Kassim Ahmad: Kesilapan umat Islam ialah kerana mendewa-dewakan Nabi Muhammad

Dalam ucapan yang bertajuk “Halatuju Negara Untuk 30 Tahun Akan Datang” dalam program “Pemikiran Kassim Ahmad; Satu Penialaian” di Putrajaya minggu lepas, Mantan Tahanan ISA dan pengamal sosialis Kassim Ahmad membangkitkan kesilapan umat Islam ialah kerana “Mendewa-dewakan Nabi Muhammad” (Fasal 7(b))

(b) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. [8] Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa ‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran. [9] Juga perkataan ‘salla/yusalli’ bermakna ‘restu’, ‘bantu’ dan ‘sokong’, bukan selawat, seperti yang dibuat sekarang.

*************

Paragraf ini amat merbahaya kerana umat Islam meletakkan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasulullah dan pelengkap bagi agama Allah, yang diturunkan kepada sekelian manusia sehingga akhir zaman.

Surah An-Nisā’ (Ayat 59)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Surah ‘Āl `Imrān (Ayat 32)

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

Persoalan “Tiga Belas Juta Ringgit” kami ialah, bagaimana Kassim menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari? Ianya melibatkan pembacaan tahiyat sebanyak 11 kali.

Fahaman golongan anti Hadis dan anti Muhammad ini amat merbahaya. Sekiranya mereka tidak mengiktiraf syahadah, maknanya mereka sebenarnya bukan orang Islam. Mereka bergerak dalam keadaan seumpama umat Islam tetapi mengelirukan umat Islam dengan pendapat dan hujah mereka.

Ini maknanya mereka lebih merbahaya dari Paderi yang cuba untuk mengkristiankan orang Melayu-Islam.

JAKIM perlu menyiasat ucapan Kassim ini dan kegiatan golongan anti Hadis. Laporan siasatan perlu dikeluarkan dengan segera, agar pihak Peguam Negara boleh mengambil tindakan seperti mendakwa bawah Akta Hasutan.

JAKIM juga perlu membuat ketetapan mengenai kedudukan aqidah Kassim dan golongan ini dan sekiranya mereka telah terkeluar dari Islam kerana menolak kedudukan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasulullah, sebagaimana dalam kalimah syahadah dan tahiyat, maka tindakan perlu diambil keatas mereka. Ini termasuk Enakmen Pindaan 1988 mengenai menyebarkan ugama Bukan Islam kepada orang Islam.

Published in: on February 23, 2014 at 23:59  Comments (18)