
Penjualan yang belum selesai!
(pasca PH dapat kuasa)
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat asset bangsaku dijarah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan golongan terpilih itu selalu terpelihara
Bagi lain-lainya air mata sengsara
mengiringi setiap langkah eksesais kroni kita
Tugas sekarang bukannya sukar
Kerana menjual pasca kemajuan tercapai
Rupanya jauh senang dari bermandi
Keringat dan darah untuk mengadakannya
Lagi pula apalah ertinya Malaysia Bahru
Kalau bangsaku asyik dibodohkan
Dan terus dihina olehku,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
Kroniku masih memfaraid buta
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukankah keangkuhkan dan obsessi
Menghina dan menjatuhkan Bangsa sendiri
Diwayangkan sebagai ‘Meneruskan perjuangan’
Kedudukan Bangsa kita sebelum ini
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi menjarah kepentingan dan asset bangsa
kerana hanya kroni yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar mengayakan kengkawan dan mengisi jong-jong mereka
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan palsu yang cuba didustakan sebagai buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang kita lemahkan dengan sengaja
Dan kita andaikan mudah kecewa
Kepada golongan terpilih dan kroni ketat
Tetapi syurga dijanjikan sementara
Selagi ada masa untuk menjarah dan melipat
Penjualan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Kroniku yang berjaya.
(Adapted from the original work, 4 May 1996)
.
Leave a Reply