Nurul Izzah wajar bagi nasihat agar Papa bertaubat

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar wajar berhenti untuk teruskan memolitikkan hukuman penjara lima tahun Papanya Anwar Ibrahim dan sewajarnya sebagai seorang anak berkempen untuk mengajak seluruh warga Malaysia terutama dikalangan Islam untuk mendoakan Ketua Pembangkang itu bertaubat dan dosanya diampunkan.

Laporan portal pro-PKR Malaysiakini:

12:26PM – 27 Feb 2015

‘Izinkan Anwar minum teh bersama Agong’

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat bulan depan, termasuk menghadiri majlis minum petang diraja bersama Yang di-Pertuan Agong selepas acara pembukaan, kata anaknya.

“Beliau perlu dibenarkan memenuhi jemputan Seri Paduka Baginda untuk minum petang bersama. Ada tempat khas untuk ketua pembangkang dalam majlis itu,” kata Nurul Izzah, juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Dalam sidang medi di pejabat PKR hari ini, beliau menunjukkan kad jemputan ke sidang Parlimen pada 9 Mac sehingga 9 April ini daripada yang dipertua dewan.

Surat rasmi itu dihantar menggunakan sampul surat bertulis ‘Urusan Seri Paduka Baginda’, tambah Nurul Izzah.

Menurutnya, surat undangan kepada Anwar dihantar selepas beliau dijatuhkan hukuman lima tahun penjara pada 10 Februari.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata kuasa untuk membenarkan Anwar keluar untuk menghadiri sidang mulai 9 Mac terletak pada peguam negara.

Menurutnya lagi, pandangannya itu berbeza dengan timbalannya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi sebelum ini berkata Anwar boleh membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri jika mahu menghadiri sidang Parlimen.

Walaupun bersalah dan layak dilucutkan jawatan, Anwar masih lagi sah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Lembaga Pengampunan.

Keluarganya menfail petisyen pengampunan diraja awal minggu ini.

***************

Hakikatnya, Mahkamah Persekutuan sudah pun secara muktamad memtuskan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan beliau sendiri mengakui melakukan perbuatan jijik itu apabila menanda-tangani petisyen memohon pengampunan dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Soal datang ke Parlimen untuk menghadiri sessi pembukaan penggal Dewan Rakyat dan minum teh bersama baginda tidak wajar timbul kerana Anwar ialah seorang banduan yang sedang menjalani hukuman lima tahun penjara. Seorang banduan tidak sepatutnya dikecualikan dari dihukum dan menghadiri apa apa majlis, termasuk dalam kapasiti rasmi.

Sebagai tambahan, isu Anwar menjalani hukuman penjara kerana secara muktamad didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan tidak lagi menjadi minat ramai untuk diperjuangkan. Malah, hanya segelintir sahaja yang masih lagi cuba untuk meneruskan perjuangan yang terbukti sia sia ini.

Nurul Izzah sebagai anak wajar mengajak orang ramai sama sama berdoa agar Papanya berubah dan bertaubat, dalam masa menjalani hukuman penjara ini. Sesungguhnya, perbuatan jijik dan keji meliwat merupakan jenayah seksual dan penyakit, yang perlu penawar dari suntikan spiritual juga.

Published in: on February 27, 2015 at 16:30  Comments (26)