Tam-mat

Majlis Tertinggi UMNO petting ini memecat Timbalan Presiden UMNO (yang sedang digantung dari tugas oleh MT UMNO) Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato’ Seri Mukhriz Mahathir akibat bekerjasama dengan Pembangkang dalam gerakan menumbangkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak.

Laporan Utusan Malaysia:

UMNO pecat Muhyiddin dan Mukhriz

24 Jun 2016 6:19 PM

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang sesuatu dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 24 Jun – Majlis Tertinggi UMNO hari ini membuat keputusan memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.
Sementara itu, keahlian Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal digantung sehingga Jawatankuasa Disiplin UMNO menyiapkan laporan.- UTUSAN ONLINE
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-pecat-muhyiddin-dan-mukhriz-1.346568#sthash.7lhHZma0.dpuf

************

Sementara itu, Naib Presiden Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal divantung keahliannya.

Mereka telah terlibat dalam gerakan Anti Najib Campaign (ANC) dalam beberapa siri sidang mereka yang mereka sertai, menggesa Perdana Menteri Najib untuk berundur.

Pelancaran “Deklarasi Mahathir-Kit Siang”

Pada 4 Mac 2016, Muhyiddin dan Mukhriz telah turut serta Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad bersekongkol tengan Pembangkang seperti Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Teresa Kok, Zaid Ibrahim dan anasiro-anassir anarkis seperti Maria Chin, Ambiga dan Hishamuddin Rais untuk melancarkan ‘Deklarasi Rakyat’.

Mereka bertindak menyerlar kepimpinan dan parti UMNO/BN dengan nada umpama Pembangkang, dengan bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib dan secara tidak langsung, Kerajaan BN yang sah dipilih melalui proses demokrasi yang menurut peruntukan Perlembagaan.

Ianya bertujuan sebagai drama politik untuk mengumpul tanda tangan rakyat sebagai petisyen untuk mendesak agar Perdana Menteri Najib berundur. Walaupun hakikatnya, petisyen ini tiada nilai apa-apa untuk mencapai objektif melalui peruntukan Perlembagaan.

Apa yang menarik ialah pengaruh Muhyiddin dan Mukhriz kepada kempininan menengah dan akar umbi UMNO.

Hakikatnya, semasa Muhyiddin dipecat Julai lepas daripada Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri, kurang dari 10 dari 191 Ketua Bahagian UMNO  seluruh Malaysia tampil untuk menunjukkan sokongan maupun simpati, walaupun beliau masih lagi Timbalan Presiden UMNO.

Mukhriz juga mengalami keadaan yang sama. Awal tahun ini, semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Kedah telah mengumumkan kehilangan keyakinan dan mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Setelah dua minggu drama tarik-tali dalam politik, Mukhriz akur bahawa Exco beliau sendiri tidak bersamanya.

Akhirnya Mukhriz menyerah kalah dan berundur. Beliau sedar, gerakan menentang beliau ini mendapat sokongan majoriti dalam DUN Kedah dan Majlis Penasihat diRaja akur kepada arus perubahan ini.

Kehilangan kedudukan mereka dalam platform UMNO ini bermakna kemampuan mereka untuk terus mengerakkan kempen ANC akan makin terbatas dan secara perlahan-lahan, mereka akan jadi politikus yang tidak relevan lagi.

Lewat ini, mereka gagal menarik sokongan yang menyakinkan dari akar umbi walaupun brrusaha keras membuat ‘road show’. Kumpulan serpihan GKCM tiada kemampuan untuk meraih sokongan akar umbi kepada mereka berdua.

Pendekata, macam film Melayu purbawara zaman 1950an tertera: Tam-mat. 

 

Published in: on June 24, 2016 at 18:30  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2016/06/24/tam-mat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. Yang gemuk akan bertambah gemuklah ,yang kurus ,nak buat macam mana ?.
    Dah nasib , redha je lah .


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: