Two wrongs don’t make it right

They say a picture says a thousand words. A video clipping, simply reflect volumes of words unable to be said.

Here is something from the past:

Published in: on August 29, 2015 at 21:00  Comments (20)  

Mencemari sambutan sejarah kedaulatan

Penganjur BERSIH 4 yang didokong Pembangkang seperti parti Cina Chauvinis DAP mengotori sambutan lakaran sejarah apabila begitu angkuh meneruskan demomstrasi sekeliling Dataran Merdeka, padang bersejarah bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka kali pertama dinaikkan.

image

Mereka berhimpun dipersimpangan Masjid Negara dan Stesyen KTM sambil melaung laungkan “Tumbang UMNO!”.

Sekiranya mereka benar benar rakyat Malaysia yang patriotik dan menghayati sejarah Kemerdekaan, sewajar mereka tidak bertindak untuk mengotori semangat sambutan Hari Kemerdekaan.

Hakikatnya, sejarah membuktikan UMNO memainkan peranan sangat signifikan dan mengasaskan seluruh proses tanahair ini mencapai Kemerdekaan.

UMNO dilahirkan di Istana Besar, Johor Bahru. Bersama sama ialah DYTM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru adalah hasil dari penyatuan dan kesepakatan padu 29 NGO Melayu membuktikan orang Melayu begitu padu menentang penubuhan Malayan Union.

Setelah UMNO ditubuhkan, aktivis aktivis nasionalism ini begitu berjaya menyemarakan perasaan orang orang Melayu mengesa seluruh DYMM Raja Raja Melayu untuk menolak dan membatalkan Malayan Union. Tekanan ini berjaya dan Malayan Union dimansuhkan.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 21 January 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 21 January 1948

Kemudian berlaku proses perundingan antara Kerajaan British dan Raja Raja Melayu dimana UMNO telah diberikan status pemerhati. Hasilnya, Perjanjian Tanah Melayu dimeterai pada 21 Januari 1948 dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

Perjanjian Tanah Melayu ini merupakan asas kepada Perlembagaan Persekutuan yang mula diguna pakai apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

HRH Malay Rulers, UMNO representataives, Menteri Menteri Besar and British High Commissioner at the Federation of Tanah Melayu Treaty, inked on 21 Jan 1948 at King's House, Kuala Lumpur

HRH Malay Rulers, UMNO representatives, Menteri Menteri Besar and British High Commissioner at the Federation of Tanah Melayu Treaty, inked on 21 Jan 1948 at King’s House, Kuala Lumpur

Dalam proses mencapai Kemerdekaan, UMNO juga bersetuju untuk bekerja sama dengan MCA dan MIC dan menubuhkan Parti Perikatan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat bagi mengukuhkan tuntutan kearah Kemerdekaan. Dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955, Parti Perikatan telah berjaya meraih 51 dan 52 kerusi yang dipertandingkan.

Ini amat menarik kerana walaupun 84% dari pengundi yang layak mengundi adalah dikalangan orang Melayu, namun UMNO hanya memperuntukkan 35 dari 52 kerusi yang dipertandingkan itu. Walaupun UMNO berhak untuk bertegas bertanding di 44 kerusi memandangkan dominasi pengundi yang layak, parti nasionalis itu bersedia untuk beralah dan memberikan ruang kepada MCA.

84% of the eligible voters in the 1955 Federal Consultative Council general election are the Malays, who were 'Subjects of HRH Rulers'.

84% of the eligible voters in the 1955 Federal Consultative Council general election are the Malays, who were ‘Subjects of HRH Rulers’.

Ini merupakaan kebijaksaan dan kematangan pemimpin UMNO untuk mentafsirkan kesediaan memberikan kompromi, lantas menjalinkan kerjasama ‘kongsi kuasa’ sekiranya berjaya.

Jelas UMNO memainkan peranan begitu signifikan bagi meraih sokongan padu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dengan mencapai keputusan yang amat memberangsangkan itu. Orang orang Melayu ketika itu begitu bersemanngat denganw adah perjuangan UMNO, yang berusaha kearah satu negara yang meredeka dan berdaulat.

Orang Melayu yang begitu terkebelakang dalam segala serbi berharap Kemerdekaan akan membawa kedudukan yang lebih baik kepada masa depan mereka dan generasi Melayu akan datang.

Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948

Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948

Sambungan Artkel 12

Sambungan Artkel 12

Mandat Majlis Perundangan Persekutuan itu, membolehkan Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman untuk menubuhkan Kerajaan Perkutuan Tanah Melayu. Ketokohan Presiden dan pemimpin UMNO ketika itu juga berjaya mendapat keyakinan dan perkenaan DYMM Raja Raja Melayu untuk menerima ‘kontrak sosial’ dimana sekelian baginda melepaskan hak mutlak memerintah.

Sebaliknya hak memerintah itu diberikan kepada rakyat melalui sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. ‘Sosial kontrak’ yang ditunjangi UMNO itu juga mendapatkan perkenan sekelian baginda Raja Raja Melayu untuk menerima 980,000 orang Bukan Melayu yang ditakfrifkan sebagai ‘Orang Tidak Berkerakyatan’ (Stateless Persons) kewargaan dalam Persekutuan Tanah Melayu, tanpa menurut proses biasa.

Komponen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu; Raja Melayu, UMNO dan Pesuruhjaya British

Komponen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu; Raja Melayu, UMNO dan Pesuruhjaya British

Tunku Abdul Rahman juga mengetuai romobongan untuk merundingkan Kemerdekaan yang turut disertai pemimpin pemimpin UMNO, MCA dan MIC, wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan wakil Raja Raja Melayu. Kebijaksaan Presiden UMNO berunding dengan Pejabat Luar dan Kommonwealth berjaya mencapai Kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimeterai pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London.

Ketua Menteri Tanah Melayu dan Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman mengumumkan persetujuan Kemerdekaan yang berjaya dicapai dari London pada 20 Feb 1956 di Bandar Hilir, Melaka

Sambutan Hari Kemerdekaan adalah sinonim dengan kejayaan perjuangan pemimpin UMNO terutama Presiden UMNO kedua Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

Sekira sambutan Hari Kemerdekaan kali ini dithemakan sebagai sarkas politik oleh politikus bankrap, maka semangat pemperingati sejarah keramat negara ini lahir sebagai berdaulat adalah dicemari.

Keadaan ini lebih tercalar terutama rata rata 80% pendemonstrasi BERSIH 4 ini terdiri dari Bukan Melayu dan lebih tepat lagi, majoriti dikalangan mereka adalah keturunan Cina, sedangkan proses memelupuri Kemerdekaan ditunjangi oleh pemimpin pemimpin dan kuasa orang Melayu.

The photos from the pre 13 May 1969 racial riots where supporters of Dap and Gerakan paraded through streets of Kuala Lumpur and part of Kg Baru holding up brooms and chanting "Melayu balk kampung, tan am jagung!"

The photos from the pre 13 May 1969 racial riots where supporters of Chinese Chauvinist DAP and Gerakan paraded through streets of Kuala Lumpur and part of Kg Baru holding up brooms and chanting “Melayu balk kampung, tanam jagung!”

Cubaan mencalari sejarah itu dengan memilih masa dan peluang untuk berdemonstrasi jelas memaparkan maka agenda politik yang tidak lagi tersirat. Malah, ianya pretentangan kepada semangat memperingati sejarah dengan penghinaan yang yang berterusan secara tidak langsung ini.

Kesungguhan majoriti dikalangan Bukan Melayu terutama keturunan Cina untuk menumbangkan Kerjaaan UMNO/BN makin jelas, selepas 2 pilihanraya umum. Dikalangan mereka terdapat ada yang tergamak untuk mengagungkan kemerdekaan negara ini dipelupuri puak radikal dan pengganas kominis.

Ini jelas agenda untuk mengaburi pemikiran terutama generasi muda dengan dakyah palsu mengenai perjuangan, terutama yang ditunjangi pemimpin pemimpin UMNO dan aktivis nasionalis.

Kini puak puak radikal ini muncul kembali dan melaung laungkan pemalsuan mengenai bagsimana tanahair ini mencapai Kemerdekaan dan siapa pemain utama dalam perjuangan itu.

image

Provokasi yang mereka buat dalam demonstrasi yang mereka war-warkan sebagai ‘aman’ itu sebenarnya tekanan agar reaksi dari orang Melayu berlaku dan peristiwa berdarah pergaduhan kaum 13 Mei 1969 berulang.

Published in: on August 29, 2015 at 15:00  Comments (4)