The botched bully of Precinct 9

It is abundantly clear of late, the Malaysia Anti Corruption Commission (MACC), which is supposed to be an independent law enforcement agency against graft, has be relegated and adulterated as a political tool and serving vengeance.

Example is former Deputy UMNO President Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, currently undergoing trial of 43 charges of combined money laundering, CBT and corruption charges.

It is very interesting on the details of day-to-day prosecution presenting their cases and the witnesses they have put on the stand.

One chemist found that the so called cheques signed by Dr Zahid making payments using his personal Yayasan Budi Foundation, was stamped instead of handwritten.

The Directors of Datasonic Digital Bhd ambited on stand the monies they passed to Dr Zahid was not a ‘bribe’.

Two other Directors of two separate firms also admitted the monies they passed to legal firm Lewis & Co, is a trustee for Yayasan Akal Budi, is for charity.

Specifically, for building mosque.

A one stop centre visa processing firm Profound Radiance Sdn Bhd’s contract was not extended by the way of the Home Minister but the Prime Minister.

The Director of the firm attested that RM2million in three cheques written in the name of Lewis & Co, was for charity.

The Malaysiakini story:

Kes Zahid: Minit dari Najib sebab penilaian semula Profound Radiance – saksi

20 Feb 2020, 3:04 petang (Dikemaskini 20 Feb 2020, 4:57 petang)M Fakhrull Halim  |  BeritaA A

Sepucuk surat mengandungi minit (catatan) bekas perdana menteri, Najib Razak merupakan ‘pencetus’ kepada penilaian semula terhadap syarikat Profound Radiance Sdn Bhd (PRSB), setelah lantikannya sebagai pengendali pusat sehenti (OSC) permohonan visa di Bangladesh, dibatalkan pada 2015.

Hal itu diakui oleh bekas setiausaha bahagian hal ehwal imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Shahril Ismail, ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Ahmad Zaidi Zainal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shahril ialah saksi ke-37 perbicaraan kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah (CBT) dana Yayasan Akalbudi membabitkan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Zaidi merujuk Shahril dengan surat rayuan terhadap pembatalan tersebut dari PRSB kepada Najib pada November 2015, yang dicatit dengan minit dari Najib untuk Zahid berbunyi “bersetuju diberi peluang jika tiada kesalahan dilakukan’’.

Zaidi: Itulah (minit dari Najib) yang cetuskan (trigger) seluruh senario ini, seluruh keterangan kamu hari ini?

Shahril: Ya. 

Setelah penialain semula, PRSB dilantik sebagai pengendali perkhidmatan OSC di Pakistan dan Nepal, berkuat kuasa 15 Jun 2016.

Dalam pernyataaan saksinya, Shahril memberitahu lantikan PRSB sebagai pengendali OSC yang berperanan memproses permohonan visa Malaysia bagi warga asing di Bangladesh, dibatalkan berkuat kuasa 11 November 2015 memandangkan tiada sebarang operasi dijalankan PRSB di situ. 

Susulan pembatalan itu, pengarah PRSB, Azlan Shah Jaffril menulis surat rayuan kepada perdana menteri pada 12 November 2015, dan mendapat minit berkenaan pada surat rayuannya, manakala dua surat rayuan turut ditulis kepada Zahid pada 2016, turut diminit oleh Zahid sendiri pada salah satu surat berkenaan. 

“Saya tidak tahu bagaimanakah pihak PRSB boleh memperoleh surat berminit tersebut. Terdapat minit daripada Zahid kepada saya yang menyatakan ‘sila berbincang dengan saya dan lihat minit dari YAB PM (perdana menteri) dan beri penjelasan kepada saya mengenai kedudukan sebenar’,” katanya lagi.

Bagaimanapun semasa pemeriksaan balas oleh Zaidi, Shahril mengakui segala prosedur telah dipatuhi dalam lantikan baru PRSB di Nepal dan Pakistan, dan Zahid tidak ada memberi arahan spesifik untuk meluluskannya dengan melanggar prosedur.

Azlan (pengarah PRSB) yang turut hadir sebagai saksi ke-38 pula mengakui memberikan tiga keping cek bernilai RM2 juta- sekeping sebagai “political fund to TPM” (sumbangan politik kepada timbalan perdana menteri) dan “charity” (kebajikan) untuk dua keping lagi cek.

Cek yang ditujukan buat Lewis & Co itu diberikan sendiri kepada Zahid dalam tiga pertemuan berasingan, iaitu di pejabat TPM pada 2 Ogos 2017 (berjumlah RM300,000), di pejabat KDN pada 4 Januari 2018 (berjumlah RM1 juta), dan rumah Zahid pada 13 Febuari 2018 (berjumlah RM700,000).

“Zahid tidak pernah meminta kepada saya apa-apa sumbangan dan saya memberikan cek tersebut adalah merupakan sumbangan dari pihak Profound Radiance Sdn Bhd.

“[…] Saya menyerahkan sumbangan tersebut kepada Zahid kerana beliau pada ketika itu merupakan Menteri Dalam Negeri yang juga timbalan perdana menteri yang bertanggungjawab mencari dana untuk pilihan raya umum yang akan datang,” katanya dalam pernyataan saksinya.

Katanya, setelah menerima surat pembatalan PRSB pada 11 November, dia mendapatkan minit sokongan dari perdana menteri (surat bertarikh 12 November) dan dari menteri dalam negeri (surat bertarikh 27 Januari 2016 dan 19 Februari 2016).

Katanya, PRSB menerima surat lantikan melaksanakan OSC permohonan visa Malaysia di Nepal dan Pakistan pada 27 Jun 2016 dari KDN. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung petang.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Hisyam Teh Poh Teik, Azlan mengakui bahawa sumbangan diberikan secara sukarela tanpa diminta oleh Zahid, tidak diberikan secara korup, tidak diterima oleh Zahid secara korup, dan tidak diberikan sebagai habuan agar PRSB dilantik sebagai pengendali OSC di Pakistan dan Nepal. 

Zahid berdepan tiga pertuduhan menerima suapan dari Azlan (pertuduhan ke-16, 17, 18) membabitkan ketiga-tiga cek berkenaan, untuk melantik PRSB sebagai pengendali OSC di Pakistan dan Nepal, semasa beliau menjadi menteri dalam negeri pada 2017 dan 2018. 

Dalam pemeriksaan balas, ketika Zaidi membacakan ketiga-tiga pertuduhan tersebut kepadanya, Azlan menafikannya. 

Zaidi: Soalan saya, adakah tuduhan ini tepat, benar?

Azlan: Tidak.

Ketika diminta menjelaskan jawapannya itu dalam pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya Gan Peng Kun, Azlan menjelaskan, perkataan “suapan” yang digunakan dalam pertuduhan boleh ditafsirkan seolah-olah dia memberikan rasuah, sedangkan sumbangan itu diberikan setahun setengah selepas syarikatnya mendapat projek berkenaan. 

Gan: Sebelum kontrak diberikan kepada PRSB untuk mengoperasikan OSC, ada atau tidak cek-cek yang diberikan oleh Encik Azlan kepada Datuk Zahid dengan tujuan kebajikan? Ada tak?

Azlan: Tak ada. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, bersambung 2 Mac depan.

***************

All of these cases were prepared by MACC and then passed to the AGC.

When the prosecutors grilled some of witnesses on stand for admission under oath that they have given monies to Dr Zahid as a ‘bribes’, their stern response were “fitnah”.

The court has also heard that MACC put witnesses under duress to get an admission for the crime in the cautioned statement.

An example is Junaith Asharab Md Sharif’s 55th para of his signed statement made in MACC and later discrepancy found in the signed statement made for the DPP, isn’t true at all.

Zahid’s case has been this far presented in court as attempt for political assassination instead of process of justice being sought for a white collar crime.

Utter shameful for MACC.

Published in: on February 22, 2020 at 05:05  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2020/02/22/the-botched-bully-of-precinct-9/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: