Tak tumbuh, tak melata

Generasi hari ini wajar sedar bahawa kekuatan Presiden UMNO V tatkala dicabar pada April 1987 teletak kepada pendukung utama yang berjaya mengekalkan kuasa beliau, walaupun tipis, dan sekali gus memberi nafas untuk meneruskan Kepimpinan yang akhir berhasil mengujudkan legasi sehingga beliau menjadi Negarawan dan pemimpin Melayu terbilang.

Rang Cuit Dato’ Zaini Hassan Utusan Malaysia:

1987: Najib dan nyawa politik Mahathir…

CUIT
ZAINI HASSAN (ZAINIBINHASSAN@GMAIL.COM) | 09 Mac 2016 6:25 PM

KEPUTUSAN pemilihan UMNO pada 24 April 1987 menyaksikan Dr. Mahathir Mohamad menang tipis dengan majoriti 43 undi untuk jawatan Presiden parti. GAMBAR ARKIB UTUSAN

KEPUTUSAN pemilihan UMNO pada 24 April 1987 menyaksikan Dr. Mahathir Mohamad menang tipis dengan majoriti 43 undi untuk jawatan Presiden parti. GAMBAR ARKIB UTUSAN

PADA malam 23 April 1987, kira-kira 29 tahun lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah hilang dari pandangan setelah ‘direbankan’ (flat­­tened) untuk dibuat bangunan baharu, yang kini dikatakan terbengkalai.
Cukup genting pada masa itu pe­rebutan kuasa antara dua tokoh – Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Hilton menjadi markas jentera Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.
Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.
Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr. Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terde­sak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan calang-calang orang dan Dr. Mahathir merasakan dia boleh dikalahkan.
Berlaku perpecahan yang amat dahsyat dalam sejarah politik Mela­yu ketika itu. Satu peperangan politik umpama kisah Clash of the Titans dan David and Goliath.
Akibatnya terbentuk dua team. Team A dan Team B. Team A Mahathir bersama Tun Ghafar dan Anwar Ibrahim serta Team B Ku Li bersama Musa Hitam, Pak Lah, Datuk Manan Osman, Rais Yatim, Datuk Zainal Abidin Zain. Najib selaku Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan menyatakan sokongan kepada Team B.
Dr. Mahathir yang terdesak membuat perancangan. Dipanggil semua penasihatnya, termasuk ADC atau Ketua Pengawal Peribadinya, Mohamad Ali (Pak Ali). Beliau perlu memikirkan dengan cepat. Masa tidak lama sebelum pengundian pagi keesokan harinya.
Hanya 11 jam sahaja yang tinggal.
“Ali pergi cari Najib cepat!” kata Dr. Mahathir kepada Pak Ali.
Pada waktu itu, di Bukit Tunku; Najib dan isterinya Rosmah sedang mengemas kediaman yang baru mereka sewa serta menyambut teta­mu. Najib tidak mahu memikirkan soal UMNO atau apa yang berlaku di Hotel Hilton pada malam itu.
Sebaliknya, Dr. Mahathir amat memerlukan sokongan Najib. Masa ketika itu cukup genting.
Di kediaman ibu Najib, Tun Rahah di Jalan Eaton pada malam yang sama, kelihatan masuk deretan radio car (kereta peronda polis) dan sebuah kereta besar semacam kereta Perdana Menteri.
“Saya yang tinggal depan rumah Tun Rahah nampak kereta itu ma­suk. Saya pun keluar menemui Tun Rahah.
“Kelihatan body guard Dr. Mahathir tiba bersama radio car itu.”
Dr. Mahathir mengarahkan pengawal peribadinya itu mencari Najib. Najib perlu dibawa dengan kereta besar Perdana Menteri ke Hotel Hilton pada malam itu juga. Najib perlu ditunjukkan kepada perwakilan. Sokongan Najib kepada Dr. Mahathir adalah penentu.
“Saya bertanya kepada Tun Rahah apa yang perlu dilakukan. Beliau berkata, mintalah Najib pergi sebagaimana Tun Razak taat kepada Tunku dahulu.”
Itu kata-kata Datuk Idris Shaari Mat Aris yang saya andaikan sebagai bapa angkat atau guidance angel kepada anak-anak Tun Abdul Razak.
Idrislah yang mula mengasuh Najib bermula beliau pulang dari England sehingga menjadi Menteri Besar Pahang pada usia yang muda dan pengalaman yang cetek. Idris ialah Pengawal Peribadi kepada Tun Razak dan apabila Tun Razak mening­gal beliau menjadi Setiausaha Sulit kepada Tun Rahah.
Saya menemui Idris kelmarin dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur. Sebagai seorang yang sudah berusia 70an fikiran Tok Deris, panggilan kami kepadanya, masih tajam. Cuma fizikalnya agak lemah dan memerlukan tongkat dan pembantu untuk berjalan.
Mendengarkan kata-kata Tun Ra­hah itu maka Idris meminta body guard Dr. Mahathir mengikutinya ke kediaman baharu Najib di Bukit Tunku.
Semasa kami tiba dengan petrol car dan kereta besar Perdana Menteri itu, Najib sedang menemui tiga orang perwakilan dari Pahang.
“Saya masuk ke dalam bilik dan berjumpa Najib. Saya kata Dr. Mahathir minta Datuk (Najib) pergi juga malam ini ke Hilton.
“Mummy (Tun Rahah) pun cakap pergilah Tok.”
Najib menjawab: Takpalah, Deris pergilah dulu.
Saya masih merasa was-was dan bertanya sekali lagi dengan Najib, adakah beliau akan pergi?
“Setelah mendapat jaminannya maka saya pun pergi. Saya bagi tahu Ali bahawa Najib akan pergi ke Hilton. Saya juga pergi ke Hilton dan saya diminta Ali berada di tepi pentas.
“Semasa saya tiba Tok Mat (Datuk Mohamed Rahmat) sedang berucap menghentam Najib,” kata Idris sambil ketawa.
Dr. Mahathir mengarahkan supaya satu kerusi di meja utama dikosongkan bagi memberi tempat kepada Najib.
“Kemudian Ali memberitahu saya Najib sudah sampai.” Kata Idris, beliau nampak Najib tiba dengan kawan lama sekolahnya di St. John’s Institution, bernama Dr. Tiagi.
Apabila Najib masuk semua hadirin bangun bertepuk tangan. Nada ucapan tiba-tiba bertukar. Dr. Mahathir amat gembira de­ngan kemunculan Najib itu.
Akhir sekali keesokan harinya Dr. Mahathir menang mengalahkan Ku Li dengan margin yang tipis. Dr Mahathir menang sebanyak 43 undi ke atas Ku Li, iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.
Dr. Mahathir hampir tersungkur. Tak perlulah saya bagi details apa yang berlaku semasa pengundian itu sedang dijalankan. Mengapa tiba-tiba bunyi bising dengan lagu-lagu dan lampu tiba-tiba padam.
Akibat kemenangan Dr. Mahathir itu Team B dianggotai oleh 11 ahli UMNO (dikenali sebagai UMNO 11) membawa ke mahkamah kerana dikatakan pemilihan itu tidak sah.
Kes itu telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.
Setelah beberapa siri perbica­raan yang mengambil masa selama tujuh bulan, Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan me­lainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawang­an yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan.
Cuma moral kisah daripada cerita Datuk Idris tadi ialah: Najib ketika itu telah memberi pengorbanan yang paling besar atas nama kesetiaan kepada Dr. Mahathir sehingga dapat beliau mentadbir negara selama 22 tahun seterusnya.
“Apakah Dr. Mahathir mengetahui mengenai kisah itu? Mahathir tidak tahu…” kata Idris.
Najib telah menyelamatkan nyawa politik Dr. Mahathir!
– See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/1987-najib-dan-nyawa-politik-mahathir-1.198723#sthash.5UyxyYLk.dpuf

*******************

Peristiwaan politik beberapa hari terakhir sebelum pemilihan Majlis Tertinggi UMNO paling getir alam sejarah itu wajar dibawa semula agar realiti hari ini sebenarnya mempunyai riwayat lampau.

Masyarakat hari ini wajar menilai bagaimana, keputusan beberapa Kemimpinan pelapis se[erti Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak mengubah susur galur bukan jahaja UMNO, tetapi Negara.

Kejayaan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengekalkan Kepimpinan beliau dan jawatan Perdana Menteri, untuk 16 tahun lagi dan mebawa negara dan rakyat ke mercu yang lebih tinggi, merupakan kerjasama dan setiakawan dalam satu pasukan.

Ianya bukanlah hasil beliau seorang sahaja.

Barisan MT UMNO dan Kabinet, termasuk dari parti komponen parti bersama-sama memikul tanggungjawab kerja dan keputusan yang dibuat, wajar dengan konsep ‘Tanggungjawab Bersama’ (Collective Responsibility).

Personaliti dalam pasukan yang memikul amanah dan tanggungjawab ini silih berganti, sepanjang 16 than lagi Kepimpinan Tun Dr. Mahathir sehingga persaraan pada 31 Oktober 2003.

Mereka mengharungi pelbagai cabaran dan ribut, seperti pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988, pengkhianatan PBS keatas BN saat akhir PRU 8 November 1990 dan krisis Perlembagaan 1993.

Namun, episod politik paling mencabar ialah apabila Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Anwar Ibrahim dipecat. pada 2 dan 3 September 1998.

Dalam kekeliruan politik dan ramai akar umbi UMNO dan rakyat Malaysia terutama orang Melayu begitu emosional dan menolak Kepimpinan Dr Mahathir akibat dari pemecatan itu dan gerakan ‘Reformasi’, ramai pemimpin memilih teguh untuk bersama beliau.

Sekiranya Naib Presiden UMNO ketika itu seperti Najib memilih untuk menentang beliau, tidak mustahil Dr. Mahathir berjaya digulingkan terutama sentimen menolak Presiden UMNO itu begitu kuat dan mengakibatkan beberapa badai politik mencabar.

Kini, Dr. Mahathir sendiri memilih untuk menggunakan isu-isu tertentu seperti beberapa elemen dari skandal 1MDB yang beliau sendiri mengaku tidak dapat membuktikan selain dari memainkan dan manipulasi fakta dan cerita separa benar.

Ianya dibuat bersungguh-sungguh semata mata memainkan persepsi, emosi dan menghasut Kabinet, MT UMNO, pemimpin UMNO teringkat Bahagian, Perwakilan UMNO di PAU 2015, Ahli Parlimen dan rakyat untuk banglit, menentang dan menggulingkan Perdana Menteri Najib.

Namun, setakat ini semuanya tidal berhasil dan gagal.

Jumaat lepas, Dr Mahathir dilihat beget terdesak apabila selepas mengumumkan keluar UMNO empat hari sebelumnya, beliau berjaya untuk mendapatkan Pembangkang terutama pimpinan Chauvinis Cina DAP untuk berkongsi pentas, menanda-tangani ‘Deklarasi Rakyat’ untuk menolak dan menggulingkan Perdana Menteri Najib.

Rata-rata, orang Melayu termasuk penyokong tegar Dr. Mahathir sendiri tidak dalat menerima dan menyelar tindakan politik terdesak ini.

Tanya akan mengundang lebih ramai orang, terutama pemimpin-pemimpin dan personaliti yang terlibat, mula tampil memberikan pendapat negatif mereka dan mengimbau kembali kegalan, kecacatan, permainan politik kotor dan dosa Dr. Mahathir sepanjang 35 tabun lampau.

Hakikatnya, tidak banyak kebaikan akan diperolehi dari ‘Membuka pekung didada’ dan ‘Mengeruk neraka’ ini. Namun sekiranya Dr. Mahathir yang dilihat begitu terdesak sehingga hilang pertimbangan untuk menjatuhkan sehingga mengguling Perdana Menteri Najib, maka sistem pertahanan mulai sekarang ini merupakan serangan keatas beliau.

Dalam 35 tahun bergelumangan dengan pelbagai asam garam arus politik perdana, Dr. Mahathir bukanlah seorang yang maksum dan mempunyai senarai panjang kelemahan, kegagalan, permainan politik kotor dan dosa politik.

Amat malang sekali sekiranya generasi hari ini dicelikkan dengan pelbagai kisah negatif mengenai Negarawan yang beget berjasa dan legasi beliau menadi igauan generasi muda Malaysia, akibat dari kesan tindakan politik obsessif Dr. Mahathir sepanjang setahun ini.

Bak kata orang, “Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata”. Dosa dan luka lama akhirnya diungkit, demi tindak balas emosi orang-orang Melayu dan mereka yang pernah begitu taksub dengan pemimpin ulung UMNO sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Published in: on March 9, 2016 at 23:59  Comments (16)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2016/03/09/tak-tumbuh-tak-melata/trackback/

RSS feed for comments on this post.

16 CommentsLeave a comment

  1. Well, the millennials already knew Mahathir when they were kids and primary schools. Hence it is easy for the millennials to identify Tun M as their Statesman and father of modernisation of Malaysia. I remember during an event in 2007 where Karen Armstrong gave a talk on ‘ Islam and the West’, Tun M attended and each time the MC mentioned Tun’s name prior to the start of the talk there were thunderous applause and standing ovation for Tun. And the crowd were multi racial millennials, Gen Y and older.Tun has left a mark as a charismatic Statesman because he was focus, visionary and he delivered. Citizens remember all those forever. His cabinet were made of able, knowledgeable and strong personalities too but the focus and vision of Tun M were sharp and definitive , they had no reason to grouse and rally support behind Tun because they believed in him. Not because Tun showered them with money to maintain their support.

    The political climate in Msia now is vile and toxic and if a Citizen Movement could move forward to free Msia from the shackles of Najib’s absolute control of institutions, his oligarchy and kleptocracy practice, it is part of a mass effort that is part of the fundamentals of democracy.

  2. Correction: ” were kids and in primary schools.”

  3. […] KLIK SINI – BACA LANJUT ARTIKEL DI BIG DOG DOT COM […]

  4. Banyak fakta meragukan.
    Pemilihan April 1987…
    Dato Idris kata Najib baru pindah rumah sewa dengan Rosmah di Bukit Tunku
    Cik Mah ibu angkat Rosmah kata Najib dan Rosmah kawen kat rumah dia menjelang pemilihan UMNO…
    ZAM kata Anwar ugut Najib suruh sokong Tun M..mungkin pasal kes kawen kot..

    Bekas isteri Najib zainah kata raya 1987 (29 May) first time dia anak beranak raya tanpa najib tapi masih dok rumah kerajaan
    menjelang raya tahun tu Najib keluar negara bulan madu dengan rosmah
    Sebelum pemilihan..Najib belum ketua pemuda..
    Kesimpulannya…betul Najib sokong Tun M tapi kurang 11 jam sebelum pemilihan..Dia masih belum ada pengaruh..belum menang ketua pemuda pun
    dia tak kempen pun tapi ambik kredit atas kemenangan Tun ha ha
    Pas tu dia tengah mabuk dengan isteri barunya…sampai tinggal anak bini masa raya sebulan lebih lepas pemilihan

    ada berani siar?

    • Terima kasih.

      PM Najib merupakan MB Pahang (1982-6). Semestinya dia ada pengaruh politik yang cukup besor dan strategik.

      Ogos 1986, PM ketika itu melantik PM Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan.

      Semestinya pengaruh searing Naib Ketua Pemuda berjawatan Mteri yang menage hal eiwal belia akan membawa pengaruh politik yan strategik.

      Amaran keras terakhir! Sila elakkan dari membincangkan hal peribadi terutama keluarga,

    • dasyat bro. habis hassan punya cita karam. so many views from different personas and none tallied with hassan’s account? again, im going to reiterate, him saying the battle between ku li and dr m as a david vs goliath was a dead giveaway right after saying it was a clash of titans.

      some may take it as nothing and might argue that english aint the lad’s mother tongue. but in spotting these “mind bending” tales, the devil is in the details. this guy failed to construct therefore loses cred. he should have just stuck with bm.

      thank you on the comment.

  5. I was once a die hard supporter of Tun M
    I was ready to ‘fight’ anybody even my hubby to defend him as the absolute stateman… In my eyes, he was a perfect leader….
    Since the starting of the onslaught on the PM Najib, my respect for Tun M starts to roll downhill. With all the revealations of Tun’s dark side and the willingness of Tun to go back on his words… Colluding with foreign media, with his own enemies the like of Lim Kit Siang, Mat Sabu, condoning his bankrupt selfie-loving aids to go globe trotting and betrayed the nation, joining street protest, and worst of all, slandering. His way of end justifies the means has stripped him off the little respect I have left for him…
    I have always believe in ‘Ketentuan Allah SWT’ but I will also not stop to do whatever I can in my little way especially pray hard that Allah SWT protect Malaysia from all evil doings…. From both sides of the fence. Ameen.

  6. Salam bro. regarding the article by hassan that you highlighted, is the guy credible? he likened the battle to that of clash of the titans which i have no issue with but then he went on about david against goliath?

    does he even know the meaning of the latter?

    i am wary of trusting someone who lacks the ability to put 2 and 2 together and in this case, he lost cred near opening which is bad. i would go even far saying that this guy must not be too sharp. therefore i am discounting all his tales as a mere “view from some guy who cant even string a sentence together”.

  7. Gemuk, banyak dapat duit?

  8. I hope the blog owner still believed Anwar was dismissed because he tried to topple Dr. M and the same time Anwar was a sodomite too.

    By the way, what had become of that RM2 million in Rosmah’s personal bank account? Donation from Saudi Prince for UMNO too?

    I hope the ‘donation’ had no bearing whatsoever on Najib’s decision to join that dubious ‘Coalition of Islamic Countries Against Terrorism’ coined by Saudi Arabia. Hence our participation in Northern Thunder military exercise.

    Maybe its hard for Najib to say no to the Saudis. If not, the Sauds might not go along with that donation claim.

    Whatever the reason Najib decided (on-behalf of the Rakyat) to join that stupid and senseless Arabic killings, I really hope the life of our boys would not be sacrificed, just to save the Saud’s Kingdom from Yemenis warriors.

    Saudi Arabia, as a matter of fact, is initiating an all-out sectarian war between Sunnis & Shias, literally around the world. When the Muslims are killing each other, the ones who would benefits most are the ‘kafir’ arms and weapon manufacturing countries. Both feuding sects would be scrambling to purchase weapons in a haste to kill each other. While kafir countries with the arsenal, have huge advantage to test the accuracy of their weaponry, fine-tuning and upgrade them in real war-zone usage. At the same time, depleting their old and redundant stock of armaments.

    Yet the Arabs are wasting resources, killing each-other ignoring the fact that the Zionist is their common enemy. How stupid can the Arabs be?
    And…..now Najib want us to be stupid like the Arabs?

    • Spot on, RD. I have reservations about Msia committing its troops in a joint exercise beyond Southeast Asia region. In the past, any troops deployed beyond our region were under the ambit of the United Nations. The behaviour of the govt to do a bit of adventurism is troubling.

  9. Tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh takkan rakyat nak kata? This aptly applies to the !MDB and SRC imbroglio. If nothing is true, can the revelations be sustained? Think la…..

  10. Yeah , ‘tak tumbuh tak melata ,tak sungoh orang tak kata ‘ ,tepat sekali ,ramai yang berkata ,banyak yang nyata ,tapi apakan daya yang mempersoal tiada kuasa .

  11. Jangan ingat Najib sahaja yang menyelamatkan nyawa politik TDM. TDM telah membayar balik hutang budinya kepada Najib! Siapa yang membantu Najib jadi PM (tentunya dengan izin Allah swt) kalau bukan TDM.

    Ingat kembali kisah selepas Pak Lah meletakkan jawatan pada 2008. Mengapa begitu lambat, sampai lebih dua bulan, Pak Lah mengambil masa untuk mengumumkan TPM? Siapa yang ‘main kotor’ membantu Najib jadi TPM?

    Kalau Pak Lah tercapai hajahnya untuk meletakkan pilihannya sebagai TPM, hari ini mungkin Najib telah bersara dari politik. Sebegitu muda dia menjadi MB Pahang, begitu muda juga dia bersara dari politik!

  12. Sedikit pembetulan’…….sekepas Pak Lah meletakkan jawatan…….2008 sepatutnya ‘……….selepas Pak Lah menjawat jawatan PM……2002…’

  13. Ini satu case yg amat simple. Iaitu “Kulit Lupakan Kacang”.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: