Lemau dan Masuk Angin

Dr. Mahathir bergambar dengan jemaah di Masjid Acton selepas Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri, yang dipercayai terdiri dari pelajar Malaysia

Perdana Menteri ke IV Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin tiris modal politik dan terpaksa meraih perhatian semasa musim Hari Raya Aidil Fitri ini kerana tidak lagi relevan dalam arus perdana politik Malaysia.

Dalam posting blog Che Det berkenaan ‘BerHari Raya di London’, jelas beliau semakin terdesak kerana tiada idea baru dan modal drama, tohmahan, fitnah dan dusta selama hampir 30 bulan ini dalam impian dan agenda menjatuhkan Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak hakikatnya gagal.

Para ketiga sendiri menunjukkan Dr. Mahathir seorang hipokrit, kerana beliau sendiri tidak melakukan apa yang diungkap berkenaan khutbah sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri di Acton, Barat Laut London.

“Menyeru kepada kehidupan orang Islam seperti yang dikehendaki agama Islam – iaitu berbaik-baik sesama orang Islam dan juga dengan bukan Islam”.

Sepanjang 30 bulan ini beliau berbohong, memfitnah dan menghasut agar orang Islam membenci Perdana Menteri Najib. Ini termasuk dalam bulan Ramadan baru ini. Beliau terus-terusan menghasut dan berburuk sangka, dengan jelas niat politik jahat.

Ini tidak terkecuali mengecam orang Cina dalam MCA, walaupun parti itu pernah menyelamatkan karier politik Dr. Mahathir sendiri.

Maka itu, beliau berjaya mengekalkan mengekalkan kuasa selepas undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional kukuh semasa orang Melayu membelakangkan UMNO pasca episod pemecatan Anwar Ibrahim.

Presiden UMNO ke V itu memang jelas kelihatan makin terdesak, dengan andaian yang bermaksud menghasut rakyat Malaysia untuk menolak Barisan Nasional.

Dakwaan Dr. Mahathir pelajar Malaysia di United Kingdom terutama sekitar London takut dan mengelakan dii dari berdampingan dengan beliau kerana kesan tindakan mereka adalah meleset. Seperti mana biasa, tiada bukti.

Beliau sendiri menukilkan bahawa pelajar Malaysia tersebut tidak bertanyakan hal ehwal politik Malaysia.

Ianya jelas satu lagi fitnah kerana mana mungkin penaja mereka termasuk wakil Kerajaan di Pejabat Edu Malaysia beribu pejabat di Malaysia Hall akan ada butiran mengenai siapa bertanya apa, terutama pasca Sembahayang Hari Raya Aidil Fitri.

Hakikatnya, amalan biasa pegawai beribu pejabat di Malaysia Hall akan bersembahyang di Queensborough Terrace, Bayswater.

Sekiranya pelajar-pelajar ini membuat kunjungan dimana Dr. Mahathir menginap semasa di London secara rahsia, ianya lagi tidak diketahui. Sesungguhnya, beliau akan tinggal di tempat yang dijamin keselamatannya dan tidak boleh diakses, tanpa kebenaran.

Perkembangan ini termasuk faktor ucapan, kenyataan dan tulisan beliau adalah jelas bahawa Pengerusi BN ketiga semakin terdesak dan politik kepalsuan dan berpaksikan agenda peirbadi, nafsa dan ego ini makin tidak laku dan terpinggir,

Sekiranya tuntutan agama Islam agar umat Muhammad S.A.W. menggunakan kemulian Ramadan dan Syawal ini untuk bertaubat, bermaafan dan mengekalkan silaturahim terutama dikalangan sesama Islam yang bersaudara, diketepikan, malah sebaliknya terus dipetingkatan.

Maka hakikatnya secara prinsipnya Dr. Mahathir akan mengkhianati segalanya, demi kuasa, agenda peribadi dan keangkuhan dengan tafsiran sendiri akibat tidak akur kepada apa-apa sempadan.

Ini amat menyedihkan bagi seorang Negarawan yang akan berumur 92 tahun dalam seminggu lagi dan pernah satu tempoh lampau berjasa dan melakukan banyak transformasi kepada negara dan rakyat Malaysia.

Sesungguhnya biskut Hari Raya yang sangat sedap dan istimewa ramuan, rasa dan rupanya itu akan sampai satu ketika menjadi lemau dan masuk angin. Masa itu, ianya layak menjadi dedak binatang berbanding sajian tetamu terutama yang dimuliakan.

 

 

 

Advertisements
Published in: on July 2, 2017 at 23:30  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/07/02/lemau-dan-masuk-angin/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. Lemau sutak masuk angin ,olang sutak mau lagi , tapi itu Tun M masih populer lagi maa aa .

    • Olang pigi sarkas bukan sebab shownya best. Olang pigi sarkas atau zoo sebab curious.

      Tatak pelinah tengok ini bintanang. Lulu baca buku saja, tengok tv saja,

      Ini hali, sarkas mai kampung!

      Mai pakat-pakat pigi tengokla itu rimau tua!

      Its ‘The Greatest Show on Earth’ maaa……

  2. Madet baru ni la nak tunjuk perihatin, pedulikan rakyat marhaen. Selama ini sejak jadi TPM, tak pernah nak pedulik kat orang Baling atau Kokdiang.

    Terbang sana, sini dgn private jet. Bukan yang lecik pulak tu!

    Pergi merata-rata Malaya untuk hasut orang tumbangkan Najib. Gaji, kos ADC, doktor peribadi, bodyguard Kerajaan tanggung.

    Anarkis golongan elit! Bekas pemimpin tertinggi negara pergi negara asing untuk memburukkan negara sendirim dengan segala pembohongan yg tak bertaliarus.

    Dulu orang panggil “Malaysia’s greatest salesman”. Sepatutnya sekarang ni “Malaysia’s greatest traitor!”.

    Patutnya dia yg diSOSMAkan, bukan Mattahias dan Din Botiox je. Dia yang jadi Grand Master Pengkhianat Negara!!!

    • Aiit… bukankah Jho Low dan Reza Aziz yang sepatutnya diSOSMAkan?.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: