Kuasa Raja Perlembagaan, Laksana Eksekutif

Dewan Undangan Negeri Johor

Dalam isu begitu kontroversi yang sedang berlaku di negeri Johor dimana Kerajaan Negeri Johor bawah Menteri Besar Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin akan memperkenalkan undang undang baru iaitu Rang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 Isnin ini di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Laporan Utusan Malaysia:

Rang undang-undang tetap dibentang – Khaled Nordin

 

Oleh HANIZA HASSAN
JOHOR BAHRU 7 Jun – Pembentangan rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini tetap akan diteruskan walaupun mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, enakmen baharu tersebut dilihat tidak melanggar konsep Raja Berpelembagaan yang digunakan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

“Insya-Allah… kita tengok Isnin ini. Dari segi sama ada ia melanggar konsep Raja Berpelembagaan, saya tidak fikir ia begitu.

“Seperti saya katakan, enakmen ini mesti dibaca bersama-sama Undang-undang Tubuh Negeri Johor di mana dalam undang-undang berkenaan menyatakan tindakan yang dilaksanakan oleh Tuanku adalah dengan nasihat Menteri Besar,” katanya selepas program Kayuhan Mesra Rakyat di Flat Permas Jaya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140607/dn_25/Rang-undang-undang-tetap-dibentang—Khaled-Nordin#ixzz33wXfT3Wt
© Utusan Melayu (M) Bhd

****************

MB Khaled begitu bersungguh sungguh mengenai LPHJ ini menepati dengan amalan sistem Raja Perlembagaan yang menjadi tunggak sistem penggubalan undang undang dan pentadbiran Persekutuan Malaysia, semenjak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Ianya bermaksud apa apa tindakan Raja adalah atas nasihat Menteri Besar dan Raja tidak membuat keputusan yang tidak berasaskan nasihat Menteri Besar. Ini kerana Menteri Besar merupakan Eksekutif yang dilantik bagi menjalankan pentadbiran dan perangancangan bagi negeri, dengan kuasa mandat yang diberikan rakyat melalui penguasaan Dewan Undangan Negeri.

Muka depan Utusan Malaysia Jumaat 5 Jun 2014

Mungkin MB Khaled boleh secara bersahaja dengan theori amalan pengasingan kuasa antara Raja dan Ekskutif yang selama ini menjadi asas sistem pentadbiran. Oleh itu, beliau cuba menyakinkan rakyat bahawa dengan LPHJ ini, kuasa penentu  sebarang keputusan sebenarnya terletak pada Menteri Besar.

Namun LPHJ perlu diperhalusi. Utusan Malaysia menyenaraikan inti pati LPHJ ini:

Petikan Rang Undang-undang Enakmen LPHJ 2014

 

Rang undang-undang baharu yang dijadual dibentang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Isnin ini, akan memberi kuasa kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Berikut ialah petikan daripada enakmen setebal 36 muka surat yang dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014

* LPHJ dipengerusikan oleh Menteri Besar

• Ahli-ahli Lembaga boleh dibayar elaun seperti ditentukan Raja.

* Fungsi Lembaga adalah:

• Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan dasar, cara dan langkah yang hendak diambil untuk menggalak dan memudahkan pemajuan perumahan hartanah.

• Membina, menyelenggara, membaiki, memulih, mendiami semula dan menggunakan sebarang struktur, bangunan atau kerja-kerja di dalam mana-mana rancangan perumahan atau hartanah.

• Menetap dan melaksanakan dasar dan panduan bagi memperuntukkan jenis-jenis perumahan dan kategori pembeli di sebarang pemaju perumahan.

* Dengan kelulusan Raja, dari semasa ke semasa boleh menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang ditentukan Lembaga untuk menjaga, membangun atau mengurus apa-apa rancangan pemajuan, projek, skim atau perusahaan sebagaimana ditentukan Lembaga.

* Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, melaksanakan kuasa lain dan mentadbir serta membelanjakan apa-apa wang lain yang diperuntukkan kepadanya oleh kerajaan negeri.

* Lembaga perlu memberikan penyata, laporan akaun dan maklumat kepada Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan harta dan kegiatannya seperti diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri termasuk membentangkan sebarang cadangan, pelan berhubung sesuatu projek.

* Segala pelantikan Pengarah hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja.

* Lembaga hendaklah menerima pakai peraturan, kaedah, dasar dan pekeliling serta arahan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri.

* Lembaga hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Raja dan Pihak Berkuasa negeri bersama-sama satu salinan.

* Raja atau Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun dan urus niaga Lembaga.

* Lembaga hendaklah tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangannya, menghantar penyata kepada raja dan pihak berkuasa negeri yang menyentuh kegiatan Lembaga pada tahun lepas.

* Raja berkuasa untuk mengarahkan Lembaga digulung dan dibubarkan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140607/dn_06/Petikan-Rang-Undang-undang-Enakmen-LPHJ-2014#ixzz33wfXzERL
© Utusan Melayu (M) Bhd

*************

Apa yang menarik ialah Fasal 4(1) LPHJ dimana struktur Keanggotaan Lembaga disenaraikan.

(a) Menteri Besar sebagai Pengerusi

(b) Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri sebagai Timbalan Pengerusi

(c) Lima orang ahli atas nama jawatan, dan mereka hendaklah orang orang yang pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dan Pengarah Unit Peracangan Ekonomi Negeri

(d) Tidak lebih dari empat orang wakil dari apa apa perbadanan, agensi atau mana mana orang yang akan membawa munfaat kepada Lembaga yang dilantik oleh Raja

Secara praktikalnya, empat dari lima pegawai dalam katergori (c) merupakan mereka yang datang dari Perkhidmatan Awam Johor (JCS). Doktrin dan amalan JCS semenjak Kerajaan Johor moden ditubuhkan dari zaman Sultan Abu Bakar lagi terbukti taat setia pegawai pegawai JCS merupakan kepada Raja dan bukan Eksekutif.

Ini diperpukuhkan dengan peruntukan Fasal 4(3) dimana saraan atau elaun anggota LPHJ ditentukan oleh Sultan.

Sultan Johor dan JCS

Ini bermakna, lapan (empat dari (c) dan empat dari (d)) dari keseluruhan 11 ahli LPHJ merupakan mereka yang dijangkakan akan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Sultan Johor.

Ini juga membawa maksud bahawa apa apa keputusan yang akan dibuat LPHJ akan lebih memihak kepada sebagaimana yang dihasratkan atau boleh dipengaruhi oleh Sultan Johor berbanding dari menjaga kepentingan rakyat Johor, melalui sistem pengasingan kuasa antara Raja dan Eksekutif yang diamalkan selama ini.

Iskandar Waterfront Holdings turf, which include the Danga Bay, East-West, CBD and part of Iskandar Malaysia under IIB-Khazanah

Iskandar Waterfront Holdings turf, which include the Danga Bay, East-West, CBD and part of Iskandar Malaysia under IIB-Khazanah

Ianya akan menjadi sesuatu yang amat pincang sekiranya pihak tertentu menggunakan Istana bagi maksud mencapai matlamat pembangunan hartanah, yang selama ini tidak mudah atau mungkin sukar jika ianya melalui sistem saluran sediada bagi proses kelulusan. Ini kerana sistem sediada memberikan banyak ruang dan peringkat bagi Eksekutif (melalui MB dan Exco Kerajaan Negeri Johor) dan pegawai JCS melalui jawatankuasa yang diujudkan untuk memperhalusi sebarang cadangan pembangunan sebelum inaya diluluskan.

LPHJ akan memberikan ruang agar kelulusan pembangunan hartanah selepas ini dianggap sebagai salah guna kuasa dan eksploitasi dalam amalan dan sistem sebelum ini.

Laporan Utusan Malaysia:

Mendorong rakyat tidak hormati raja – Tun M

KUALA LUMPUR 6 Jun – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berpendapat, penglibatan institusi beraja dalam pentadbiran kerajaan negeri dikhuatiri mendorong kepada perasaan tidak menghormati institusi itu dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, walaupun secara umumnya masyarakat Melayu setia bersama institusi beraja, tetapi apabila keupayaan untuk mempertahankan institusi itu terhakis, mereka mungkin meninggalkan adat berkenaan.

“Sudah ada perasaan tidak menghormati raja-raja. Ini boleh membawa kepada lain-lain bentuk perbuatan tidak hormat. Walaupun secara umumnya orang Melayu setia bersama institusi beraja, apabila keupayaan mereka untuk mempertahankan terhakis, mereka mungkin melepaskan adat,” kata beliau dalam blognya http://chedet.cc hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa kerajaan negeri Johor dijadualkan membentang satu rang undang-undang baharu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin depan yang akan memberi kuasa kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir menjelaskan, Perlembagaan boleh diubah tetapi terdapat prosedur untuk berbuat demikian dan tiada siapa yang boleh mengubahnya secara bersendirian.

Malah katanya, kerajaan-kerajaan negeri dan pemerintahnya tidak boleh mengubah Perlembagaan tanpa kelulusan Parlimen dan Kerajaan Persekutuan.

“Perlembagaan Malaysia memperuntukkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan untuk mengabaikan Perlembagaan dan mengubahnya secara berkesan melalui kaedah lain.

“Jika Perlembagaan tidak diendahkan oleh sesiapa, yang lain akan mengikut langkah tersebut. Perlembagaan merupakan asas undang-undang negara. Apabila duluan dibuat, ia akan menjadi asas kepada perubahan yang lain,” katanya.

Dr. Mahathir turut melihat terdapat sesetengah pihak menggunakan institusi raja untuk mengatasi dasar serta matlamat negara.

“Orang-orang seperti itu mesti dihentikan terutama apabila mereka adalah orang asing.

“Saya akan menulis lebih lanjut mengenainya tetapi ketika Majlis Negeri Johor akan mengubah peraturan tertentu, saya anggap adalah perlu bagi rakyat untuk menyedari terdapat percubaan untuk mengubah Perlembagaan secara efektif,” katanya.

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140607/dn_03/Mendorong-rakyat-tidak-hormati-raja—Tun-M#ixzz33x6UmgJq
© Utusan Melayu (M) Bhd

****************

 

Ini akan memberikan lebih ruang bagi majoriti rakyat untuk merasa tidak puas hati dan kepentingan mereka diabaikan demi menjaga kepentingan orang tertentu, terutama golongan yang mempunyai kuasa modal yang besar dan boleh mempengaruhi anggota anggota LPHJ untuk meluluskan cadangan pembangunan mereka.

Setakat ini, pembangunan pesat sekitar Johor Bahru, Iskandar Malaysia dan Greater Johor Bahru merupakan haratanah kategori premium dan mahal dan makin luar dari kemampuan majoriti rakyat Selatan Johor senderi.

Puteri Harbour (termasuk dalam Pinyin)

Puteri Harbour (termasuk dalam Pinyin)

Dalam pada itu, lebih banyak projek projek hartanah ini dilanggan oleh orang asing. Ada yang beranggapan bahawa kawasan Greater Johor Bahru sedang melalui proses ‘Pencinaan’.

Sesuai dengan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, konsep sebenar pengasingan kuasa antara Raja dan Eksekutif dibawah amalan sistem Raja Berperlembagaan perlu dikekalkan, agar rakyat terus menerima Raja itu sebagai penaung Perlembagaan dan kepentingan mereka.

*Dikemaskini tengahmalam

Lebih ramai warga Johor tampil untuk memberikan pendapat mengenai LPHJ 2014 ini.

Kenyataan bekas CEO JCorp  Tan Sri Mohamed Ali Hashim mengenai LPHJ

Kenyataan bekas CEO JCorp Tan Sri Mohamed Ali Hashim mengenai LPHJ

Sambungan kenyataan media

Sambungan kenyataan media

Published in: on June 7, 2014 at 17:00  Comments (26)