Bersekutu, Bertambah Mutu

Jata Persekutuan Malaysia tertera, “Bersekutu, Bertambah Mutu”

Kerjasama politik antara UMNO dan PAS semakin menjadi nyata, terutama apabila pemimpin tertinggi kedua parti Melayu ini makin memilih mencari persamaan berbanding pertentang, demi kepentingan orang Melayu (menurut Perlembagaan Malaysia), ugama Islam dan ummah.

Ini memberikan gambaran bahawa kedua parti ini semakin matang lebih mengutamakan isu strategik bagi orang Melayu, pengingkatan ugama Islam dan kepentingan negara membatasi agenda politik dan tafsiran sempit.

Ianya bukan menjadi rahsia lagi kerana pemimpin kedua parti Melayu ini secara berterusan mengadakan pertemuan dan berdialog, termasuk mencapai kesepakatan dalam isu yang menjadi kepentingan sejagat orang Melayu dan Islam, sebagai ugama Persekutuan Malaysia.

Sebelum ini, Presiden PAS Dato’ Seri Hj Hadi Awang dalam ucapan penggulungan muktamar parti minggu lepas di Kedah, berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan (yang ditunjangi UMNO) kerana memberi laluan untuk mengusulan pindaan bagi menambah baik undang-undang jenayah Syariah di Dewan Rakyat.

MP dikalangan UMNO mempertahankan pindaan RUU 355 dalam debat apabila ditentangi Pembangkang, termasuk MP PAN dan PPBM.

Hakikatnya, kerjasama antara UMNO dan PAS bukan setakat isu-isu sejagat Melayu dan Ugama Islam.

Dua ciri terpenting tersebut adalah pendefinisian Persekutan Malaysia sebagaimana termaktub dalam tiga Artikel pertama dan Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, akan membawa lebih besar kesan positif strategik.

Mempertingkatkan kepentingan Islam, secara tidak langsung membawa kebaikan kepada 52% daripada warga Malaysia, yang terdiri  dari orang Melayu. Sekiranya diambil kira orang Bukan Melayu yang berugama dan mempraktiskan Islam menurut Sunnah Wal Jamaah, maka jumlahnya akan lebih besar.

Penyatuan jati dan ampuh orang Melayu akan bermakna lebih banyak pembangunan sosio ekonomi, termasuk yang bercirikan Islam seperti sistem pelajaran ugama Islam yang lebih holistik, hub makanan dan perkhidmatan halal dan menurut syariah dan sistem kemudahan patuh syariah yang lebih holistik.

Apabila perbalahan antara orang Melayu terutama isu mengenai Islam dikurangkan dengan drastik, maka lebih tumpuan untuk membangunkan Islam dalam memajukan negara kearah lebih progressif dan hubungan antara etnik dan antarabangsa yang lebih moderat.

Ini secara strategik akan memaparkan kebijaksaan orang Melayu untuk maju dan progressif dalam keadaan melaksana tuntutan ugama tanpa mengambil atau menafikan kaum dan penganut ugama lain.

PAS ditubuhkan pada tahun 1951 daripada serpihan golongan ugamawan parti nasionalis. Ianya menjadi Pembangkang kepada UMNO, terutama kawasan majoriti Melayu semenjak Pilihanraya Persekutuan pertama tahun 1959.

Perdana Menteri II Tun Razak Hussein berjaya membawa PAS bersama dengan UMNO apabila Barisan Nasional ditubuhkan pada tahun 1953 mengganti Parti Perikatan dan kedalam Kerajaan pada tahun 1974. Namun PAS menginggalkan BN pada tahun 1977.

Pertentangan UMNO dan PAS memuncak dalam pemerintahan Perdana Menteri IV Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad selama lebih 22 tahun. Malah, Dr. Mahathir lebih bersifat hostil kepada PAS atas pelbagai alaban dan tidak berusaha untuk mendekatkan jurang antara kedua parti Melayu dan penyokong.

Malah, dalam tempoh pemerintahan Dr. Mahathir, perpecahan antara orang Melayu termasuk pergaduhan makin serious. Ini ternyata apabila berlaku peristiwa berdarah Memali pada November 1985 dan pemimpin PAS antara yang ditangkap bawah ISA dalam ‘Operasi Lalang’ pada Oktober 1987.

Pendekatan lebih lembut Perdana Menteri VI Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak menampakkan hasil dan menerima timbal balas positif.

Kenyataan/ucapan rasmi Perdana Menteri Najib walaupun atas kapasiti Presiden UMNO/Pengerusi BN adalah berpaksikan kerjasama demi perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

Kejayaan strategik adalah kemenanganan bagi Bangsa Melayu dan ini akan menjamin kestabilan Malaysia dalam mengorak langkah merealisikan target untuk negara berpendapat tinggi.

Ini, sebahagian dari beberapa dasar transformasi negara, ekonomi, pentadbiran awam dan warga masa depan.

Maka kebjiksanaan perintis Perserkutuan Malaysia amatlah tepat, “Bersekutu, Bertambah Mutu”.

Advertisements
Published in: on May 8, 2017 at 23:59  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/05/08/bersekutu-bertambah-mutu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: