Saluran Seludup

Gejala penyeludupan yang kemungkinan makin menular dikalangan warga Malaysia, termasuk golongan immigran negara, lambas laun akan bergerak menjadi encaman sekiranya telah pun menjejaskan kepentingan negara.

Laporan Utusan Malaysia:

Rokok seludup RM4.2 juta dirampas

**********





10 Ogos 2019 11:18 AM





13

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Polis menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup dengan merampas sebanyak 25,750 karton rokok jenama U2 bernilai RM4.2 juta selepas cukai taksiran menerusi operasi khas di Mersing, Johor, semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi dijalankan Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas jabatan itu selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Ujarnya, sindiket itu dipercayai aktif menjalankan aktiviti pengedaran rokok seludup di kawasan Semenanjung Malaysia.
“Dalam operasi tersebut, kita turut menahan lima lelaki tempatan berusia lingkungan 23 hingga 37 tahun. 
“Selain rampasan rokok, kita juga menyita sebuah lori dan sebuah kereta Proton Wira yang digunakan sindiket untuk menjalankan aktiviti penyeludupan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Acryl Sani, kesemua suspek ditahan reman di Ibu pejabat Polis Daerah Mersing selama tiga hari bermula semalam sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

********

Mungkin rokok dipandang sebagai perkara remeh sekiranya ianya penyeludupan bahan yang menjadi sebahagian dari konsumsi warga Malaysia, termasuk golongan imigran.

Menurut laporan pakar, negara kerugian jumlah pendapatan kasar lebih RM6 billion setahun akibat penyeludupan rokok.

Ianya tidak setakat daripada industri rokok tempatan, termasuk pendapatan kepada Kerajaan melalui cukai, duti import dan lesen, tetapi agihan pendapatan daripada industri tersebut dalam bentuk perniagaan, pendapatan pekerja dan petani tembakau.

Penyeludupan rokok juga merupakan ancaman yang luar daripada jawapan pihak berwajib.

Bahaya ini akan meninggalkan kesan kepada seluruh eko-sistem peruncitan, terutama dikedai-kedai makan, pusat istirehat dan maupun kedai runcit-mudah (convenient store), stesyen minuak dan sebagainya yang sebenarnya makin bertambah.

Published in: on August 15, 2019 at 22:00  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2019/08/15/saluran-seludup/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: