Kearah Penguasa Penerbangan Awam Malaysia, Bhg 1.

Dalam Malaysia bergerak kearah mencapai status negara maju dengan mengambil kira kedudukan dan geografi, data perdagangan, jumlah penumpang, kargo dan penerbangan  awam, maka peranan, fungsi dan kuasa yang sedia ujud pada Jabatan Penerangan Awam (DCA) wajar dipertingkatkan sebagai Penguasa Penerbangan Awam Malaysia.

DCA setakat ini berjaya mengawal selia penerbangan awam dalam ruang udara seluruh Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) bagi semua pesawat menggunakan laluan yang ditentukan ICAO.

1250 pengawal laluan traffik data (ATC) bertugas 24 jam bagi mengawasi laluan dan susun-atur semua pergerakan dalam dan sekeliling 24 lapangan terbang diseluruh negara.

Kecekapan dan piawaian petugas ATC yang dikawal selia DCA ini dilatih melalui program-program Malaysian Aviation Academy (MAvA), yang daehulu dokenali sebagai Kolej DCA.

DCA juga melalui Akta Penerbangan Awam berperanan untuk menentukan agar semua operator penerbangan awam diMalaysia dilesenkan, menurut garis panduan ICAO.

Ini merangkumi keperluan bagi menentukan dan audit dibuat agar semua operasi, dokumentasi, senarai peralatan, sistem sokongan dan kakitangan adalah menurut piawaian antarabangsa.

Antara sebahagian dari keperluan ini ialah isu isu kawal selia keselamatan dan risiko bagi segala peralatan, prosedur, manual dan kecekapan dan kemampuan terutama apabila berlaku kecemasan samada dilandasan atau udara.

Ini penting kerana operasi bagi pesawat dimana operatornya berdaftar dan penerbangan yang bermula atau berasal dari Malaysia, perlu mendapat keyakinan bahawa ianya dibawah garispanduan dan disahkan oleh sebuah agensi penerbangan yang berkredibiliti, iaitu DCA.

Kecekapan dan kemampuan warga DCA melaksana tugasan ini dengan baik menjurus kepada DCA diberikan kepercayaan untuk melatih tenaga kerja yang sama sehingga peringkat kepakaran, terutama dikalangan negara-negara kerjasama Selatan-Selatan.

Jalinan kerjasama ini dipanjangkan apabila ahli ahli African Civil Aviation Commission (AFCAC) menerima latihan kawal sedia traffik dan penguasaan keselamatan di MAvA. Tanya dibiayai oleh Malaysian Technical Co-operation Program (MTCP), sebuah peruntukan oleh Kementerian Luar Negara (Wisma Putra).

Ini sekaligus memanjangkan lagi skim skim pelabagai latihan yang ditawarkan pelbagai agensi Kerajaan dan GLC bagi membantu negara-negara kurang membangun. Bantuan latihan ini secara tidak langsung melunaskan sebahagian dari dasar luar negara Malaysia dipersada geo-politik global.

Bahagian kedua akan membincangkan pengalaman dan sumbangan Malaysia dalan memajukan penerbangan awam antarabangsa.

 

Published in: on January 18, 2016 at 09:56  Comments (3)