Maha-Hina

 

Perbuatan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “Berasal dari Bugis Lanun” dalam keghairan obsessi menjatuhkan beliau, menerima tamparan hebat.

Najib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, seorang berasal dari Sulawesi berketurunan Bugis menyifatkan ungakapan Dr. Mahathir itu “Menghina masyarakat keturunan Bugis”.

Sebelum itu, masyarakat Malaysia keturunan Bugis menyatakan kemarahan mereka kerana keceluparan mulut Dr. Mahathir ini dalam tindakan menjatuhkan Perdana Menteri Najib, melalui strategi menghasut dan menanam kebencian.

Berita Harian:

Isnin, 16 Oktober 2017 | 10:43pm

CARI
“”
KENYATAAN Tun Dr Mahathir Mohamed yang melabel Bugis sebagai lanun, menyinggung perasaan masyarakat Bugis.

’Tun M perlu bertaubat’

JOHOR BAHRU: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang melabel Bugis sebagai lanun, menyinggung perasaan masyarakat Bugis di negara ini, dan dianggap kenyataan yang menghina serta rasis.

Setiausaha Agung Persatuan Bugis Johor, Md Sah Daeng Matatah, berkata masyarakat Melayu Bugis berada di seluruh negara ini, termasuk keturunan dan berhubung kait dengan keluarga diraja Johor, Selangor, Perak, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

“Tidak patut Tun Mahathir cakap begitu. Itu dah rasis. Berapa ramai orang Melayu Bugis di sini? Sultan Melayu ramai dari keturunan Bugis di Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan ramai lagi.

“Orang Bugis bukan lanun. Itu (lanun) digelar oleh orang putih. Kita (Bugis) adalah pahlawan dan ini juga disebut dalam sejarah,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Mahathir pada himpunan pembangkang di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu lalu, yang menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis, yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke tempat asalnya.

Md Sah berkata, sebagai orang yang sudah berusia, Mahathir tak sepatutnya bercakap sedemikian dan menghina orang lain.

“Jangan hina orang Bugis. Tak patut dia cakap seperti itu. Dia sepatutnya jaga mulut.

“Patutnya sebagai orang yang sudah tua, dia kerap pergi ke masjid, sepatutnya dia bertaubat di hujung usia ini,” katanya.

***************

Jelas reaksi masyarakat rata-rata demanding jelek seorang Negarawan yang tergamak untuk mengeluarkan kata-kata demikian, disamping “Perdana Menteri penyangak, penyamun, pencuri” semata-mata untuk meningkatan kebencian rakyat.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir dengan angkuhnya enggan meminta maaf kepada masyarakat keturunan Bugis, samada di Malaysia atau Indonesia kerana keceluparan memuncak itu.

Astro Awani:

Dakwaan hina Bugis: ‘Saya tidak akan minta maaf’ -Tun Mahathir

Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani | “Diterbitkan Oktober 21, 2017 16:17 MYT

“Facebook”“Twitter”“Email”“Google”“whatsapp

“Dakwaan

Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertegas bahawa beliau tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.

ALOR SETAR: “Saya tidak akan mohon maaf dan untuk apa saya perlu lakukan.”

Demikian reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertegas bahawa beliau tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.

Dr Mahathir juga mempertahankan ucapan beliau ketika perhimpunan haram di Selangor baru-baru ini bahawa hanya ditujukan kepada pemimpin tertentu.”Pahlawan Bugis ni bukanlah pencuri, tapi ini pahlawan Bugis pencuri.

“Jadi apa salahnya saya kata dia pencuri. Saya bukan kata semua orang Bugis pencuri. Saya tak perlu minta maaf pasai saya tak kata benda tu,” katanya kepada pemberita pada dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara di sini, siang tadi.

Dr Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu lalu menyebut tentang pemimpin tertentu yang mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Ekoran kenyataannya itu, pelbagai pihak termasuk yang mewakili masyarakat etnik tersebut mendesak Dr Mahathir supaya membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya..

Terbaharu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan Dr Mahathir yang menghina keturunan tersebut telah menyebabkan Perhimpunan Pemuda Bugis Makasar Indonesia (PPBMI) mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia jika Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak memohon maaf.

*************

Ini antara tanda jelas menunjukkan Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan terdesak kerana mereka tidak mampu meyakinkan rakyat untuk menyokong pakatan Pembangkang.

Hakikatnya rata-rata rakyat sedar pakatan Pembangkang yang sebenarnya tidur-sebantal-mimpi-lain-lain ini tiada plan dan rancangan program pembangunan untuk rakyat sekiranya menang selepas PRU14.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga menyerang dan menghina badan pencegah jenayah SPRM kerana menahan Presiden Parti Warisan Dato’ Seri Shafie Apdal dan lapan lagi berkenaan siasatan atas skandal penyelewangan dan amalan rasuah jumlah RM1.5b.

Malaysian Insight:

Penahanan Shafie arahan Najib, kata Dr Mahathir


Dikemaskini satu hari yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2017 6:24PM ·0 komen

“Penahanan
Dr Mahathir berkata ia untuk melumpuhkan Parti Warisan dengan menangkap Shafie Apdal dan menakutkan penyokongnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Oktober, 2017.

PENAHANAN serta siasatan terhadap Presiden Parti Warisan Shafie Apdal adalah arahan Perdana Menteri Najib Razak dan ia bertujuan untuk melemahkan parti pembangkang, kata Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad hari ini.

”Kali ini, (Perdana Menteri) Najib mengarah SPRM menangkap pemimpin-pemimpin parti lawan (Warisan) di Sabah.

”Matlamatnya ialah untuk melumpuhkan Warisan dengan menangkap Shafie Apdal dan menakutkan penyokongnya,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata ini adalah sebahagian daripada usaha Najib untuk “menipu” dalam pilihan raya.

Shafie ditahan malam tadi dan ditahan semula untuk 4 hari sebagai sebahagian daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penyelewengan RM1.5 juta dalam dana persekutuan bagi projek pembangunan luar bandar di Sabah dari 2009 hingga 2015.

Ketika itu, shafie merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sebelum dipecat daripada kerajaan oleh Najib.

Beberapa pemimpin Warisan juga ditahan untuk siasatan.

Dr Mahathir mendakwa pegawai kerajaan di pelbagai agensi termasuk SPRM diugut untuk “melaksanakan arahan Najib” atau diturun pangkat, ditukar ke jawatan lain yang lebih rendah, dimansuh hak pencen dan bermacam lagi.

Beliau menggesa penjawat awam agar tidak takut untuk menolak arahan tersebut.

Kata Dr Mahathir lagi, jika PH menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan mengambil alih Putrajaya, kerajaan PH akan akan mengembalikan semula apa sahaja yang penjawat awam hilang kerana enggan mematuhi arahan tersebut.

”Kami berjanji jika kakitangan kerajaan yang mengurus PRU diugut dan didera oleh Najib dan kehilangan gaji, pangkat atau jawatan, kami akan pulih balik mereka dan pendapatan mereka. Mereka akan kembali pegang jawatan yang telah dilucut dari mereka. Demikian juga mereka yang memberi maklumat kepada kami akan salah cara dan penipuan Najib. Kami akan selamatkan mereka,” kata Dr Mahathir. – 20 Oktober, 2017.

*****************

Ianya dari RM7.5b  dari peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi program menaik taraf kehidupan rakyat Sabah terurtama diluar bandar dan pendalaman, melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009-2015.

Shafie, yang juga mengetuai rakankongsi Pakatan Harapan di Sabah merupakan Menteri KKLW sebelum dipecat dalam rombakan Kabinet 2015.

Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan wajar mengimbau pembongkaran PKR mengenai dakwaan keatas penyelewengan program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bawah KKLW semasa dibawah Shafie sebagai Menteri.

Najib Presiden PKR Tian Chua dalam sidang akhbar di Parlimen ini menyebut mereka yang mendapat kontrak ‘rundingan terus’ “Dengan cara pembahagian kontrak yang tidak telus dan tidak adil kupada ironi-kroni Shafie”.

Ianya juga didakwa harga kontrak dinaikkan sehingga 200% berbanding kos.

Sumber di Sabah melaporkan sebahagian dari projek-projek yang tersenarai bawah  skandal dan penyelewengan RM1.5b yang sedang disiasat itu terbengkalai.

Kes-kes seperti di Sabah ini, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sedang menghadapi tuduhan atas amalan jenayah rasuah merupakan ‘Kleptokrat’ sebenar kerana mereka adalah berkuasa dan mengamalkan jenayah mencuri dari peruntukan.

Dr. Mahathir sekali lagi memaparkan sifat Maha-Hipokrit beliau semata-mata agenda obsessi politik untuk menajatuhkan Perdana Menteri Najib walaupun telah terbukti ‘Kleptokrat’ sebenar ujud antara rakan-kongsi pakatán Pembangkang yang beliau terajui.

Sifat Maha-Hipokrit ini yang ditambah kehadiran berbohong, memfitnah, menghasut dan menggelarkan orang dan menggunakan ‘nama kesat’ lebih mengkukuhkan akibat agenda obsessi politik peribadi yang makin kecundang dan terdesak.

Malaysian Insight:

Dr Mahathir and his Malaysian dilemma


Low Han ShaunChan Kok LeongMuzliza Mustafa

Dr Mahathir and his Malaysian dilemma
Dr Mahathir Mohamad says Malays of this generation face a different dilemma from his time – the leader and party they had counted on have failed them. – The Malaysian Insight pic by Nazir Sufari, April 8, 2017.

DR Mahathir Mohamad is running out of time and he knows it. He knows that he has only one shot of persuading the Malays to turn their backs on Umno and Najib Razak.

So much to do and so little time – that is the dilemma of the man who made the Malay dilemma part of the Malaysian conversation for more than 40 years.

‎In an interview, the 92-year-old founder of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) told The Malaysian Insight: “My dilemma is that I’m old, I’m 90-plus and I don’t have much time. But all things take time… But for as long as I am alive, I will be a thorn in the flesh of other people. I don’t care.”

The former Umno president said he had been encouraged by the good turnout at political rallies, believing that they were an indication of a restive spirit among voters towards the Najib administration. He noted that even in Umno strongholds, he had been welcomed warmly.

Now he wants this support at the ceramah to turn into support at the ballot box. He understands that Malaysians may be afraid to show their support openly for Pakatan Harapan for fear of being harrassed and intimidated by government agencies.

But he hopes that this fear would dissipate once they are in the voting booth.

In 1970, Dr Mahathir wrote the book, the Malay Dilemma. It was a controversial book for its time and the main assumption was that the Malays were subjugated in their own land and needed a form of affirmative action to correct the economic imbalance.

Today’s generation of Malays face a different dilemma, he said.

“They know that the party which was supposed to look after them has become a liability, but they can’t get rid of this party because they have elected a person who has been able to bend the laws, to disregard the laws, and make sure of personal loyalties to him. So much so, he can get away with a lot of things.”

Below are excerpts of the interview:

Q: How different is this battle against Najib from the ones against Tunku and Pak L‎ah?

‎Dr Mahathir: This man (Najib) has got full control over Umno. They will not go against him. He has the inspector-general of police and the attorney-general working for him and protecting him.

He is, in fact, a dictator. Tunku was not a dictator. He was popularly elected and he stepped down when he felt that he was not popular any more. Abdullah realised that he was not very popular with Umno itself and he decided on his own to step down.

But Najib, he will never step down.

Q: Some people say you are to blame for weakening some of the institutions and centralising powers within the prime minister’s office. What do you say to that?

Dr Mahathir: Lots of things were said about me and my administration, which were cooked up by people who want me out of the way. They have to demonise me, otherwise, I will be there all the time, supported by the people.

So they must paint a bad picture of me, to make me seem like a dictator and all that. If I am a dictator, then a lot of people will probably end up inside (prison), but I allowed them to go through courts. They had demonstrations against me every week.

Because that is the way of democracy and I never sued anybody. They called me all sorts of names but I never sued them. In politics, of course, people will call you nasty names. That is normal.

Q: A survey sighted by TMI says that your popularity among Malay voters is wavering because you are working with DAP now.

Dr Mahathir: Well we have fixed a mindset for these people who are now in Umno and told them that DAP is a Chinese party and they are the devil. It is difficult to erase that impression.

So when I was seen with (Lim) Kit Siang, they thought I was with the devil, but that devil was created by me in order to win the elections.

If you tell people that Kit Siang is a good man and all that, then he will win and we cannot allow him to win. We had to call him a devil and he is a Chinese chauvinist and all kinds of things, but actually he is not.

Between MCA and DAP, MCA sings their songs in Chinese, conducts their meetings in Chinese, but DAP conducts their meeting in the national language and they sing their song in the national language.

So DAP is more Malaysian than MCA. MCA now, as you know, has got relations with the communist party of China, not DAP.

Q: BN is saying that you are doing this so that Mukhriz (Mahathir) will become PM one day.

Dr Mahathir: If I wanted to do things for my son, I could have made him deputy prime minister when I was prime minister. But I don’t even allow my son to join the party.

My son Mokhzani was appointed by Hishammuddin (Hussein) as a treasurer of the Youth, not because of me, because he appears to know something about accounts.

My son Mirzan is nowhere to be seen in the party or anywhere, and my daughter Marina was against me during my time as prime minister.

But you see Najib, the wedding of his daughter consumed millions of dollars.

So you see he favours his children, so did Abdullah Badawi. I have never favoured my children.

Q: But your son Mukhriz is now holding one of the top positions in Bersatu?

Dr Mahathir: Mukhriz built up his reputation in Kedah and he won back Kedah from PAS. It was his leadership. And it was not because of me.

After I stepped down, if I stopped him from becoming a leader it is not fair to him. I am not trying to preserve my good reputation at his expense, I did that when I was prime minister, but I can’t do that now.

I am still trying to preserve my image of not going for nepotism and all that. If Mukhriz succeeds, it is by his hard work.

Q: If the opposition is not successful in replacing BN in the next election, what will Dr Mahathir do?

Dr Mahathir: I will accept that I would die and leave all these things to other people. That is the normal thing to happen. You are old and you die. I’m sure lots of people are wishing that I am dead now.

But for as long as I am alive, I will be a thorn in the flesh of other people, I don’t care. – April 8, 2017.

*****************

Hakikatnya, Negarawan yang suatu masa dahulu disanjung majoriti rakyat terutama dikalangan orang Melayu telah menjadi neorang politikus Maha-Hina.

Advertisements
Published in: on October 21, 2017 at 23:59  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/10/21/maha-hina/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. Hanya orang yang menyokong Najib dan mendapat faedah darinya akan berkata Dr.M adalah seorang politikus Maha-hina.

    Oh ya, Shafie Afdal… digantung dan tersingkir dari UMNO & Kerajaan, tanpa diberi peluang bela-diri…. bukan dipecat kerana salah-laku moral atau civil.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: