30 years Fake News left uncorrected

An urban myth about Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, pertaining to being the cause of Private Adam Jaafar went amok thirty years ago was unravelled.

Malaysiakini story:

Adik Prebet Adam bela keluarga diraja Johor

Selepas lebih 30 tahun akhirnya ahli keluarga Prebet Adam yang dikaitkan dengan insiden membabitkan keluarga diraja Johor membuat pengakuan hari ini.

Kata adik bekas anggota tentera itu Hawa Jaafar abangnya itu bukannya meninggal dunia akibat dibunuh almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail.

“Adam mengamuk di Jalan Chow Kit pada 1987 kerana masalah di tempat kerja, bukannya kerana adik kami dibunuh almarhum sultan,” katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Nama Prebet Adam menjadi perhatian selepas dia mencuri selaras mesingan M-16 dan motosikal dari kem tentera di Ipoh dan menuju ke Kuala Lumpur.

Dia berusia 23 tahun ketika itu.

Dalam kejadian 17 Okt 1987 itu, Adam yang memiliki kemahiran sebagai penembak tepat tiba di Kuala Lumpur ketika keadaan politik sedang panas.

Dia kemudian mengamuk dengan melepaskan tembakan menggunakan M-16 menyebabkan seorang maut dan beberapa yang lain cedera.

Pada kaca di bilik hotel tempat Adam menginap sementara, ditemui mesej yang di tulis pada cerminnya: Malam sial untuk Adam. Misi: membunuh atau dibunuh.

Dia menyerah diri kepada dua jeneral tentera yang berunding dengannya pada petang 19 Okt.

Belanja RM3,000 sekepala

Insiden itu mencetuskan cakap-cakap yang tidak dibuktikan bahawa Adam berang kerana adiknya mati di tangan Sultan Iskandar.

Semalam pewaris takhta Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim – juga cucuanda kepada Sultan Iskandar – memberikan hadiah kepada sejumlah pengunjung pasar raya AEON di Tebrau City.

Tunku Ismail membelanjakan sejumlah RM1 juta – atau RM3,000 untuk satu kepala – buat pengunjung bertuah pasar raya berkenaan.

Hari ini pasar raya berkenaan ditutup sehingga notis lain dikeluarkan.

Perkembangan yang menggembirakan banyak pihak itu juga berlaku beberapa hari selepas Tunku Ismail membuat kenyataan mengecam pemimpin tertentu yang disifatkannya sebagai “lidah bercabang”.

Ia mendapat reaksi yang rencam daripada pelbagai pihak dan segera menghangatkan keadaan kerana ia berlaku selepas Parlimen Malaysia dibubarkan.

Hawa berkata semua adik-beradiknya masih hidup kecuali seorang yang meninggal dunia pada 1975. Itu pun – katanya yang ditemui media di George Town, Pulau Pinang – akibat kebakaran rumah.

“Saya minta maaf kepada keluarga Diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana terpalit dengan fitnah yang membabitkan abang saya, Prebet Adam,” katanya dipetik BH Online.

**********

Private Adam’s family stepped forward to tell their side of the story believed to be inspired by Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim’s posting in the Southern Tigers Facebook, warning against “The man with forked tongue”.

Amongst many of Almarhum Sultan Iskandar’s, passion is the Armed Forces. He ascended as the eighth Seri Paduka Yang DiPertuan Agong on 26 April 1984 and assumed the Commander in Chief of the Armed Forces.

He made it a point to visit Armed Forces on duty during Hari Raya Aidil Fitri holidays, be it at the borders or on warship patrolling the nation’s waters.

When he ascended the Johor Throne in 1981, he read Friday prayers sermon in mosques all over the state.

As the Yang DiPertuan Agong, he addressed the congregation after Aidil Fitri Hari Raya prayers.

Almarhum Sultan Iskandar was indeed a very kind and generous Ruler. He is a very caring Sultan too.

The noble trait is also manifested in his son, present Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar and grandson, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

It is good that we Malaysians be reminded of ‘Gurindam Dua Belas’.

GURINDAM DUA BELAS

karya: Raja Ali Haji

Satu

Ini Gurindam pasal yang pertama:

Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
Tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat.

Dua

Ini Gurindam pasal yang kedua:

Barang siapa mengenal yang tersebut,
Tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
Seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
Tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
Tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
Tiadalah ia menyempurnakan janji.

Tiga

Ini Gurindam pasal yang ketiga:

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi’il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjaian yang membawa rugi.

Empat

Ini Gurindam pasal yang keempat:

Hati itu kerajaan di daiam tubuh,
Jikalau zalim segala anggotapun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
Di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.
Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
Itulah perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpama ketor.
Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang lain yang berperi.

Lima

Ini Gurindam pasal yang kelima:

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
Lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
Sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
Bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Enam

Ini Gurindam pasal yang keenam:

Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh dimenyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan ‘abdi,
Yang ada baik sedikit budi,

Tujuh

Ini Gurindam pasal yang ketujuh:

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah landa hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.

Delapan

Ini Gurindam pasal yang kedelapan:

Barang siapa khianat akan dirinya,
Apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
Setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
Kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
Keaiban diri hendaklah sangka.

Sembilan

Ini Gurindam pasal yang kesembilan:

Tahu pekerjaan tak baik, tetapi dikerjakan,
Bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
Itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
Di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
Di situlah syaitan tempat bergoda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
Di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
Syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
Dengan syaitan jadi berseteru.

Sepuluh

Ini Gurindam pasal yang kesepuluh:

Dengan bapa jangan durhaka,
Supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
Supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan kawan hendaklah adil,

Supaya tangannya jadi kapil.

Sebelas

Ini Gurindam pasal yang kesebelas:

Hendaklah berjasa,
Kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
Buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
Buanglah khianat.
Hendak marah,
Dahulukan hujjah.
Hendak dimalui,
Jangan memalui.
Hendak ramai,
Murahkan perangai.

Duabelas

Ini Gurindam pasal yang kedua belas:

Raja mufakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
Hukum ‘adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh ‘inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
Itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
Kepada hati yang tidak buta.

Tamatlah Gurindam yang duabelas pasal yaitu karangan kita Raja Ali Haji pada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga likur hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima, Negeri Riau

***********

Almarhum Sultan Iskandar lived up to the expectation of the Ruler of Johor, how envisaged and chronicled by Raja Ali Haji, one hundred seventy five years ago.

*Updated 1700hrs

Advertisements
Published in: on April 12, 2018 at 13:30  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2018/04/12/30-years-fake-news-left-uncorrected/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: