Gerontocracy Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad put his foot down on the polemic arisen from the proposal to re-introduce Jawi in Bahasa Melayu at schools.
Malaysiakini based on Bernama story:
PM bagi lampu hijau belajar Jawi dalam sukatan BM
PM bagi lampu hijau belajar Jawi dalam sukatan BM
(Dikemaskini )
Penggunaan tulisan khat Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat boleh diteruskan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Merujuk bantahan sesetengah pihak mengenai perkara itu, perdana menteri berkata ia hanya melibatkan sebahagian kecil masyarakat.
Beliau berkata kerajaan berpegang kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak pernah menghalang penggunaan tulisan bahasa lain.
“Kita tak pernah bantah tulisan lain (termasuk) dalam bahasa Cina kerana ini adalah sesuatu yang istimewa di negara kita ini.
“Tulisan bahasa Cina tidak dibenarkan di negara lain seperti Indonesia umpamanya, Filipina dan Thailand, mereka guna tulisan mereka,” katanya menjawab pertanyaan seorang peserta Townhall Semarak Merdeka bersama Perdana Menteri di Melaka mengenai bantahan penggunaan tulisan khat.
Kenyataan perdana menteri itu menerima tepukan gemuruh ratusan hadirin pada sesi townhall itu yang diadakan sempena kunjungan Dr Mahathir ke Melaka bagi merasmikan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, malam ini.
Media sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum Tahun Empat Bahasa Melayu bermula tahun hadapan.
Bagaimanapun Kementerian Pendidikan dalam kenyataan semalam menegaskan bahawa pengenalan tulisan khat Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat akan dilaksanakan tahun hadapan seperti dijadual.
Dr Mahathir berkata tulisan khat merupakan satu seni yang tinggi dan ketika kunjungan beliau ke Turki baru-baru ini, beliau melihat rakyat negara itu amat mahir dalam penulisan seni khat Arab walaupun mereka juga menggunakan tulisan rumi.
– Bernama
*********
It is very strong stance made by Gerontocracy Prime Minister amidst growing sentiments against Chinese Chauvinism amongst DAP leaders, particularly the hardliners.
Gerontocracy Prime Minister Dr Mahathir also made the timely call, in a juncture of his lowest political ebb. Especially in the period of arising pressure for the timetable for him to forgo the Premiership, to make way for PKR President Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.
Lip Eng padam status akibat dikecam
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Selepas lima jam memuat naik status berbaur penghinaan, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng akhirnya menyunting hantaran yang menyifatkan pelaksanaan pengenalan tulisan khat seperti menyapu tahi lembu pada wajah diri sendiri.
Selepas mendapat kecaman warga maya meskipun telah menyunting hantaran itu, beliau bagaimanapun memadam sepenuhnya hantaran tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.
Pada awal hantarannya memberitahu, tindakan itu adalah bertentangan dengan rancangan dasar negara jiran yang mahu memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar muda.
“Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenalkan khat. Tolonglah,” katanya.
Beliau mengulas ketegasan Kementerian Pendidikan untuk meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun 2020 – UTUSAN ONLINE
*********
The negative reaction to Ministry of Education’s proposal for the re-introduction of Jawi in Bahasa Melayu drew a lot flak.
Leave a Reply