Kassim Ahmad: Kesilapan umat Islam ialah kerana mendewa-dewakan Nabi Muhammad

Dalam ucapan yang bertajuk “Halatuju Negara Untuk 30 Tahun Akan Datang” dalam program “Pemikiran Kassim Ahmad; Satu Penialaian” di Putrajaya minggu lepas, Mantan Tahanan ISA dan pengamal sosialis Kassim Ahmad membangkitkan kesilapan umat Islam ialah kerana “Mendewa-dewakan Nabi Muhammad” (Fasal 7(b))

(b) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. [8] Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa ‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran. [9] Juga perkataan ‘salla/yusalli’ bermakna ‘restu’, ‘bantu’ dan ‘sokong’, bukan selawat, seperti yang dibuat sekarang.

*************

Paragraf ini amat merbahaya kerana umat Islam meletakkan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasulullah dan pelengkap bagi agama Allah, yang diturunkan kepada sekelian manusia sehingga akhir zaman.

Surah An-Nisā’ (Ayat 59)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Surah ‘Āl `Imrān (Ayat 32)

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

Persoalan “Tiga Belas Juta Ringgit” kami ialah, bagaimana Kassim menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari? Ianya melibatkan pembacaan tahiyat sebanyak 11 kali.

Fahaman golongan anti Hadis dan anti Muhammad ini amat merbahaya. Sekiranya mereka tidak mengiktiraf syahadah, maknanya mereka sebenarnya bukan orang Islam. Mereka bergerak dalam keadaan seumpama umat Islam tetapi mengelirukan umat Islam dengan pendapat dan hujah mereka.

Ini maknanya mereka lebih merbahaya dari Paderi yang cuba untuk mengkristiankan orang Melayu-Islam.

JAKIM perlu menyiasat ucapan Kassim ini dan kegiatan golongan anti Hadis. Laporan siasatan perlu dikeluarkan dengan segera, agar pihak Peguam Negara boleh mengambil tindakan seperti mendakwa bawah Akta Hasutan.

JAKIM juga perlu membuat ketetapan mengenai kedudukan aqidah Kassim dan golongan ini dan sekiranya mereka telah terkeluar dari Islam kerana menolak kedudukan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasulullah, sebagaimana dalam kalimah syahadah dan tahiyat, maka tindakan perlu diambil keatas mereka. Ini termasuk Enakmen Pindaan 1988 mengenai menyebarkan ugama Bukan Islam kepada orang Islam.

Published in: on February 23, 2014 at 23:59  Comments (18)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/02/23/kassim-ahmad-kesilapan-umat-islam-ialah-kerana-mendewa-dewakan-nabi-muhammad/trackback/

RSS feed for comments on this post.

18 CommentsLeave a comment

  1. Kassim ini nampaknya sama seperti ayah pin dengan kerajaan langitnya. bezanya ayah pin tidak ada ijazah master dan tidak boleh cakap orang putih.bahkan ayah pin lebih hebat dari kassim kerana ada pengikut tegar dan ‘kerajaan dan rakyatnya ‘ sendiri. kassim sehingga kini hanya berkebolihan buat bising dan tolak habuk saja.

  2. Pak Kassim, tak boleh lah cakap macam itu ttg Nabi Muhammad s.a.w. Kita orang Islam adalah umat Rasullullah yg terakhir itu.Kita tak menyembah Nabi Muhammad, tapi kita mengikut ajaran Islam yg disebarkan Baginda sepertimana Allah telah wahyukan kepada Baginda.

    • Tidak wujud isu di mana orang2 Islam mendewa2kan Nabi Muhammad s.a.w. Kalau orang2 yg mendewa2kan pemimpin2 politik tu mmg wujud lah.

  3. Jawapan stended KA dan pengikut dia kepada Persoalan “Tiga Belas Juta Ringgit” ialah sembahyang 5 kali sehari tiada dalam Quran.
    Semua boleh lihat betapa sesat nya halatuju pemikiran KA.

    • Kalau puak puak Al Murtadun ini menolak Nabi Muhamad SAW sebagai Rasulullah dan Rasul terakhir TETAPI hanya manusia biasa yg layak dihina dan dilayan seperti dari kasta rendah, buta huruf dan tidak terpelajar,

      PERSOALAN CEPUMAS:

      Kenapa menerima pula Al Quran kalamullah ul Karim itu sedangkan ianya diturunkan kepada sekelian manusia sehingga akhir zaman?

      Apakah Allah SWT memilih seorang insan biasa, hina, miskin, buta huruf dan tidak terpelajar itu, sebagai konduit untuk menurunkan firmanNya itu kekal sebagai manusia yg tidak wajar dan layak diangkat sebegitu tinggi dikalangan manusia lain?

      • Tambahan:

        Apakah manusia pilihan Allah SWT untuk menjadi pewaris penerima watikah untuk membawa Al Quran Kalamullah Ul Karim itu tidak layak untuk dipelihara pemikiran, kata kata (Hadis) dan perbuatan (Sunnah), untuk dijadikan modal sekalian manusia sehingga akhir zaman sebagai ikutan, contoh dan perungkai (key) Kitabullah itu sendiri?

    • Nampak sgt KA tidak solat lima x sehari sbb katanya tiada dlm alQuran. mamat ni pengikut syiah kot mmg hipocrate dan rajin meyesatkan pengikut rasullullah.

  4. Kesilapan kita ialah bertanya macam mana mereka solat. Kalau dah tak percaya hadith, dah tentu solat pun lain.

    Pernah suatu ketika seorang anti-hadith ditanya macam mana nak kebumikan orang Islam yang mati. Jawapannya ialah korek lubang dan tanam kerana hanya itu tuntutan berdasarkan contoh Qabil dan Habil dalam Quran.

    Orang anti-hadith pure, kalau tak de dalam Quran dia tak akan amal. Jadi bertanya mereka macam mana solat adalah sia sia.

    Dalam kita sibut serang Kassim Ahmad, ada ada murid dia, seorang blogger terkenal yang (shortform SOTB) hari-hari menyebarkan fahamannya. Dia tu pun kena dipantau.

  5. Patutnya Pak Kassim hurainkan ayat Quran ini saja:

    Inna Allaha wal malaikatahu yusalluna ala An-Nabi; Ya ayyuhal ladzina amanu sallu alaihi was sallimu tasliman.

    Tidakkah Allah Subhanahu wa Ta’ala perintah ummat manusia untuk mengagungkan dan memuliakan Nabi Muhammad, rahmat pada sekalian alam. Rasullullah yang teragung syafaatnya untuk segala makhluq Rabbil alamiin.

  6. Kesilapan Kasim Ahmad dan golongan anti Hadith kerana mereka belajar ugama Islam tampa guru.Mereka belajar ugama Islam dengan membaca buku dan terjemahan bukan tafsir.

    Kasim teroengaroh dengan Ajaran Khalifah Rashidi dari Tuscon,pelopor code 19.Sekarang ini ramai orang Islam belajar islam dengan membaca Internet.

    Kami biasa berdebat dengan Kasim Ahmad 10 tahun yang lepas dan kawan kawan nya yang tidak percaya dengan Hadith.

    Kawan Kasim yang rapat dan juga blogger terkenal ialah Syed Ali Akhbar.Saya nampak gambar dia dengan Kasim Ahmad dan Tun Mahathir di majelis itu.Saya tidak pasti sama ada Syed Ali sudah menukar pandangan nya mengenai Hadith.

    Pengikut anti hadith di Malaysia dan di dunia tidak lah ramai jika di bandingkan dengan umat Islam keselurohannya.
    Percubaan untok membetulkan akidah Kasim dan pengikutnya telah banyak kali di buat tetapi mereka maseh berdegil mengatakkan ianya benar.
    Ini bermaana Allah telah menutopi hati ,pemikiran mereka dan pandangan mereka.Pendek kata Nur Allah sudah tidak masok di hati mereka.
    Salain dari golongan anti Hadith ,ada banyak lagi umat Islam yang terpesong akidahnya.Ada yang mengaku Nabi,ada yang mengakui Wali yang menjadi perantaraan dengan Allah.

    Mengikut Rasuallah SAW umat Islam akan berpecah kapada 71 puak sabelum akhir zaman dan hanya satu puak sahaja yang betul.

    Kita perlu tangangi issue ini dengan penoh rational dan bijaksana.

    Wassalam.

  7. Salam Bro.BIG Dog,
    I’ve been reading the responses & reactions to the Seminar on Kassim Ahmad’s Thoughts recently… and was rather sad to note that even the “products” of the “MRSM system” could end-up with what I would consider as fairly narrow-minded stance – I thought I came across someone who said to the effect that the human mind is like a parachute – it works best when its open? Anyway, maybe being a pioneer of MRSM Seremban would have the intended “MRSM spirit” rubbed off a bit longer? Its just my personal opinion…

    Anyway, I thought (& hope that) it would enlighten some of us to ponder the following direct quote from KA’s “The Road Home – From Socialism to Islam” (published in 2008) with the Foreword by Tun Dr. Mahathir Mohamad on this issue:

    “.. Among my many books, the most difficult to write was “Teori Sosial Moden Islam” (Modern Islamic Social Theory – Fajar Bakti, 1984) that received good reviews from Muslim intellectuals. Note that this was published before my “Hadith” book. When the Hadith book came out, people turned a negative eye towards me. They accused me of being “anti-hadith”, even though I am far from rejecting all hadiths. I only rejected those hadiths that clearly violate the teachings of the Qur’an. To me, the Qur’an is the Al-Furqan, the scale with which to judge all other teachings. There is no other teaching that can supersede the Qur’an. Muhammad did not deliver the hadith. He delivered the Qur’an. The verse: “Obey God, and obey the messenger” (Qur’an, 4:59), refers to the Qur’an, not the hadith.”, [page 57].

    What could be more scientific and Islamic than this? I hope at least we MRSM’ers could live up to the “Sains” part of the MRSM acronym? Lets not menghukum Kassim Ahmad membuta tuli… think… Omar Al-Khatab pun pernah “jahil”, bukan jadi Muslim over night… lets give Kassim Ahmad the benefit of the doubt in his journey from Socialism to Islam… Samada dia Muslim ke tidak, itu urusan dia dengan Khaliq nya… tak payah lah kita nak sebuk pasal tu…

    But at the end of the day I have to concur that people believe what they want to believe and this is not necessarily based on truth.

    Dhahran Sea
    Class of ’72

    • Mr B,

      Did you actually bother to read Kassim Ahmad’s as per posted by BD?

      How on earth as a Muslim could anyone agree with that? Kassim Ahmad attacked and unequivocally defied the sanctity of Nabi Muhammad SAW as the Messenger.

      That’s blasphemous!

      Sorry if you’re not a Muslim. But no level headed Muslim would agree with Kassim Ahmad Al Murtadun!

  8. Dhahran Sea

    The world does not evolve around ex MRSM. Grow out of your adolescent life in that little campus please.

    On Kassim Ahmad, religion is neither about orgasm from intellectual masturbation nor mixing sodium hydroxide and hydrocloric acid to form a salt solution.

    It is about faith. With faith, only then come the framework for the intellectualism and scientific methodologies .

    The intellectualism and scientific reasoning you think you and other former MRSM should uphold to is a deviant approach that believe human logic is above God’s will.

    You think that so-called intelectualism and scientific supercede the syahadah no God but Allah. And Muhmmad is messenger of Allah, which Kassim Ahmad felt it should be reviewed.

    Knowing Kassim Ahmad is close and agree to the superliberal Sister in Islam, it only means he cherish their effort to allow anti Hadith like him to be an apostate.

    Dhahran Sea defensive stance shows he is 30 years behind time because Kassim Ahmad issue was in hot when he was in his early working life in the 80s.

    Reread please Kassim’s speech before you say he is not anti Hadith. Don’t just blindly follow Dr Mahathir’s comment based on his 30 year old book

    • Saudara News Addict,
      Remember the incident when Rasulullah (pbuh) died… none of the companions would believe this, every one one was so emotional including Omar who said, “The Messenger of Allah did not die…”. When Abu Bakar came to know about this, he cool-headedly reminded them that, “Whoever worships Muhammad should know that Muhammad died. Whoever worships Allah should know that Allah is immortal.” Then he recited the following verse:
      “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir?). Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingan nya itu).” – Ali-Imran, 144.

      Yes, Islam is definitely about faith, but as Allah says in the Quran:
      “Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatu pun (dengan akal fikirannya)” – Al-Anfaal, 22.

      So kena guna akal lah… tapi bukan bermakna guna akal untuk memahami Zat Allah, tapi guna akal untuk appreciate kehebatan Allah sebagai Maha Pencipta, Maha Halus, dll. I did not come across a single statement by Kassim Ahmad so far that supports your statement that, “The intellectualism and scientific reasoning you think you and other former MRSM should uphold to is a deviant approach that believe human logic is above God’s will.” Please provide a specific proof that Kassim Ahmad made such a statement, i.e. what page in what book/article? Btw, KA is far from maksum (unlike some people who call themselves murshidul am, etc.)… dia ada buat kesilapan, just like ALL of us (unless kita perasan kita pun maksum)… TAPI tak payah lah kita nak menyebuk jadi polis Islam nak label orang anti-hadis or murtad, etc… be constructive lah and concentrate on other more important issues facing the Muslims in Malaysia ni.

      You said, “The world does not evolve around ex MRSM. Grow out of your adolescent life in that little campus please.” Do you mean “evolve” or “revolve”? Whatever… yes, I believe I’ve grown out of my adolescent life in that little campus called MRSM – I’m not sure about you though when the only phrases that you can muster in your ‘intellectual’ argument include ‘orgasm from intellectual masturbation’ and ‘mixing sodium hydroxide and hydrochloric acid to form a salt solution.'”

      I suspect from this that you have not grown beyond 20 years old, have not married yet to experience “real orgasm” or have not progressed beyond form 5 chemistry? And I think its not worth arguing with a person whose mind is a closed parachute – the only “conclusion” for such a mind is to accelerate towards the ground at free fall speed with the expected result! Salam.

      DS

  9. Tak sempat nak tulis banyak. Ha nya nak kata Kassim Ahmad ni dah gila. Mungkin nakkan nama tapi tak terkenal di sini sana. Maka dia cuba merengkan pemikiran dia, sonsangkan pendapat dia. Tak guna punya manusia.

  10. HARAP DAPAT KASSIM AHMAD LAFAZKAN SYAHADAH DIDALAM BLOG INI. DAN BAGAIMANA PULA SYAHADAH KASSIM DALAM SOLAT. ADA TAK SEBUT NABI SEBAGAI PESURUH ALLAH.
    BAGAIMANA PULA AZAN ALA KASSIM AHMAD……ADA SEBUT NABI TAK ?

  11. Tapi bukankah Nik Aziz pun pernah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa macam kita. Jadi tak perlu kita mengingati dengan merayakan Maulidul-Rasul. Kalau tak silap Nik Aziz mahu mempertahan keputusan Kerajaan DAP pulau Pinang yang membatalkan Maulidul Rasul.

    Yang saya pelik mengapa hadith hanya dikumpulkan lebih-kurang 200 tahun selepas kewafatan Nabi?
    Kenapa Sahabat sendiri tidak membukukan ‘sunnah’ Rasullullah sedangkan mereka begitu rapat dengan Baginda semasa hayatNya?
    Sudah tentu, Baginda sendiri tidak membenarknnya kerana tidak mahu orang Islam beriman kepada kitab lain selain Al-Quran. Dari situ kita sudah boleh meragui kesahihan hadith.

    Ingin saya tanya lagi; terjejaskah Islam seseorang jika tidak berimankan hadith?
    Ada termasukkah dalam rukun Islam atau rukun iman yang mewajibkan orang Islam supaya beriman dengan hadith?

    Perkara remeh sebegini pun boleh buat Umat Nabi Muhammad SAW berpecah-belah dan kafi-mengkafir. Sudah nampak macam agama Kristian zaman Gelap pulak la, kita ni!!

    Patut la di seluruh dunia kita hidup tak tentu-hala dan ada yang memperkayakan negara kafir dengan membeli senjata untuk berbunuhab sesama sendiri.

  12. 1. Allow me to clarify my position on my faith.
    2. Firstly, I follow the Quran. This is the scripture that Prophet Muhammad delivered to mankind, He did not deliver the Hadith. The hadiths are fabrications by political factions later and ascribed to Propher Muhammad. Yet some hadiths are in line with the Quran. I accept them
    3. Muhammad is the last prophet of Islam, the religion of tauhid, or monotheism.
    4. I follow the syahadah as mentioned in the Quran in 3: 18. The second syahadah is concocted by the hypocrites and is declared null and void in the Quran in 63:1.Anyone who vilifies me because of this is answerable to God.
    5. I follow the faith of Muhammad, not of Ahli Sunnah Wal-Jama’ah.
    6. I hope I have made my position very very clear.
    ..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: