Waktu untuk muhasabah dan mohon ampun

Orang Islam terutama majoritinya dikalangan Bangsa Melayu wajar untuk mengunnakan seluas luas fadilat kemuliaan Ramadhan Al Karim untuk bermuhasabah diri dan memohon pegampunan. Ini kerana Bangsa Melayu sebagai tunggak warga dan kepimpinan Negara diasak pelbagai cabaran dan cobaan, untuk mengadu-domba, memecah-belahkan dan menimbulkan perasaan iri hati dan kemarahan yang makin meluap, mengakibatkan perpecahan, hilang keyakinan dan nekad untuk menghasut agar Bangsa Melayu jatuh ke Lembah Durjana.

Laporan pro-Anwarista TMI:

Tak masuk syurga kalau solat tapi memfitnah, kata Najib

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 2 July 2015 11:32 AM

Datuk Seri Najib Razak berkata mereka yang rajin solat tetapi masih memfitnah dan menghancurkan perpaduan, tidak tentu akan masuk syurga. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Julai, 2015.
Datuk Seri Najib Razak berkata mereka yang rajin solat tetapi masih memfitnah dan menghancurkan perpaduan, tidak tentu akan masuk syurga. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Julai, 2015.
Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.

“Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga.

“Pakai lambang besar pun tak jamin masuk syurga, ini peringatan untuk kita semua,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Serdang, pagi tadi.
Najib turut membidas rakyat Malaysia yang tidak bersyukur kerana memperlekehkan negara sendiri sedangkan setiap negara menghadapi cabaran tersendiri.

Membandingkan dengan nasib warga Rohingya dari Myanmar, katanya pelarian itu lebih menghargai Malaysia dengan bersujud dan mencium bumi sejurus sampai ke negara ini.

“Orang Rohingya naik bot menyabung nyawa, sampai masuk pantai Malaysia, dia sujud cium tanah negara kita.

“Kita pula yang kutuk negara sendiri. Kita ini yang tidak sedar. Kita ini yang tidak syukur kita hidup di negara yang aman dan bertambah baik lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib meminta MAIWP menyediakan guru akademik di sekolah tahfiz persendirian di Wilayah Persekutuan. – 2 Julai, 2015.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-masuk-syurga-kalau-solat-tapi-memfitnah-kata-najib#sthash.k1Yui1bt.dpuf

********************

Pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan dan maklumat yang diputar belitkan bertujuan jahat untuk menimbulkan kesangsian, kegusaran dan hasutan terhadap Kerajaan dewasa ini. Pelbagai isu diketengahkan dengan pelbagai sudut dan gemaan rhetorik, demi untuk mencapai drama melankoli bagi mengusik emosi orang Melayu.

Antara isu paling kontroversi ialah mengenai masalah kecairan syarikat pelaburan strategik Kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

1MDB merupakan target yang begitu sengit dibedil dari pelbagai sudut sengan segala tohmahan yang begitu licik diadun dan persembahkan sebagai “Pertanyaan yang begitu ramai orang ingin tahu”, walaupun punca timbul segala ‘kesangsian’ dan ‘pertanyaan’ ini bermula dari penerbitan siri artikel Sarawak Report.

Demi rujukan bagi maksud menjelaskan kedudukan tajuk dan isi posting ini, ingin diperjelaskan bahawa Sarawak Report ialah satu penerbit virtual yang beribu pejabat di London.

Ianya satu alat yang digunakan Yahudi Neo Conservative seperti George Soros melalui skim pembiayaan NGO seperti Open Society Foundation and Global Witness, untuk mengeluarkan dana agar program program yang ditakrifkan sebagai ‘pencernaan ilmu’, ‘forum’ dan ‘wacana’ dianjur dan taja seluruh dunia.

Program program ini mempunyai niat dan muslihat jahat yang terselindung disebalik usaha menengahkan isu isu seperti hak asasi sejagat, LGBT, hak bersuara dan sebagainya.

Orang biasa terutama dikalangan terpelajar dan celik IT digalakan dan perlahan lahan secara licik dihasut untuk bangkit mempersoalkan, mencabar dan akhirnya menegakan revolusi keatas ideologi, falsafah, kefahaman ugama dan aqidah, norma dan nilai kemasyarakatan dan politik dan sistem politik.

Mereka merupakan strategis dibelakang ‘Arab Spring’ yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Yemen dan pembiakan kumpulan ekstremis IS, ISIS atau ISIL yang kini menjadi pengganas global.

Sarawak Report structured agenda. Note the consistent stories, lined on the right

Sarawak Report structured agenda. Note the consistent stories, lined on the right

Sarawak Report sudah beberapa kali terbukti memfitnah pemimpin dengan menerbitkan material yang kunun kununnya sebagai ‘bukti’, sebenarnya ianya telah difabrikat bagi tujuan pembohongan dan muslihat bagi menimbulkan kemarahan dan kebencian.

Mula mula ialah serangan keatas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, semenjak 2011. Kemudian Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Panglima Musa Aman. Penerbitan yang bersiri itu bertujuan agar rakyat membenci dan bangkit untuk menumbangkan kedua dua pemimpin tersebut.

Dewasa ini, gemaan fitnah mengenai 1MDB makin lantang dengan bertujuan jahat bahawa kepimpinan dan pihak atasan kumpulan itu samada bersekongkol atau merestui pelbagai aktiviti kommersial 1MDB yang sebenarnya bertujuan untuk memberi peluang pihak pihak tertentu menyalah-guna kedudukan mereka, ‘menyamun’ dan/atau ‘melenyapkan sejumlah wang’.

Rhetorik seperti “Rakyat wajar tahu apa yang berlaku kerana wang ini adalah wang rakyat” adalah bertujuan untuk membangkit emosi dan menghasut agar lebih ramai rakyat bangkit bagi melantangkan rasa kesangsian, ketidak-puasan hati dan kemarahan mereka.

Lantas, ini akan digunakan sebagai modal untuk mendesak samada Perdana Menteri Najib turun atau digulingkan.

Dalam kes TH mengambil tawaran 1MDB atas sebidang tanah 67,954 kaki persegi bertujuan bagi pembangunan hartanah residensi bernilai tinggi dalam Tun Razak Exchange digunakan dan dipersembahkan sebagai “Wang tabungan orang untuk pergi Haji disamun bagi ‘cover up’ skandal 1MDB” merupakan manipulasi berniat jahat.

TH dijangkakan akan meraih keuntungan besar apabila projek itu siap sepenuhnya dan akan memberikan imbuhan berterusan kepada penabung dalam TH untuk jangkamasa panjang.

Hakikatnya, ada segelintir yang mengepalai gerakan untuk terus menggunakan kontroversi 1MDB sebagai modal bagi menurunkan Perdana Menteri Najib secara bulat bulat menolak apa sahaja penjelasan yang cuba diketengahkan. Walhal, desakan mereka asalnnya bermula dengan “Pertanyaan demi pertanyaan yang makin ramai orang ingin tahu”.

Sedikit demi sedikit, segala apa yang diketengahkan selama ini oleh golongan kecil ini makin terungkai dan kebenaran secara perlahan lahan mula berputik dan timbul, bagi membezakan apa yang haq dan bathil.

Maka demi kemuliaan dan keberkatan Ramadhan Al Kareem ini, sama samalah kita bermuhasabah dan memberikan ruang agar kebenaran dapat dipersembahkan dan majoriti akan akhirnya mendapat kejayaan dari kemengangan setelah diuji dan berjuang dengan segala fitnah, hasutan dan rhetorik yang dipuar belitkan.

Published in: on July 2, 2015 at 12:45  Comments (16)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2015/07/02/waktu-untuk-muhasabah-dan-mohon-ampun/trackback/

RSS feed for comments on this post.

16 CommentsLeave a comment

  1. “Najib Razak berkata mereka yang rajin solat tetapi masih memfitnah dan menghancurkan perpaduan, tidak tentu akan masuk syurga.”

    Apahal pula dengan mereka yang menipu dan mencuri tapi tetap bermuka alim dan rajin solat??

    “Kita pula yang kutuk negara sendiri.” Ini adalah “spin” yang paling dashyat. Yang dikutuk bukan negara tetapi PM yang amat lemah mentadbir negara. Jangan samakan kutukan terhadap Najib sama saperti kutukan terhadap negara.

    Malahan kutukan terhadap Najib berlandaskan ramai yang masih sayang pada UMNO dan negara.

  2. Perpechan Melayu sudah berlaku sejak timbul nya PAS lebih 50 tahun lalu, dan menjadi ketara sejak ada nya PKR dan Anwar menjdi Al Juburi, cakap ketuanan rakyat apekebende nya mengkhianati Ketuanan Melayu yang di bayangkan dalam Perlembagaan negara di Perkara Perkara sensitif yang di lindung dek Akta Hasutan.

    Perpecahan Melayu sejak Najib memerintah boleh panjang di cerita. Tak payah panjang lebar siapa yang paling untung dengan Al Juburi masuk penjara, dengan kes Altantuya tak selesai sebab mayat tak di temui/ motif pembunuhan pun tak di ketahui, dan dengan Polis Thailand mengumumkan bahawa Justo akan di penjarakan dulu (tak tahu berapa lama nya) sabelom pihak lain boleh mengakses dia untuk di so’al siasat, di tohmah di Mahkamah dsb nya.

    Memadai dengan mengatakan bahawa, kerana laporan Sarawak Report lama tak di tangani, itu telah menyebabkan masalah 1MDB menjadi kontroversi besar dan memecah belahkan Melayu dalam UMNO pulak. Tidak adil mengatakan rakyat sahaja yang salah. Selagi tidak di nyatakan dengan tetap, dengan resmi dan dengan memuaskan bahawa SR membohong kesemua apa yang di kata nya, desas desus timbul dan merebak dengan semula jadi nya.

    Dan selagi Malaysia tak dapat akses, so’al siasat Justo, dan dapatkan bukti di komputer dan hard disc nya, rasa nya tak boleh di pastikan sama ada semua dalam SR itu ada lah bohongan semata mata.

    Setuju bahawa ramai yang mengeluarkan pendapat berkenaan 1MDB ada lah di sebabkan sayangkan UMNO, sayangkan perpaduan Melayu dan sayangkan ketenteraman dan kemajuan negara.

  3. Saya takda masalah jika yang di katakan dek M’kini di bawah ini betul dan akan berlaku, dan rela muhasabah dan mohon ampun ma’af –

    Ex-minister predicts Umno-PAS alliance

    Raging for decades, the feud has divided families …

    Peppering the battlefield with a divine flavour, the late PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat warned that voting Umno was tantamount to reserving a spot in hell.

    But talk of reconciliation made the rounds again after Nik Aziz passed on and president Abdul Hadi Awang pressed ahead with his hudud agenda, saying he was willing to work with Umno to achieve his theocratic goal.

    After all, Hadi is often described as a prime mover of the unity government agenda and Kelantan Umno rallied behind him on hudud.

    Now, a former senior BN leader believes that Umno and PAS will join hands in a marriage of convenience, come the next general election…

    Tapi tak di sebut depa pulak siapa dia bekas Menteri itu. Di suruh depa “subscribe for only RM0.83 a day” jika nak tahu. Saya punya benci putar belit punya “news portals” saperti itu, saya tak rela bayar 2 sen pun.

  4. What we want to hear from Najib is full explanation. Explanation yang masuk akal, not this garbage.

    Macam PAS la pulak. Terdesak je invoke Islam dan Allah.

    • Yes. Najib has claimed that “1MDB berjasa kepada pembangunan Islam”.

      http://www.bharian.com.my/node/63780

      If this isn’t a sign of desperation, then it is really a great spin.

  5. Pemberita ni salah lapor kot , bunyi kata-kata macam Haji Hadi atau aruah Nik Aziz .

    Dalam hal shurga / Neraka adalah, ketentuan Allah , kita hanya disaran berbuat baik dalam segenap hal .
    Kalau kita memegang amanah dengan baik ,tidak timbul fitnah yang dikatakan mendorong keneraka , tak gitu ?.

  6. “gemaan fitnah mengenai 1MDB” – bukan kah banyak so’alan, bukan fitnah?

    Contoh nya: mengapa 1MDB beri wang tunai, yang telah digunakan sesuka hati oleh PetroSaudi dan sebagai ganti nya, kita mendapat unit sahaja? Mana perginya wang asal USD1.83 billion tersebut?

    Saya belom pernah terabca jawapan yang meyakinkan.

  7. Saya fikir masalah negara sekarang dan masalah 1MDB banyak kerana apa yang seorang bekas Menteri UMNO kata, saperti berikut:

    Zam: Dr M would not allow anyone to call Ministers ‘stupid’
    Free Malaysia Today – ‎28 minutes ago‎
    Prime Minister Najib Abdul Razak has a tendency to sweep problems aside, let things fester, and hope they would go away or resolve themselves on their own.

    Berdasarkan kpd itu, Najib perlu bermuhasabah. Sebab tanggung jawa dia tidak buat begitu dan buat sebalik nya.

  8. Well, if Najib wants our house toll clean when he enters it, make sure he himself is clean before he enters the house.

    Why doesnt 1MDB just sue Sarawak Report?

    • Correction :* wants our house to be clean *

  9. Ok. Artikel Big Dog pun sudah boleh berubah sedikit. JMD juga. Bila BM di gunakan seimbang, ramai anak-anak Melayu boleh mencerna pembacaan mereka dan boleh beriteraksi sihat dari pengetahuan mereka. Apa lagi melibatkan ekonomi dan politik semasa.

    Sekarang masa kita imbangi serangan media pembangkang ! Mereka sudah kawal banyak media. Kiri kanan peluru mereka. Viral mereka. Khabar fitnah mereka !

    Tidak letih ? Berita Publishing pun boleh tutup kerana tiada iklan dan di sorok bawah meja… betul ke AKJ ? Atau memang bebab GST ? PM Najib boleh sahaja beri nafas baru.. tidak salah bukan ? Kita sama saja. Macam cina, mereka tetap bersama !

    Semoga Ramadan ini memberi hikmah. Kita balik ke fitrah Melayu ! Imbangi dunia dan akhirat jua. Sampai masa, kita tinggalkan yang terbaik untuk warisan yang berwawasan dan berwasatiyah dalam penuh keimanan. Amin.

  10. There is no bogeyman.Najib’ s problems are of his own making. He is dragging UMNO to save his political woes. At times we dont know if a leader is really unfit for the job, until it is too late and beyond redemption. The oppositions dont have to do anything. Dividends are rolling in. That is what’s happening. There’s no bogeyman. Only the twilight of UMNO in the making by UMNO itself.

  11. Bagaimana kah rakyat perlu mohon ma’af bila yang menyebarkan berita anti-Najib dan 1MDB ada lah agensi dan akhbar berita luar negara yang terkenal dan berpengaruh saperti Wall Street Journal?

    Contoh nya:

    Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leader’s Accounts
    Wall Street Journal – ‎1 hour ago‎

    KUALA LUMPUR, Malaysia—Malaysian investigators scrutinizing a controversial government investment fund have traced nearly $700 million of deposits into what investigators believe are the personal bank accounts of Malaysia’s prime minister, Najib, according to documents from a government probe.

    Kita yang menulis berkenaan berita tersebut di atas ha nya mahu mengemukakan pendapat bahawa rakyat tak semesti nya di salahkan dalam hal hal saperti itu.

    Dan juga mahu tahu jika berita itu benar atau tidak.

  12. Berita itu juga mengatakan

    “Documents reviewed by The Wall Street Journal include bank transfer forms and flow charts put together by government investigators that reflect their understanding of the path of the cash.

    By far the largest transactions were two deposits of $620 million and $61 million in March 2013. The cash came from a company registered in the British Virgin Islands via a Swiss bank owned by an Abu Dhabi state fund.

    The fund, International Petroleum Investment Co., or IPIC, has guaranteed billions of dollars of 1MDB’s bonds and in May injected $1 billion in capital into the fund to help meet looming debt repayments.”

    Berita berita saperti itu amat mengelirukan rakyat. Bukan sahaja mngelirykan, juga membikin mereka tertanya tanya. Dan marah, jika benar.

    Begitu juga berita dari Sarawak Report yang di diamkan sahaja dek pihak pihak berkenaan demikian lama sejak di hebohkan. Apa yang berlaku sekarang ia lah menunjukkan bahawa punca berita itu, Justo, telah “selective, edited etc” maklumat dari PetroSaudi yang di salin nya. Tapi tiada bukti bahawa keseluruhan berita di SR itu pembohongan.

    Maka sekarang keluar pula dokumen dokumen termasuk “bank transfer forms” dll yang di “reviewed by The Wall Street Journal”. Motivasi penghebohan berita itu mungkin NeoCons, Jewish Zionists, George Soros dsb nya, tapi Najib perlu memberi penjelasan yang memuaskan rakyat. Jika tidak, bukan sahaja dia perlu “muhasabah dan mohon ampun”, tapi juga letak jawatan.

    • Angka angka yang di sebut itu ia lah dalam US Dollars.

  13. Akhbar The Wall Street Journal itu tidak menyebut punca wang yang masuk ke akaun DS Najib. Tapi kerana jumlah nya demikian besar, rakyat mesti ingin tahu mana mana punca wang itu.

    Juga wakil wakil Kerajaan hampir 200 negara yang berkerja di United Nations, New York (tempat pejabat TWSJ itu), yang kebanyakan dari nya mesti membaca atau berbual berkenaan berita itu.

    TWSJ berkata “The government probe documents what investigators believe to be the movement of cash among government agencies, banks and companies linked to 1MDB before it ended up in Mr. Najib’s personal accounts.” Juga tak menyebut mana mana satu agensi Kerajaan. Ha nya menyebut “four official investigations that are ongoing into 1MDB’s activities.”

    The Star mengatakan 1MDB president and group executive director Arul Kanda Kandasamy ada mengesahkan “1MDB was being queried by several authorities, including the Auditor-General, Bank Negara Malaysia and the police.” Tak tahu sama ada PAC juga “menyiasat” tapi ada memanggil beberapa orang memberi penerangan di “hearing” nya.

    Nyata bahawa rakyat tidak perlu di salahkan kerana ingin tahu atau bercakap fasal nya. Kita demokrasi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: