Kera Sumbang

Pengecualian bagi majlis terpenting dalam sejarah negara terutama apabila undangan yang sudah dikeluarkan ditarik-balik, adalah indikasi bahawa perbuatan, tutur-kata dan tindakan seseorang Negarawan itu tidak lagi melambangkan seorang pemimpin yang layak dan wajar dibariskan dalam apa-apa upacara rasmi negara.

Laporan Malaysiakini:

Jemputan Dr M ke majlis Agong dibatal, kerusi tak disedia

 

Undangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda pada 13 Disember ini dibatalkan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dikatakan memaklumkan perkara itu kepada Mahathir melalui surat bertarikh 5 Disember (kelmarin).

Ia juga dikatakan bagi “mengelak kesipuan (embarrassment)” kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan dalam istiadat itu.

Ia dialamatkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan Mahathir di Putrajaya.

Seorang pegawai Mahathir ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima surat itu.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan mereka.

Kandungan surat itu dikatakan mendoakan Mahathir berada dalam keadaan baik dan sihat serta turut memohon maaf kepada beliau.

********

Ini kali pertama undangan kepada seorang Mantan Perdana Menteri bagi istiadat yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ditarik semula.

Bagi seorang Negarawan yang pernah berkhidmat dan berjasa kepada Negara dan dianugerahkan bintang kebesaran tertinggi, untuk dikecualikan menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang dilayan sebagai persona non grata.

Ada beberapa kemungkinan ini berlaku. Pertama, walaupun Tun Dr. Mahathir merupakan seorang mantan Perdana Menteri, baru-baru beliau melibatkan diri dengan demonstrasi haram BERSIH 5 dan berucap.

Beliau juga pernah meminta kuasa asing untuk campur tangan, dalam kegilaan beliau untuk menumbangkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak.

Dr. Mahathir pernah juga berkata “Agong dibawah tahanan rumah (house arrest)” apabila pada masa itu permohonan beliau untuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XIV belum diperkenankan,

Ini semua belum diambil kira ucapan-ucapan dan penulisan yang beliau buat, yang dianggap menghasut agar rakyat membenci, seterusnya bangkit untuk bergerak dan menumbangkan Perdana Menteri Najib.

Istiadat ini merupakan salah satu yang akan menjadi lipatan sejarah dimana ianya akan dihadiri oleh kesemua DYMM Raja-Raja Melayu, TYT Negeri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri Kabinet, Hakim Mahkamah Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Panglima Panglima Servis ATM

Published in: on December 7, 2016 at 17:30  Comments (12)