Sebarang perakan penguasaan Dewan Rakyat bermaksud pihak yang layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia mendapat securing kurangnya majoriti mudah dikalangan Ahli Parlimen juga menimbulkan maksud ada Ahli Parlimen yang ‘Melompat’ dan beralih arah sokongan yang diberikan kepada Perdana Menteri VIII Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Pada 23 Feb 2020 di Kuala Lumpur, tiga Hari sebelum PRN Negeri Sabah, Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau “Cukup sokongan yang padu dan kredibel daripada majoriti Ahli Parlimen” dan akan mempersembahkanya kebawah DYMM SPB YDP Agong XVI.
“Kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah jatuh!”
Perdana Menteri Muhyiddin menafikan ini dan meneruskan tugas, dyngan memgumumkan peruntukan Khas tambahan bagi program untuk membantu rakyat terutama yang terkesan akibat gejala pandemik Covid-19.
Namun selepas berlaku beberapa siri ‘drama kecil’, maka pada 13 Oktober 2020 Ketua Pembangkang Anwar telah mengadap SPB YDP Agong XVI di Istana Negara pada 1100pagi.
Meringkaskan episod, Ketua Pembangkang Anwar gagal membuktikan bahawa sekelian MP menyokong beliau untuk menguasai Dewan Rakyat dan layak dilantik sebagai Perdana Menteri IX.
Namun dalam apa keadaan sekalipun, peralihan kuasa daripada Kerajaan kepada Ketua Pembangkang sebelum diadakan PRU, memerlukan Ahli-Ahli Parlimen berubah kedudukan mereka dan ‘melompat’ untuk menyokong sebelah lagi satu.
Mengekang fenomena ‘Lompat’ ini belum dimuktamadkan kerana sebarang Rang Undang-Undang Anti Lompat belum pernah dikemukakan kepada Dewan Rakyat oleh mana-mana Kerajaan, juga belum dibahaskan dan diluluskan.
Apa yang menarik ialah pemimpin kanan PKR (parti Ketua Pembangkang Anwar) sendiri tidak bersetuju dengan fenomena ‘Lompat’ ini. Naib Presiden PKR Dato’ Dr Xavier Jayakumar memberi tahu perkara ini dalam sebum temuramah dengan The Vibes pada 22 September 2020.
Ini merupakan susulan komen yang diberikan Mantan Presiden UMNO Dato’ Sri Mohd. Najib “Bossku” Tun Razak yang mengutarakan pendapat beliau kepada The Vibes mengenai wakil rakyat yang ‘melompat’.
Sekarang merupakan masa yang tepat bagi PKR sebagai parti yang berpotensi untuk meneraju Kerajaan untuk menyatakan dengan jelas ketetapan mereka mengenai ‘Lompat Parti’.
Sistem demokrasi Raja Berperlembagaan ala Westminster yang diamalkan Malaysia perlu diutuhkan agar Kerajaan Persekutuan dan Negeri ditentukan oleh rakyat semasa PRU atar PRN melalui proses undi dan bukan separuh jalan ‘bertukar pengurusan’ akibat wakil-wakil rakyat yang ‘Melompat Parti’ atau ‘Berubah Blok Sokongan’.
Leave a Reply