“Dua ploh (per)sen”

Dalam dunia yang mencabar hari ini, ada terdapat insan yang berjiwa besar dan hati mulia membantu orang lain, termasuk golongan susah, luar bandar dan masyarakat bandar berbanding dengan mereka yang lari keluar apabila dicabar dalam Mahkamah.

Seorang blogger yang pernah mendokong perjuangan Ketua Pembangkang Dato Sri Anwar Ibrahim bermula zaman ‘Reformasi’ (semasa Anwar dipecat dari Kabinet pada 2 Sept 1998 dan UMNO 3 Sept 1998), membuat posting mengenai keujudan sebuah portal berita, yang sebahagian daripada Kumpulan Petra.

Kumpulan Petra ialah milik Dato (Dr) Vinod B Sekhar, yang dikatakan amat akrab dengan Anwar.

Hakikatnya, RPK sebagai ‘saudara blog’ membedil portal yang diterajui Datuk Rocky, yang satu masa dahulu mengumpul penulis-penulis blog pelbagai penyokong politik untuk bersatu memberikan sokongan apabila pemilik Malaysia Today itu mengalami masalah dengan pihak berkuasa, termasuk Polis.

Mana mungkin RPK tidak melayari portal The Vibes and meneliti bahan yang dipaparkan, termasuk berita sukan, ekonomi, gaya hidup dan kebudayaan dan kisah kemanusiaan?

Masyarakat di Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah

Foto yang dipaparkan membawa kisah kehidupan sebenar, dalam keadaan realiti .

Portal The Vibes digambarkan RPK sebagai ‘senjata politik Anwar Ibrahim’.

Hakikatnya, sebagai portal yang dikuasai dan uruskan penuh oleh wartawan professional dan berpengelaman luas seperti Datuk Rocky dan Terence Fernandez, ianya bukan senjata atau alat politik mana-mana pihak seperti digambarkan.

Perlu diperbetulkan bahawa Dato’ Vinod, seorang pesakit yang jantungnya hanya berfungsi 20% (berbanding tahap minima 55%), lebih bermurah hati untuk membiayai sebuah portal yang setakat ini memberi peluang pekerjaan kepada lebih 35 wartawan (antara mereka ada yang diberhentikan oleh syarikat lain) dalam keadaan industri media menguncup.

Team wartawan dan pengarang The Vibes di Kota Kinabalu semasa portal itu dilancarkan pada 19 Sept 2020

Personaliti politik pertama yang dipaparkan ialah Mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib “Bossku” Tun Razak dan sehari kemudian Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mereka mengenakan baju Barisan Nasional (BN) semasa ditemuramah dan memberi ulasan dan pendapat politik.

Satu maklumat yang dipalsukan RPK ialah memaparkan Dato’ Vinod, yang selama tiga puluh tahun berkecimpung sebagai usahawan, sebagai seorang muflis.

Sebagai wartawan, Datuk Rocky, Terence dan semua warga kerja editorial The Vibes dibayar dengan gaji, sebagaimana portal seperti Malaysiakini dan FMT oleh syarikat milik Kumpulan Petra.

Namun, teka teki sekarang ialah siapa membayar RPK untuk tergamak melanyak ‘saudara blog’ dikalangan warga editorial The Vibes.

Tidak perlu dinyatakan berapa rendah martabat RPK sebagai blogger apabila menulis membedil Dato’ Vinod, dipaparkan juga foto anak-anak beliau.

Mungkin fungsi Dato’ Vinod berfungsi dua puluh peratus sahaja tetapi nilai RPK dikalangan warga kewartawanan, samada media tradisional atau digital ialah “Dua ploh sen”.

Published in: on October 5, 2020 at 22:00  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2020/10/05/dua-ploh-persen/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: