Belacan kena kera

Berita palsu mengenai surat kunun-kunun ditulis dan ditangani borsama oleh Presiden UMNO Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi dan Mantan Presiden UMNO Dato Sri Mohd Najib Tun Razak yang tular 24 jam lalu, telah disahkan palsu oleh Ibu Pejabat UMNO beberapa jam kemudian.

Sinar Harian

Surat tular Zahid Hamidi sokong Anwar disahkan palsu

17 Oct 2020

RAIHAM MOHD SANUSIhttps://9389d4562b89ae037562af98a36e95b6.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html?n=0

SHAH ALAM – Surat yang tular kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi serta setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu disahkan palsu.

Surat bertarikh 11 Oktober 2020 itu yang memaparkan logo UMNO tersebar di media sosial sejak tengah hari tadi.https://9389d4562b89ae037562af98a36e95b6.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html?n=0

Surat yang didakwa dihantar sendiri oleh Ahmad Zahid kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu turut memaparkan tandatangan beliau sebagai pengutus surat.

Ia turut ditandatangani Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai saksi dan penyokong.

Dalam surat tiga halaman itu, Ahmad Zahid berkata, sokongan tersebut turut didokong Ahli-ahli Parlimen UMNO.

“Tujuan mengemukakan warkah ini untuk seikhlasnya mengesahkan bahawa patik bersama YB Dato’ Seri Najib Bin Razak selaku Ahli Parlimen Pekan (P085) dan sejumlah Ahli Dewan Rakyat UMNO telah menarik balik sokongan dan kepercayaan kami kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (P143).

“…dan memberi sokongan dan kepercayaan kami yang tidak berbelah bahagi dan setia kepada YB. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132) untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan,” katanya.

Bagaimanapun, pegawai media Ahmad Zahid, Datuk Dr Ibrahim Yahaya mengesahkan bahawa surat itu palsu.

“Ini kerja fitnah yang berterusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.

Dalam surat itu, Ahmad Zahid turut didakwa berkata, mereka membuat pendirian seperti yang dinyatakan sehingga tamatnya Sidang Parlimen Ke-14, untuk mengelakkan pilihan raya umum sewaktu penyebaran koronavirus (Covid-19) dan kegawatan ekonomi.

Katanya, pendirian berkenaan juga diambil berikutan keresahan dan kekecewaan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan keperluan nyata untuk membuat perubahan kepada kepimpinan negara, dan demi kepentingan rakyat dan negara.

**************

Rata-rata pemimpin dan ahli UMNO tidak gempar dengan paparan surat ini kecuali beberapa Menteri yang mewakili UMNO dalam Kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang pantas memberikan reaksi melalui akaun sosmed mereka.

Satu yang menarik ialah posting akaun sosmed yang dipercayai milik Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.

Beliau dipercayai membuat posting mengenainya sebagaimana yang keluar dalam akaun sosmed media arus perdana dan tidak berapa lama kemudian, memadamkannya.

Posting itu telah dirakam (screenshot).

Sebagai seorang penjawat dalam lingkungan ketat teratas, beliau sewajarnya mengesahkan dulu posting surat yang diviralkan sebelum berkongsi diplatform awam, walaupun disiarkan oleh akaun sosmed media arus perdana.

Sekarang, timbul tanda tanya:

1. Samada posting surat palsu diakaun sosmed orang berkenaan adalah kecuaian walaupun sebagai seorang professyenal

Atau

2. Agenda tersurat politik pihak tertentu

Sebagaimana yang dimaklumkan, Presiden UMNO Zahid berkali kali menegaskan UMNO tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) tetapi sebaliknya fokus untuk mengukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Penyertaan parti Perdana Menteri Muhyiddin PPBM dalam MN yang dimeterai oleh UMNO dan PAS ada 14 Sept 2019 belum disahkan ataupun dilaporkan sebagai ‘dalam proses’ (work in progress).

Untuk rekod, surat palsu ini tular beberapa hari sebelum mesyuarat MN, yang dijangkapada Hari Isnin 19 Okt 2020.

Sehari sebelum itu, foto menunjukkan Presiden UMNO Zahid bertemu Presiden PAS Dato Seri Haji Hadi Awang dalam suasana yang begitu mesra.

Kepentingan dan pengaruh parti Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, PPBM akan tercalar dan terkesan daripada pengukuhan MN. Lebih-lebih majoriti daripada MP yang membuat PPBM sekarang berkuasa merupakan MP-MP UMNO yang ‘lompat parti’.

Until rekod, penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad diundang oleh SPB YDP Agong XV menubuhkan Kerajaan Persekutuan dan menjadi Perdana Menteri VII selepas keputusan PRUXIV bukanlah atas kekuatan parti itu memenangi kerusi terbanyak dikalangan parti-parti Pakatan Harapan.

A Cabinet Minister from UMNO’s posting via his socmed account

Begitu juga setelah Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri VII pada 24 Feb 2020. UMNO dan BN, yang mempunyai 42 kerusi dalam Dewan Rakyat bersetuju memberi ehsan until menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri VIII, yang telah dipersembahkan kepada SPB YDP Agong VIII.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri VIII pada 29 Feb 2020.

Bagi dikalangan pemimpin tertinggi, samada Kabinet, parti atau mereka yang dalam lingkungan ketat Perdana Menteri Muhyiddin, reaksi mereka dalam episod ini adalah umpama ‘Belacan kena Kera’.

Published in: on October 18, 2020 at 16:30  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2020/10/18/belacan-kena-kera/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: