Kuasa Raja Perlembagaan, Laksana Eksekutif

Dewan Undangan Negeri Johor

Dalam isu begitu kontroversi yang sedang berlaku di negeri Johor dimana Kerajaan Negeri Johor bawah Menteri Besar Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin akan memperkenalkan undang undang baru iaitu Rang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 Isnin ini di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Laporan Utusan Malaysia:

Rang undang-undang tetap dibentang – Khaled Nordin

 

Oleh HANIZA HASSAN
JOHOR BAHRU 7 Jun – Pembentangan rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini tetap akan diteruskan walaupun mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, enakmen baharu tersebut dilihat tidak melanggar konsep Raja Berpelembagaan yang digunakan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

“Insya-Allah… kita tengok Isnin ini. Dari segi sama ada ia melanggar konsep Raja Berpelembagaan, saya tidak fikir ia begitu.

“Seperti saya katakan, enakmen ini mesti dibaca bersama-sama Undang-undang Tubuh Negeri Johor di mana dalam undang-undang berkenaan menyatakan tindakan yang dilaksanakan oleh Tuanku adalah dengan nasihat Menteri Besar,” katanya selepas program Kayuhan Mesra Rakyat di Flat Permas Jaya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140607/dn_25/Rang-undang-undang-tetap-dibentang—Khaled-Nordin#ixzz33wXfT3Wt
© Utusan Melayu (M) Bhd

****************

MB Khaled begitu bersungguh sungguh mengenai LPHJ ini menepati dengan amalan sistem Raja Perlembagaan yang menjadi tunggak sistem penggubalan undang undang dan pentadbiran Persekutuan Malaysia, semenjak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Ianya bermaksud apa apa tindakan Raja adalah atas nasihat Menteri Besar dan Raja tidak membuat keputusan yang tidak berasaskan nasihat Menteri Besar. Ini kerana Menteri Besar merupakan Eksekutif yang dilantik bagi menjalankan pentadbiran dan perangancangan bagi negeri, dengan kuasa mandat yang diberikan rakyat melalui penguasaan Dewan Undangan Negeri.

Muka depan Utusan Malaysia Jumaat 5 Jun 2014

Mungkin MB Khaled boleh secara bersahaja dengan theori amalan pengasingan kuasa antara Raja dan Ekskutif yang selama ini menjadi asas sistem pentadbiran. Oleh itu, beliau cuba menyakinkan rakyat bahawa dengan LPHJ ini, kuasa penentu  sebarang keputusan sebenarnya terletak pada Menteri Besar.

Namun LPHJ perlu diperhalusi. Utusan Malaysia menyenaraikan inti pati LPHJ ini:

Petikan Rang Undang-undang Enakmen LPHJ 2014

 

Rang undang-undang baharu yang dijadual dibentang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Isnin ini, akan memberi kuasa kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Berikut ialah petikan daripada enakmen setebal 36 muka surat yang dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014

* LPHJ dipengerusikan oleh Menteri Besar

• Ahli-ahli Lembaga boleh dibayar elaun seperti ditentukan Raja.

* Fungsi Lembaga adalah:

• Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan dasar, cara dan langkah yang hendak diambil untuk menggalak dan memudahkan pemajuan perumahan hartanah.

• Membina, menyelenggara, membaiki, memulih, mendiami semula dan menggunakan sebarang struktur, bangunan atau kerja-kerja di dalam mana-mana rancangan perumahan atau hartanah.

• Menetap dan melaksanakan dasar dan panduan bagi memperuntukkan jenis-jenis perumahan dan kategori pembeli di sebarang pemaju perumahan.

* Dengan kelulusan Raja, dari semasa ke semasa boleh menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang ditentukan Lembaga untuk menjaga, membangun atau mengurus apa-apa rancangan pemajuan, projek, skim atau perusahaan sebagaimana ditentukan Lembaga.

* Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, melaksanakan kuasa lain dan mentadbir serta membelanjakan apa-apa wang lain yang diperuntukkan kepadanya oleh kerajaan negeri.

* Lembaga perlu memberikan penyata, laporan akaun dan maklumat kepada Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan harta dan kegiatannya seperti diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri termasuk membentangkan sebarang cadangan, pelan berhubung sesuatu projek.

* Segala pelantikan Pengarah hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja.

* Lembaga hendaklah menerima pakai peraturan, kaedah, dasar dan pekeliling serta arahan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri.

* Lembaga hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Raja dan Pihak Berkuasa negeri bersama-sama satu salinan.

* Raja atau Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun dan urus niaga Lembaga.

* Lembaga hendaklah tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangannya, menghantar penyata kepada raja dan pihak berkuasa negeri yang menyentuh kegiatan Lembaga pada tahun lepas.

* Raja berkuasa untuk mengarahkan Lembaga digulung dan dibubarkan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140607/dn_06/Petikan-Rang-Undang-undang-Enakmen-LPHJ-2014#ixzz33wfXzERL
© Utusan Melayu (M) Bhd

*************

Apa yang menarik ialah Fasal 4(1) LPHJ dimana struktur Keanggotaan Lembaga disenaraikan.

(a) Menteri Besar sebagai Pengerusi

(b) Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri sebagai Timbalan Pengerusi

(c) Lima orang ahli atas nama jawatan, dan mereka hendaklah orang orang yang pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dan Pengarah Unit Peracangan Ekonomi Negeri

(d) Tidak lebih dari empat orang wakil dari apa apa perbadanan, agensi atau mana mana orang yang akan membawa munfaat kepada Lembaga yang dilantik oleh Raja

Secara praktikalnya, empat dari lima pegawai dalam katergori (c) merupakan mereka yang datang dari Perkhidmatan Awam Johor (JCS). Doktrin dan amalan JCS semenjak Kerajaan Johor moden ditubuhkan dari zaman Sultan Abu Bakar lagi terbukti taat setia pegawai pegawai JCS merupakan kepada Raja dan bukan Eksekutif.

Ini diperpukuhkan dengan peruntukan Fasal 4(3) dimana saraan atau elaun anggota LPHJ ditentukan oleh Sultan.

Sultan Johor dan JCS

Ini bermakna, lapan (empat dari (c) dan empat dari (d)) dari keseluruhan 11 ahli LPHJ merupakan mereka yang dijangkakan akan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Sultan Johor.

Ini juga membawa maksud bahawa apa apa keputusan yang akan dibuat LPHJ akan lebih memihak kepada sebagaimana yang dihasratkan atau boleh dipengaruhi oleh Sultan Johor berbanding dari menjaga kepentingan rakyat Johor, melalui sistem pengasingan kuasa antara Raja dan Eksekutif yang diamalkan selama ini.

Iskandar Waterfront Holdings turf, which include the Danga Bay, East-West, CBD and part of Iskandar Malaysia under IIB-Khazanah

Iskandar Waterfront Holdings turf, which include the Danga Bay, East-West, CBD and part of Iskandar Malaysia under IIB-Khazanah

Ianya akan menjadi sesuatu yang amat pincang sekiranya pihak tertentu menggunakan Istana bagi maksud mencapai matlamat pembangunan hartanah, yang selama ini tidak mudah atau mungkin sukar jika ianya melalui sistem saluran sediada bagi proses kelulusan. Ini kerana sistem sediada memberikan banyak ruang dan peringkat bagi Eksekutif (melalui MB dan Exco Kerajaan Negeri Johor) dan pegawai JCS melalui jawatankuasa yang diujudkan untuk memperhalusi sebarang cadangan pembangunan sebelum inaya diluluskan.

LPHJ akan memberikan ruang agar kelulusan pembangunan hartanah selepas ini dianggap sebagai salah guna kuasa dan eksploitasi dalam amalan dan sistem sebelum ini.

Laporan Utusan Malaysia:

Mendorong rakyat tidak hormati raja – Tun M

KUALA LUMPUR 6 Jun – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berpendapat, penglibatan institusi beraja dalam pentadbiran kerajaan negeri dikhuatiri mendorong kepada perasaan tidak menghormati institusi itu dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, walaupun secara umumnya masyarakat Melayu setia bersama institusi beraja, tetapi apabila keupayaan untuk mempertahankan institusi itu terhakis, mereka mungkin meninggalkan adat berkenaan.

“Sudah ada perasaan tidak menghormati raja-raja. Ini boleh membawa kepada lain-lain bentuk perbuatan tidak hormat. Walaupun secara umumnya orang Melayu setia bersama institusi beraja, apabila keupayaan mereka untuk mempertahankan terhakis, mereka mungkin melepaskan adat,” kata beliau dalam blognya http://chedet.cc hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa kerajaan negeri Johor dijadualkan membentang satu rang undang-undang baharu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin depan yang akan memberi kuasa kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir menjelaskan, Perlembagaan boleh diubah tetapi terdapat prosedur untuk berbuat demikian dan tiada siapa yang boleh mengubahnya secara bersendirian.

Malah katanya, kerajaan-kerajaan negeri dan pemerintahnya tidak boleh mengubah Perlembagaan tanpa kelulusan Parlimen dan Kerajaan Persekutuan.

“Perlembagaan Malaysia memperuntukkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan untuk mengabaikan Perlembagaan dan mengubahnya secara berkesan melalui kaedah lain.

“Jika Perlembagaan tidak diendahkan oleh sesiapa, yang lain akan mengikut langkah tersebut. Perlembagaan merupakan asas undang-undang negara. Apabila duluan dibuat, ia akan menjadi asas kepada perubahan yang lain,” katanya.

Dr. Mahathir turut melihat terdapat sesetengah pihak menggunakan institusi raja untuk mengatasi dasar serta matlamat negara.

“Orang-orang seperti itu mesti dihentikan terutama apabila mereka adalah orang asing.

“Saya akan menulis lebih lanjut mengenainya tetapi ketika Majlis Negeri Johor akan mengubah peraturan tertentu, saya anggap adalah perlu bagi rakyat untuk menyedari terdapat percubaan untuk mengubah Perlembagaan secara efektif,” katanya.

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140607/dn_03/Mendorong-rakyat-tidak-hormati-raja—Tun-M#ixzz33x6UmgJq
© Utusan Melayu (M) Bhd

****************

 

Ini akan memberikan lebih ruang bagi majoriti rakyat untuk merasa tidak puas hati dan kepentingan mereka diabaikan demi menjaga kepentingan orang tertentu, terutama golongan yang mempunyai kuasa modal yang besar dan boleh mempengaruhi anggota anggota LPHJ untuk meluluskan cadangan pembangunan mereka.

Setakat ini, pembangunan pesat sekitar Johor Bahru, Iskandar Malaysia dan Greater Johor Bahru merupakan haratanah kategori premium dan mahal dan makin luar dari kemampuan majoriti rakyat Selatan Johor senderi.

Puteri Harbour (termasuk dalam Pinyin)

Puteri Harbour (termasuk dalam Pinyin)

Dalam pada itu, lebih banyak projek projek hartanah ini dilanggan oleh orang asing. Ada yang beranggapan bahawa kawasan Greater Johor Bahru sedang melalui proses ‘Pencinaan’.

Sesuai dengan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, konsep sebenar pengasingan kuasa antara Raja dan Eksekutif dibawah amalan sistem Raja Berperlembagaan perlu dikekalkan, agar rakyat terus menerima Raja itu sebagai penaung Perlembagaan dan kepentingan mereka.

*Dikemaskini tengahmalam

Lebih ramai warga Johor tampil untuk memberikan pendapat mengenai LPHJ 2014 ini.

Kenyataan bekas CEO JCorp  Tan Sri Mohamed Ali Hashim mengenai LPHJ

Kenyataan bekas CEO JCorp Tan Sri Mohamed Ali Hashim mengenai LPHJ

Sambungan kenyataan media

Sambungan kenyataan media

Published in: on June 7, 2014 at 17:00  Comments (26)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/06/07/kuasa-raja-perlembagaan-laksana-eksekutif/trackback/

RSS feed for comments on this post.

26 CommentsLeave a comment

  1. Derhaka! Kena sula nant!

  2. Tuan, Saya sebagai salah seorang rakyat risau yang satu hari nanti, saudara Lim Kang Hoo atau sekumpulan dengannya akan dilantik sebagai ahli lembaga kepada majlis ini.

    • Yes …SAYA juga BIMBANG ini Akan BERLAKU.
      JOHOR MUNGKIN DIMILIKI ORANG CHINA DAN FUNGSI RAJA AKA TERHAKIS SECARA PERLAHAN……
      KITA MESTI FAHAM CHINA INI RAKUS.
      BERBUAT BAIK HENDAKSESUATU, DAN SETELAH DAPAT AKAN MENIKAM KITA PULA….
      BERHATI LAH….

  3. Sepatutnya raja2 kita ni bersyukur & insaf…waktu British nak set up Malayan Union dulu depa support, nasib baik rakyat marhain bangkit melawan…di Indonesia raja2 jadi bahan muzium saja…jangan lah pikir kita masih di zaman feudal, kita sudah merdeka, rakyat dah educated…respect la rakyat sikit dengan menghormati sistem constitutional monarchy..jangan lah rasa dah hebat nak memerintah pulak…nanti rakyat naik loya dengan loya-ties kan susah?

  4. It is no secret that the present Sultan is enterprising and zestful about new opportunities.

    This include activities in property development and construction.

    So many writtings on the wall about the exploitation of position and clout, for the purpose of getting approvals, deals etc. It is a blatant topic of dicussion, whenever his name is brought up even in social gatherings.

    The negative perception and reputation is forming very solid, way past the connotation of ‘Raja berjiwa rakyat’.

    It is also no secret that Sultan determines who are appointed to key JCS posts, esp State Secretary, State Financial Officer, State Land & Mines Commissioner and Director of State EPU.

    To have 8 out of 11 of the LPHJ Board to be persons deemed ‘loyal’ to the Sultan is as good as his personal representatives sit in as Board members.

    It is grossly humiliating that DAP’s opposition to this new law has it’s merits, where as UMNO’s lacklustre reaction is a reflection of sheer ignorance, obtuse or worse still, lack of vision.

    If this goes through and more Chinese business tycoons in the likes of Lim Kang Hoo, Vincent Tan, Danny Tan, Peter Lim are mentioned as cronies of the Sultan, then perception would slide further.

    As house in Greater Johor Bahru gets unbelievably out of affordability range of the majority of Johoreans, then more and more people would be frustrated incl the Malays.

    They would translate all that disappointments and frustrations at the ballot box.

    In no time Johor would lose its strategic role as BN’s fixed deposit in Semenanjung.

    • MB Khaled is a classic example of an “UMNO goner”…sanggup lacurkan diri & parti for personal & cronies’ interests at the expense of the rakyat…apa UMNO expect come GE14? Hope Najib has the balls to act wisely in the interest of rakyat marhain…

      • Nothing much that Khaled can do. He is suffering perhaps the same fate as Ghani Othman. When he 1st became MB most of his announcements were pro rakyat Johor. Now he has to toe the line. The only way out for him is to return to Federal level.

      • Forget Najib. He is just an empty shell with little leadership skills. If Tun M had not raised the issue, many Msians will still be unaware.

    • As TDM has foreseen, the loya-ties are being used now (as they have been conveniently used before by the Brits to get them to sell Singapok stock, lock & barrels) to complement Khazanah’s “strategy” of legalized ethnic cleansing of the Malays from the newly developed areas in JB, Iskandar & Greater JB…this will create a new sociopolitical landscape that will benefit the non-Malays (and our “friendly neighbor” down south) in the next 5-15 years…

      • This issue was raised by many Johor Malays in the past few years but had fallen on deaf ears of UMNO. UMNO’s betrayal of the Johor Malays who are their loyal suporters are now total and complete. Gelang Patah fell due to disgruntled Malay voters and post election what had Najib done to restrategise? Practically nothing. He just look while Johor is plundered left, right and centre by foreign investor ‘ invasions’ buying land and property.

  5. lebih baik bagi kuasa kat sultan dari bagi kat orang orang umno. bukak mata beso beso tengok apa mereka dah buat? jaga tembolok sendiri saja. lihat betol betol sejarah umno. disebalik kononnya memperjuangkan hak orang melayu berapa juta kerakyatan dibagi begitu saja untuk merdeka kononnya. berapa banyak tanah melayu telah terjual.

    usabukata

    • Kalo ikut raja2…dah jadi Malayan Union kita ni kot?

    • Sultan pakai orang umno lah ni… Dua kali lima.

  6. Is Johor separating from Malaysia to be like Brunei? So many things happening in Johor started from Badawi era and so many loops holes. Must be something benefits to Rakyat with this LPHJ. Property prices is dam so expensive in Johore that Johorean especially Malay Johor cant afford and most bought by Foreigners especially Singapore Kiasu and ‘Cina dan Chinese’. So since BN and Johore Government failed (failure since Pulau batu issue .). maybe its time for Sultan to interfere and take over. Maybe its good also other states do the same , especially Selangor. This action prove that Najib and his policies and leadership is going down south aka FAILED also Khalid Ibrahim dua kali lima.

  7. This can be described by three words: Anxiety, Angry and eventually, revolutionary.

    This new law is really unnecessary. The purpose of this law isn’t clear. Especially when the attention is about Sultan Johor is being perceived to intervene into administration.

    PM Najib’s comment is subtle, but has a deep warning into this whole new property set up.

    Johor property law must be in line with Federal Constitution, says Najib

    Putrajaya has asked Johor to ensure a proposed property law follows the Federal Constitution and takes into account the interests of Johoreans, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic) said today.

    The property and housing board law is to be tabled on Monday and is said to have provisions that allow the state ruler to appoint members and determine its budget, raising fears that the constitutional state monarch could have a hand in the state’s administrative affairs.

    Najib said he stressed the need to follow the Federal Constitution to Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin after he was told by the Johor menteri besar about the new law.

    “The menteri besar explained that the bill was consistent with the provisions of the Federal Constitution. He will also be fully responsible in managing the board,” the Prime Minister said in a statement to Bernama today.

    Najib said Khaled would also ensure that the enactment fulfills its objectives, among them make available more affordable homes for the people of Johor.

    It has been reported that the Johor government plans to table the proposed bill on Monday.

    Malay daily Utusan Malaysia reported yesterday that Johor would be the first state in Malaysia to give powers to the Sultan to be involved in state administration if the bill is passed.

    The bill has received mixed reaction with some quarters claiming that, if passed, would see the involvement of the Sultan of Johor in state administration, which the menteri besar has since denied.

    The bill has been opposed by legal experts and DAP who said the bill went against the Federal Constitution, which stipulates that the head of state had to be above politics.

    Kampung Tunku assemblyman Lau Weng San said the Johor government’s proposal to give executive powers to its Sultan to be involved in state affairs is not only confusing, but goes against the concept of constitutional monarchy as stipulated in the Federal Constitution. – June 7, 2014.

    – end –

    The fact that PM Najib reminded through media about the new law needed to be bound by Federal Constitution and MB Johor has to be responsible, itself is a dead killjoy.

    It is utter shameful the fact that DAP brought this ‘Constitutional Monarchy’ issue up, in the context of separation of powers instead UMNO.

    This case is a clear demonstration that UMNO leaders are either ignorant, obtuse, lazy or hv been turned into buffaloes and just follow their master.

    The more properties are developed and sold for foreign market, means they are sliding steeper into the Curve of is affordability. More and more people grousing and frustrated about this.

    This Property game is probably designed to see Johor under the Opposition. With Opposition already holding 18 seats, then this will almost ensure DAP wins in 14GE and forms the Johor State Govt.

    Probably Johor Bahru born Lim Guan Eng can comeback as MB Johor by end of 2017.

    What is certain, Johor would no longer be BN’s fixed deposit in Semenanjung.

  8. Ini nampak mengarut. Khaled tidak memberi penerangan mengapa undang undang itu di derap begitu. Mengapa lantikan Lembaga Pengarah di buat oleh Raja, walau pun “dengan nasihat MB”? Nyata Sultan di beri peranan meluluskan nya. Apa perlu nya demikian?

    Apa kah akan di buat undang undang supaya, jika Raja tidak bersetuju, atau tidak dapat orang yang di sukai nya, salepas beberapa lama akan sah laku nya, saperti Tun Dr Mahathir lakukan berkaitan persetujuan YDP Agong ke atas enakmen yang di luluskan Parlimen?

    Apa kah lantikan Lembaga Pengarah begitu penting sehingga memerlukan kelulusan Raja, saperti perlantikan MB dan Exco?

    Dan mengapa Khaled ha nya cakap “Insya-Allah… kita tengok Isnin ini. Dari segi sama ada ia melanggar konsep Raja Berpelembagaan ,,”? Memang lah, BN majoriti di DUN, rang itu akan di luluskan dan itu tanda apa yang di derap di bentangkan di DUN nampak OK semua nya. Tapi dia tak pedulikan hal ramai rakyat yang keluarkan suara tak puas hati ke? Apa jenis MB begitu?

    • TAKUT TOWKAY TANAH BANGSA CHINA AKAN DI LANTIK JADI AHLI LEMBAGE KEMUDIAN HARI…
      DARI SITU KITA SEMUA PATUT FAHAM APA AKAN TERJADI.
      BAYANG BAYANG SUDAH NAMPAK……..TENGOK DANGA BAY….
      RAKYAT MELAYU JUGA TERIMPIT…..

      • Kalau Raja macam Sultan Selangor, kuat berjiwa rakyat, kita boleh setuju, “takut” itu genuine.

        Apa bukti ini genuine takut arah ke situ?

        Atau arah ke kepentingan peribadi sendiri.

  9. Bagus, Utusan telah menyuarakan ganjil nya rang undang undang yang berkata:

    – “Segala pelantikan Pengarah hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja”.

    Ini membayangkan betapa penting nya kelulusan Raja itu, se olah olah dia yang berkuasa ke atas Lembaga itu.

    – “mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Raja dan Pihak Berkuasa negeri bersama-sama satu salinan.”

    Apa kah di maksudkan Raja ada minat dalam akaun Lembaga itu? Mengapa?

    – “Raja atau Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun dan urus niaga Lembaga.”

    Ini nyata memberikan Raja kuasa eksekutif dalam tugas tugas harian Lembaga. Bukan kan undang undang itu di derap oleh Penasihat Undang Undang Negeri? Jika demikian, apa kah Penasihat Undang Undang Negeri tak nampak itu semua? Atau ada muslihat bagi nya di derap begitu?

    Mengarut nampak nya. Bagi mereka yang sudah lama tertanya tanya berbagai dalam hal penglibatan Raja dalam perniagaan di Johor, hal ekspot pasir ke Singapura dll, yang menderap rang undang undang itu nampak ada “collusion” dengan pihak berkenaan.

    Menteri Besar Khaled perlu tangguh pembentangan rang undang undang itu sehingga selepas di pinda dengan memuaskan orang ramai. Orang politik di pilih oleh orang ramai dan perlu bertindak dengan memuaskan hati orang ramai.

    • Setuju dan sokong apa Tun Dr Mahathir kata –

      “penglibatan institusi beraja dalam pentadbiran kerajaan negeri dikhuatiri mendorong kepada perasaan tidak menghormati institusi itu dalam kalangan rakyat.”

      Penasihat Undang Undang Negeri yang menderap dan bertanggung jawab di atas rang undang undang itu, dan Menteri Besar Johor, mesti sentiasa waspada, dan mengelakkan “penglibatan institusi beraja dalam pentadbiran kerajaan negeri”.

      Terutama nya dalam rang yang di derap, dan akan mejadi undang undang salepas di lulus DUN Johor.

      Jika tidak, nyata mereka tidak menjalankan tugas dengan memuaskan dan perlu di caci dan di keji berterusan.

  10. […] proposed LPHJ enactment drew a lot of criticism when the original draft provided specific and direct authorities to HRH Sultan Johor to determine LPHJ Board….LPHJ Board also would have authorities to inspect […]

  11. Why must there be pinyin in Johore? Johore is a Malay state not a Chinese one. Should not have Chinese pinyin characters. It is enough to write the notice boards in English and Malay. even if the future residents will be Chinese S’poreans or China Chinese. They have to learn Malay. Please don’t change the Malay character of Johore like what the PAP S’pore’s Chinese govt had done to Singapura. To the powers that be in Johore, please wake up and stop NOT listening to the people. Do you want to be voted out in the next PRU?

    • Agree 100%.

      Would any one who can spare the time write in to the Johore MB, pls.

      Those Johore authorities seem to be sleeping on several issues.

  12. Well done BD and you guys helping to whack those concerned –

    Johor housing Bill to be amended

    NUSAJAYA: The Johor Housing and Real Property Enactment Board Bill 2014 will be amended to include a provision that the Sultan is to act on the advice of the Mentri Besar.

    The amendment, which reads “role of the Johor Ruler is on the advice of the Mentri Besar”, was announced by Mentri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin during the state assembly sitting here, Sunday.

    Khaled said that other clauses in the Bill which mention the Johor Ruler would be changed to “state authorities”.

    The Bill is expected to be tabled at the state assembly sitting on Monday.

    • “role of the Johor Ruler is on the advice of the Menteri Besar” –

      Let not the MB just enggeh to what the Ruler wants and the above becomes reversed.

  13. […] On Monday, MB Johor Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin pushed through in Dewan Undangan Negeri Johor for an amended Johor Housing and Real Property (JHPA) Enactment 2014 to be passed, amidst controversy drawn for a law which so many opined contradicted the principles of power of separation between Ruler and Executive. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: