Concerns on the WSJ story

The Sarawak Report story on money trail back to Prime Minister Najib

The Sarawak Report story on money trail back to Prime Minister Najib

More concerns have been raised about the unsubstatiated WSJ story that close to USD 700million was allegedly credited into Prime Minister Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak’s Ambank account.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin raised his concern on the story which Prime Minister Najib describe as a ‘Political Sabotage’.

Kenyataan Media
YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Najib. Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran.

Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Dato’ Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian. Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Dato’ Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Allah s.w.t akan memberikan kita segala tawfiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

4 Julai 2015

*********

Like many, Muhyiddin hopes that Prime Minister Najib takes those who are making these slanderous baseless sinister allegations be taken to court.

Despite some media organisations against this notion, lessons could be learnt how Singapore used the court system to redress the lies and inaccurate reporting by media with the intent to slant and demonise.

Mean while Attorney General Tan Sri Gani Patail vowed to do a thorough investigation on this allegation with a special task force comprises MACC, The Police, Bank Negara and AG’s chambers:

PASUKAN PETUGAS KHAS SIASAT DAKWAAN DANA DISALUR KE AKAUN PERDANA MENTERI

Sebuah Pasukan Petugas Khas, dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, telah pun memulakan siasatan berhubung isu 1MDB.

Pasukan ini telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak daripada Pasukan Petugas Khas ini.

Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada Pasukan Petugas Khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit.

Susulan semakan dan analisis yang dibuat ke atas dokumen-dokumen yang diperoleh hasil serbuan itu, saya juga telah memberi nasihat dan panduan susulan kepada Pasukan Petugas Khas.

Siasatan akan memfokus setiap aspek yang dibangkitkan.

Saya yakin keanggotaan pelbagai agensi akan membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih profesional dan terperinci.

Saya juga berharap semua pihak memberi kerjasama bagi membolehkan Pasukan Petugas Khas ini menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.

TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
PEGUAM NEGARA
4 JULAI 2015

 

Published in: on July 4, 2015 at 18:55  Comments (10)