti itu dalam soal berkenaan adalah jelas bahawa UMNO berpegang kepada akidah dan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu.

”Ini termasuk usaha memperlekeh dan meremehkan hadis Nabi Muhammad SAW yang merupakan hukum syariah kedua tertinggi selepas al-Quran,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib memberitahu bahawa lima ahli UMNO dikenakan hukuman dipecat keahlian kerana mensabotaj parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140221/dn_28/Ideologi-bertentangan-Ahli-Sunnah-Wal-Jamaah-perlu-ditolak—PM#ixzz2u4fJ32T4 © Utusan Melayu (M) Bhd

**************

Tatkala orang Melayu-Islam menghadapi cabaran oleh anasir anasir Bukan Islam yang menjadi ancaman langsung kesucian Islam sebagai ugama Persekutuan dan setimen orang Melayu-Islam dengan secara intensif. Ianya kukuh seperti kes kes tuntutan gereja Roman Katholik untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan termasuk injil berbahasa Melayu dan memurtadkan orang Melayu belum lagi reda, kini golongan Anti Ahli Sunnah Wal Jama’ah ini pula mengambil kesempatan dalam kekeliruan semasa untuk menengahkan agenda sesat mereka.

Ucapan Kassim ini membuktikan bahawa golongan anti Hadis ini mempunyai agenda politik dan secara strategiknya akan menerapkan ideologi mereka melalui saluran politik agar ianya terlaksana. Ianya sama seperti Al Arqam 20 tahun lampau.

Kassim Ahmad bersama mereka yang aktif dalam pencernaan minda golongan anti Hadis ini

Kassim Ahmad bersama mereka yang aktif dalam pencernaan minda golongan anti Hadis ini

Setelah siasatan JAKIM lengkap, maka pihak berkuasa untuk mentadbir, melaksana dan penguasa undang undang jenayah Islam terutama hal hal berkenaan aqidah, maka penganjur program, Kassim dan mereka yang terus menyokong pendapat tergelincir aqidah ini wajar didakwa dalam Mahkamah Syariah.

Pihak Peguam Negara juga wajar menyiasat perkara dibawah Akta Hasutan kerana ianya boleh mengakibatkan orang ramai marah keatas UMNO, yang menjadi tunggak pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan majoriti Kerajaan Negeri semenjak Kemerdekaan.

Published in: on February 22, 2014 at 23:55  Comments (20)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/02/22/kassim-ahmad-rasulullah-tidak-perlu-dimuliakan-tegakan-revolusi-dan-tafsir-semula-al-quran/trackback/

RSS feed for comments on this post.

20 CommentsLeave a comment

  1. […] The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles…. […]

  2. Government should be out of the business of regulating religion. Leave religion to community to regulate them self. When you empower a group of people to be the authority of religion such JAKIM, they now defines what is acceptable. Man now dictates what is right or wrong. When did JAKIM receive their certification from Allah.

    • Obviously, you don’t understand the role and authority of JAKIM. Especially in the context of Islam as the religion of the Federation of Malaysia.

      Say goodbye.

      Ta Ta!

    • For being an Ah Beng you have no business to make this comment.

  3. kassim ahmad, worthless. fragile senile old man. no political power, no money, no ardent followers. still , muslim, malays in malaysia in a lightning speed put judgement to this person. in fact like judge dred already formulated such judgement and trial and sentences.

    whilst another senile old man with his henchmen , declared apostasy, shun away from ALLAH issues, swears to the ALLAH that created them, supports lesbian, gay free sex and tyranny are still on the street doing harm to the muslim.

    and this is what muslim called justice? and these Muslim even set up a party call justice? justice for whom?

  4. Muslims are screwed up because they outsourced the knowledge of religion to the ‘ulama’. In Islam there is no such thing as pendeta-pendeta ugama.

    What makes things worse is that those who are unable to excel academically to become doctors or engineers will end up to become religious scholars. These group of people are devoid of ability to argue intellectually – so what do they do, they will unilaterally say this thing is haram, that thing is haram, as if they are the representatives of God themselves, claiming using words like ‘ulama itu pewaris nabi’.

    Remember, Quran is the word of God, and Muhammad’s job is to deliver the Quran to the masses. That is why people are asked to obey him.

    Hadith on the other hand, were written by men who claimed to have listened him saying this and that. This is similar to Jewish Talmud – which are based on the ‘oral’ teaching of Moses, and Letters of St Pauls – which are based on what Paul claimed to be the oral teachings of Jesus.

    In short, Muslims now are as screwed up as the Jews and Christians. I for one, believe in Kassim Ahmad’s point – we should look hard at the argument of going back to Quran as a single source of reference, because the Muslims themselves are divided into sects because they refer to all sorts of hadiths and come up with their own versions of ‘sahih’ and ‘weak’ hadiths.

    Afterall, God Himself said that the Quran is ‘clear’, ‘complete’, ‘nothing is being left out from it’, is ‘a source that cannot be doubted’ and ‘whomever follow other references than the Quran are liars’.

    We should also be worried with the rise of ustaz-ustaz celebrity who appear in TV and talk nothing else but petty-petty things that we already know. I do not know what is really their contribution to the society other than wasting people’s time and TV bandwidth.

  5. “…….Jalan yang lurus yang dirujuk dalam surah Al-Fatihah tadi – apakah jalan itu? Tadi telah kita nyatakan ada tiga jalan yang menyeleweng : sistem marxis komunis, sistem teokrasi dan sistem liberalisme. Seperti yang telah kita nyatakan, ketiga-tiga sistem ini telah atau sedang menuju kehancuran……..”

    Ada satu lagi Kassim; jalan yang keempat – yang dipilih oleh golongan yang cetek ilmu tetapi mentafsir sendirian mengikut firasat dan nafsu kemudian menyalahkan semua tafsiran yang dibuat oleh golongan yang nyata berilmu dan diterima khalayak ramai.

  6. JAKIM and the Muslims who called themselves followers of ahlul sunah aljamaah agreed that Kassim Ahmad is wrong.That Kassim Ahmad is anti-hadith thus deviated from akidah Islamiah.(Kassim Ahmad is correct when he said that Alquran is clear about Islam,and that there’s no need of other method to interpret it.But it seemed JAKIM and the Muslims at large have the upper hands.Kassim Ahmad is wrong.)

    JAKIM playing a role of ulama that Kassim proclaimed as not practiced during the four caliphate?That Imam Shafiee was a pioneer of relying on hadiths to interpret Alquran — wrong?

    Let’s think.Think hard critically.

  7. To those who declare themselves as believer and Muslim, please read the Quran in the language that you understand and familiar with. This will make you understand better rather rely on what others are saying. The message by others such as ulama, ustaz or imam sometime confused you and sometime it is not mentioned in the Quran. They themselve make up the story to make them look ‘Alim’ and respected religious figure. In the Quran God mentioned in Surah 17 verses 36 “You shall not accept any information, unless you verify it for yourself. I have given you the hearing, the eyesight, and the brain, and you are responsible for using them”. So please verify it, don’t just jump the gun. Think hard and you will find the truth.

  8. Quran menyuroh kita sembayang,puasa,naik haji,bayar zakat.bab nikah,feraid harta,
    Bagaimana kita hendak sembayang,berpuasa,membayar zakat,naik haji Jadi kita lihat apa yang dilakukan oleh Rasuallah (saw)

    Kerja mengompukan Hadith (apa yang di cakap dan di lakukan oleh Rasuallah) dilakukan oleh Imam Malek,Bukhary,Muslim,Abu Daud merupakan pengumpolan sejarah riwayat Rasuallah(saw) Ada kah ini satu kesalahan.mereka hanya mengumpokkan sejarah.
    Pengumpol hadith ini telah berjaya menchipta methodology yang detail untok mengenal mana hadith yang sahil dan hadis yang batil.

    Quran hanya boleh di tafsir dan syarat utama untok mentafsir Quran ,kita mesti boleh membaca ,menulis dan bercakap dalam bahasa arab classic.Kita tidak akan dapat menekmati isi kandongan Quran yang sabenar jika kita hanya menbaca terjemahaan Quran.

    Kassim Ahmad,saorang socialist dalam fahamannya.Semua manusia itu sama.Dia menggangap Rasuallah itu manusia yang sama dengannya.Ini di jelaskan sendiri samasa kita berdebat dengannya.
    Katanya Muhammad itu manusia yang sama saperti saya,kenapa saya harus memujinya dengan mengucapkan (S.A.W)”

    Kapada golongan yang hanya menolah Hadith dan hanya berpandukan Al Quran sahaja,saya ingin bertanya :

    1- apabila saudara kita mati,apa harus kita buat.Dalam Quran tidak dinyatakan apa yang harus kita buat.Hanya diriwayatkan apabila anak Nabi adam mati dibunoh,abangnya tidak tahu apa hendak dibuat dengan mayat .jadi burong gagak yang menunjokkan kapadanya bagaimana ia perlu mengali lubang dan di tanan.
    Kenapa kita mandi mayat itu,balut dengan kain puteh,sembayang dan di tanam.Ini mengikut apa yang dilakukan oleh Rasuallah.

    2-saya ada bertanya rakan rakan saya yang anti Hadith,”kenapa awak maseh membasuh jubor salepas membuang ayae besar.Ini tidak dinyatakan dalam quran.”
    Jawabnya” saya ikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa saya”

    Kita kena hati hati dalam hal ini,kerana ianya melibatkan akidah kita sabagai orang Islam.Menghina Rasuallah dan tidak percaya kapadanya bermaana lafaz Shuhadah kita tidak lengkap.Jawabnya Murtad.
    Wassalam.

    • gn merendahkn Al quran dgn menyamakannya dgn hadis. Al quran diturunkn oleh Allah dan dijamin keasliannya sendiri oleh Allah, tp tidak hadis. Knp hadis hanya dikumpulkn lebih kurang 200 tahun selepas kewafatan nabi? Knp sahabat sendiri tidak membukukn ‘sunnah’ rasullullah sedangkn mereka begitu rapat dgn baginda semasa hayatnya? Ini kerana baginda sendiri tidak membenarknnya krn tidak mahu org Islam beriman kpd kitab lain selain drp Al quran. Dr situ kita sudah boleh meragui kesahihan hadis. Ingin saya tny, terjejas kah Islam seseorang jika xberiman dgn hadis? Ada termasukkah dlm rukun Islam atau rukun iman yg mewajibkn org Islam spy beriman dgn hadis??

  9. […] ucapan yang bertajuk “Halatuju Negara Untuk 30 Tahun Akan Datang” dalam program “Pemikiran Kassim Ahmad; Satu Penialaian” di Putrajaya minggu lepas, […]

  10. the muslim world and opinion would be very much different if those reveared imam thousand years ago could get hold of I PHONE, GALAXY NOTE, WIKIPEDIA ETC.before/when making their hukum/opinions. I am pretty sure their opinion would be so much different. So apa lah salahnya kita gunakan otak, kepakaran dan kepandaian yang kita ada sekarang including the use of technology, brains and factual/historical data untuk mencari kebenaran bagi kebaikan umat Islam

  11. Tak sempat nak tulis banyak. Ha nya nak kata Kassim Ahmad ni dah gila. Mungkin nakkan nama tapi tak terkenal di sini sana. Maka dia cuba merengkan pemikiran dia, sonsangkan pendapat dia. Tak guna punya manusia.

    • Branding other people as evil are exactly the behavior of religious retards of today – complete lack of capability to argue rationally with other people. The following is what Quran says:

      1) Do not blindly listen to other people (do you get the hint?)

      Do not follow what you know not. Man’s ears, eyes and heart – each of his senses shall be closely questioned. (17:36)

      2) Do not blindly accept teaching from other people (do you get the hint again?)

      Observe that which is brought down to you from your Lord and follow no other masters besides Him. But you seldom take warning. (7:3)

      3) Be careful of people who claimed to be religious and try to impose their teachings on you (don’t you get the hint?)

      And there are some among them who twist their tongues when quoting the Scriptures, so that you may think it from the Scriptures, whereas it is not from the Scriptures. They say, ‘this is from God’, whereas it is not from God, thus they knowingly ascribe falsehood to God. (3:78)

      Who is more wicked than the man who invents falsehood about God, or says, ‘this was revealed to me’, when nothing was revealed to him? Or the man who says, ‘I can reveal the like of what God has revealed…(6:93)

      4) Common beliefs (or mainstream beliefs) are not necessarily the right thing to believe (do you get the hint?)

      And if you obey most of those in the earth, they will lead you astray from God’s way, they follow but conjecture and they only lie. (6:116)

      5) God does not require us to be extreme in being a Muslims (look around you – people who pretend to be Muslims but are actually hypocrites)

      Say: O followers of the Book! be not unduly immoderate in your religion, and do not follow the low desires of people who went astray before and led many astray and went astray from the right path. (5:77)

    • Bila emak bapa tak beri ilmu agama yang cukup hanya ilmu dunia sahaja di kejar,ini jadinya.Kasim ni elok bercakap ilmu yg dia belajar cukuplah.Kasim ni bukan ulama hadis.Dia ni no body.Cari contervercy,bolehlah terkenal sikit.Sejarah bolehlah sikit,itu pun tahap kampungan tak sampai international.Poltik sosialis dia pun dah berkubur.Mahathir nak cari penyakit bila sokong kasim ni.Nabi kata,Janganlah seseorang islam menghina dirinya sendiri.Sahabat pun bertanya,bagaimana pula org islam menghina diri sendiri.Rasulullah saw menjawaba,Dia melakukan perkara yg dia tak mampu. Kasim ahmad ini jauh dari mampun nak jadi ahli agama dan pengkeritik hadis,jadi akan nampak kebodohannya dalam agama dan ilmu nhadis itu.Dan orang pun akan marah dan hina dia.Sebenarnya kasim ahmad ini sedang menghinakan dirinya sendiri saperti kata rasulullh s.a.w .Eloklah kita bercakap apa yg kita belajar sahaja.Supaya tidak tersilap terlampau jauh.

  12. lets define the words ulama. Is the so called ulama present today the real ulama as mentioned by Nabi Muhamad? or could they be the the ulama su” as being memtioned in the book ihya ulumuddin by Imam Al Ghazali. What would happen if goverment does”nt alocate salary for them and denied any authority right for them……

  13. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengajar umat / pengikutnya untuk mendewa-dewakan dirinya seperti tuhan, ini semata2 FITNAH KASSIM AHMAD. Kalau Muhammad suruh manusia mendewakannya, mengapa dia tidak benarkan seorang umat dizamannya pun untuk melukis potretnya, padahal ramai ahli seni yang boleh lukis rajah perut manusia dengan baik ketika itu.Kalau Rasulallah ini anggap dirinya hebat dan ‘kabir’ dan ‘azimah’, sudah lama dia memeras rakyat Arab untuk jadi kaya seperti Firaun. Tapi Muhammad ini tidak begitu…dia sanggup menggelarkan dirinya Hamba Allah jua walaupun diberi taraf rasul, dia sanggup lebih banyak solat dan ibadat lebih dari umatnya kerana tahu dan takutkan Maha Penciptanya. Jadi, wahai Kassim Ahmad yang tua bangka dan masih tak nampak jalan hidayah, minta maaflah kalau saya terkasar bahasa, tapi awak kalau tak belajar agama dalam sangat, tak belajar bahasa arab, bodoh tapi sombong ….janganlah kau nak memandai2 kutuk nabi Muhammad, buat dakyah dan fitnah yang kau tak tau, ini memang sebiji macam Yahudi memfitnah Saidatina Aisyah, Ali dan semua keluarga nabi dan sahabatnya yang orang syiah bodoh telan bulat2 fitnah Yahudi itu.

    Another thing, for those who support Kassim Ahmad views, if you are not a muslim, I pity you as no one will save you from hell as all rumours comes from you knows who…rumours from people like Paul etc, and those who believe in rumour mongers like Kassim Ahmad, I pity you because you may join him in where he will be if he continues rambling this way…Allah makes him lives longer just like the queen of england so that mankind could see the destruction from man, the truth will prevail and younger people like me see him merely as a silly person we call ‘sudah nyanyuk’….what a waste!!! I wish my firm words could knock his head real hard and ‘bertaubat’ / return to straight path, but I guess…naah…Allah has shut his eyes as he won’t listen (try read translation in Surah Yassin); he’ll be dumb and stubborn like a donkey. If Muhammad is fake and what he said is a lie to those non believer; fine….if you don’t like Al-Quran because you said it is from Muhammad, I give you a few lines from the bible, either its the King’s James Version, or Giddeon, or NIV version: “he came with 20000 saint”. If a jewish priest Naufal could see who is ‘Muhammad’, where did he get the news/message from if not reading the ‘Torrah’?. The sign is everywhere. Only human being dumb or play dumb, coz the truth always painful. In the bible also said, “and Lord will revive a prophet among their brethren”….don’t forget who Abraham is “the father of all nation” – whose wife ‘Hagar’ has given him a child called ‘ismail’ from Arab tribe.And ‘Muhammad son of Abdullah’ is the decendents of this ‘Ismail’ – the son of Abraham & Hagar. So those who first keep on listening to Kassim Ahmad nonsense rambling, or other so-called ‘man of god’ – you’ll be lost forever, ‘lost in the big black hole’ – read more, find more knowledge, and tell yourself like this “I wish God, the true God will show me the right path”…insya Allah, with his permission – he will show you the ‘Mustaqim’ / straight path (read al-fatihah).

    As the bible says “Peace are those who do their pilgrimage, to the valley of Bacca”, “where the spring would never dry” – song of Solomon. Historical English dictionary (if you do your Phd in Literature) says that ‘Bacca’ refers to the old name of ‘Mecca’, and the spring that never dry since Ismail was born is called ‘zam-zam’. I don’t have to read Ahmad Deedat’s arguement on Christianity, I just read the bible myself. I found my prophet, Muhammad, and other prophets including Jesus in the bible from the 14th century manuscript i read in the university of Melbourne. Yes, I know who is Muhammad the Rasullah / the messenger and anything people wrote against him is a rumour monger, a liar…and perhaps, the SATAN, the agent to the Lord of Darkness that comes in human form called Kassim Ahmad, The Deceiver.

  14. INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.

    Al Quran menyatakan kejadian Adam AS dan Bani Adam terdiri dari dua kembar atau kejadian.

    1. Kejadian Zahir.
    2. Kejadian Batin.

    Kejadian zahir insan terbentuk dari SARIPATI, SERAT dan HIDRAT yang terkandung dalam tanah, terdiri dari gas, zat, mineral-mineral, protein dan vitamin-vitamin.

    >Ar Rahman: 14.
    >As Sajaddah: 7.
    >Ash Syafaat: 11.
    >Ali Imran: 59.
    >Al Hijr: 28.

    Apa yang dimaksudkan dengan gas itu adalah gas-gas yang terdiri dari gas pembakar atau oksigen, gas hydrogen (2 kandungan hydrogen + 1 kandungan oksigen = Zat atom AIR), nitrogen, carbon dioksida dll.

    Zat bahan galian atau mineral pula terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus, kalium, zat besi, beta karotin dll.

    Manakala vitamin pula terdiri dari vitamin A, B, C, D, E, K dsb.

    Saripati, serat dan hidrat tersebut berupa sebatian kering yang keras, berbau hanyir, berlendir, lekit dan berair.

    Kejadian di atas disebut sebagai kejadian FIZIKAL atau ZAHIR.

    Menurut Ulamak Tauhid kejadian berkenaan dipanggil DIRI ZAHIR.

    Setelah sempurna jasad Adam maka Allah SWT ‘meniupkan ROH ALLAH’ ke jasad Adam.

    >Al Hijr: 29.

    Kejadian ini disebut sebagai diri BATIN. Terdiri dari Roh Allah yang mengandungi Annur (zat Muhammad dan malaikat) dan Annar (Qarin, Iblis, jin dan syaitan)

    Yang zahir akan tinggal di tanah, TERKUBUR di dalam KUBUR.

    Yang batin ‘Ya ai’ya TUHAN nafsul mudma’inah’ berada di BARZAKH alam yang terdinding di antara 2 alam iaitu Alam Dunia dan Alam Akhirat terdiri dari Sijjin dan Illiyin.

    >Al Fajr: 27-30.
    >Al Mukminun: 99-100.

    Moga kekeliruan dari semua imam-imam fekah dan syariah terdahulu yang bercanggah pendapat beroleh pencerahan sebenar dari landasan Al Quran Kalam Allah.

    Roh akan dimasukkan semula ke DIRI BATIN dan bukan jasad diri zahir.

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

    يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

    Ya jiwa yang tenang, kembalilah kepada Penguasa dengan kepuasan dan keredaan, kekal abadi berasama jemaah di Jannah.

    Entah berapa rmai para ustaz dan ulamak sesat, syirik serta menyesatkan menyebut TUHAN DLM KONTEKS ALLAH…malah ramai yg menyebut TUHAN YG SATU…sedangkan Al Quran mewartakan TUHAN ITU ADALAH ‘ROH SUCI’ atu ‘JIWA YG TENANG’ insan.

    Syahadah membuktitan ‘TIADA TUHAN’ semata-mata Allah SWT. Kenapa pula para ustaz, ulamak, imam dll membawa tuhan di dalam doa ‘YA ALLAH YA TUHANKU’

    Allah mewartakan ‘ALLAH TIADA BILANGAN, ALLAH TIADA SEBARANG BANDINGAN’ dlm alam ghaib mna dtgnya ALLAH YG SATU…sdngkan dlm konteks Allah…AHAD bermaksud ESA.

    Ya! para ustaz sesat lagi menyesatkan!!! Knapakah kalian terlalu rakus menyatakan Malaikat bersayap sedangkan Allah mewartakan Malaikat dijadikan dri Annur dan tidak berjisim…knapakah JALUR-JALUR CAHAYA yg diperlihatkan ditafsirkan sebagai sayap?

    Kenapa teramat khufurnya para uztaz berbicara pasal BIDADARI SYURGA? Sedangkan HUR ‘AIN itu bermaksud DILIHAT BERSERI BERSINAR-SINAR…BERCAHAYA BERGEMERLAPAN.

    Alangkah mungkarnya para ulamak mentafsirkan KEMANISAN, KENIKMATAN, KELAZATAN, KEENAKAN di Jannah sebagai ARAK, MADU, SUSU dsb.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: