Cermin

Presiden ke Empat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar mencermin diri sebelum mengeluarkan pandangan mengenai ‘Mengkhianati Bangsa’.

Hakikatnya, beliau merupakan pengkhianat teragung Bangsa Melayu dan pengkhianatan ini bertimpa-timpa.

Sepanjang dua tahun ini, beliau tergamak memanipulasi fakta dan cerita, berohong, memfitnah dan mengeluarkan kenyataan menghasut hanya kerana kekecewaan peribadi apabila agenda tergendala dan gagal.

Ini senata-mata Persana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak enggan menuriyi sepenuhnya permintaan beliau.

Dr. Mahathir secara angkuhnya bertindak unilateral sebagai ‘Penguasa’ untuk menentukan apa dasar, perancangan, keputusan, tindakan dan kerjasama yang patut, baik dan wajar dibuat oleh Kerajaan.

Oleh demikian, sekiranya Kerajaan melakukan apa-apa yang tidak secocok dan sehaluan dengan pendapat dan selera beliau dan kritikan terbuka beliau tidak diakur serta merta, maka Dr Mahathir akan memutuskan bahawa Kerajaan salah.

Maka keputusan dan tindakan Kerajaan akan membawa kesan buruk pada rakyat.

Beliau sebagai politikus machiavellian yang licik akan menggunakan pelbagai sudut dan helah politik, agar agenda beliau disaduri sebagai ‘teguran’, ‘menyelamatkan parti’, ‘menjaga kepentingan akar umbi dan rakyat’ dan sebagainya.

Contohnya, diperingkat awal Dr Mahathir rancak berkempen seluruh negara mengkritik 1MDB tanpa bukti kukuh dan fakta sebenar atas helah ‘Bicara Negarawan’, ianya dibuat “Untuk menyelamatkan UMNO”.

Dr Mahathir juga memfitnah Perdana Menteri Najib akan ditangkap dan dakwa apabila melgar negara, akibat skandal 1MDB.

Apabila gerakan bawah tanah beliau untuk Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2015 untuk secara terbuka mengkritik Presiden UMNO dan Kepimpinan dan ianya akan berguling semakin besar akibat tekanan massa (terutama warga UMNO) gagal, maka beliau cuba menggunakan Parlimen pula.

Objektif pada Disember 2015 ialah untuk sebilangan besar MP BN bersama Pembangkang untuk mengundi “Hilang Kepercayaan” keatas Perdana Menteri Najib. Ianya gagal juga.

Apabila SPRM menghantar laboran siasatan berkenaan 1MDB pada 31 Dis 2015, Dr. Mahathir dengan cepat mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan SPRM tidak akan dilayan Peguam Negara, sebagai ‘pembuka tirai’. Setelah meneliti kertas siasatan, Peguam Negara memutuskan “Tiada kes”.

Kemudian SPRM mengakui bahawa siasatan mereka sebenarnya tidak lengkap.

Lantas Dr Mahathir mengambil tindakan keluar parti, dengan harapan menjadi titik permulaan agar ahli UMNO untuk memulakan revolusi mendesak Presiden UMNO berundur. Namun, ianya menerima reaksi sepi oleh UMNO.

Pada 4 Mac 2016, Dr. Mahathir mengumumkan kerjasama bersama musuh tradisi Bangsa Melayu sepanjang setengah abad iaitu Lim Kit Siang dan parti Chauvinis Cina DAP. ‘Dekalarasi Rakyat’, yang turut didukung Pembangkang dan actives NGO anti-UMNO juga dilancarkan.

Dalam keghairahan mendapatkan sokongan rakyat, beliau telah berbohong mengenai petisyen ‘Deklarasi Rakyat’ akan dipersembahkan kepada SPB YDP Agong dan Raja-Raja Melayu untuk menyingkirkan Perdana Menteri Najib.

Beliau juga mengeluarkan kenyataan bahawa “SPB YDP Agong dibawah tahanan rumah” kerana permintaan untuk mengadap Tuanku Sultan Abdul Halim tidak dijawab.

Dr. Mahathir berbohong mengatakan Kerajaan membelanjakan habis duit untuk membeli sokongan. Hakikatnya perbelanjaan 80% duit Kerajaan adalah untuk operasi seperti pendidikan dan kesihatan. Emolumen untuk menampung kakitangan Kerajaan merupakan 38% dari bajet tahunan.

Tulisan blog terbaru mengenai Perana Menteri Najib takut untuk ke PBB merupakan fitnah yang sama, seperti pernah diungkap Dr. Mahathir. Hakikatnya, kes kunun-kunun yang diumumkan Peguam Negara AS Loretta Lynch mewakili DOJ pada Julai 2016 mengenai 1MDB tiada pun tindakan susulan.

Sebagai pemimpin tertinggi UMNO, parti keramat nasionalis Melayu itu terkubur pada 4 Feb 1988. Perpecahan politikus Melayu memuncak dan memberi kesan kepada masyarakat Melayu.

Ini cukup bukti untuk membuktikan Dr Mahathir mengkhianati Bangsa Melayu.

Dr Mahathir melacurkan status Negarawan dengan tindakan fitnah yang berterusan dan bertimpa-timpa. Kedegilan orang yang obessif diluar pertimbangan ini sebenarnya pengkhianatan kepada Bangsa Melayu.

Sultan Johor bertitah murka mengenai Dr. Mahathir juga merupakan pengkhianatkan kepada Bangsa Melayu. Seorang pemimpin wajar beradab dalam berpolitik dan mengelakkan melanggari jajaran seorang Raja Melayu.

Bagi pemimpin Melayu yang beradab dan sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dan mulia, insiden dimana Istana Negara menarik balik jemputan majlis pengisytiharan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XV Disember lepas cukup untuk memberi kesan.

Advertisements
Published in: on February 11, 2017 at 03:45  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/02/11/cermin/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Bila keejasama dengan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, dah sah dia pengkhiamat bangsa!

    Kit Siang anti Melayu dan Islam.

    Anwar sedia lakukan apa saja hingga sedia gadaikan kontrak sosial dan hak kepentingan Ummah/Melayu demi kuasa.

    Setelah U turn kepada semua pendirian dan kata2nya di masa lepas hingga sedia menyembah Anwar untuk kerjasama PRY 14, Mahathir layak dinobat pengkhianat Melayu teragong.

    Ah .. dia bukan Melayu pun.

  2. Mampukah KJ mengatasi serangan Anwar dan rakan-rakan laksana tusukan maut keris berjinn ataukah nantinya KJ tumpas dan terdesak jadi pengkhianat Najib teragung selepas Mus Jeli?

    Dan bila hampir papa mama kedananya senanglah dibeli Pengkhianat Negara Teragung dan Rakan-Rakan, Zakhir?

    Sepak saja kepala mereka KJ kata orang Pulau Bessor nantunya tersungkur mampus muflis di keheningan perosok hina Sungai Buluh.

    Ingatkan KJ, Zakir, patah tumbuhnya susah ada sedia berganti serpa juga dengan Mustapha Jeli.

    Give Mahathir a rope long enough to hang himself along with the bitch of a wife and the keluarganya yang terlaknat.

  3. Cermin cermin pada dinding
    Dapatkah Dego Ride bawa BN menang bertanding


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: