WM 11 Versus PNB 11

Dalam keghairahan ketamakan mencari kemenangan politik sementara melalui ‘sensasi lima minit media’, kedapatan veteran wartawan-menjadi-hartawan yang hilang kedudukan relevannya, bertindak untuk masyarakat terus mencemuh dan makin memandang rendah beliau.

Satu masa lampau Media Baron Dato’ A Kadir Jasin kini sebagai politikus Pembangkang cuba ‘mengeruk neraka’ dengan memaparkan berkenaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) membida beberapa no. plet pendaftaran  melalui proses biasa tender terbuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),

Kadir juga secara rendah etika dan semangat kepertanggung jawaban (unscrupulous) memaparkan perbualan WhatsApp peribadi beliau dengan Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkenaan pembidaan no plet pendaftaran.

Walaupun digambarkan persoalan dan perbualan dengan Tan Sri Wahid ialah persoalan “keperluan untuk PNB melaburkan sejumlah wang untuk mendapatkan 25 no.plet pendaftaran tersebut”, yang sebenarnya dikaburi dan muslihat yang tidak berapa licik.

Majlis Pimpinan Teringgi Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Ianya sebenarnya mempunyai agenda politik yang tersirat dan untuk mengukuhkan serangan kepada institiusi Kerajaan dalam usaha menimbulkan keresahan dan meniriskan keyakinan rakyat kepada Kerajaan Memerintah.

Hakikatnya, PNB mempunyai tabung lain yang dibezakan dari tabung utama bagi tujuan pelaburan, penjanaan pulangan dan pengkukuhan pasaran melibatkan syarikat-syarikat tersenarai dimana PNB mempunyai pegangan saham strategik, penguasaan atau pelaburan.

Kadir juga memaparkan Wahid menjelaskan dalam perbualan mereka bahawa pembidaan no. plet tersebut bertujuan termasuk sebahagian dari usaha ‘penjenamaan’ (branding), terutama bagi kenderaan yang sering berkunjung merata negara.

Ianya sebahagian missi antara lain meningkatkan kefahaman masyarakat, mengemaskan kinikan maklumat bagi mereka yang berada diakar-umbi dan mendekati masyarakat, terutama dikalangan 13 juta pelabur dalam 10 skim yang ditawarkan PNB.

Kos untuk membida dan mendapat 25 no. plet pendaftaran ini melalui tender terbuka biasa JPJ sebenarnya RM419,060.00. Ianya bukanlah perbelanjaan hangus kerana sebenarnya kesemua no. plet pendaftaran ini sekarang milik proprieti PNB dan dirakamkan sebagai asset dalam kunci kira-kira.

Paling penting, selepas ini PNB berhak menjual mana-mana antara no. plet pendaftaran ini terutama sekiranya ditawarkan dengan harga pasaran yang lebih tinge dari harga bida. Malah, ianya sebahagian dari amalan industri permotoran dimana no. plet. yang telah dimiliki, dijaja dalam pasaran terbuka.

Kadir juga cuba menyindir no. plet pendaftaran yang baru dimiliki PNB bukan untuk kenderaan PNB bagi tujuan “penjenamaan”, malah “kita tengok siapa akan guna nombor PNB1 atau PNB11 itu – sang dewa atau dewi penghuni kamar eksekutif atau cawangan ASB bergerak?”.

Hakikatnya, Tan Sri Wahid sebagai seorang Akauntan Berkanun yang mempunyai pengalaman meluas sebagai pemimpin korporat dipelbagai syarikat tersenarai dan industri dan juga Menteri Kabinet menjalani hidup dalam keserdahanaan.

Beliau kini menggunakan Proton Perdana bernombor plet W8D, ehsan dari Kerajaan Persekutuan setelah lengkap berkhidmat sebagai Menteri Kabinet sepanjang satu penggal Dewan Negara.

Kembali kepada tabung berasingan dari tabung utama dimana wang pelaburan. Tabung PNB ini adalah lebih RM40 billion nilainya dan diluar dari tabung bernilai RM226 billion, dimana pelaburan terkumpul lenin 13 juta pendeposit dan penyimpan melalui 10 skim unit amanah yang diperkenalkan semenjak Amanah Saham Nasional pada 1981.

Tabung PNB ini ialah dimana pelaburan selain dari sekuriti kewangan dibuat, seperti pembelian hartanah. Hartanah merupakan antara pelaburan PNB yang memberikan pulangan lumayan, terutama nilai terkumpul dan pasaran, lenin-lebih dilokasi estrategia seperti Kotaraya London.

Kadir seolah-olah naif dan tidak paham realiti untuk mensensasikan dan mengaharapkan cerita pembidaan no.plet pendaftaran ini sebagai skandal terbaru, sebenarnya bukanlah wartawan biasa yang meningkat sehingga menjadi Ketua Pengarang Kumpulan sebuah akhbar terbesar dinegara.

Tahun 1992, beliau bersama tiga orang lain, Nazri Abdullah, Mohd. Noor Mutalib dan Khalid Abdullah menguasai Realmild Sdn. Bhd., sebuah syarkat betmodal dua Ringgit yang menguasai Kumpulan NST dan Sistem Televisiyen Malaysia Bhd. (TV3), melalui Malaysian Resources Corporation Bhd.

Rasanya, tidak perlu untuk membangkitkan disini bagaimana beberapa orang wartawan dan pengurusan kanan sebuah kumpulan akhbar mampu untuk menguasai sebegitu besar syarikat dan bagaimana pembiayaan berjaya dilakukan.

Namun apa yang lebih penting ialah sebagai Media Baron, Kadir dikatakan menggunakan NST untuk mendapatkan no. plet pendaftaran ‘WM11’. Alasan yang digunakan masa itu ialah “Penjenamaan” juga.

Amat menarik untuk mengetahui apa berlaku kepada no. plet pendaftaran itu sekarang.

Kadir yang suatu masa lampau seorang wartawan dan pengarang yang disegani dan hormati, sejak dewasa ini makin terdesak semenjak menjadi politikus melalui MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau makin terjebak dengan ‘politik longkang’, yang sememangnya berniat jahat telah secara langsung menjatuhkan kedudukan beliau sebagai wartawan yang dihormati.

Posting yang bermula dari perbuatan Kadir sendiri troll di Facebook mereka yang menghadiri Rumah Terbuka PNB Selasa 5 Julai 2017, kini dijadikan posting blog pula.

Ramai mencurigai tindakan mengkontroversikan dan mungkin mencari peluang untuk menjadikan pembidaan no. plet pendaftaran PNB ini sebahagian dari strategi Pembangkang untuk menimbulkan keresahan, mengikis keyakinan rakyat dan membangkitkan kebencian terhadap Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak.

Sekaligus, ianya serangan peribadi kepada Tan Sri Wahid dan usaha untuk meniriskan keyakinan rakyat terhadap seorang akauntan berkanun yang amat berjaya sebagai pengurus professional, sepanjang kerjaya beliau.

 

Anak kelahiran Johor Bahru, hasil kebanggan sistem MRSM dan Dasar Ekonomi Baru itu telah berjaya membawa transformasi sepanjang 15 tahun ini menggurus syarikat strategik seperti UEM, Telekom Malaysia, Maybank dan Menteri Kabinet yang bertanggung jawab mengenai hal ehwal EPU dan strategi bagi program keusahawan Bumiputera.

Kepimpinan mantap dan strategi telah terbukti bagaimana UEM menyelesaikan dan menyusun semula hutang dan TM berjaya dibezakan antara perniagaan teras, berpotensi maju dan antarabangsa dimana Axiata Bhd. telah lahir.

Laporan The Star:

Tuesday, 28 March 2017

More restructuring for PNB after value of companies rise by RM20bil

image: http://www.thestar.com.my/~/media/online/2017/03/28/02/49/wahid-pnb.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=A85B92FBADA0A74D3475F1B9B002C65A029B9F7E

In describing his plan of “building a distinctive world-class investment house”, PNB group chairman Tan Sri Abdul Wahid Omar (pic) said he wants to see PNB investee companies go back to their core activities.(Permodalan Nasional Bhd (PNB) group chairman group chairman Tan Sri Abdul Wahid Omar (right) speaking to reporters at a briefing on PNB’s 2016 annual review on Monday March 27.)

In describing his plan of “building a distinctive world-class investment house”, PNB group chairman Tan Sri Abdul Wahid Omar (pic) said he wants to see PNB investee companies go back to their core activities.(Permodalan Nasional Bhd (PNB) group chairman group chairman Tan Sri Abdul Wahid Omar (right) speaking to reporters at a briefing on PNB’s 2016 annual review on Monday March 27.)

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) will continue to unlock value in its companies, encouraged by the RM20bil rise in market value of its six main listed entities.

In describing his plan of “building a distinctive world-class investment house”, PNB group chairman Tan Sri Abdul Wahid Omar (pic) said he wants to see PNB investee companies go back to their core activities.

He alluded to more restructuring taking place to create more “pure play” companies within the PNB stable.

“We would like our investee companies to focus on their core activities.

“For example, plantation companies focusing on improving their yields and extraction rates, as opposed to looking at other areas,” he told reporters at a briefing on PNB’s 2016 annual review yesterday.

Wahid reckons that the announced demerger plans for Sime Darby Bhd and UMW Holdings Bhd had excited the market. This, in turn, has contributed to a rise in the market value of its six main listed companies by RM20bil since the beginning of the year.

The said companies are Malayan Banking Bhd, whose market capitalisation has increased by 9.6% or RM8.1bil, and Sime Darby by 16% or RM8.8bil, while UMW has gained 34.4% or RM1.8bil, Chemical Company of Malaysia Bhd has soared 71.6%, SP Setia Bhd has jumped 11.5% and MNRB Holdings Bhd has seen its market value upped by 20.7%.

It should be noted that the local stock market has gained more than 6.3% since the beginning of the year, after three years of consecutive declines.

“The focus is on fundamentals. We want to grow our investee companies’ profits so that it reflects on their dividend payouts,” Wahid said.

Meanwhile, PNB president and group CEO Datuk Abdul Rahman Ahmad said the restructuring of PNB’s investee companies would unlikely involve divestment of stakes by the investment fund.

“There is no intention to reduce our stakes. We are very invested in the domestic public equity market.

“What we hope to achieve is enhance the value of our investee companies,” he said.

Abdul Rahman, who was made PNB CEO last October and who was previously the head honcho of national private equity firm Ekuiti Nasional Bhd, explained that value creation in companies could involve mergers and acquisitions or the spin-off of non-core assets. He added that some companies may need cost-cutting initiatives or to grow organically.

On PNB’s investment strategy, Abdul Rahman said that PNB was looking to increase its investment allocation to overseas assets, but would revisit the plan when the ringgit stabilises.

“Now is not the right time to invest abroad,” he said.

In 2016, PNB’s asset under management grew by 4.7% to RM266.51bil. The largest fund-management firm in the country paid a total of RM15.3bil in net income to its unitholders last year, which was 2.9% lower than a year earlier, dragged by the broader weakness in the local equity market performance.

A total of 98.2% of PNB’s investment is in Malaysia, while the remainder 1.8% is overseas. Some 69% of its asset allocation is in equities, 3% in private equity, 4% in fixed income and 3% in property. It has some 20% lying around in cash.

On the 2017 outlook, Wahid said PNB is bullish on its outlook for the stock market this year backed by global growth, stability in the ringgit and improvement in export activities.

“This is despite the expectations of rising US interest rates and continuing volatility in commodity prices,” he said.

According to PNB’s projections, Malaysia’s economic growth would likely pick up to 4.4% this year from 4.1% in 2016.

On the implementation of PNB’s six-year strategic plan, Wahid said it had already started early this year.

The plan, dubbed the “Strive-15 Strategic Plan 2017-2022”, was announced last year after both Wahid and Abdul Rahman took up PNB’s top management roles.

The plan aims to deliver sustainable and competitive returns for PNB’s unitholders.

“Since the announcement of the plan last November, our strategic companies such as Sime Darby and UMW have announced demerger exercises.

“We hope these would excite the market and support corporate growth in Malaysia,” Wahid said.

During the briefing, PNB announced an income distribution of more than RM1.5bil for five of its funds.

It has declared an income distribution of 6.0 sen per unit for Amanah Saham Malaysia (ASM) and 6.5 sen per unit for Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) for the financial year ending March 31, 2017.

The income distribution for ASM and ASB 2 involves a total payout of RM1bil and RM384.7mil, respectively.

Read more at http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/28/more-restructuring-for-pnb-companies/#ipg08W9xWpVeo1sE.99

******************

Baru-baru ini, nilai pasaran (market capitalisation) Maybank mencecah RM100 billion. Ini bukti kepimpinan dan strategi mantap yang Tan Sri Wahid unjurkan sebelum 2013, yang menunjukkan hasil sekarang.

Amat menarik, 48% pegangan saham dalam Maybank merupakan skim-skim unit amanah dibawah PNB. Seara singkat, pelabur dan pendeposit skim unit amanah PNB memiliki hamper RM50 billion nilai pelaburan.

 

Ini berbanding dengan Kadir, yang mendapat Realmild dengan mudah pada 1992 dan kemudian ‘bercerai’ dari Kumpulan NSTP hampir lapan tahun kemudian dengan membawa Berita Publishing Sdn. Bhd. pula, yang dikatakan sebuah syarikat media yang mempunyai 100 kakitangan.

Hari ini, syarikat penerbitan begitu banyak majalah ternama seperti Malaysian Business, Jelita, Anjung Seri, beberapa buah buku dan sebagainya itu sudah gulung tikar.

Hakikatnya, usaha malang seorang wartawan veteran yang gagal sebagai pemain korporat cuba dengan taktik kotornya untuk menjatuhkan imej sorang pemimpin korporat dan pengurus professional seperti Tan Sri Wahid, telah gagal.

 

Chartered Accountant turned investment banker turned professional turnaround manager turned corporate restructurer turned banker turned economic minister. Now, Chairman of an investment fund of RM270 billion

Mungkin Kadir patut kembali memohon agar Dr Mahathir, yang pernah ‘menghidangkan  dua buah-buahan (peluang) dalam dulang perak’ kepada beliau untuk memberikan satu lagi peluang.

Amat penting seorang pemimpin media yang begitu dihormati satu masa yang tidak lama lampau, menebus kembali sebarang maruah yang basi setelah beliau melumurkan selut dimuka sendiri.

*Dikemaskini 800pm

Kenyataan Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar mengenai penulisan Kadir:

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada tampalan blog Datuk A Kadir Jasin 8 Julai 2017 berkenaan pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri PNB. Izinkan saya memberikan pencerahan berkenaan isu yang disebutkan.

1. Sebagai seorang ahli korporat, saya percaya bahawa penjenamaan korporat itu adalah penting untuk memperkukuhkan penambahbaikan secara fundamental sesebuah organisasi. Ini berdasarkan prinsip atau falsafah “Form without substance will not get you anywhere. But when you combine form with substance, you will go a long way”. Falsafah korporat ini telah saya laksanakan dengan jayanya semasa menerajui Kumpulan UEM-Renong (2001-2004), Telekom Malaysia (2004-2008) dan Maybank (2008-2013).

2. Saya berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan untuk menerajui Kumpulan PNB sebagai Pengerusi Kumpulan pada 1 Ogos 2016. Saya dan Dato’ Abdul Rahman Ahmad yang telah dilantik sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan telah membentangkan Pelan Strategik PNB 2017-2022 pada 26 November 2016. Pelan ini mensasarkan PNB menjadi sebuah firma pelaburan distinktif bertaraf dunia dengan 3 teras strategi utama iaitu i. Meningkatkan Pulangan Secara Mapan; ii. Memacu Kecemerlangan Operasi dan iii. Pengurusan Pelaburan Berkesan . Pasukan PNB sedang giat melaksanakan Pelan Strategik ini dan Alhamdulillah, reaksi awal pasaran amat memberangsangkan dimana nilai pasaran 6 syarikat-syarikat strategik PNB telah meningkat sebanyak RM31 bilion untuk 6 bulan pertama 2017. Pasukan PNB juga telah berjaya melaksanakan migrasi sistem teknologi maklumat (IT) semasa cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang membolehkan transaksi unit saham amanah ASB/ASN, dll dilakukan tanpa menggunakan buku simpanan lagi. Ini telah memudahkan lagi pelabur untuk berurusan dengan ASNB.

3. PNB telah ditubuhkan pada tahun 1978 dan bakal menyambut ulangtahun ke 40 pada tahun hadapan 2018. Kami sedang dalam perancangan untuk memperkukuhkan jenama PNB. Kebetulan siri nombor kenderaan “PNB” ditawarkan oleh JPJ untuk bidaan pada bulan April 2017. Kami telah memohon daripada Menteri Pengangkutan supaya 25 siri nombor PNB (1,2,3,8,10,11,18,20,30,50,60,70,80,90,100,111,118,200,300,400,500,600,700, 800 & 900) dikhususkan kepada PNB tanpa pembidaan. Walaubagaimanapun kami telah diminta oleh JPJ untuk membida nombor-nombor tersebut seperti umum. Jumlah bidaan adalah RM336,059 berdasarkan purata bidaan nombor siri PMY,PMX dan PMW. Ia telah ditingkatkan kepada RM419,006 untuk memastikan PNB mendapat kesemua 25 siri nombor tersebut (purata RM16,760 untuk satu nombor). Nombor-nombor tersebut adalah untuk kegunaan kenderaan-kenderaan rasmi Kumpulan PNB termasuk cawangan ASNB bergerak, kenderaan Hotel-hotel PNB Perdana, PNB Merdeka 118, dll.

4. Kami membuat keputusan berdasarkan apa yang kami fikir terbaik untuk PNB dalam jangkamasa panjang. Nombor-nombor tersebut bakal menjadi aset jenama PNB dan pembayarannya dibuat secara langsung kepada JPJ tanpa melalui mana-mana agen atau pihak ketiga. Untuk makluman, dana RM419,006 datangnya dari dana milik PNB yang berjumlah RM40 bilion bukan dari dana milik pelabur-pelabur ASNB yang berjumlah RM226 bilion. Jadi, pembelian nombor-nombor tersebut tidak akan menjejaskan pulangan kepada pelabur-pelabur sama sekali.

5. Untuk pengetahuan, Alhamdulillah saya selesa menggunakan kereta nasional Proton Perdana sebagai kereta rasmi dengan nombor pendaftaran W8D. Nombor tersebut adalah satu manfaat yang saya perolehi semasa berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2013-2016). Sebagai seorang daripada keluarga miskin yang telah diberikan pendidikan dan biasiswa di bawah Dasar Ekonomi Baru, saya amat terhutang budi kepada Kerajaan dan Negara Malaysia. Sebab itulah saya bersedia berkhidmat selama satu penggal dan membuat yang terbaik mengikut kemampuan saya.

6. Saya bersama-sama Ahli-ahli Lembaga Pengarah PNB, Dato’ Rahman dan barisan pengurusan PNB akan terus menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kami demi kepentingan PNB, 13 juta pelabur-pelabur ASNB dan negara kita Malaysia. Sokongan berterusan rakan-rakan semua amat kami hargai.

Terima kasih & salam hormat.

AWO. 08.07.17.

 

 

 

 

Advertisements
Published in: on July 8, 2017 at 13:30  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/07/08/wm-11-versus-pnb-11/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. Biggie,

    I posted this in AKJ’s comment section:

    Dato,

    1. The number plates are now property of PNB. They are assets.
    2. As assets, the number played could be resolusi. More often, special number registrations are hived off for profit. Infact, they are people who make money from buying and selling off them.
    3. Spending on assets is acquisition. Not expenses.
    4. If they are asset acquisition and not expenses, how can they be “Wasteful” (Pemborosan)?
    5. It is very sad for a former GEIC and business magazine owner, you manipulated the story and portraying it as something controversial, contentious and even trying to stir up as being scandalous.
    6. This could be likened like the episode a little two years ago when TH acquired the 70,000 sq.ft. parcel in TRX, which was proven to be a good investment and business sense.
    7. It was a tragedy when many closed their their TH accounts and even lost their queue for Hajj opportunity, because they got sucked into something perceived to be bad where else it was purposedly created to demonise the Government
    8. Probably if you had good business sense, the magazines you acquired upon exit from NSTP Group would not be such a sad failure story.

    This is the holy month of Syawal. There is still time to repent and seek forgiveness.

    P/S: Please get your son in law to teach you basic accounting, so that you can differentiate between asset acquisition, expense and “Pemborosan”.

    Seriously!

  2. Sebenar nya niat jahat si pengkritik telah mendatangkan hasil yg baik kepada si mangsa yg ikhlas.Penjelasan TS Wahid menaikan lagi imeg PNB dan Pengerusinya itu ,Manakala kredibiliti AKJ sebagai pengkritik yg bermotifkan politik kian menjunam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: