Kuasa-usaha

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku bahawa parti Chauvinis Cina DAP dan pemimpin yang satu masa lama menjadi seteru beliau sebagai pemimpin utama orang Melayu, merupakan tinggal kuasa-usaha dibelakang kejayaan mengagalkan Kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu

Utusan Malaysia

DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri – Dr Mahathir

January 7, 2019

Abdul Mursyid

KUALA TERENGGANU – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata, memang pada awalnya dalam politik, DAP adalah sebuah parti seteru namun keadaan telah berubah menjadikan parti tersebut sebagai rakan sekutu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah satu pakatan, PH.

“Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jikalau menang dalam PRU lalu adalah DAP.

“Mereka (DAP) tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan, semuanya ini datang dari DAP. Jadi, kalau orang kata (DAP) musuh, kenapa pilih saya.

“Mereka juga sedar, kerosakan yang dilakukan pemimpin kerajaan terdahulu perlu disingkirkan dan sebab itulah kita menang dalam PRU-14,” katanya.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH merangkap Pengerusi Bersatu menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Pejabat Bersatu Negeri Terengganu di Ladang Tok Pelam di sini hari ini. – UTUSAN

************

Hakikatnya, Dr Mahathir tergamak menjadikan diri sendiri sebagai alat politik mereka yang menentang kuasa orang Melayu sebagai tunggak Kerajaan dan dasar-dasar pro-Melayu dan Islam.

DAP ujud atas sentimen menentang kuasa orang Melayu dan hampir kesemua kerusi yang dimenangi parti itu ialah kawasan dimana orang Melayu bukan majoriti.

Advertisements
Published in: on January 7, 2019 at 22:00  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2019/01/07/kuasa-usaha/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: