Mamak Memang Mahu “Melayu Mudah Lupa”

Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini cuba sedaya upaya menghancurkan wadah Perjuangan Melayu atas agenda peribadi dan ego membatasi kepentingan orang Melayu dan negara kerana beliau sebenarnya bukan orang Melayu.

Laporan The Malay Mail Online:

Zahid: His name was Mahathir, son of Iskandar Kutty

 

Published: July 30, 2017 05:28 PM GMT+8
SHARE THIS ARTICLE

 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said he was informed by the National Registration Department that Tun Dr Mahathir Mohamad’s original name was ‘Mahathir a/l Iskandar Kutty.’ — Bernama pic

 

KUALA LUMPUR, July 31 — Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said he was informed by the National Registration Department that Tun Dr Mahathir Mohamad’s original name was “Mahathir a/l Iskandar Kutty.”

Ahmad Zahid, who is both deputy prime minister and home minister, said this while delivering his keynote at the Kelana Jaya Umno division meeting today, according to the Malaysiakini news portal.

“This is why they say ‘Malays easily forget.’ For 22 years, I did not touch on his personal issues. But this is his previous blue IC,” the acting Umno deputy president said while displaying his smartphone to the audience.

“His name was Mahathir son of Iskandar Kutty,” Zahid said, with emphasis on the phrase “son of” that is customarily used by the Indian community here.

Although Zahid did not specifically name Dr Mahathir, he referenced the former prime minister’s catchphrase as well as his 22 years in power.

He then accused Dr Mahathir of only championing Malays in order to use the community for his personal goals, and of abandoning Umno after milking it dry of all benefit.

This is the second time that Umno leaders have brought up Dr Mahathir’s Indian ancestry in apparent mockery.

Dr Mahathir’s lineage is believed to include ancestors from Kerala, India on the paternal side.

***********

Memang sah jelas kerana selama 60 tahun ini beliau menggunakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay Nationalist Organisation (UMNO) sebagai platform  untuk melonjakkan diri kerana kuasa politik sebelum dan selepas Kermerdekaan Tanah Melayu bertunjang ditangan orang Melayu melalui UMNO.

Beliau menjadi calon UMNO atas tiket Parti Perikatan dalam PRU II 1964 bertanding dalam kawasaki Kota Setar Selatan. Itu merupakan permulaan beliau diangkat oleh ahli-ahli UMNO kepada Majlis Tertinggi UMNO.

Dr. Mahathir dipecat dari UMNO atas nasihat Tun Dr Ismail Abdul Rahman semasa Presiden UMNO YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj mengepalai Parti Perikatan dalam prestasi buruk PRU III Mei 1969, selepas menyebarkan surat beliau kepada Tunku.

Beliau kalah di Kota Setar Selatan kepada calon PAS Yusof Rawa kerana undi Cina membelakangi PAS, menyalahkan pentadbiran Tunku yang terlalu berlembut kepada golongan Cina dan tidak melakukan secukupnya untuk orang Melayu.

Dr Mahathir menggunakan peluang ini untuk menganyang Tunku Abdul Rahman secukupnya sehinggakan ujud sebilangan ahli UMNO yang marah dan mula memberontak kepada Presiden UMNO.  Walaupun telah baanvak berjasa kepada UMNO, orang Melayu dan Negara, kebencian ditagih untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.

Tahun 1973 Menteri Besar Selangor Dato Haron Idris telah ditugaskan oleh Presiden UMNO ketika itu Perdana Menteri II Tun Hj Abdul Razak Hussain untuk mebawa balik Dr. Mahathir kedalam pangkuan UMNO.

Ianya dijayakan dengan bantuan MP Rawang Tunku Abdullah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Dr Mahathir dilantik menjadi Senator.

Dalam PRU IV 1974, Dr. Mahathir bertanding di Kubang Pasu dan menang. Beliau di lantik kedalam Kabinet sebagai Menteri Pelajaran, dalam Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pertama.

Ini melonjakkan beliau dikalangan orang UMNO sehingga berjaya dipilih sebagai Naib Presiden pada pemilihan 1975, bersama En Ghafar Baba dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Apabila Tun Razak telah kembali ke Rahmatullah secara mengejut pada 14 Januari 1976 di London, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Hussein Onn telah mengambil alih. Enam bulan kemudian, beliau telah memilih dan mengangkat Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Onar kali kedua ialah dipercayai Dr Mahathir merupakan dalang dibelakang toko veteran UMNO Hj Sulaiman Palestin mencabar kepimpinan Dato’ Hussein sebagai Presiden UMNO pada pemilihan 1978. Walaupun ianya gagal, ini kali pertama Presiden UMNO dicabar.

Onar kali ketiga ialah amalan ‘Divde and Rule’ selepas mengambil alih sebagai Perdana Menteri IV pada 16 Julai 1981. Beliau sengaja membiarkan dua ‘Harimau bercakaran antara mereja’, iaitu pemimpin UMNO dari Johor Dato’ Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah dari Kelantan bagi jawatan Timbalan Presiden.

Onar keempat ialah peristiwa berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985, dimana 18 terbunuh dalam operasi Polis menangkap beberapa pemimpin PAS yang dikatakan menjadi ‘pelampau ugama’ dan mengancam keselamatan negara. Semua yang terkorban itu adalah Melayu-Muslim.

Omar kelima memanjangkan pertelingkahan antara pemimpin UMNO dipanjangkan sehinggakan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Musa Hitam meletakkkan jawatan pada Feb 1996. Seterusnya, berlaku perpecahan dalam UMNO sehingga ujud ‘Team A’ dan ‘Team B’ menjelang pemilihan pucuk kepimpinan parti April 1987.

Onar keenam ialah menang tipis jawatan mempertahankan Presiden UMNO dengan 43 undi, membawa kepada krisis dalaman UMNO dimana pentadbiran mesyuarat lemas dan pada 8 Feb 1988, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengharamkan UMNO sebagai pertubuhan sah bawah ROS.

Onar ketujuh ialah campurtangan beliau sebagai Ketua Eksekutif dalam Kehakiman sehingga 20 hakim bersetuju agar perkara ini dibangkitkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong VIII.

Akibatnya, Dr. Mahathir menggunakan peluang ini untuk menyingkirkan Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas dan lima Hakim Mahkamah Agung lain pada Julai 1988. Ianya berlaku sebuah krisis Perlembagaan kerana apa-apa yang diputuskan Tribunal Kehakiman untuk memecat Salleh, tidak boleh dirayu kerana Mahkamah Agung tidak mempunyai cukup hakim yang layak untuk mendengar dan membuat keputusan.

Apa yang menarik ialah baru-baru ini Dr. Mahathir menyalahkan Almarhum Tunku Sultan Iskandar sebagai SPB Along VIII yang berhasrat agar Salleh dipecat. Ini solah-olah beliau ingin menghasut orang Melayu membenci institiusi Raja Melayu kerana berdaya untuk meminta agar wakil mereka seperi Ketua Hakim Negara dan Hakim Mahkamah Agung disingkirkan, sedangkan mereka dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja.

Onar kelapan ialah sebagai Perdana Menteri Dr. Mahathir sepatutnya bertanggung jawab penuh keatas krisis Bank Negara Malaysia pada 1992-3 apabila terlibat dalam pasaran matawang sehingga melibat kerugian USD10b dari rizab matawang antarabangsa bank pusat itu.

Ini merupakan pertahanan matawang Ringgit dilemahkan sehingga berlaku krisis Kewangan Asian dimana KLSE terjejas teruk sehingga indeks KLCI jatuh dari paras hampir 1300 mata melada 262 mata, akibat tukaran Ringgit keep-ada USD jatuh dari sekitar 2.60 hingga 4.88.

Sistem pasaran modal, laba dan derivatif kewangan hampir lumpuh dimana sejumlah RM60b Non Performing Loan (NPL) dilaporkan sistem perbankan dan kewangan Malaysia.

Ramai usahawan gergasi dikalangan orang Melayu terjejas dan syarikat mereka tergadai. Nama seperti Dato’ Sulaiman Abdul Rahman (Taiping Consolidated Bhd.), Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajudin Ramli, Tan Sri Rashid Hussain, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah dan empayar kommersil Bumiputera mereka tergadai dan dipecah-pecahkan (dismantled).

Onar kesembilan ialah penguasaan tunjang politik ditangan orang Melayu terumbang-ambing sekali lagi dengan episod pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO dan Kerajaan. UMNO begitu lemah sehinnggakan PRU X Nov 1999, Barisan Nasional berjaya mengekalkan kuasa dengan sokongan undi Cina kerana jelas orang Melayu pada masa itu begitu marah kepada UMNO.

Ini bermula dimana orang Melayu terpecah menjadi tiga iaitu penyokong UMNO, penyokong PAS dan penyokong Reformasi.

Onar kesepuluh ialah tindakan Dr Mahathir untuk menggulingkan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri V dan Presiden UMNO VI, bermula Mac 1986 dan bertitik totak mengenai keputusan untuk tidak membina ‘Jambatan Bengkok Menggantikan Tambak Johor’.

Pertentangan Dr Mahathir kali ini begitu berkesan kerana pada PRU XII 8 Mac 2008, berlaku ‘Tsunami Politik’ dimana buat kali pertama semenjak 1959 BN gagal mendapat majoriti 2/3 di Parlimen dan kalah di lima Dewan Undangan Negeri (Kelantan, Kedah,Pulau Pinang, Perak dan Selangor).

Ini juga kali pertama DAP menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perak (menggunakan PAS sebagai boneka). Krisis ini berlarutan sehingga PRU XIII Mei 2013 dimana DAP berjaya menguasai 37 kerusi Parlimen.

Onar kesebelas ialah Dr. Mahathir menggunakan segala helah, pembohongan, fitnah dan tergamak bersekongkol dengan musuh luar negara seperti media Barat yang dikuasai Yahudi Neo Con untuk menjatuhkan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, bermula serangan terbuka Mac 2015.

Pada peringkat awalnya, helah yang digunakan Dr. Mahathir agar pemimpin UMNO membuat tekanan kepada Perdana Menteri Najib ialah “Mempertahankan dan menyelamatkan UMNO”. Kemudian beralih kepada Perwakilan UMNO.

Apabila ianya gagal, menghasut agar Dewan Rakyat mengadakan ‘undi tidak percaya’. Namun, semuanya gagal.

Onar kedua belas ialah bersekongkol dengan musuh tradisi dan ketat UMNO dan orang Melayu iaitu DAP. Bermula pelancaran ‘Deklarasi Rakyat’ pada 8 Mac 2016, Dr. Mahathir hari ini tergamak menjadi kuda tunggangan dan ‘Trojan Horse’ DAP untuk memecah dan menguasai undi orang Melayu melalui Pakatan Harapan, dimana 9 pemimpin Melayu diketengahkan sebagai boneka.

Dr. Mahathir memperalatkan sentimen kuat orang Melayu kepada beliau sebagai orang ‘Negarawan berjasa’ dan melandaskan rekod hampir 30 tahun dalam Kerajaan (22 tahun sebagai Perdana Menteri) sebagai modal untuk ‘Menyelamat Negara’ dari pelbagai tuduhan fitinah keatas Perdana Menteri Najib dan pentadbiran beliau.

 

Hakikatnya, tidak pernah berlaku dimana seorang itu menjadi ‘Pahlawan’ dengan mengkhianati pasukan dan masyarakat sendiri. Pengkhianat adalah ‘musuh dalam selimut’, yang kini jelas tergamak untuk meracun masyarakat sendiri semata-mata kerana tamak haloba mencapai kepetingan peribadi.

Orang Melayu memang terkenal dengan keberanian. Namun orang Melayu juga taat kepada Ketua, ciri yang secocok dengan Islam sebagai rakyat kepada Ulul Amri.

Ini bukan ciri yang sinonim dengan orang Melayu dan masyarakat Nusantara.

 

 

 

 

Advertisements
Published in: on July 30, 2017 at 21:00  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/07/30/mamak-memang-mahu-melayu-mudah-lupa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. Lebih baik saya percayakan tulisan Jebat Must Die, daripada pembohongan Zahid Hamidi dan disambut oleh Annuar Musa.

    Oh ya… kes rasuah dia dengan MARA dah kowtim ke?

  2. Bukankah Prebet Adam dijatuhi hukuman mati. Tak terkejut ke… Rakyat 1Malaysia mendengar dia sudah dibebaskan dan berada di Sungai Dua,Pulau Pinang? Bodek tak bertempat, annuar nih.

    Annuar Musa tidak cerita suasana atau keadaan sebenar dalam Negara, ketika Adam mengamok.

    Ketika itu perhubungan kaum (Melayu-Cina) amat tegang akibat penempatan Guru-Guru Melayu di SRJKC. Kilang di FTZ Sg. Way, terpaksa ‘stop production’ & ditutup kerana ibu-bapa tidak benarkan anak perempuan mereka menaiki Bas Mini, melintasi KL dan melalui Pekan Sg.Way, ke Kilang di FTZ.
    Akhbar-akhbar memainkan isu perkauman. Masyarakat Cina beranggapan Kerajaan mahu ‘Kebangsaan’kan sekolah vernacular. Akhbar Star & Watan digantung penerbitan selama dua bulan.

    Sehari selepas Prebet Adam mengamok, semua akhbar beralih berita kepada amukan Prebet Adam. Ketegangan kaum terus reda serta-merta.

    Dua minggu selepas itu di jalankan OPS Lalang.

    Sepatutnya, Annuar Musa bagi-pihak Kerajaan UMNO/BN, harus berterima-kasih kepada Prebet Adam kerana ‘berjaya’ neutralized ketegangan-kaum, ketika itu.

  3. Jasa seseorang, tak kira sebenar mana sekalipun tidak menghalalkan dia menjadi pengkhianat bangsa.

    Terutama dengan tipu-nista!

    • Pengkhianat Bangsa Melayu je ke?
      Cuba kamu terangkan, apa yang Dr. M pernah tipu.

      Najib… kalau saya nak tulis, banyak yang dia sudah tipu-nista, termasuk di Parlimen.

      Menguna orang-tengah kelabu-asap… seperti Razak Baginda Deepak Carpet & Jho Low… dalam urusan KeWANGan Kerajaan dan secara langsung mengkhianati Jihad KPDNKK dalam memerangi peranan orang-tengah dalam perniagaan… bukan dianggap sebagai Pengkhianat Rakyat 1Malaysia.

      Oh ya… apakah jasa Jho Low kepada Negara, khususnya orang Melayu?

      • Jangan jadi naif la.

        Dr. Mahathir dah menipu-nista semenjak tahun 1969 lagi. Lihat surat kepada Tengku ini:


        Batu 6, Titi Gajah,
        Alor Star,
        17hb. Jun 1969

        Y.T.M. Tunku,

        Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
        Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.
        Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.
        Tunku selalu “bertolak-ansor,” ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.
        Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.
        Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.
        Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

        Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai “The Happy Prime Minister” walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

        Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naïve” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

        Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari
        Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

        Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai “happiness” apa2.

        Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

        Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

        Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.”

        Bila masa dia darah Pakistani??

        Keturunan Dr Mahathir asal Kerala la!

      • If Dr Mahathir could lie about his ancestry, imagine what else could he lie?

        Mukhriz Mahathir today through his Facebook fan page claimed that his father is descendant from “Yemen”.

        That is effectively another twist, to a lie-upon-lie, just where on earth have they descended from.

  4. […] READ MORE HERE […]

  5. Setakat bukti pembohongan dalam surat peribadi Tun Dr.M kepada Tunku, 49 tahun lalu, Rakyat tak rugi apa-apa. Ketika itu pun bapa Zahid Hamidi baru saja datang ke Malaysia dari Tanah Jawa… tak tahu la saya… secara sah atau haram.

    Najib lagi banyak tipu. Saya dengar sendiri, melalui Bulletin TV3… Najib kata Kondo di Forest City, dijual kepada Warga-asing secara Leasehold 99 tahun.
    Sebenarnya, ia dijual secara Freehold… selagi ada bulan & bintang… ketika Kerajaan menitik-beratkan penjualan secara Leasehold atau Pajakan 99 tahun kepada Rakyatnya sendiri.

    Dansudah tentu, dasar ini bertentangan samasekali dengan Slogan, Rakyat di Dahulukan.

    • Nak tahu pembohongan Mahahtir mari lah kita tunggu RCI bersidang dalam penyiasatan kerugian urusniaga mata wang BNM nanti.Kita tengok ,rugi atas kertas atau rugi sebenar dan sama ada RM 9 billion atau RM +30 billion.Perhatikan ada tak unsur-unsur tipu dalam mereka melapurkan kerugaian tersebut selam ini.

      • tun m tidak menipu byk 😉 😉 😉 tapi masih menipu…

    • Please don’t be an annoying comment hogger.

      In June 1969, Ahmad Zahid Hamidi is already 16years old. He was born in Kuala Lumpur, then in Selangor.

      How could his father just came from Java if Zahid was born in Kuala Lumpur sixteen years earlier?

      Consider this a last warning!

      Just because we tolerate your privilege to share your thoughts in here, it does not warrant for you to perpetuate a lie in this blog which you concocted in your head.

      There is no democracy here.

  6. […] How could the nation trust someone who is a habitual liar and cannot even be truthful about his ancestral origin. However, instead claimed to be a Malay and through UMNO, created so much mess and conflict. […]

  7. […] The attack is not about Dr. Mahathir’s ancestry but how he was never truthful about his ancestral origin and trying to pass off as a ‘Malay’. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: