Zahid: UMNO Bangkit dan Memandang kehadapan

Calon Presiden UMNO pada pemilihan parti Sabtu 30 Jun 2018 ini Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berhasrat membawa wadah perjuangan orang Melayu itu kehapadan dan terus mewarisi kerjasama dengan etnik lain tanpa menafikan hak mereka dalam usaha memartabatkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Seorang pemimpin yang pernah menerajui organ parti pelbagai peringkat sepanjang tiga puluh tahun ini, beliau mempunyai rekod menyuarai dan membawa agenda akar umbi dan warga marhaen dalam UMNO.

Ini termasuk sebagai Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO, mencabar Presiden UMNO ketika itu mengenai persepsi amalan ‘kronyism’ dan ‘pilih-kasih’ Kerajaan dalam ucapan dasar mesyuarat agung tahunan sayap parti pda tahun 1997.

Zahid juga pernah ditahan oleh Polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam episod pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 2 dan 3 September 1998.

Pendekatan Zahid apabila menjadi Menteri juga membawa perbezaan dan mengukir sejarah.

Doa untuk pejuang bangsa: (dari kiri) Birg Gen Rahim, Jen Tan Sri Zulkifli, Dato’ Seri Zahid, Dato’ Dr Latif dan wakil Kelab RAMD

Beliau merupakan Menteri Pertahanan pertama yang memberi penghormatan kepada 1 Rejimen Askar Melayu dengan secara rasmi mewakili Kerajaan Malaysia bagi pada upacara memperingati ulang tahun ke 70 pertempuran dimana 146 perwira terdiri dari pegawai dan anggota Askar Melayu gugur mempertahankan kubu di Bukit Chandu, Singapura pada 14 Februari 1942.

‘Projek Jiwa Murni’ yang diperkenalkan Kementerian Pertahanan merupakan strategi Kerajaan dibawah pimpinan Zahid untuk menggunakan sumber teinikal dan kepakaran tentera dalam membawa pembângunan terutama infrastruktur dikawasan luar bandar terutama pendalaman Sabah dan Sarawak.

Penerimaan rakyat keatas kepimpinan beliau sebagai wakil rakyat juga membuktikan keyakinan dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Dalam PRU 14 baru ini, Zahid mendapat pertambahan majoriti berbanding dengan dua pencabar utama dalam pertandingan merebut keresi Presiden UMNO.

Apa yang lebih menarik ialah kerusi Parlimen Bagan Dato’ merupakan demografi pengundi dikalangan orang Melayu paling kecil peratusan berbanding dengan dua kerusi Parlimen pesaing beliau dalam pertandingan jawatan Presiden UMNO itu.

Ini mengukuhkan bahawa penerimaan kepimpinan Zahid sebagai wakil rakyat dikalangan pengundi Bukan Melayu juga lebih menyakinkan.

Zahid secara yakin menerima kepertanggung jawaban untuk meneruskan wadah perjuangan UMNO dan memperingkatan sokongan orang Melayu, yang terbukti masih mendukung sokongan rakyat dengan kedudukan parti yang ditubuhkan sebagai suara massa orang Melayu untuk menentang empayar kuasa besar dunia, iaitu Britain lenin 72 tahun lampau.

Latar belakang Zahid juga jalan sebagai seorang marhaen dan mendapat pengajian dari IPTA tempatan, berbanding dengan kedua-dua pencabar beliau yang berasal dari golongan menenegah atas dan menerima ijazah dari universiti di United Kingdom.

Beliau juga mempunyai rekod sebagai pemimpin UMNO yang menunjukkan minat dan keterbukaan menerima sebarang aspirasi akar umbi. Ini mudah dibuktikan dalam perjalanan sebagai pemimpin UMNO sepanjang 30 tahun ini menyantuni pelbagai organ parti disemua peringkat, seluruh negara.

Ini merupakan modal berharga bagi Zahid membukti bahawa beliau merupakan personaliti yang paling layak menerajui parti keramat orang Melayu untuk bergerak kehadapan membawa perjuangan nasionalism dan mempertahankan kedudukan Islam dan orang Melayu, sebagai yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan parti UMNO.

 

Advertisements
Published in: on June 26, 2018 at 23:30  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2018/06/26/zahid-umno-bangkit-dan-memandang-kehadapan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: