PKR bunuh pemimpin sendiri

Pengarah Pilihanraya PKR dan penyokong tegar Anwar Ibrahim Dato’ Saifuddin Nasution Ismail mengaku memfitnah Mantan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam usaha menjatuhkan beliau secara ‘paksa’.

Laporan Bernama.com

Saman Fitnah Selesai: Saifuddin Nasution Mohon Maaf Kepada Abdul Khalid

SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) — Kes saman fitnah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkaitan laporan mengenai isu Menteri Besar Selangor diselesaikan dengan baik selepas bekas Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf kepada Abdul Khalid di Mahkamah Tinggi di sini.

Kenyataan permohonan maaf secara terbuka itu dibacakan oleh Saifuddin yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR dan direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman M.Gunalan.

Terdahulu, Saifuddin berkata kandungan dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ mengandungi beberapa kenyataan yang dikatakan bersifat fitnah, antaranya berhubung penyelesaian hutang di luar mahkamah antara Abdul Khalid dan Bank Islam, urus niaga melibatkan kerajaan Selangor dan Ecoworld Berhad, urus niaga penstrukturan air, sokongan Abdul Khalid untuk melaksanakan lebuh raya Kidex dan prestasi pentadbiran kerajaan Selangor di bawah kepimpinan beliau (Abdul Khalid).

Saifuddin berkata kandungan dan tuduhan dalam dokumen itu telah menjejaskan nama baik dan reputasi Abdul Khalid sebagai antara lainnya, Menteri Besar Selangor (pada masa material), Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, seorang bekas tokoh korporat dan seorang ahli perniagaan serta keluarga beliau.

“Saya menjelaskan bahawa dokumen tersebut ditulis dan diedarkan dengan tujuan memberi penjelasan politik mengenai keputusan parti (PKR) menggunakan kuasanya untuk mencalonkan seorang yang lain sebagai Menteri Besar Selangor. Dokumen itu tidak bertujuan untuk digunakan sebagai bukti muktamad bahawa telah berlaku sebarang atau apa-apa perlakuan rasuah atau salah laku.

“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Abdul Khalid adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak amanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku serta tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor,” katanya.

Saifuddin berkata bagi pihak PKR dan dirinya secara peribadi, mereka melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas serta suci hati tanpa syarat memohon maaf kepada Abdul Khalid.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Abdul Khalid dan mahkamah ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan serta tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut serta apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,” katanya.

Abdul Khalid ketika membacakan Kenyataan Penerimaan berkata beliau menerima permohonan maaf daripada pihak defendan dan bekas menteri besar itu turut memohon maaf sekiranya beliau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin.

Pada awal prosiding, peguam Edmund Bon yang mewakili Abdul Khalid memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian penuh menerusi Penghakiman Persetujuan dan mereka akan membacakan kenyataan masing-masing secara terbuka di mahkamah.

Selain Bon, Abdul Khalid turut diwakili peguam Joshua Tay manakala Saifuddin diwakili peguam William Leong dan Puspawati Rosman.

Kes itu sebelum ini ditetapkan untuk perbicaraan bermula Selasa lepas.

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada dalam senarai saksi pihak defendan turut hadir di mahkamah hari ini menyebabkan galeri awam dipenuhi pihak media, anggota keluarga beliau, pimpinan Pakatan Rakyat dan orang awam.

Pada 18 Ogos tahun lepas, Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin secara peribadi dan atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung PKR serta pemegang jawatan PKR (ketika saman difailkan) berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah bekas menteri besar itu.

Selain menuntut ganti rugi, Abdul Khalid memohon perintah menghalang Saifuddin atau wakilnya, pekerjanya dan kakitangannya daripada menerbit, mengeluar, mengedar, mencetak atau menyebabkan perkataan yang memfitnah beliau (Abdul Khalid).

— BERNAMA — BERNAMA

**********

Tindakan memohon maaf oleh Mantan Setiausaha Agung PKR dalam Mahkamah ini adalah pengakuan bahawa konco-konco Banduan Salahlaku Seks Luar Tabii itu bersalah memfitnah Khalid.

Ini juga merupakan bukti jelas bahawa pemimpin pemimpin didikan Mantan Ketua Pembangkang itu tergamak memfitnah pemimpin dikalangan mereka, hanya atas kerakusan merealisasikan kepentingan politik sempit mereka semata mata.

Usaha menjatuhkan Khalid ini juga menerima reaksi murka Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Baginda menitahkan ini secara langsung kerana berpendapat permainan politik sempit dan songsang-produktif PKR ini sebenarnya tidak mendatangkan kebaikan kepada negeri dan rakyat Selangor.

Namun demikian, pihak Anwasrita (samada dalam parti atau media yang menyokong mereka), membuat spin bahawa keputusan Saifuddin memohon maaf ini adalah atas nasihat Anwar dari Penjara Sg Buloh.

Laporan Malaysiakini:

11:37AM – 14 Aug 2015

Kes Khalid-Saifuddin selesai luar mahkamah

27 0

Saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Kes itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam.

Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plaintif, Saifuddin sebagai defendan dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.

Saifuddin selaku defendan membacakan permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam M Gunalan sebentar tadi.

Menurut Saifuddin, sebab saman itu ditarik balik atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti.

“Saya dan Tan Sri khalid saling maaf memaafkan, Tan Sri Khalid pesan pada saya hikmah di sebalik penyelesaian, ‘saya (Khalid) boleh tumpukan pada kerja dan tuan (Saifuddin) boleh kukuhkan parti’. Dan saya bersyukur kerana ia berlaku di hujung bulan Syawal.

“Tadi perkara yang Anwar ingatkan kepada saya dan Khalid, negara sedang berdepan dengan pelbagai kemelut masalah politik, ekonomi dan juga kos sara hidup yang tinggi kepada rakyat.

“Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk saya dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir.

Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.

Anwar sebagai perantara

Saifuddin menambah, Anwar yang pada mulanya hadir sebagai sepina bagaimanapun menjadi perantara dalam menyelesaikan kes ini.

Malah katanya Anwar dilihat lebih baik daripada peguam yang ada kerana mempunyai kebolehan mendamaikan kedua belah pihak dalam mencapai kata sepakat.

“Anwar asalnya datang sebagai saksi tapi berakhir sebagai orang tengah. Dia ada kemahiran itu, bahkan kemahiranitu lebih baik dari kemahiran peguam-peguam,” katanya.

Saifuddin menambah, Anwar turut menasihati Abdul Khalid sekiranya kes ini diteruskan ia akan melalui proses yang panjang.

“Itu adalah syor dan nasihat Datuk seri Anwar kepada khalid. Kata Anwar, Khalid kamu sebahagian dari kami proses ini akan ambil masa yang panjang jika diteruskan,” katanya.

***********

Hakikatnya, fitnah puak puak lingkaran ketat dalam pemimpin tertinggi PKR yang menelilingi Anwar Ibrahim telah gagal dan kini membuat kenyataan putar-belit untuk cuba mewayangkan keadaan bahawa krisis kepimpinan dalaman PKR sebenarnya tidak serious.

Amalan dan gejala fitnah sebagai senjata taktikal dan strategik golongan yang bankrap politik ini sebenarnya membawa kesan negatif kepada negara.

Antara akibat fitnah ini yang memberi kesan langsung kepada warga Selangor (dan Kuala Lumpur) ialah penyelesaian strategik isu air Selangor menerima tamparan dimana ianya tertangguh setahun lagi.

Ini secocok dengan pandangan Islam dimana dosa memfitnah ini lebih buruk berbanding dengan membunuh. Sedangkan dosa membunuh itu ialah jenayah keji yang seorang insan tergamak menganiaya seorang insan lain.

Sekiranya pemimpin tertinggi lingkaran-ketat PKR tergamak ‘membunuh’ dikalangan mereka sendiri, bayangkan motivasi dan gerak-kerja mereka keatas seteru politik seperti UMNO dan BN.

Ketamakan politik pemimpin tertinggi lingkaran-ketat PKR ini juga digambarkan jelas apabila baru baru ini semasa pemilihan parti, PAS menolak semua pemimpin mereka yang bersifat Anwarista.

Published in: on August 14, 2015 at 20:30  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2015/08/14/pkr-bunuh-pemimpin-sendiri/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. PKR memang bedebah. Pemimpin nya ramai begitu. Memecah belahkan bangsa Melayu. Bermula dengan Anwarul Al Juburi. Kalau boleh emak dia di jual dah di buat nya lama dulu. Tapi bagus lah mereka berbunuh sesama sendiri.

    Untuk mencapai tujuan politik, buat apa saja. Al Juburi sanggup ketepikan Ketuanan Melayu dan cakap pasal ketuanan rakyat, konon. Ikut kehendak Cina Bukit pendatang DAP yang tak faham pun apa itu Ketuanan Melayu. Meyebarkan tema benci Red Bean mengatakan itu bermakna Melayu Tuan mereka hamba. Di bawa masuk ke negara ini dek British kolonial sebagai “coolie”, dah di persetujukan dek Melayu hak kerakyatan mereka, melanda landa pula. Itu jenis bedebah juga..

    Pada hal Ketuanan Melayu itu ia lah apa yang di lambangkan dek Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan negara. Termasuk peranan, fungsi dan tanggong jawab YDP Agong, Raja Raja Melayu, Majlis Raja Raja dsb nya. Taida perkenan dan tanda tangan YDP Agong, tidak boleh PM berfungsi secara resmi. Begitu juga Menteri Menteri Besar yang mesti di perkenankan dek Sultan Sultan.

    Tapi gagal nya PKR sudah nyata. Al Juburi dalam penjara, DAP pun tak hemahkan mereka. DAP tendang PAS, PAS terajang DAP dengan resolusi di Muktamar, Kit Siang dan Guan Eng kata Pakatan Rakyat dah mampus dengan tak “consult” Wan Azizah pun. Sekarang pemimpin PKR – yang terdiri dari anak bini Al Juburi – tak habis habis nakkan Anwar di bebaskan. Mesti ada di anttara pemimpin lain yang tak setuju buang masa, simpan geram dalam hati tak boleh buat apa. Harap tak lama akan meletup lah mereka.

  2. Melayu memang suka bunoh Melayu ,agaknya dah memang kejadianya begitu , nak buat macam mana.

    Kewujudtan PKR hanya bagi menegakan pemimpin dan pimpinan , di lihat UMNO sekarang dan ketika ini pon, dilihat berjuang dilandasan yang sama .

    Semangat perjuangan UMNO ,untok bangsa ,ugama dan negara menjadi tandatanya ,dan keiklasan para pimpinan kearah itu ketika ini adalah sangat-sangat diraguai .

  3. […] The more recent is the failed ‘Kajang Move’ and the ouster of Tan Sri Khalid Ibrahim as Menteri Besar Selangor last year, where PKR Secretary General Saifuddin Nasution admitted Khalid was a victim of slander to politically assassinate him. […]

  4. […] interpretation of the attack on Bukit Kepong Police Station on 23 February 1950. The more recent is the support of the fitnah on the former MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim in the initiative to politically assassinate […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: