NGO NGO Melayu bangkit untuk semua

Tahun 2015 datang dengan sedikit kelegaaan bagi pengguna pengguna di Malaysia apabila harga runcit petrol RON 95 dan Diesel diturunkan sebanyak 35 sen dan 30 sen, sekaligus memberi kelegaan kepada semua.

Laporan Utusan Malaysia:

RON95 dan RON97 turun 35 sen, 
diesel turun 30 sen

MOHD. ASRON MUSTAPHA | 01 Januari 2015 2:57 AM
203 1 Google +0
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Rakyat Malaysia menyambut Tahun Baharu 2015 dengan berita gembira apabila kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 diturunkan sebanyak 35 sen menjadikan harga pasaran hanya RM1.91 seliter.

Hasan Malek
Pengumuman yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia itu disifatkan tepat pada masanya, bagi memberi keceriaan kepada orang ramai memandangkan tahun 2014 diakhiri dengan berita duka akibat bencana banjir.
Langkah itu juga membuktikan pendekatan kaedah apungan terkawal yang diambil kerajaan dalam menentukan harga minyak di peringkat runcit merupakan tindakan yang tepat walaupun pada awalnya dikritik keras pihak pembangkang.
Selain RON95, turut menyaksikan penurunan harga ialah RON97 iaitu juga sebanyak 35 sen, menjadikan harga runcit RM2.11 seliter manakala diesel pula diturunkan 30 sen menjadikan bahan bakar itu cuma RM1.93 seliter.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek ketika mengumumkan berita baik itu berkata, harga baharu semua bahan bakar tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2015.
“Kerajaan akan mengikuti perkembangan kos produk serta kadar tukaran mata wang pada setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel pada bulan-bulan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada 21 November lalu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kaedah apungan terkawal dalam menetapkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel berkuat kuasa 1 Disember memandangkan kos produk petroleum lebih rendah.
Dalam pada itu, Hasan memberi ingatan keras kepada semua syarikat dan pengusaha stesen minyak agar mematuhi penetapan harga baharu tersebut atau berdepan tindakan tegas sekiranya didapati melanggar peraturan berkenaan.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ron95-dan-ron97-turun-35-sen-8232-diesel-turun-30-sen-1.43256#sthash.tdoCzP6J.dpuf

*****************

Kaedah mekanisma apungan terkawal bagi bahan api utama golongan pengguna runcit Malaysia jelas menunjukkan kesan setelah Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk menggunakan cara ini, sebagai penanda aras harga runcit minyak.

Ini merupakan sebahagian dari program penggurangan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan keatas subsidi, yang mencecah RM21 billion setahun.

Maka dengan penurunan harga runcit RON95 dan Diesel sebanyak 15%, kesan keatas kos pengeluaran dan peruncitan barangan semestinya akan terjejas secara positif. Sebelum ini pengeluar, pemborong dan peruncit barangan merungut untuk gatal mahu menaikkan harga tawaran produk mereka sebagai alasan setiap kali harga runcit bahan bakar menjalani kenaikan.

Sekarang, sewajarnya ia berlaku sebaliknya. Penurunan kos bahanbakar wajar ditafsirkan secara langsung dengan harga barangan yang lebih murah untuk pengguna.

NGO NGO Melayu seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PERKASA, ISMA, MPM dan sebagainya wajar menggunakan peluang ini untuk membuktikan aktivis aktivis mereka sebagai kumpulan tekanan prihatin dengan perkembangan terkini dan bersedia untuk bertindak.

Tindakkan secara berstruktur, sistematik dan konsisten memantau kesan pengumuman penurunan harga runcit RON95 dan Diesel keatas barangan pengguna dan kemudiannya memerikan tekanan agar pihak pengeluar, pemborong dan peruncit mengambil peluang untuk keuntungan berlebihan akan membukti mereka benar wira negara sebagai masyarakat marhaen dan mewakili majoriti.

Kuasa kepenggunaan dalam tangan majoriti orang Melayu itu sebenarnya amat kuat dan mereka tidak perlu untuk malu-alah apabila ada dikalangan minoriti dari golongan majoriti ini dewasa ini cuba bangkit dan menafikan kedudukan dan sentimen sebenar diakar umbi.

Kuasa kepenggunaan merupakan peluang paling baik untuk membuktikan kuasa sebenar pada ‘silent majority’. NGO NGO Melayu kini ada peluang terbaik untuk membuktikannya.

Published in: on January 1, 2015 at 12:00  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2015/01/01/ngo-ngo-melayu-bangkit-untuk-semua/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. Setuju. Sabenar nya semua NGO, tak kira bangsa, perlu mengambil tindakan mendesak supaya harga barangan turun mengikut harga minyak. Sebab kenaikan harga barangan di masa yang lalu selalu di dasarkan kapada kenaikan harga minyak. Ini kali lah. Mereka yang menaikkan harga mesti berubah. Turunkan harga.

    NGO NGO Melayu terutama nya mesti memainkan peranan dengan gigih dan konsisten. Sebab Melayu tidak ada kuasa mengawal pengeluaran, pengagihan, peruncitan (no control over production, distribution and retailing), tidak saperti kum Cina yang menguasai nya, dan menguasai sebahagian besar – jika tidak kesemua – ekonomi negara ini.

    Pemerintah mahukan pasaran bebas (free market), maka ha nya 12 jenis barangan saperti beras, gula, tepong dll, yang harga nya di kawal dek Kementerian berkenaan. Tiada langsung jenis barangan yang Melayu ada kuasa menaikkan harga. Sebab Melayu tidak ada budaya berniaga, tidak dapat bersaing dan tidak ada sistem mengagih dan menjual runcit barangan atau produk itu dengan eficien dan membawa keuntungan yang memuaskan. Kerepek pisang pun di agih dan di jual runcil melalui sistem pengagihan dan jualan runcit Cina. Ramly Burger pun mungkin menggunakan bahan mentah yang di keluarkan atau di impot serta di agihkan oleh kaum Cina.

    Oleh itu, saya turut menyeru semua NGO NGO Melayu yang di sebut dek BD di rencana nya di atas supaya mengambil tindakan dengan cepat, memulakan jeritan dan membina momentum di masa berita penurunan harga minyak ini masih panas. Kena pada masa nya – gejala banjir yang paling teruk sejak 30 tahun yang lalu memerlukan penurunan harga barangan bagi membantu mangsa mangsa banjir juga.

  2. Bila baca kepala berita berikut, nyata lah perlu nya NGO NGO bertindak mendesak penurunan harga barangan –

    Drop in petrol prices does not guarantee cheaper goods
    The Borneo Post – ‎8 hours ago‎

    KUALA LUMPUR: The drop in petrol prices does not guarantee a drop in the prices of essential goods and the cost of living as most traders are profit-oriented.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: