Kearah Penguasa Penerbangan Awam Malaysia, Bhg 1.

Dalam Malaysia bergerak kearah mencapai status negara maju dengan mengambil kira kedudukan dan geografi, data perdagangan, jumlah penumpang, kargo dan penerbangan  awam, maka peranan, fungsi dan kuasa yang sedia ujud pada Jabatan Penerangan Awam (DCA) wajar dipertingkatkan sebagai Penguasa Penerbangan Awam Malaysia.

DCA setakat ini berjaya mengawal selia penerbangan awam dalam ruang udara seluruh Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) bagi semua pesawat menggunakan laluan yang ditentukan ICAO.

1250 pengawal laluan traffik data (ATC) bertugas 24 jam bagi mengawasi laluan dan susun-atur semua pergerakan dalam dan sekeliling 24 lapangan terbang diseluruh negara.

Kecekapan dan piawaian petugas ATC yang dikawal selia DCA ini dilatih melalui program-program Malaysian Aviation Academy (MAvA), yang daehulu dokenali sebagai Kolej DCA.

DCA juga melalui Akta Penerbangan Awam berperanan untuk menentukan agar semua operator penerbangan awam diMalaysia dilesenkan, menurut garis panduan ICAO.

Ini merangkumi keperluan bagi menentukan dan audit dibuat agar semua operasi, dokumentasi, senarai peralatan, sistem sokongan dan kakitangan adalah menurut piawaian antarabangsa.

Antara sebahagian dari keperluan ini ialah isu isu kawal selia keselamatan dan risiko bagi segala peralatan, prosedur, manual dan kecekapan dan kemampuan terutama apabila berlaku kecemasan samada dilandasan atau udara.

Ini penting kerana operasi bagi pesawat dimana operatornya berdaftar dan penerbangan yang bermula atau berasal dari Malaysia, perlu mendapat keyakinan bahawa ianya dibawah garispanduan dan disahkan oleh sebuah agensi penerbangan yang berkredibiliti, iaitu DCA.

Kecekapan dan kemampuan warga DCA melaksana tugasan ini dengan baik menjurus kepada DCA diberikan kepercayaan untuk melatih tenaga kerja yang sama sehingga peringkat kepakaran, terutama dikalangan negara-negara kerjasama Selatan-Selatan.

Jalinan kerjasama ini dipanjangkan apabila ahli ahli African Civil Aviation Commission (AFCAC) menerima latihan kawal sedia traffik dan penguasaan keselamatan di MAvA. Tanya dibiayai oleh Malaysian Technical Co-operation Program (MTCP), sebuah peruntukan oleh Kementerian Luar Negara (Wisma Putra).

Ini sekaligus memanjangkan lagi skim skim pelabagai latihan yang ditawarkan pelbagai agensi Kerajaan dan GLC bagi membantu negara-negara kurang membangun. Bantuan latihan ini secara tidak langsung melunaskan sebahagian dari dasar luar negara Malaysia dipersada geo-politik global.

Bahagian kedua akan membincangkan pengalaman dan sumbangan Malaysia dalan memajukan penerbangan awam antarabangsa.

 

Published in: on January 18, 2016 at 09:56  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2016/01/18/kearah-penguasa-penerbangan-adam-malaysia-bhg-1/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Jika anda pernah naik penerbangan melalui KLIA, sejujurnya adakah SOP yg digunakan untuk penumpang check-in kini selamat ?

    Bulan Disember 2015 saya terbang ke Jakarta melalui KLIA.
    DiKLIA saya dan isteri terus beratur untuk check-in, setelah 15 minit saya tiba dikaunter dan serahkan paspot kemudian begasi ditimbang sebelum begasi tu diambil oleh laluan begasi dibelakang staf di kaunter.

    Persoalannya, bila masa begasi saya dan juga begasi penumpang lain di scan oleh pihak keselamatan ?

    Jika begasi penumpang lain ada bahan pemusnah, mungkin saya dah jadi arwah !!!

    Sudah lebih 20 tahun KLIA beroperasi dan SOP tetap tapi keselamatan penumpang tidak terjamin.

    Sampai bila agaknya SOP canggih diKLIA ni akan direview semula ?

  2. 1. Lilynani; Di fasa pertama, setiap bagasi perlu melepasi 4d scanner. Kalau tak lulus, 8d scanner. Lepas tu manual search. Lulus baru hantar ke pesawat. Tahap keselamatan KLIA lulus audit US & EU. Just FYI.

    2. Banyak kelemahan JPA dan lebih2 lagi MAHB dari segi pengurusan. MAHB sebenarnya ‘doing risk-free business’ – hasil dari monopoly. One sided contract, sebab tu foreign airlines reluctant masuk Malaysia – unlike our neighbours.

  3. Untuk pengetahuan anda KLIA tidak seperti kebanyakan airport lain (e.g Attaturk, Istanbul) menggunakan technology yang dinamakan in-line baggage scanning. Di mana, selepas check in luggage anda akan melalui x-ray scanner yang akan memastikan tidak ada bahan terlarang/merbahaya yang masuk ke perut kapal.

    MAHB mempunyai departmen khas yang dinamakan AVSEC singkatan untuk Aviation Security. Misi utama mereka adalah untuk memastikan keselamatan kapal terbang yg mendarat dan berlepas. SOP mereka sangat ketat. Jangan risau, anda selamat menggunakan khidmat airport di bawah MAHB. KLIA adalah antara airport terbaik di dunia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: