Larangan Kementerian Haji Saudi untuk urus Furada

Kementerian Haji dan Umrah Kingdom of Saudi melarang Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menguruskan jemaah Haji dari Malaysia yang menguruskan visa mereka secara peribadi (Furada).

Kenyataan media TH

Laporan New Straits Times:

Tabung Haji will no longer manage pilgrims on Furada visa

By Nadia Hamid – August 12, 2018 @ 3:01pm

KUALA LUMPUR: Effective immediately, Tabung Haji (TH) will no longer manage Malaysian pilgrims on Furada (private) visas.

This follows a directive from the Saudi Arabian Haj and Umrah Ministry, the TH Public Affairs and Corporate Communications Division said in a statement, adding that the new regulation was for pilgrims from all countries.

“This year, the Haj and Umrah Ministry has decided to place pilgrims on Furada visas from all countries in a specific tented area, separate from those handled by their respective countries.

“This initiative was taken by the ministry so as to be able to better manage pilgrims on Furada visas,” the statement said.

Apart from allocating of 30,200 for Malaysian pilgrims, the Saudi Arabian embassy in Malaysia also provides Furada visas on a case by case basis.

“TH respects and will follow the rules and regulations set by the Haj and Umrah Ministry for the sake of the safety and comfort of pilgrims, whether those who are already there (under TH) or those on Furada visas.

“As part of the risk management plan set by the Saudi Arabian government, TH has also been required to provide a certain number of additional beds at all 18 buildings where Malaysian pilgrims are placed, in case any emergency or unforeseen incident should take place in the Holy Land,” the statement said.

TH also advised the public to be careful and not be easily influenced by any individual or agency offering Furada visa or haj packages not authorised by TH.

“The public should be careful so as to avoid cases of fraud which often happen during the haj season,” it said.

**************

Kenyataan media TH yang dilaporkan NST ini adalah respons kepada kenyataan peguam Dato’ Abu Backer Sidek berkenaan TH tidak menguruskan Jemaah Haji Furada dari Malaysia.

Ianya disiarkan dalam Sinar Harian

TH digesa kendalikan bakal jemaah Haji Visa Furada

TH digesa kendalikan bakal jemaah Haji Visa Furada

Abu Backer Sidek
A-A+ (Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pejuang Rukun Negara dan Perlembagaan menggesa agar Lembaga Tabung Haji (TH) mengendalikan bakal jemaah Haji Visa Furada (visa urusan sendiri) sekali gus memudahkan peluang bakal jemaah yang kurang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Abu Backer Sidek, berkata, keenganan TH melaksanakan urusan bagi proses surat kelulusan yang telah diterima rakyat seolah-olah merampas peluang tersebut dari rakyat.

Menurutnya, TH di bawah kerajaan baharu sepatutnya lebih peka dan membantu memudahkan rakyat bukannya mengambil tindakan yang merugikan.

“Saya difahamkan Kedutaan Saudi telah memberi kelulusan 500 visa dan mungkin menjangkau ke 1,000 tetapi mereka yang terima surat ini hanya mampu melihat surat kelulusan sahaja jika tidak mampu kerana TH tidak mahu mengendalikan mereka.

“Ada kumpulan seperti pesara polis, kakitangan kerajaan, guru-guru, dan invidu yang menerima surat kelulusan ini bukannya golongan yang mampu untuk mengambil pakej mengerjakan haji dengan pihak swasta. Jadi mereka amat mengharapkan kepada TH.

“Pada saya, mereka seperti dikhianati oleh TH. Peluang itu dirampas kerana TH menutup pintu mengendalikan jemaah Visa Furada,” katanya kepada Sinar Harian ditemui di Lobi Menara TH, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau berusaha untuk menemui pihak pengurusan tertinggi TH bagi mendapatkan penjelasan dan status sebenar perkara berkenaan bagaimanapun gagal.

Beliau dalam pada itu menambah, TH wajar meneruskan proses bagi mengendalikan jemaah Haji Visa Furada bagi mengelakkan berlaku pembaziran.

“Menerusi sumber dalaman yang boleh dipercayai, saya dimaklumkan sekiranya TH tidak mengendalikan bakal jemaah visa Furada ini, akan ada 300 kekosongan katil yang telah ditempah. Nilai untuk satu katil adalah RM7,000. Jadi bayangkan berapa kerugian di situ.

“Jadi mengapa tidak TH teruskan sahaja pengendalian ini sekurang-kuranganya untuk tambahan satu lagi penerbangan,” katanya.

Visa Furada adalah pemberian mutlak Kedutaan Saudi kepada mana-mana individu mahupun syarikat terpilih menawarkan pakej haji.

Sebelum ini, TH mengendalikan jemaah yang memperolehi Visa Furada dan membuat beberapa penerbangan tambahan bagi musim Haji.

************

Tindakan TH ini adalah wajar kerana Jemaah Haji Furada Malaysia wajar bertanggung-jawab atas urusan Haji mereka sendiri kerana visa yang dikeluarkan Kedutaan Besar Kingdom of Saudi itu sebenarnya dibuat diluar sistem TH.

Semua Jemaah Haji Malaysia melalui TH diuruskan bermula dari menerima surat tawaran mengerjakan Haji dan pengurusan passport dan visa, melalui proses yang sedia ujud antara TH dan Kementerian Haji dan Umrah Kingdom of Saudi.

Kenyataan Backer yang mengelirukan ini hanya menimbulkan keresahan perasaan rakyat Malaysia, terutama dikalangan orang Melayu kerana isu berkenaan Haji, pengurusan jemaah dan TH dianggap sebagai isu-isu yang amat sensitif.

Dalam akaun Facebook Backer, beliau juga membuat komen:

Ketua Rombongan Haji menipu lagi…dulu kat tak Batal Penginapan Percuma Jemaah Transit / memerlukan TAPI Bila bakal jemaah Baji minta Bilik maka TH minta bayaran KINI Visa Furada pula di katakan Kem Haji Saudi tak benarkan TH uruskan. Semua Negara di Dunia ada Visa Furada yg di keluarkan atad Budibicara Duta dan mana mungkin aemua Negara Operator Hajinya boleh uruskan bakal jemaah Haji berkenaan TAPI Maaysia aje tak Beleh ??? SYED SALLEH TUNJUK BUKTINYA JIKA BERKATA BENAR!!!

***************

Ini bukan kali pertama Backer cuba untuk menimbulkan keresahan dikalangan orang Melayu mengenai pengurusan jemaah Haji Malaysia.

Sinar Harian 25 Julai 2018

TH nafi penginapan bakal jemaah ditarik

TH nafi penginapan bakal jemaah ditarik

Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah Gerakan Haji Mohd Hisham Harun berkata demikian di Sepang, hari ini.
A-A+ (Ubah saiz teks)

SEPANG – Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan sesetengah pihak menyatakan mereka menarik kemudahan penginapan percuma bagi jemaah transit melebihi satu hari seperti disediakan pada musim-musim haji terdahulu.

Pengurus Besar Kanan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menjelaskan, tiada keperluan bagi bakal jemaah haji transit menginap di kompleks TH susulan pelbagai penambahbaikan yang telah dilakukan.

Menurutnya bermula musim haji tahun ini, beberapa penambahbaikan telah dilakukan TH termasuk menyediakan penerbangan ‘direct transit’ dari tujuh stesen berlepas lain.

“Bakal jemaah daripada stesen lain tidak perlu keluar dari KLIA ke Kompleks TH Sepang kerana penerbangan mereka akan diteruskan dengan penerbangan sewa khas ke Tanah Suci.

“Ia sekaligus memendekkan tempoh menunggu jemaah dari stesen luar untuk berlepas ke tanah suci,”katanya dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Syed Saleh berkata, pada musim haji terdahulu kemudahan penginapan percuma disediakan di Kompleks TH Kelana Jaya dari stesen lain atas kekangan penerbangan atau jadual penerbangan transit aqal melebihi satu hari sebelum mereka bertolak ke tanah suci.

“Bakal-bakal jemaah haji tahun ini yang memilih untuk berlepas dari KLIA hanya perlu melapor diri di Kompleks TH Sepang empat jam sebelum masa penerbangan. Tiada keperluan untuk menyediakan bilik penginapan,”ujarnya.

Bagaimanapun katanya, jika waris dan bakal jemaah yang memilih untuk datang awal dari waktu dan tarikh lapor diri, mereka perlu membuat persediaan tempat tinggal sendiri.

Sementara itu selain Kompleks TH Sepang, tujuh stesen berlepas lain yang disediakan TH di seluruh negara adalah di Alor Setar, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Pada masa sama, Syed Saleh menafikan satu posting tular di media sosial yang mendakwa jemaah haji terpaksa menjadi gelandangan kononnya disebabkan kerajaan menarik balik kemudahan.

Syed Saleh menjelaskan dakwaan itu tidak benar, jika senario itu memang berlaku setiap kali musim haji kerana bakal-bakal jemaah diiringi waris dan ahli keluarga yang menghantar mereka ke kompleks TH sebelum berlepas.

“Yang ramai itu waris, saudara mara. Bukan jemaah. Tidak timbul masalah gelandangan. Itulah senario musim haji di mana sanak saudara berkumpul untuk menghantar ahli keluarga mereka menunaikan haji,”katanya.

Tambahnya, TH sentiasa berusaha menyediakan dan menambahkan baik perkhidmatan kepada pada jemaah haji semasa di tanah air mahupun ketika di tanah suci.

Kelmarin, beberapa gambar tular di media-media sosial memaparkan suasana padat di Kompleks TH Sepang dengan dakwaan bakal jemaah haji terpaksa menjadi gelandangan kerana kerajaan tidak menyediakan penginapan percuma.

*************

Penjelasan Pengurus Besar Haji Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman ialah respons keatas kenyataan Backer, yang mempersoalkan TH tidak menyediakan penginapan bagi bakal-bakal Jemaah Haji Malaysia, juga tular akbar kenyataan Backer melalui media sosialnya dan dilaporkan Sinar Harian.

TH dituntut kembalikan penginapan percuma

Abu Baker Sidek

Abu Baker Sidek
A-A+ (Ubah saiz teks)

SHAH ALAM – Tabung Haji (TH) dituntut mengembalikan perkhidmatan penginapan percuma kepada bakal jemaah haji yang transit musim ini.

Pengamal Undang-undang, Datuk Abu Baker Sidek berkata, ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, penginapan percuma kepada jemaah haji dihapuskan dan dikenakan bayaran yang dianggap mahal kepada jemaah.

Katanya, sedangkan bakal jemaah haji selaku pendeposit wajar mendapat layanan terutamanya dalam pemberian penginapan percuma sebelum berlepas ke Tanah Suci.

“Selama bertahun-tahun, bakal jemaah haji daripada Kedah, Perak dan lain-lain negeri diberi penginapan secara percuma selama satu hari sebelum ke Tanah Suci tetapi tidak lagi bermula musim ini,” katanya yang mendapat aduan daripada jemaah haji.

Jadi beliau berkata, TH wajar memberi penjelasan berhubung ketiadaan penginapan percuma yang disediakan sebelum ini.

“Saya menggesa dan meminta pihak TH supaya mengubah keputusan berkenaan dan memberikan penginapan percuma di seluruh negara kepada bakal jemaah haji yang memerlukan untuk transit sebagaimana yang dilakukan selama 35 tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, jika TH gagal berbuat demikian, beliau akan memfailkan satu permohonan di mahkamah untuk mendapatkan perintah mandatori dan menghalang TH serta ejen-ejennya daripada mengenakan apa-apa bayaran kepada bakal jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan penginapan di bawah badan pengurusan haji berkenaan.

Abu Baker berkata, bermula musim ini, semua urusan berkaitan haji di Kompleks TH Kelana Jaya berpindah ke premis baharu iaitu di Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehingga kini Sinar Harian masih berusaha mendapatkan respons rasmi daripada TH bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Ketika menghubungi bahagian perkhidmatan awam TH, kakitangan badan pengurusan haji itu mengakui sebelum ini, TH ada menyediakan tempat penginapan iaitu asrama kepada bakal jemaah haji di Kompleks TH, Kelana Jaya.

Kakitangan TH itu berkata, bermula tahun ini, bakal jemaah haji dari negeri-negeri akan melaporkan diri di cawangan TH di negeri masing-masing dan akan transit di KLIA sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Suci.

“Tempoh menunggu untuk ke Tanah Suci tidaklah mengambil masa yang lama sehinggakan bakal jemaah perlu menginap,” katanya.

Difahamkan, bakal jemaah dan waris yang mahu menginap, TH menyediakan bilik di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) di Sepang tetapi kos penginapan ditanggung sepenuhnya oleh jemaah.

Penerbangan pertama haji akan berlepas pada Ahad ini sementara penerbangan terakhir ke Tanah Suci dijangka pada 14 Ogos depan.

***************

Pengurusan Jemaah Haji Malaysia dibawah TH adalah lebih efisyen sekarang bernabding musim Haji terdahulu. Ini kerana peroses untuk menguruskan Jemaah Haji Malaysia lebih repat dan kemas, terutama komplex baru TH Movenpick di Sepang yang mula beroperasi musim Haji ini.

Soal immigrasi Kingdom of Saudi juga diproses di KLIA, berbanding dengan apabila tiba di Jeddah atua Madinnah. Ini juga tidak mengambil kira Jemaah Haji Malaysia merupakan jemaah haji antarabangsa yang menggunakan terminal haji baru di Jeddah.

Effisyensi pengendalian dan pengurusan Haji mewajarkan Jemaah Haji Malaysia tidak perlu lagi diberikan penginapan apabila mendaftar untuk berangkat mengerjakan Haji.

Sekaligus, subsidi yang ditanggung TH berjumlah lebih RM13,000 seorang tidak meningkat, dimana bayaran yang dikenakan bagi setiap Jemaah Haji TH Malaysia masih kekal pada RM9,980 seorang.

Subsidi Haji ini berjumlah hamper RM400 juta setahun.

Laporan Mole.my

Pilgrims don’t need accommodation due to shorter transit time

Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman

Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman

Ahirul Ahirudin
Written by Ahirul Ahirudin

SEPANG – July 25, 2018: The more efficient flight and processing procedures for those going on their pilgrimage now means that they do not need pre-departure accommodation.

The better system results in a transit time at the complex here of just a few hours, said Tabung Haji senior general manager Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman in reaction to a suggestion by Wanita Umno leader Datuk Noraini Ahmad that the agency reinstate the free accommodation service.

“We used to provide accommodation on a first come first served basis because there was a time when pilgrims were on transit at our complex for more than a day.

“But since three years ago we have improved the processes so that the transit time does not exceed three hours,” said Syed Saleh.

Including the complex here, there are eight departure stations in the country, from where the pilgrims are brought directly to the KL International Airport. Their transit period will take only two or three hours.

The departure points are in Alor Setar, Penang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu and Kuching.

So far there have been 24 flights to Saudi Arabia.

*************

Difahamkan, Backer tidak berhubung dengan Bahagian Hal Ehwal Awam dan Kommunikasi Korporat TH dan berusaha mendapatkan penjelasan sebelum membuat kenyataan dan kemudian tular dalam sosial media, berkenaan pengurusan Jemaah Haji Malaysia musim 1439H ini.

Kedua insiden ini membukti Backer dengan sengaja memilih untuk memburukkan TH dan menimbulkan keresahan dikalangan orang Melayu, yang sememangnya sensitif dan mudah menimbulkan reaksi berkenaan isu yang sebenarnya boleh diperjelaskan sekiranya dibangkitkan sebelum mebuat kenyataan dan menularkannya.

Ini adalah contoh bagaimana TH diserang melalui media sosial oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dan mungkin berkepentingan.

Hakikatnya, maklumat boleh diputar-belitkan dan akibatnya, orang Melayu sendiri akan rugi sekiranya terpedaya dengan perkara yang sebenarnya mudah diperjelaskan.

Advertisements
Published in: on August 12, 2018 at 21:00  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2018/08/12/larangan-kementerian-haji-saudi-untuk-urus-furada/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. […] Big Dog’s growl towards a lawyer Dato for ridiculous expectation on Lembaga Tabung Haji came off as a surprise. Why is the newly appointed Chairman, Tan Sri Mohd Nor Yusof rather […]

  2. […] yg terpendam…😜😜😜 Lagi pun ni bukan kali pertama Abu Becker keluarkan kenyataan ‘mengelirukan’ yang menyerang TH… Takkan maslahah jemaah haji pun nak di ambil […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: