Perkara itu ditegaskan oleh Profesor Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican yang menyifatkan tiada tolak ansur berhubung dakwaan berkenaan kerana hal itu melibatkan etika politik.

Sambil mempersoalkan mengapa terdapat segelintir golongan yang berpendidikan masih menerima pemimpin ‘palsu’ itu atas dasar kejujuran, Dr. Ahmad Murad menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mewujudkan kod amalan parti dan ahli parti politik.

“Mengapa perlu kita bertoleransi terhadap pemimpin palsu yang memalsukan imej mereka? Mengapa perlu kita terima mereka sebagai Timbalan Menteri (luar), menteri besar atau Menteri Kabinet?

TRANSKRIP dan sijil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang dimiliki Datuk Marzuki Yahya dar

TRANSKRIP dan sijil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang dimiliki Datuk Marzuki Yahya dari Cambridge International University (CIU) Amerika Syarikat. – UTUSAN ONLINE

“Mengapa mereka yang terdidik, tidak kira kelayakan asalkan dipaparkan dengan jujur, menerima mereka yang palsu ini sebagai pemimpin kita di Malaysia? Warga negara wajib bangkit menentang dan menjatuhkan mereka yang memimpin kita dalam kepalsuan. Tiada tolak ansur dalam hal ini.

“SPR mesti mewujudkan kod amalan parti dan ahli parti politik. Pengawalan selia politikus mesti dilaksanakan. ‘Enough is enough’,” tegasnya dalam status hantaran di laman Facebook rasminya, Ahmad Murad Merican, di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan isu ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya kini mendapat perhatian antarabangsa apabila agensi berita, AFP mela¬porkan mengenainya.

Selepas cerita ‘sijil palsu’ Marzuki, orang ramai mula meragui kelayakan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. – UTUSAN ONLINE