Hanuman Gila!

Kegilaan Tun Dr Mahathir Mohamad makin menjadi-jadi apabila menyalahkan istana menurut selera politik apabila sebagaimana biasa beliau gagal menerima hakikat bahawa beliau sendiri punca apa yang berlaku lewat ini.

Blog CheDet

PEMBATALAN

8 Dec 2016 | Uncategorized

Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:

“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.
Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”

Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.

Sekian.

Terima Kasih.

****************

Tun Dr Mahathir sebagai Mantan Perdana Menteri berniat jahat dengan menukilkan dua para terakhir.

Semestinya beliau sedar dan amat faham hanya Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan sekelian baginda Raja-Raja Melayu sahaja yang menitahkan sebarang arahan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Oleh demikian, pihak pentadbiran dan Eksekutif tak mungkin ada hak pun, jauh sekali berkuasa untuk mengeluarkan arahan kepada Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja untuk menarik balik dan membatalkan undangan kepada Dr Mahathir untuk istiadat menanda tangani dan melafaz peralihan kepada SPB YDP Agong XV.

Hakikatnya, sebagai Negarawan Dr Mahathir dewasa ini melibatkan diri dengan mengeluarkan kenyataan, ceramah dan ucapan, terlibat dalam aktiviti politik yang tidak melambangkan kedudukan dan penghormatan beliau terima, terutama dari negara.

Beliau sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dan menjadi warga model agar menjadi ikutan golongan muda. Sebaliknya beliau telah beberapa kali berbohong, melemparkan tohmahan dan fijnah, demi kegilaan ego agenda politik peribadi.

Menyalahkan pentadbiran dan Eksekutif sebagai dalang dalam undangan ini dibatalkan merupakan reaksi yang tidak bertanggung jawab. Ianya selari dengan segala apa yang tidak memenuhi selera beliau apabila mereka yang diharapkan, beralih pendapat dan kedudukan mereka keatas kegilaan apa yang dihajati oleh Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga tidak sedikit pun menyebut berkenaan beberapa pemimpin lain yang undangan mereka untuk istiadat yang sama juga dibatalkan. Ianya seolah-olah memangsakan Tun berdua sahaja.

Published in: on December 8, 2016 at 19:00  Comments (3)