Haram tuduh tanpa bukti

Dalam kegilaan Dr Mahathir untuk menghasut rakyat agar bangkit untuk menentang dan menjatuhkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak, beliau tergamak menakrifkan sumbangan CSR 1MDB melklui Yayasan 1MDB bagi 1,000 imam kampung pergi menunaikan Haji adalah “Mencuri” dan “Haji tidak mabrur”.

Utusan Malaysia:

Haji 1MDB tidak mabrur – Dr. Mahathir

31 Disember 2016 12:22 AM

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan orang yang melaksanakan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji yang mabrur.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu membuat dakwaan berkenaan sewaktu berceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Katanya, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada duit penajaan program tersebut kononnya haram kerana dicuri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Najib boleh menghantar 1,000 orang ke tanah suci kerana dia menggunakan duit curi, jadi penghantaran mereka ini ke Mekah adalah tidak mabrur.

“Apa yang jadi saya ingat mereka tidak mendapat haji mabrur, tetapi Najib sanggup melakukan apa sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memburukkan Perdana Menteri kononnya tergamak menggunakan duit curi semata-mata mahu ‘membeli’ hati rakyat.

“Inilah sikap Najib yang sanggup melakukan apa sahaja dan sehingga hari ini, kerajaan kita kekurangan duit. Malah, rakyat terpaksa mengeluarkan wang sendiri contohnya ke hospital, kita terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli ubat,” katanya.

Tuduhan sedemikian tidak mengejutkan kerana Dr. Mahathir juga pernah mengatakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi manfaat kepada jutaan rakyat yang memerlukan sebagai salah satu bentuk rasuah dan haram diterima.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/haji-1mdb-tidak-mabrur-8211-dr-mahathir-1.426208#sthash.s2T5H16O.dpuf

****************

Semestinya, ia menimbulkan reaksi yang amat bertentangan sehinggakan beberapa orang Mufti telah menyatakan pandangan mereka bahawa kenyataan Dr Mahathir adalah songsang dan tidak bersesuaian.

The Malay Mail Online:

Tun M bukan Tuhan, mufti Perak ulas program haji 1MDB

Monday January 2, 2017
7:47 PM GMT+8
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhak menentukan sama ada ibadah haji seseorang diterima Allah (mabrur) atau tidak, kata mufti Perak.

Tan Sri Harussani Zakaria membidas bekas perdana menteri itu yang menyatakan jemaah haji ditaja Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.

“Manusia tidak berhak menentukan haji seseorang itu mabrur dan diterima Tuhan atau tidak,” katanya seperti dilapor portal Berita Harian.

“Itu bukan hak manusia tapi hak Allah. Allah yang tentukan haji itu sah atau tidak sah, apatah lagi rakyat tidak berdosa yang menerima tajaan (bantuan) daripada seorang Perdana Menteri, apakah ia (bantuan) tidak baik.

“Macam mana kita nak kata haji diterima atau tak, siapa yang rekod (kerana) yang tentukan Allah, itu hak Tuhan. Oleh itu, janganlah kita melampau sampai hak Tuhan pun nak diambil.”

Bimbang tuduhan sedemikian memudaratkan umat Islam, beliau menggesa Dr Mahathir menghentikan dakwaannya kerana tidak ada bukti program khas itu diperoleh dari sumber haram.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) haram kerana ia merupakan rasuah daripada kerajaan.

– See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tun-m-bukan-tuhan-mufti-perak-ulas-program-haji-1mdb#sthash.cuSmsV0H.dpuf

****************

Hari ini Dr Mahathir mengeluarkan posting blog mengenai ketaksuban beliau mengenai 1MDB yang diagihkan sebagai CSR adalah hasil dari “Kecurian”. Namun hakikatnya, beliau tidak pernah membuktikan kewangan Yayasan 1MDB merupakan hasil yang datang dari ‘Perbuatan curi’.

Malah, Dr Mahathir sendiri tidak pernah mempersembahkan secara sistematiza dan bersubstantif bahawa kegawatan kecairan yang dialami oleh 1MDB berpunca dari perbuatan kriminal.

Setakat ini, beliau hanya menggunakan material-material sebagai dipaparkan media asing (yang tidak ada pernah dibuktikan atau bahan yang dipaparkan itu disahkan).

Material-material ini memang mencalarkan persepsi  namun tiada mahkamah kriminal dalam duni setakat ini, menggunakan mana-mana bahan ini sebagai sandaran untuk sebarang pendakwaan dijalankan dan mereka yang kunun-kunun bersalah, didakwa menurut undang-undang negara mana pun.

Sebagai contoh, pengumuman gempar yang dibuat Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch pada 20 Julai 2016, yang disertai wakil-wakil Department of Justice dan Internal Revenue Service. Setelah 6 bulan berlalu, adakah apa-apa perkembangan keatas kes itu?

Namun, kegemparan yang berlaku seolah-olah ianya bagaikan semboyan kiamat bagi orang-orang tertentu telah dibunyikan dan dunia akan terbelah bagi mereka yang dituduh sebagai “Pesalah” ini.

*Dikemaskini 10 Jan 2017 1600hrs

Kenyataan rasmi 1MDB mengenai harta yang didakwa tanpa bukti sebagai ‘dicuri’ yang salurkan untuk program CSR:

Media statement by 1Malaysia Development Berhad 
Issued on 10 January 2017 
For immediate publication
 
 
Stop the lies on 1MDB, Tun M
In a recent series of blog postings and public statements, Tun Dr. Mahathir Mohamed has once again lied about 1MDB, this time in relation to Yayasan 1MDB sponsorship for the Program Khas Haji (Special Haj Programme).  Tun M wrongly claims that the Yayasan 1MDB Haj sponsorship was funded through “stolen” money. 1MDB strongly denies this baseless and unsubstantiated allegation. On the contrary, 1MDB has legitimate business operations, formerly in energy production and more recently, in real estate development. Funds generated from these business operations are contributed to Yayasan 1MDB, which then uses such funds to sponsor the Program Khas Haji.
 
Since its inception in 2010, Yayasan 1MDB has provided sponsorship for approx. RM 690 million of worthy causes across Malaysia and for all Malaysians, delivering 60 projects in education, healthcare, youth development and community services. Such projects have had an impact on the lives of 2.8 million Malaysians.
 
Examples of such activities can be found on the 1MDB website, ranging from Dana PIBG Grants and Academic Grants to SPM / STPM students to Academic Grants for Sri Murugan Centre and Unified Examination Certificate Holders, as well as Dana Belia 1Malaysia and 1Malaysia Mobile Clinics.
 
Apart from Program Khas Haji, Yayasan 1MDB also supports other programs such as the Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam (Public Service Department), which is currently sponsoring over 600 Malaysian scholars across all races. 

###

Advertisements
Published in: on January 9, 2017 at 23:52  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/01/09/haram-tuduh-tanpa-bukti/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. Saya setuju dengan Saudara BD.
    Mengatakan bahawa duit yang Najib atau 1MDB-Jho Low gunakan taja Pak-Pak Imam pergi Haji adalah dari sumber ‘curi’… amat kejam dan sudah tentu menguris-hati orang-orang yang ditaja itu.

    Namun… sejak dari mula lagi… apabila saya terdengar mengenai skim ‘tajaan Haji oleh 1MDB’… 2 @ 3 tahun lalu… saya sudah terasa ‘tak sedap-hati’ dan… ada yang tak kena.

    Pertamanya… 1MDB adalah milik semua Rakyat 1Malaysia, tanpa mengira Agama, Bangsa & kiblat politik. Jika ditaja Pak-Pak Imam untuk ritual Agama Islam saja, sudah tentu Pak-Pak Sami/Paderi akan terasa-hati ataupun, tidak puas hati. Mereka juga ada hak untuk ditaja… misalnya ke Vatican, Sungai Ganges, Tibet atau melawat Patong Buddha di Pergunungan Bamiyan.
    Lainlah… kalau Ibadat Haji itu ditaja oleh TH, Lembaga Zakat atau Yapiem.

    Keduanya… 1MDB, selain keuntungan beli tanah Kerajaan dengan harga-sangat murah, kemudian jual dengan harga berlipat-kali mahal… tidak nampak satu sen pun keuntungan lain… malah rugi dalam semua transaksi perniagaan. Kesemua modalnya diperolehi dari pinjaman/hutang dengan mencagar tanah Kerajaan/Rakyat. Bunga atau interest tahunan keatas hutang saja, lebih-kurang, RM2 Billion.
    Yang jelas, 1MDB menggunakan WANG-hutang untuk menaja mereka yang terpilih, pergi Haji.
    Lainlah… kalau WANG yang digunakan, taja Haji itu, keluar dari pocket Najib atau tabung Party UMNO-Najib sendiri.

    Ketiganya… Amalan menaja Haji guna WANG Rakyat 1Malaysia… akan mendedahkan Agama Islam kepada tomahan, cacian dan lekehan dari Rakyat bukan-Islam.

    Ulama-Politik seperti Harussani, mungkin kerana terhutang-budi kepada Kerajaan, tidak nampak ancaman ini, iaitu… Ulul-Amri bertindak secara tidak-adil kepada semua Agama dan mendedahkan Agama Islam kepada bermacam-macam ancaman, termasuk buruk-emej & integrity.

    Dengan segala macam kepincangan, termasuk kehilangan berpuloh Billion… tak tahu dimana dibelanjakan… dan pada masa yang sama, RM2.6 Billion + 42 Juta, didapati masuk account peribadi Najib. RM2 Juta pula, masuk akaun Rosmah.
    Ketika terpalit dengan berbagai tuduhan negatif… DoJ pula mengunakan akta K.A.R.I. (Kleptocracy Asset Recovery Initiative). Kleptocracy bermaksud… Rule by thieves. Dan harta-harta yang mahu disita oleh DoJ Amerika, dimiliki oleh Jho Low & anak-tiri Najib.
    Najib pula… mula ‘mendekatkan-diri’ dengan ‘orang-Agama’, berselawat dalam majlis Perdana Cinta-Rasul, ditayang secara langsung di TV.
    Najib juga mula berbaik-baik dengan Haji Hadi yang satu masa dahulu pernah mengkafir UMNO, termasuk penyokongnya.
    UMNO-Najib juga terang-terangan menyokong RUU355 PAS.

    Semua ini akan menyebabkan Agama Islam dipandang serong, kemudian diperlekeh & ditertawakan oleh bukan Islam.

    • Terima kasih.

      Janganlah bagi pandangan hanya berdasarkan kefahaman amat terhad dan maklumat yang diandaikan, Ini serupa Dr Mahathir.

      Pergi buat penyelidikan dahulu. Sebagai contoh, pernah tengok Annual Report 1MDB 2011, 2012, 2013, 2014?

      Hakikatnya, 1MDB pernah beberapa tahun mengalami keuntunga sembelum cukai (EBITDA). Ianya direkodkan sebagai “Profits from operations”.

      Hasil ini yang disalurkan kepada Yayasan 1MDB. Antara projek CSR Yayasan 1MDB islas membina dan membaik pulih gereja di Sarawak.

      Setakat ini, tiada satu sen pun harta tau akaun yang dikompang-canang sebagai kunun-kunun “Disiasat mengenai 1MDB” oleh AG Lynch pada 20 Julai 2016 merupakam milik 1MDB.

      Kami sedar RD adalah pembaca blog ini setelah sekian lama. Namun kita tidak lagi mahu melayan komen-komen tiada asas dan tidak upaya disubstantifkan.

      Ini amaran akhir!

      • Salam BD.
        Memang benar… saya adalah peminat blog ini, sejak dari zaman Pak Lah & Tingkat-4 lagi. Saya amat gembira, usaha blog ini dan lain-lain blogger telah ‘berjaya’… DS Najib mengambil-alih jawatan PM.
        Saya bela Najib… secara sukarela, dimana saja, walaupun sukar dan memperbodohkan-diri. Namun… apabila tiba pada Deepak Carpet… saya mula curiga. Jho Low… tak payah cakap la… Muhyiddin pun kena pecat.
        Akhirnya… saya juga diberi ‘amaran akhir’… siap dengan tanda-seru atau exclamation mark (!)… hanya kerana… 1MDB-Jho Low. Hebat penangan anak muda dari Pulau Pinang ini. Boleh dijadikan idola anak-anak muda oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

        Kata BD:
        “Setakat ini, tiada satu sen pun harta tau akaun yang dikompang-canang sebagai kunun-kunun “Disiasat mengenai 1MDB” oleh AG Lynch pada 20 Julai 2016 merupakan milik 1MDB.”

        Kalau ‘harta tau akaun’ yang mahu disita DoJ itu adalah milik 1MDB… sudah tentu saya akan merasa bangga kerana saya sebagai Rakyat Malaysia… juga punyai ‘saham’ dalam harta milik-Kerajaan di Negara kapir itu.
        Itu pun… jika Amerika benarkan Syarikat Milik Kerajaan Negara-asing, memiliki ‘harta’ di Negara mereka.

  2. Hahahahahaha. Komen balas bigdog ni lawak.

  3. Nice to see you up and about, BigDog.

    Waiting for DOJ to begin 1MDB KARI show will take some time. Now it is Felda demonizing season, bro.

    Is there any way to abort buying the 37% of EHP or should there be a better offer to Peter Sondakh? What would DAP say or should they ask Man Hin?

    EHP is too much for Sondakh to cure, don’t you think so, BigDog?

    Nice research on 1MDB and soon an Islam Funds!

    Najib ini fasih undang-undang dan juga dia faham agama tetapi tidaklah sepandai Mahathir; dan lagi pun lebih rendah diri selepas jatuh di dalam balik mandi dan sedar maut boleh datang bila-bila masa.

    I was convinced then he was a capitalistic hard core disciple like Mahathir. I was wrong.

  4. sebok pasal haji mabrur or malboro. sudah kayaraya kesana kemari seluruh donia apasai tun M masih blm buat hajinya?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: