Lebih baik lewat dari tiada langsung

Titah Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dikeluarkan pejabat Sultan Selangor bertarikh 3 Nov 2014

Titah Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dikeluarkan sebagai kenyataan media oleh pejabat Sultan Selangor mengenai penarikan balik darjah SSSA berkuat kuasa 3 Nov 2014

DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 3 November lepas  menarik balik darjah kebesaran SSSA yang pernah dikurniakan Almarhum Ayahnda baginda kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana menghina Sultan.

Laporan Utusan Online:

Sultan Selangor tarik balik gelaran Datuk Seri yang diberi kepada Anwar

04 Disember 2014 11:09 AM SHAH ALAM 4 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuatkuasa 3 November lepas. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, gelaran itu ditarik balik berikutan tindakan dan perlakuan Ketua Pembangkang itu sejak akhir 2013 mempersoalkan kuasa dan kewibawaan Sultan Selangor dan institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar. Anwar dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 1992. – UTUSAN ONLINE – See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-selangor-tarik-balik-gelaran-datuk-seri-yang-diberi-kepada-anwar-1.32451#sthash.zFZUhTPF.dpuf *****************

Pengumuman ini dibuat Setiausaha Sulit Sultan Selangor Dato’ Mohamad Munir bin Bani dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pagi ini, berlandaskan warta bertarikh 24 November 2014 mengenai titah penarikan balik darjah SSSA dari Anwar Ibrahim bertarikh 3 November 2014.

Sebenarnya, tabiat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menghina kedudukan dan kuasa Raja Raja Melayu bermula bukan pada 2013 malah semenjak Februari 2009 apabila Tuanku Paduka Seri Sultan Perak ketika itu melucutkan jawatan Menteri Besar.

Setelah menemuramah tiga ADUN PKR dan DAP yang hilang kepercayaan kepada Kerajaan Negeri Perak pasa masa itu, Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff memutuskan bahawa kerajaa boneka-DAP Ir. Nizar Jamaluddin hilang kepercayaan majoriti dan dipecat dari Menteri Besar dan keseluruhan Exco Kerajaan Perak dibubarkan.

Sebaliknya, jawatan untuk menubuhkan kerajaan ditawarkan kepada Barisan Nasional melalui ADUN Pangkor Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir.

Akibat kegagalan Kerajaan-Boneka-DAP Perak yang hanya mampu bertahan 10 bulan setengah ini sahaja, Anwar Ibrahim dan seluruh kepimpinan Pembangkang mengarahkan ahli ahli dan penyokong mereka untuk berdemonstrasi bagi membantah tindakan Paduka Seri Sultan Perak ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 9 Mei 2009 dimana ADUN Pembangkang menunjukkan kebiadapan mereka dihadapan Pemangku Sultan Perak

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 9 Mei 2009 dimana ADUN Pembangkang menunjukkan kebiadapan mereka dihadapan Pemangku Sultan Perak

Mereka bukan setakat membawa perkara itu ke Mahkamah, malah pemimpin pemimpin Pembangkang terutama DAP tidak segan silu menunjukkan rasa tiada hormat langsung kepada institiusi Raja walaupun dalam majlis rasmi Dewan Undangan Negeri Perak.

Tindakan Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini merupakan demonstrasi bahawa politikus perlu menghormati peranan dan kedudukan institusi Raja Raja Melayu dan tidak boleh menggunakannya sebagai ‘matawang’ bagi modal untuk memanjang politik mereka.

Ada kemungkinan Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah akan membangkitkan kebiadapan Anwar Ibrahim ini dalam titah sempena majlis merafak sembah dan taatsetia bagi meraikan keputeraan baginda ke 64 di Istana Alam Shah, Kelang pada 11 Disember ini.

Published in: on December 4, 2014 at 11:15  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/12/04/lebih-baik-lewat-dari-tiada-langsung/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. aaah…ini lah nama nya berhemah.

    Hemah Melayu ini selalu di anggap lemah oleh bangsa asing dan selalu di ambil kesempatan dengan provokasi.

    Kita lihat budi bahasa Melayu. Melampaui batas, kita tahu bagaimana hendak bertindak !

    • Chek dok tggu bila laa sult sgor nak tarik title ai. Lepas ni lagi naik isim pengikut2 atok sorang nih. Harapkan tidak. Kami ingin hidup dlm ketenangan.

    • Melayu berhemah, sopan santun sangat. DAP spt Cina Bukit Tokong Lim biadap, kata Naib Pengerusi DAP Tengku Aziz masa dia cabut keluar dari DAP dulu.

  2. If Anwar has no other titles from elsewhere, he can use only the title Al Juburi that Mat Sabu beri.

    I often wonder why he has not been charged for sedition – has he? Mybe he has many other charges and court cases, like Sodomy I and Sodomy II.

  3. So he’s no longer DSAI just AI.

    Aiya …

  4. Hannah Yeoh kata wife dia Datuk Seri jadi AI boleh guna gelaran Datin Seri la. Cina bukit tu Speaker, jadi dia speak la macam Cina bukit bodoh.

    • Jika suami kena tarik title datuk ,,sang isteri auto tak leh pakai title datin kah? Confuse lak….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: