Seludup semakin sakit

Penyeludupan semakin meningkat kerana penguncupan kemampuan yang lahir daripada strategi ‘cukai dosa’ (sin tax) yang dikenakan bagi mengurangkan penggunaan barangan seperti rokok dan arak.

Strategi ini bertujuan mengalihkan perbelanjaan bagi perubatan merawat pesakit yang meningkat kerana merokok.

Namun, ianya mengundang permasalahan yang berlainan.

Nilai penyeludupan rokok ini telah menyelenyapkan lebih RM5b pendapatan.

Kajian menunjukkan peningkatan cukai mendadak, tidak mengurangkan penggunaan malah permintaan menjadikan aktiviti penyeludupan meningkat mendadak.

Dianggarkan 10billion batang rokok diseludup dan edarkan setiap tahun di negara ini. Data ini meletakkan Malaysia negara no.1 dunia dalam aktiviti rokok seludup.

Rakyat, samada warga atau masyarakat immigran, tidak menghiraukan apa-apa kesan daripada rokok yang diseludup, termasuk bahan yang tidak dikawal.

Kajian menunjukkan penyeludupan rokok ini begitu berleluasa.

Ianya juga menjadi saluran yang sama kepada arak yang diseludup.

Persoalan dari perspektif keselamatan dalam negeri timbul sekiranya saluran penyeludupan ini begitu berleluasa dan tidak mendapat kawalan sewajarnya, apa lagi bahan yang berjaya diseludup ‘menumpang’ saluran yang sama?

Published in: on August 29, 2019 at 22:00  Leave a Comment