Waktu untuk muhasabah dan mohon ampun

Orang Islam terutama majoritinya dikalangan Bangsa Melayu wajar untuk mengunnakan seluas luas fadilat kemuliaan Ramadhan Al Karim untuk bermuhasabah diri dan memohon pegampunan. Ini kerana Bangsa Melayu sebagai tunggak warga dan kepimpinan Negara diasak pelbagai cabaran dan cobaan, untuk mengadu-domba, memecah-belahkan dan menimbulkan perasaan iri hati dan kemarahan yang makin meluap, mengakibatkan perpecahan, hilang keyakinan dan nekad untuk menghasut agar Bangsa Melayu jatuh ke Lembah Durjana.

Laporan pro-Anwarista TMI:

Tak masuk syurga kalau solat tapi memfitnah, kata Najib

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 2 July 2015 11:32 AM

Datuk Seri Najib Razak berkata mereka yang rajin solat tetapi masih memfitnah dan menghancurkan perpaduan, tidak tentu akan masuk syurga. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Julai, 2015.
Datuk Seri Najib Razak berkata mereka yang rajin solat tetapi masih memfitnah dan menghancurkan perpaduan, tidak tentu akan masuk syurga. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Julai, 2015.
Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.

“Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga.

“Pakai lambang besar pun tak jamin masuk syurga, ini peringatan untuk kita semua,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Serdang, pagi tadi.
Najib turut membidas rakyat Malaysia yang tidak bersyukur kerana memperlekehkan negara sendiri sedangkan setiap negara menghadapi cabaran tersendiri.

Membandingkan dengan nasib warga Rohingya dari Myanmar, katanya pelarian itu lebih menghargai Malaysia dengan bersujud dan mencium bumi sejurus sampai ke negara ini.

“Orang Rohingya naik bot menyabung nyawa, sampai masuk pantai Malaysia, dia sujud cium tanah negara kita.

“Kita pula yang kutuk negara sendiri. Kita ini yang tidak sedar. Kita ini yang tidak syukur kita hidup di negara yang aman dan bertambah baik lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib meminta MAIWP menyediakan guru akademik di sekolah tahfiz persendirian di Wilayah Persekutuan. – 2 Julai, 2015.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-masuk-syurga-kalau-solat-tapi-memfitnah-kata-najib#sthash.k1Yui1bt.dpuf

********************

Pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan dan maklumat yang diputar belitkan bertujuan jahat untuk menimbulkan kesangsian, kegusaran dan hasutan terhadap Kerajaan dewasa ini. Pelbagai isu diketengahkan dengan pelbagai sudut dan gemaan rhetorik, demi untuk mencapai drama melankoli bagi mengusik emosi orang Melayu.

Antara isu paling kontroversi ialah mengenai masalah kecairan syarikat pelaburan strategik Kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

1MDB merupakan target yang begitu sengit dibedil dari pelbagai sudut sengan segala tohmahan yang begitu licik diadun dan persembahkan sebagai “Pertanyaan yang begitu ramai orang ingin tahu”, walaupun punca timbul segala ‘kesangsian’ dan ‘pertanyaan’ ini bermula dari penerbitan siri artikel Sarawak Report.

Demi rujukan bagi maksud menjelaskan kedudukan tajuk dan isi posting ini, ingin diperjelaskan bahawa Sarawak Report ialah satu penerbit virtual yang beribu pejabat di London.

Ianya satu alat yang digunakan Yahudi Neo Conservative seperti George Soros melalui skim pembiayaan NGO seperti Open Society Foundation and Global Witness, untuk mengeluarkan dana agar program program yang ditakrifkan sebagai ‘pencernaan ilmu’, ‘forum’ dan ‘wacana’ dianjur dan taja seluruh dunia.

Program program ini mempunyai niat dan muslihat jahat yang terselindung disebalik usaha menengahkan isu isu seperti hak asasi sejagat, LGBT, hak bersuara dan sebagainya.

Orang biasa terutama dikalangan terpelajar dan celik IT digalakan dan perlahan lahan secara licik dihasut untuk bangkit mempersoalkan, mencabar dan akhirnya menegakan revolusi keatas ideologi, falsafah, kefahaman ugama dan aqidah, norma dan nilai kemasyarakatan dan politik dan sistem politik.

Mereka merupakan strategis dibelakang ‘Arab Spring’ yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Yemen dan pembiakan kumpulan ekstremis IS, ISIS atau ISIL yang kini menjadi pengganas global.

Sarawak Report structured agenda. Note the consistent stories, lined on the right

Sarawak Report structured agenda. Note the consistent stories, lined on the right

Sarawak Report sudah beberapa kali terbukti memfitnah pemimpin dengan menerbitkan material yang kunun kununnya sebagai ‘bukti’, sebenarnya ianya telah difabrikat bagi tujuan pembohongan dan muslihat bagi menimbulkan kemarahan dan kebencian.

Mula mula ialah serangan keatas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, semenjak 2011. Kemudian Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Panglima Musa Aman. Penerbitan yang bersiri itu bertujuan agar rakyat membenci dan bangkit untuk menumbangkan kedua dua pemimpin tersebut.

Dewasa ini, gemaan fitnah mengenai 1MDB makin lantang dengan bertujuan jahat bahawa kepimpinan dan pihak atasan kumpulan itu samada bersekongkol atau merestui pelbagai aktiviti kommersial 1MDB yang sebenarnya bertujuan untuk memberi peluang pihak pihak tertentu menyalah-guna kedudukan mereka, ‘menyamun’ dan/atau ‘melenyapkan sejumlah wang’.

Rhetorik seperti “Rakyat wajar tahu apa yang berlaku kerana wang ini adalah wang rakyat” adalah bertujuan untuk membangkit emosi dan menghasut agar lebih ramai rakyat bangkit bagi melantangkan rasa kesangsian, ketidak-puasan hati dan kemarahan mereka.

Lantas, ini akan digunakan sebagai modal untuk mendesak samada Perdana Menteri Najib turun atau digulingkan.

Dalam kes TH mengambil tawaran 1MDB atas sebidang tanah 67,954 kaki persegi bertujuan bagi pembangunan hartanah residensi bernilai tinggi dalam Tun Razak Exchange digunakan dan dipersembahkan sebagai “Wang tabungan orang untuk pergi Haji disamun bagi ‘cover up’ skandal 1MDB” merupakan manipulasi berniat jahat.

TH dijangkakan akan meraih keuntungan besar apabila projek itu siap sepenuhnya dan akan memberikan imbuhan berterusan kepada penabung dalam TH untuk jangkamasa panjang.

Hakikatnya, ada segelintir yang mengepalai gerakan untuk terus menggunakan kontroversi 1MDB sebagai modal bagi menurunkan Perdana Menteri Najib secara bulat bulat menolak apa sahaja penjelasan yang cuba diketengahkan. Walhal, desakan mereka asalnnya bermula dengan “Pertanyaan demi pertanyaan yang makin ramai orang ingin tahu”.

Sedikit demi sedikit, segala apa yang diketengahkan selama ini oleh golongan kecil ini makin terungkai dan kebenaran secara perlahan lahan mula berputik dan timbul, bagi membezakan apa yang haq dan bathil.

Maka demi kemuliaan dan keberkatan Ramadhan Al Kareem ini, sama samalah kita bermuhasabah dan memberikan ruang agar kebenaran dapat dipersembahkan dan majoriti akan akhirnya mendapat kejayaan dari kemengangan setelah diuji dan berjuang dengan segala fitnah, hasutan dan rhetorik yang dipuar belitkan.

Published in: on July 2, 2015 at 12:45  Comments (16)