Dah terhantuk (banyak kali), masih lom tergadah

Mencari alasan walaupun nada rhetorik agar apa sahaja maruah kepimpinan Perhubungan UMNO Selangor untuk mengelakkan dari tidak lagi tercalar lebih dari apa cebisan yang tinggal dewasa ini, adalah tidak menunjukkan kebijaksaan dan kematangan berfikir.

Laporan The Malaysian Insider:

Sejak bila orang cop Umno parti rasuah, Noh Omar soal Dr Mahathir

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Published: 6 November 2014

Datuk Seri Noh Omar meminta Tun Dr Mahathir Mohamad lebih spesifik dalam gesaan beliau untuk pembaharuan dalam Umno, serta menafikan parti tersebut tidak sukakan ahli baru yang berbakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014.
Datuk Seri Noh Omar meminta Tun Dr Mahathir Mohamad lebih spesifik dalam gesaan beliau untuk pembaharuan dalam Umno, serta menafikan parti tersebut tidak sukakan ahli baru yang berbakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014.
Menjawab kritikan bekas perdana menteri yang berpengaruh terhadap Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan sejak zaman bila orang ramai mula mengaitkan parti Melayu itu dengan rasuah?

Pengerusi Badan Perhubungan Selangor Umno itu turut menggesa agar Dr Mahathir memberi komen secara spesifik berhubung desakannya agar Umno Selangor dibubarkan semalam.

“Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?” katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Semalam, Dr Mahathir menerusi blognya http://www.chedet.cc berkata Umno perlu mengikis imejnya sebagai parti rasuah dengan menasihatkan pemimpinnya supaya hidup dengan lebih bersederhana.
Bekas presiden parti Melayu itu berkata, banyak perubahan yang perlu dibuat Umno Selangor, tetapi jika mereka mengambil panduan nasihatnya, beliau percaya sokongan rakyat akan bertambah.

“Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli Umno. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung,” kata Dr Mahathir.

Noh berkata, pada dasarnya Umno Selangor menerima segala pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir namun saranan yang diberikan perlu lebih spesifik.

Katanya, pemimpin Umno di Selangor adalah pilihan ahli parti sendiri dan gesaan untuk berundur adalah satu pandangan yang subjektif.

“Kita Umno Selangor terima pandangannya. Kita akan buat pembaharuan.

“Dia suruh siapa berundur? Umno Selangor tu siapa? Saya hendak komen macam mana kalau tidak ada spesifik. Hendak undur apa? Yang duduk di Umno Selangor itu semua ketua bahagian. Ketua bahagian yang dipilih oleh orang Umno, oleh perhimpunan.

“Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dr Mahathir semalam berkata, Umno Selangor perlu menerima hakikat untuk berundur selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.

Katanya, Umno Selangor perlu berubah dengan melakukan pembubaran dan penyusunan semula, terutamanya dengan bersedia menerima ramai ahli baru, termasuk yang berbakat.

“Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya.

“Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan Umno, tetapi memperkuatkan kedudukan mereka,” katanya menerusi blog popularnya itu.

Noh turut menafikan dakwaan Dr Mahathir yang mendakwa parti Melayu itu tidak berminat menerima ahli baru.

Katanya, segala dakwaan yang diutarakan bekas presiden Umno itu perlu dibuat secara khusus agar pihaknya dapat mengambil langkah penambahbaikan.

“Saya hendak beritahu, kena spesifik. Kita di Selangor terbuka kepada semua orang. Di mana kita sekat jadi ahli?

“Kalau boleh spesifik, ahli Umno mana yang ditolak, kita bolehlah tahu. Setahu kita, kita buka semua,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hujung minggu lalu mengakui wujud perasaan malu dalam dirinya kerana Barisan Nasional (BN) menjadi parti pembangkang di Selangor.

Katanya, Umno Selangor perlu meningkatkan usaha merampas semula kuasa di negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana sekarang adalah masa yang sesuai mengambil kesempatan masalah dihadapi PR berdepan kemelut menteri besar Selangor.

“Saya rasa sangat letih dan ia sangat memalukan apabila kita (BN) disebut sebagai pembangkang. Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga.

“Kita perlu tunjuk kepada rakyat Selangor kepimpinan Umno lebih baik, lebih bermakna, lebih jujur pada rakyat, lebih mementingkan perjuangan untuk membela nasib rakyat.

“Tidak ada apa yang akan menggembirakan hati saya daripada melihat kita menebus maruah kita dalam PRU akan datang. Tidak ada yang akan lebih menggembirakan saya daripada melihat Umno berkuasa kembali (di Selangor),” katanya dalam ucapan di Konvensyen Umno Selangor hujung minggu lalu.

Pada PRU13 lalu, BN mengalami kekalahan terbesarnya di Selangor dengan memenangi hanya lima kerusi Parlimen – Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Sungai Besar dan hanya lapan kerusi Dewan Undangan Negeri – Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Semenyih, Dengkil, Jeram, Bukit Melawati, Sungai Burong dan Permatang. – 6 November, 2014.

***************

Ianya sebagai reaksi kepada penulisan Perdana Menteri IV Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengenai “UMNO Selangor perlu berubah”.

Dalam ucaputama Konvensyen UMNO Selangor pada Sabtu 1 Nov 2014 baru baru ini, Presiden UMNO Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak menyelar sikap dan amalan sebahagian besar UMNO Selangor yan masih lagi selesa, walaupun telah menunjukan prestasi yang semakin buruk.

Laporan Utusan Malaysia:

Bersikap jujur, bukan pentingkan kem

02 November 2014 4:16 AM

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi teguran keras kepada kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sela-ngor agar bersikap jujur dan bukannya mementingkan kem tertentu dalam usaha menawan kembali negeri tersebut pada pilihan raya umum akan datang.
Malah, Presiden UMNO itu tanpa berselindung mengakui bahawa beliau malu, letih, perit dan serik dengan kemelut politik UMNO Selangor sebelum ini dan berharap, perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa hadapan kerana merampas Selangor mesti menjadi kemestian utama.
Perdana Menteri juga secara terbuka meluahkan rasa tidak berpuas hatinya dengan proses penambahan ahli serta pendaftaran pengundi di Sela-ngor, yang disifatkan sebagai masih lembab berdasarkan angka-angka semasa dan ujarnya, senario serupa turut berlaku di negeri-negeri lain.
Pada satu ketika juga, Najib dilihat menepuk ‘rostrum’ sebanyak tiga kali ketika mengupas mengenai kewujudan kem tertentu pada pilihan raya umum lalu serta penilaian tidak jujur oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor berhubungan kriteria dalam soal pemilihan calon.
“Kalau kita nak memilih calon, tak boleh pilih kerana (dia) penyokong kuat dan dari kem kita, betul? Siapa patut dipilih? Kalau kawasan itu berkehendakkan pe-mimpin yang berwibawa, cuba kita huraikan apa maksud dan kriteria berwibawa? Malangnya semua kata mereka ‘winnable candidate’ (calon boleh menang).
“Hakikatnya kita tidak jujur kepada diri kita, kita tidak menilai dengan sebenarnya. Kita lebih mementingkan kedudukan kita daripada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Kalau kita tidak berani buat perubahan ini, apa makna-nya kita bercakap soal perubahan?
“Maaf kalau saya bercakap dalam nada sedemikian tapi saya nak berte-rus terang, bahawa tiada apa dalam hati yang menggembirakan saya daripada melihat kita menebus maruah dalam pilihan raya umum akan da-tang, tidak ada yang menggembirakan saya daripada melihat kita kembali berkuasa,” katanya.
Ucapan keras Perdana Menteri semasa merasmikan Konvensyen UMNO Selangor 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kemudiannya disambut dengan laungan ‘Betul!’ serta ‘Hidup Najib!’ oleh para hadirin.
Dalam pada itu, Najib menggesa Badan Perhubungan UMNO Nege-ri Selangor supaya segera bangkit dengan semangat baharu di samping menerima hakikat bahawa parti berkenaan tidak lagi berkuasa seperti sebelum ini, sebaliknya merupakan pembangkang menyebabkan gerak kerja parti perlu dilipat gandakan.
Katanya, seandainya semua pihak memiliki semangat untuk bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut dalam pilihan raya umum lalu, tiada sebab mengapa UMNO dan BN tidak boleh kembali menjadi parti yang memerintah Selangor.
“Saya berjanji akan membantu Selangor tetapi saya minta keberhasilan. Lakukan usaha ini dengan kos yang rendah tetapi keberhasilannya tinggi dan ingatlah, Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri berusaha untuk mengubahnya,” jelasnya.

*****************

Hakikatnya, sikap dan perebutan getir jawatan hampir keseluruhan kepimpinan UMNO dalam Selangor diperingkat Bahagian membawa kepada kedudukan UMNO dalam mewakili rakyat terutama orang Melayu samada diperingkat Parlimen maupun Dewan Undangan Rakyat makin terhakis.

Rata rata, amat biasa sekiranya pemimpin UMNO Selangor dilihat dalam kehidupan serbna mewah dan tidak kurang pula yang bersahaja menunjuk-nunjukkan kemewahan mereka. Ianya makin menjadi jelek sekiranya individu tersebut bukanlah dari golongan professional atau usahawan berjaya, sebelum mendapat tempat dalam UMNO.

Masyarakat di Selangor, merupakan konsentrasi masyarakat menengah terbesar diMalaysia. Ini termasuk dikalangan orang Melayu dimana majoriti golongan professional, kelas menengah atas dan sistem sokongan aktiviti kommersial terutama pasaran modal, kewangan dan perkhidmatan ikhtisas tertumpu.

Masyarakat Selangor juga merupakan masyakarat paling aktif menggunkan ICT, terutama jalur lebar samada melalui talian tetap atau mobil. Maklumat tersebar amat cepat. Ianya membuktikan kepekaan masyarakat di Selangor mengenai penyebaran maklumat.

Hasilnya, mereka sering mempersoalkan proses dan kontrak perniagaan begitu ramai usahawan dikalangan pemimpin UMNO, yang kemewahan mereka semakin terserlah setelah berjinak jinak dan aktif dalam politik.

Pemimpin pemimpin UMNO Selangor yang lepas seperti Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Dato’ Saidin Tamby, Dato’ Zakaria Derus, Dr Khir Toyo dan sebagainya, tidak segan silu memaparkan kemewahan mereka. Masyarakat, tidak teragak mengaitkan nama mereka dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Namun UMNO Selangor secara terancang atau tidak, tidak mengambil inisiatif untuk menggurangkan persepsi ini. Malah, dikalangan pemimpin UMNO Selangor mereka seolah olah tidak segan silu memapar gayahidup mereka, termasuk yang ditengah tengah kemewahan.

Ianya umpama kudis yang makin bernanah.

Sikap ramai dikalangan kepimpinan UMNO peringkat Bahagian yang masih tegar mengekalkan kedudukan dan sekiranya berlaku kekosongan, berebut rebut jawatan tidak membantu persepsi masyarakat Melayu termasuk dikalangan akar umbi UMNO sendiri.

Ianya merupakan antara sebab UMNO yang mempunyai 21 kerusi ADUN semasa PRU12 hanya tinggal 12 kerusi dari keseluruhan 56 kerusi dalam Dewan Undangan Selangor pada PRU13.

Samada suka atau tidak, Noh merupakan sebahagian dari mereka yang sepatutnya bertanggung jawab untuk kemerosotan kedudukan UMNO dalam politik arus perdana Selangor. Untuk beliau memberikan alasan yang contoh rhetorik tidaklah memaparkan kematangan berfikir bagi seorang Pengerusi Perhubungan yang pernah menjawat kementerian yang strategik.

Hakikatnya, Tun Dr. Mahathir begitu aktif membantu calon calon UMNO di Selangor semasa PRU13. Beliau tidak punya upaya untuk mengubah permainan dan percaturan politik, sikap dan gayahidup pemimpin pemimpin UMNO Selangor.

Sekiranya ‘snap shot‘ yang dipenakan oleh beliau itu memberikan kepedihan bagi pihak tertentu, maka wajar dikurangkan makan cili dan mencari penawar segera. Sebagaimana kata pujangga falsafah George Santayana, “Mereka yang gagal mengambil ikhtibar dari sejarah akan dihantui oleh kesilapan lampau”.

Published in: on November 6, 2014 at 15:00  Comments (10)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/11/06/dah-terhantuk-banyak-kali-masih-lom-tergadah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

10 CommentsLeave a comment

  1. Tidak kan lah tidak faham dengan kenyataan TDM tentang siapa yang perlu berundur dalam kepimpinan UMNO Selangor!

    Antaranya kamu sendiri wahai Noh Omar! Dua kali PRU, UMNO kecundang untuk mempertahan dan merebut kembali Selangor. PRU 13 bukan bertambah baik malah hanya tinggal 12 kerusi sahaja!

    Apakah bodohnya tidak faham faham lagi siapa yang perlu berundur!

    Adat orang Melayu lah masih bercakap secara berlapik apabila menegur kelemahan mana mana pihak.

    Jadi kalau mereka yang berkenaan masih tidak faham kalau cakap secara berhemah, ayuh TDM dan orang orang yang cintakan UMNO, cakap lah secara berterus terang, tepat dan jitu kepada orang orang seperti Noh Omar dan yang sekelas dengannya!

  2. Sebab yg bagus kenapa UMNO perlu berubah.

  3. […] The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles…. […]

  4. With Selangor now getting a hand-on, short-sleeved, all-action MB in Azmin Ali, there’s a high chance that UMNO could lose up to 3 Parliament seats along Selangor’s Northern Rural Belt.

    Najib should purge all of UMNO Selangor’s fat cats and use this as an opportunity to blood professional youngsters, that Khairy is roping in, into the fold so they can actually have a foothold in the state to reach out to the Malays, unlike Penang.

    Sure, they’ll get a beating for the next two GEs but it will give time for them to spread their influence especially to the young voters rather than giving these bumbling backstabbers a chance to create false hope to the PM that BN can retake Selangor within the next GE.

  5. Lol at noh omar. You are so dumb. You think taking potshots at Dr.M will get you what and where? If only your brain had the circumference of your waist line. You could have just averted it to najib as it was he who was pengerusi umno of selangor or some nonsensical shit entity who was at the helm during the last general election. But instead you chose the moronic road. The road which will make you look like a bonehead. Umno is a lost cause. A proper cleansing is needed but the new age ultra’s that are intellectually abled are a dying breed. The new age liberals are instead growing in numbers a.k.a melayu muda syiok sendiri. If umno doesnt shed the old guard quick, the new breed wont even make it to the ball

  6. All you Malays, be forewarned that the DAP is in the process of moving Chinese voters in huge numbers from Chinese majority areas like Seputeh to state ADUN areas where Pakatan Rakyat lost by slim margins to BN in PRU13. So in PRU14, Pakatan Rakyat will win more state seats and make it impossible for BN to wrest Selangor from Pakatan. The Chinese voters will all vote for Pakatan. The stupid Malays as usual will be divided into three groups, who will vote for Keadilan, PAS and UMNO which will give advantage to Pakatan to win.
    UMNO, by being the ruling party should consider seriously amending the rulings of SPR in not allowing these huge movements of voters from one state seat to another. Think of something to plug this loophole before its too late.
    To be fair, a voter should vote where the voter stays. Then only can the voter get to benefit from who was voted in the area.
    Just ponder, during the PRU13, Awang Adek of UMNO lost by a few hundred votes for the state seat just because of voters from outside Kelantan who voted for PAS. The local Kelantan people wanted to vote for a UMNO man, so that they can get clean water and better infrastructure in their area. Now those outsiders who enjoy clean water in the places they are now staying are not interested in the sorry plight of their parents in the kampongs back home, so they voted for dirty water!
    But then “Melayu mudah lupa……….”

  7. Comparing Noh with Azmin I will vote the more charasmatic Azmin even he PKR. And NOH still cant get it. He shooting at his own foot. Malau lah UMNO, UMNO bangunkan SHAH ALAM dan 2 kali SHAH ALAM tolak UMNO< WHY? KENAPA? masih tak sedar.

    • Org nak kerja bkn pasal charasmatic chopstick. Mmg la melayu akan tolongkop sbb nak charasmatic chopstuck in the a/#&* punya pasal. Mmg melayu mudah lupa to be clever. S:$p’/ itu sbb cinabeng makin seronok tengok melayu suka kena main.

  8. Nor Omar says Mahathir is corrupt. I wonder what info he has.
    More signs of UMNO sinking.

    Azmin Ali will be the next PM. We deserved to have our own Jokowi.

  9. Selagi Noh Omar ada, selagi tulah UMNO Selangor ber’kem-kem’. Selagi tu jugalah Najib ke, Tun M ke, sesiapa sekalipun akan kekal “letih dan malu”…

    This guy just don’t get it.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: