Langkah kanan atau kiri?

Lapan jam lagi, genaplah tujuh hari Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan akhbar The Star peluang untuk menjawab Surat Tunjuk Sebab mengenai mukadepan akhbar tersebut 27 Mei 2017 yang dianggap menghina masyarakat Islam Malaysia.

Foto memaparkan kuasautama akbar The Star.

(Dari kiri) Dato’ Leanne Goh (Ketua Pengarang yang digantung sementara), N Dorairaj (Pengarang Eksekutif yang digantung sementara), Dato Seri Wong Chun Wai (Pengarah Urusan Kumpulan, kini memangku Ketua Pengarang), June Wong (Pengarang).

Muka depan akbar The Star Sabtu 27 Mei 2017 bersamaan 1 Ramadan 1438H

Apakah akbar The Star sekadar memohon maaf (sekali lagi) atau tindakan lebih keras akan diambil?

Tindakan yang dimaksudkan ialah menggantikan Ketua Pengarang, Pengarang Eksekutif dengan suntikan darah dan muka baru diperingkat teratas pengarang akhbar.

Atau KDN akan menggantung permit menerbitkan akhbar sementara berlaku perubahan struktur anggota kanan akhbar tersebut, amat ditunggu sebilangan rakyat Malaysia dengan penuh rasa berdebar.

Hakikatnya, The Star bukan pertama kali mengguris hati masyarakat Islam Malaysia. Akhbar berbahasa Inggeris hanya terlepas sekadar memohon maaf sahaja.

Ianya amat ketara setelah ‘Tsunami Politik’ 8 Mac 2008 dimana Pembangkang menguasai pentadbiran lima buah negeri.

Parti Chauvinis Cina DAP mengambil alih kuala di Pulau Pinang, negeri dimana akhbar berbahasa Inggeris edaran terbesar mula bertapak.

The Star pernah digantung pada 29 Oktober 1987 selama enam bulan.

Dikatakan pihak pengarang akhbar ini mula mengamalkan peluang memaparkan kepentingan Pembangkang, terutama DAP dengan kadar 40:60 berbanding dengan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN).

Ini mungkin berkaitan kecenderungan pihak pengarang sendiri yang pro-DAP berbanding MCA, tonggak kuasa politik mewakili masyarakat Cina dalam formula pengkongsian kuasa BN semenjak tahun 1955 lagi.

Peralihan dasar yang tidak didokumenkan ini mudah dihujahkan sebagai memberikan ‘berita yang seimbang’ bagi paparan pembaca dikalangan rakyat Malaysia.

Kecenderungan The Star memihak kepada DAP ini bleh dilihat apabila Ketua Biro sebuah negeri ditukarkan ke negeri lain apabila memaparkan cerita yang meletakkan parti Chauvinis Cina itu dalam paparan yang tidak memihak kepada mereka.

Ini juga jelas apabila pendapat liberal yang akan menimbulkan keresahan majoriti masyarakat Melayu-Islam Malaysia yang konservatif, atas dasar ‘Moderat’.

Mereka yang dikatakan pencerna masyarakat ‘Moderat’ Malaysia, walaupun terdapat beberapa yang sering berpendapat bertentangan dengan mengutarakan tafsiran yang membatasi nilai amalan konservatif Melayu-Islam, iaitu majoriti rakyat Malaysia

Pengarang Kumpulan Media The Star Wong Chun Wai tidak wajar menjadi penggerak ‘Kearah Masyarakat Malaysia Moderat’ selepas beberapa kali akbar ini menyinggung sensitiviti masyarakat Melayu-Islam, yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.

Apakah episod kali ini akan berakhir dengan orang Melayu terpaksa beralah, atas asas “Menjaga sensitiviti” dalam kancah politik yang begitu dirundum dengan pelbagai ribut dewasa ini.

Faktor undi masyarakat Cina mula kembali kepada BN sebagaimana yang dilihat dalam PRN Sarawak dan PRK kembar Sungei Besar-Kuala Kangsar dalam tempoh setahun lepas perlu diutamakan, merupakan timbangan penting kemelut sekarang ini.

Bak kata Ibrahim Pendek dalam film ‘Ali Baba Bujang Lapok’, “Mari kita lihat siapa yang kena!”.

Advertisements
Published in: on June 5, 2017 at 00:30  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/06/05/langkah-kanan-atau-kiri/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. […] many times for printing insensitive materials, then apologise when people react adversely.  Even BigDog has come to remind the Home Ministry why it should not show leniency towards The […]

    • Lajak pelehu mesti bulih udur punya , maa aa .


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: