Dedak Tak Serupa Bikin?

Parti Pribumi Bersatu Malaysia pemborong bahan asas sempena Hari Raya Aidil Fitri 1438H?

Parti Pribumi Bersatu Malaysia melancarkan Treasure Hunt sempena Ramadan 1438H?

Ramadan merupakan bulan dimana Iblis dan Syaitan dibelenggu dan sekiranya berlaku amalan yang berbaur kearah kejahatan seperti amalan rasuah (termasuk rasuah politik), ianya kelemahan manusia itu sendiri dan tidak dipengaruhi syaitan.

Amalan bersedekah, terutama bulan mulia seperti Ramadan merupakan amat dimuliakan Allah SWT. Namun sebelum ujud Parti Pribumi Bersatu Malaysia, apakah pemimpin tertinggi dan kanan bersedekah sebegitu banyak sekali sehingga berlori-lori dan dilancarkan sedemikian rupa?

Kami tidak mahu menuduh sumbangan sempena Ramadan dan Syawal 1438H ini merupakan “Dedak” kerana Pengerusi PPBM Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah mengecam begitu ramai pihak terutama pemimpin-pemimpin tertinggi dan kanan UMNO dan strategic Kerajaan kerana menerima “Dedak”.

Namun apa yang nyata, ‘sumbangan’ yang kemungkinan besar akan dijawab sebagai “Lakonan pihak tertentu untuk memburukkan kami” terutama dengan pelepasan lori oleh bendera PPBM ini, tidak berlaku pada 1437H.

Hakikatnya, begitu banyak sumber kewangan perlu diujudkan untuk mengadakan sebegitu jumlah besar bahan makanan asas.

Apakah ada pihak bersumber kewangan begitu tegap, sedia tampil untuk menjayakan “Lakonan ini”?

Apa yang menarik, sekiranya ujud pihak sedemikian kami ingin mengutarakan mengapa sebelum PPBM begitu aktif berkempen merata ceruk dimana terdapat undi orang Melayu, tiada agihan bahan asas keperluan ini kepada mereka yang memerlukan.

Contoh paling terbaik ialah bantuan asas bagi gelandangan dan golongan fakir miskin dimerata Lembah Klang dimana pelbagai pihak termasuk NGO begitu bergiat menyediakan makanan bagi mereka yang memerlukan.

Usaha ini berterusan sepanjang tahun.

Satu pakej lengkap pemberian ikhlas PPBM Ramadan 1438H

Secara kebetulan, ura-ura PRU XIV akan diadakan lewat tahun ini begitu terserlah niat yang tersirat sebalik yang tersurat atau yang dizahirkan secara filtrah.

 

Advertisements
Published in: on June 10, 2017 at 21:30  Comments (2)