Mat Jenin Angankan Bunga

Parti ciptaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berhasrat meneraju Pakatan Pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Barisan Nasional pada PRU 14 akan datang menerima tamparan hebat apabila 500 ahli dan penyokong Bahagian Baling telah keluar parti.

Utusan Online:

Ahli PPBM Baling mula memberontak?

500 ahli PPBM Baling keluar parti

ALI Ahmad (tiga dari kanan) dan ahli-ahli PPBM menunjukkan surat keluar parti ketika sidang akhbar Pengumuman Keluar Parti PPBM di Dewan Baling Inn, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Norlia Ramli
16 Mac 2017 4:48 PM

BALING 16 Mac -Biarpun baru enam bulan dilancarkan, Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Baling seakan-akan sudah goyah apabila ada dalam kalangan ahli kawasan itu hari ini mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Difahamkan tindakan tersebut berpunca rasa tidak puas hati 13 ahli PPBM berkenaan berhubung pelantikan jawatankuasa baharu PPBM kawasan itu pada Februari lepas.

Salah seorang ahlinya, Ali Ahmad, 57, yang juga merupakan bekas Pengerusi PPBM Baling berkata, mereka terkilan apabila jawatankuasa penggerak PPBM yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu dinafikan hak mereka.
Dakwanya, kira-kira 500 daripada 800 ahli PPBM kawasan tersebut akan mengikut jejak mereka tidak lama lagi.

“Jawatankuasa kami dinafikan hak untuk menerima watikah perlantikan penajaan dari pucuk pimpinan sedangkan segala gerak gempur, sesi dialog dan ceramah serta merekrut keahlian kami jayakan berpandukan misi dan visi parti.

“Kami merasa amat berkecil hati apabila watikah yang sepatutnya menjadi milik kami diserahkan kepada seorang yang tidak pernah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam gerak kerja parti sejak awal penubuhannya di sini,” kata Ali ketika sidang akhbar pengumuman keluar parti PPBM di Dewan Baling Inn, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ahli-ppbm-baling-mula-memberontak-1.457906#ixzz4bYTFEsye
© Utusan Melayu (M) Bhd

*****************

Hakikatnya, Pribumi Bersatu bukanlah alternatif yang baik bagi orang Melayu dan sesungguhnya, parti itu tidak mendapat sokongan akar umbi sebagaimana yang diharapkan.

Dr Mahathir menubuhkan parti tersebut apabila gerakan yang beliau mulakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib terkandas sepanjang jalan semenjak mula mengkritik pemimpin tertinggi pilihan beliau sendiri, secara terbuka dan makin intensif pada awal 2015.

Mantan Presiden UMNO itu pernah menggunakan “Menyelamatkan UMNO” sebagai helah bagi memenangi sokongan pemimpin dan akar umbi dalam gerakan tersebut. Usaha menggunakan UMNO melalui mesyuarat agung tahunan Bahagian dan Perhimpunan Agung 2015 gagal.

Apabila SPRM memajukan kertas siasatan mengenai penyiasatan ‘Derma RM2.6 billion kedalam akaun peribadi’ pada 31 Disember 2015 tidak menghasilkan kedudukan sebagaimana diharapkan, Dr Mahathir telah bertindak untuk kleur dari UMNO.

Namun, ianya menerima reaksi hambar kerana tiada pemimpin UMNO teringkat tertinggi, strategik  atau menengah turut sama beliau untuk keluar dari UMNO dan aenentang Perdana Menteri Najib dar luar.

Kemudian Dr Mahathir mengumumkan secara rasmi kerjasama bersama dengan musuh ketat lama iaitu Pemimpin Agung Chauvinis China Lim Kit Siang dan DAP pada 4 Mac 2016 dan melancarkan ‘Deklarasi Rakyat’, ianya juga tidak mendapat sokongan sebagaimana yang diharapkan.

Beliau cuba mengaburi mata rakyat, termasuk DYMM SPB YDP Agong XIV bahawa ‘Deklarasi Rakyat’ berjaya mengumpul “1.4 juta tandatangan” sehingga Ogos 2016, dan ini dimanipulasikan sebagai “Akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja dalam usaha memecat Najib”.

Hakikatnya, apabila undangan bagi Dr Mahathir untuk menghadiri Istiadat Permahsyuran dan Tandatangan Watikah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XV telah ditarik balik oleh Istana Negara, beliau sudah menjadi persona non grata walaupun bertaraf Negarawan.

Jumlah ahli PPBM Kedah yang berdaftar

Setakat ini, Pribumi Bersatu hanya mampu mendaftarkan 6,000 warga Kedah sebagai ahli walaupun gerak kerja bagi merekrut sokongan dijalankan begtu intensif sekali semenjak enam bulan kebelakangan ini. Bermodalkan Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Mantan MB Kedah Dato’ Sri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Presiden, ianya dikira sebagai sentimen paling strategik untuk meraih sokongan terutama di Kedah.

Namun hasilnya tidak mebanggakan dan keberkesanan parti ini, yang kini cuba untuk menjadi ‘Jaguh dan Kepala’ walaupun belum lagi diterima masuk pakatan pembangkang Pakatan Harapan, amat diragukan.

Sebagai parti yang berbekalkan 6,000 ahli yang bakal menghadapi lebih 1.1 juta pengundi berdaftar di Kedah, keberkesanan Pribumi Bersatu adalah diragukan.

Sekiranya diukur dengan kerjasama bersama Pakatan Harapan, ianya tidak akan menunjukan bahawa Pembangkang akan berjaya menawan Kedah dari BN. Ini kerana parti serpihan PAS, Amanah, sebenarnya serupa Primbumi Bersatu dimana ianya tiada akar umbi dan jentera yang mantap.

PKR yang mungkin ada jentera yang sedikit lebh mantap berbanding Amanah dan Pribumi Bersatu yang digabungkan, masih lagi kurang uapaya kerana selama ini ianya bergantung kepada jentera PAS bagi gerak-kerja politik semasa pilihanraya.

DAP juga dalam keadaan yang sama seperi PKR. Namun, perkembangan negatif dalaman DAP terutama dikalangan pemimpin peringkat menengah dan akar umbi terutama dikalangan veteran dan orang lama DAP dengan kerjasama Lim Kit Siang dengan Dr Mahathir akan menyaksikan lebih banyak pemberontakan dalaman, septett yang berlaku di Melaka sepanjang dua minggu ini.

Hakikatnya, Dr Mahathir hanya menabur harapan meleset memanipulasi sentimen orang Melayu untuk menyokong beliau dalam gerakan menggulingkan Perdana Menteri Najib yang sememangkan akan merugikan Bangsar Melayu. Ini adalah semata-mata merealisasi agenda peribadi obsessif dan semakin kronik.

Published in: on March 17, 2017 at 12:00  Comments (8)