Kera Sumbang

Pengecualian bagi majlis terpenting dalam sejarah negara terutama apabila undangan yang sudah dikeluarkan ditarik-balik, adalah indikasi bahawa perbuatan, tutur-kata dan tindakan seseorang Negarawan itu tidak lagi melambangkan seorang pemimpin yang layak dan wajar dibariskan dalam apa-apa upacara rasmi negara.

Laporan Malaysiakini:

Jemputan Dr M ke majlis Agong dibatal, kerusi tak disedia

 

Undangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda pada 13 Disember ini dibatalkan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dikatakan memaklumkan perkara itu kepada Mahathir melalui surat bertarikh 5 Disember (kelmarin).

Ia juga dikatakan bagi “mengelak kesipuan (embarrassment)” kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan dalam istiadat itu.

Ia dialamatkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan Mahathir di Putrajaya.

Seorang pegawai Mahathir ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima surat itu.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan mereka.

Kandungan surat itu dikatakan mendoakan Mahathir berada dalam keadaan baik dan sihat serta turut memohon maaf kepada beliau.

********

Ini kali pertama undangan kepada seorang Mantan Perdana Menteri bagi istiadat yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ditarik semula.

Bagi seorang Negarawan yang pernah berkhidmat dan berjasa kepada Negara dan dianugerahkan bintang kebesaran tertinggi, untuk dikecualikan menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang dilayan sebagai persona non grata.

Ada beberapa kemungkinan ini berlaku. Pertama, walaupun Tun Dr. Mahathir merupakan seorang mantan Perdana Menteri, baru-baru beliau melibatkan diri dengan demonstrasi haram BERSIH 5 dan berucap.

Beliau juga pernah meminta kuasa asing untuk campur tangan, dalam kegilaan beliau untuk menumbangkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak.

Dr. Mahathir pernah juga berkata “Agong dibawah tahanan rumah (house arrest)” apabila pada masa itu permohonan beliau untuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XIV belum diperkenankan,

Ini semua belum diambil kira ucapan-ucapan dan penulisan yang beliau buat, yang dianggap menghasut agar rakyat membenci, seterusnya bangkit untuk bergerak dan menumbangkan Perdana Menteri Najib.

Istiadat ini merupakan salah satu yang akan menjadi lipatan sejarah dimana ianya akan dihadiri oleh kesemua DYMM Raja-Raja Melayu, TYT Negeri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri Kabinet, Hakim Mahkamah Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Panglima Panglima Servis ATM

Advertisements
Published in: on December 7, 2016 at 17:30  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2016/12/07/kera-sumbang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 CommentsLeave a comment

  1. Do you think Mahathir cares?

    • Setuju dengan pendapat anda! TDM ada peduli ke? Baca balik sejarahnya sejak menceburkan diri dalam politik dengan tumpuan khas selama 22 tahun sebagai PM
      Untuk pengetahuan ‘Anjing besar’, ini bukan kali pertama TDM jadi kera sumbang. Imbas kembali peristiwa peristiwa selepas ‘Perang Besar UMNO’ 1987. Semua Big guns UMNO meninggalkannya dan bersatu dengan Tengku Razaliegh dan Musa Hitam. Ada TDM kecundang dan terus tersugkur?
      TDM tidak lagi memerlukan undi sesiapa untuk terus berkuasa. Pemimpin idola anda amat amat perlukan sokongan untuk terus menjadi PM. PRU 13 adalah mimpi buruk BN pimpinan Si Dia.
      Saya nasihatkan penyokong penyokong Kepimpinan sekarang termasuk blogger penyokong ketat nya supaya jangan dicaci sangat The Handsome Old Man itu. Beliau masih ramai pensimpati. Kalau separuh saja pensimpatinya PENCEN darpada mengundi BN, harapan idola anda untuk terus jadi PM akan hancur berderai bak kaca tehempas di batu!!!

  2. Another nothing-to-hide kinda embarasment?

  3. My opinion is that… the New YDP Agong have the right or at least the
    courtesy to give his opinion on who should or should not attend His Highness coronation. If not, the Rakyat might think that The Agong is at the mercy and disposal of the Government, hence eroding Rakyat’s trust towards the Institution.
    After-all, the YDP Agong are suppose to be apolitical.

    I’m definitely sure The Yang The Pertuan Agong needs the support, respect and loyalty from everybody, including PPBM’s politicians and supporters.

    Its not about who is the ‘kera-sumbang’. A ‘kera-sumbang’ is someone attending a function but was ignored and sidelined by the host and other attendees. And Najib might be a ‘kera-sumbang’ too… say for example… in an anti-corruption forum.

    • What about in a forum sponsored by HSBC, Goldman&Sach and Clinton Foundation with some from Mark Thacther and Jho Low, RD?

      I love Sherlock Holmes stories and Scooby Doo even now. And grand kids love them too and National Georaphic Channel.

      Thank you, for a moment I thought I was a kera sumbang here, BigDog and what more when Jho Low said Najib made me do it but cant prove it and bothQubaisi and Riza denied him as Peter denied Jesus as.

  4. It is not Mahathir and Kit Siang I am too concern about, BigDog. Kit Siang is a goner and may not last to see PRU14, imho; and Mahathir will cut his nose just to spite Najib.

    The thing about Icarus is he flies to near sun, wasn’t it?

    This marhean of a rakyat is concern Najib will be reckless due to his easy victories in many battles against old men.

    Do you think a king can be a firebrand of a ruler, BigDog? And is our new Tuanku from Kota Bharu more like Umar Al-Khattab ra?

    What do you think, BigDog?

    And would the coming decade be a time of unrest in ASEAN and calamities in China and economic hardship in India?

    What is after Mahathir?

    I dream of the humble Malay Peacekeepers and a megabank like AIIB but totally riba free in Madinah with a modern and just Shariah Jurispudence in the OIC member states.

    Mahathir can be my mule to Madinah when Najib deem it good to do a Solomon.

    What say you, BigDog?
    To die a matyr is Mahathir’ dream and do is mine.

    Salam takzim.

  5. Sori 4 d atroshus granma said an ummi of dream merchant.

  6. Bagaimana pula dengan sikap sudah mempelawa orang datang ke sesuatu majlis dan kemudian ditarikh balik?
    Adakah ini sikap terpuji melambangkan budaya Melayu?

  7. Kenapa didelete pandangan saya? Tidak boleh menerima pandangan yang berbeza ke😉😉😉Tak kecil hati pun! Ini rumah anda. Anda berhak menetukan siapa yang boleh dan tidak boleh masuk! Like master like the followers!

  8. YES….I do believe, Tun Det couldn’t care less.
    Tak berkudis pada dia – dia sentiasa dapat undangan
    dari luar negara untuk berceramah and such.
    Pemimpin luar datang pun nak jumpa Tun, bukan Najib.
    WHO IS NAJIB, they ask.
    Oooo…THE KLEPTOKRAT!!!!

    Yang patut malu memang pihak yang dah menjemput
    tetiba menarik balik jemputan atas alasan TIADA KERUSI!!!
    Apakah EKONOMI Malaysia sudah begitu tenat sampai
    Istana Agong pun sudah takda bajet untuk membeli
    sebuah kerusi………..??????

    • Setuju sangat, merata2 orang seantero dunia bertanya2 hal Mahathir bila sebut nama Malaysia.. mereka lebih menghargai dan menyanjungi jasa beliau

  9. Sama-sama kita tengok siapa yang jadi kera sumbang dan siapa yang kesipuan!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: