http://acdn.adnxs.com/ib/static/usersync/v3/async_usersync.html
KUNJUNGAN buat pertama kali Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Ibu Pejabat DAP malam tadi menjadi lambang tersungkurnya beliau secara rasmi kepada agenda “Malaysian Malaysia” yang beliau sendiri bermati-matian menentangnya sebelum ini demi kepentingan dan survival kaum Melayu negara ini.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, generasi baharu negara wajar tahu apa itu “Malaysian Malaysia” DAP yang berakar umbi daripada deklarasi gabungan parti pembangkang dalam The Malaysian Solidarity Convention (MSC) di Singapura pada 9 Mei 1965.
Kata beliau, dalam Deklarasi MSC oleh gabungan parti pembangkang di Singapura waktu itu tercatat kemas kenyataan yang berbunyi “Malaysian Malaysia” bermaksud sesebuah negara dan negeri tidak dikenal pasti berdasarkan ketuanan, kesejahteraan dan kepentingan kaum tertentu sahaja.
Malah, kata beliau, kenyataan itu selari dengan Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967 yang mencatatkan tentang komitmen DAP kepada idea menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bebas, demokratik dan sosialis berprinsipkan kepada kesaksamaan kaum.
“Begitupun, jangan diingat konsep “Malaysian Malaysia” DAP ini hanya diperjuangkan oleh pemimpin veteran DAP sahaja kerana pemimpin muda yang sedang berkuasa dalam DAP berpegang teguh dengan konsep ini.
“Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bercakap mengenai Perlembagaan Persekutuan bahawa membezakan rakyat Malaysia antara bumiputera dan bukan bumiputera (kononnya) cara berkesan membahagikan rakyat Malaysia menjadi warga kelas pertama dan kelas kedua.
“Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook turut bercakap mengenai keperluan mengkaji semula dasar bumiputera dan bukan bumiputera.
“Konsep Malaysian Malaysia DAP kekal terpateri dalam DAP sehingga kini terbukti apabila laman web rasmi DAP menegaskan DAP komited memperjuangkan “Malaysia Malaysian” sosialis demokratik yang bebas,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Portal propembangkang melaporkan Mahathir sejak menyertai gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan dan selepas 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri memomokkan DAP buat pertama kali menjejakkan kaki ke ibu pejabat parti DAP malam tadi .
Malah, Mahathir dirakam duduk di dalam bilik mesyuarat Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur dengan wajah penuh bangga berlatar belakangkan logo gergasi DAP bersama-sama Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Mengulas lanjut, Kamarul dalam kenyataan sama mengingatkan Mahathir tentang bukunya sendiri yang diterbitkan tahun lalu bertajuk “Tun M: Inilah Perjuangan” yang memuatkan penentangan keras Mahathir terhadap perjuangan “Malaysian Malaysia” DAP.
Antara lainnya, Mahathir yang diangkat oleh DAP dan parti pembangkang lain untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan selepas keluar daripada UMNO itu pernah menyebut dalam buku tersebut:
“Orang bukan Melayu asyik menuntut hak persamaan, meminta supaya dimansuhkan hak istimewa orang Melayu. Sedangkan mereka tinggal di negara ini, mendapat kewarganegaraan, juga merupakan satu keistimewaan. Mereka boleh mengamalkan cara hidup mereka sendiri, bahasa sendiri, itu pun satu keistimewaan.”
“Mereka tidak boleh punyai sistem pendidikan sendiri, kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan, mereka tidak boleh mengamalkan budaya mereka, malah nama pun perlu ditukar kepada nama Malaysia, sepertimana yang dilakukan di Indonesia dan Thailand, pada masa itu barulah kita boleh mansuhkan hak istimewa orang Melayu.”
Justeru, katanya, apabila Mahathir sudah berkunjung ke Ibu Pejabat DAP parti yang memperjuangkan hak persamaan kaum di bawah konsep “Malaysian Malaysia”, maka tidaklah boleh disangkal lagi telah tersungkurnya beliau kepada agenda DAP. – MYNEWSHUB.CC
***************
Mengagalkan kepentingan Negara
Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa orang kepimpinan tertinggi bertemu Duta Besar dan Wakil Diplomatik negara-negara EU merupakan mengagalkan kepentingan Negara, semata-mata agenda politik sempit mereka.
Kenyataan Menteri Luar Negara:
Menurut Menteri Luar Negara Dato Seri Anifah Aman “Adalah usaha-usaha pihak Pakatan Harapan merupakan satu politik terdedak yang amat dikesali kerana mengundang campurtangan dan tekanan kuasa asing keatas nilai-nilai dan princip amalan demokrasi di Malaysia”.
Dr. Mahathir jelas menunjukkan sift munafiq kerana semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun 3 bulan dan 15 hari, beliau amat menentang campurtangan dan tekanan negara asigna, terutama dalaman isu dalaman negara dan amalan demokrasi.
Contohnya semasa episod pasca pemecatan Banduan Sodomi Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Ucapan Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore semasa sidang kemuncak APEC mengundang serangan hebat oleh pentadbiran Dr. Mahathir.
Laporan BBC: