UMNO mengambil sikap mengutama kepentingan Negara dan Rakyat dengan tegas mengenai ketetapan ‘Gencatan Politik’ dan sejurusnya bersama DYMM SPB YDP Agong XVI dengan menolak ‘Nasehat’ Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin dan Kabinet, yang dipersembahkan kepada Baginda pada petang Jumaat 23 Oktober 2020
Laporan Malaysiakini:
Umno tolak syor Rais cadang semula darurat kepada Agong
Diterbitkan 31 minit lepas Dikemaskini beberapa saat lepas
Umno menolak syor Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim supaya kerajaan mencadangkan sekali lagi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan darurat.
Seorang anggota majlis tertinggi (MT) Umno yang enggan namanya disiarkan berkata, usaha mendapatkan pengisytiharan darurat sekali lagi adalah tidak selaras dengan pendirian parti itu.
“Tindakan Speaker Dewan Negara Rais Yatim yang meminta kerajaan meneruskan cadangan darurat adalah satu tindakan yang tidak mementingkan rakyat.
“MT tegas untuk menolak mana-mana tindakan yang akan menjejaskan keselamatan rakyat dan patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia,” kata pemimpin berkenaan.
************
Seorang peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Madhzar melalui Tetuan Kendagaharan & Co telah memfailkan bahawa DYMM SPB YDP Agong XVI menolak ‘Nasehat’ Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin dan Kabinet mengenai usul mengihstiharkan Darurat, selaras peruntukan Perlembagaan Perkara 150(1)
Ini berasaskan idea asal yang dikemukakan Presiden Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim bahawa Perdana Menteri Muhyiddin wajar untuk cuba kemukakan semula ‘Nasehat’ untuk pengishtiharan Darurat.
Utusan Malaysia:
Rais syor PM menghadap Agong semula cadang darurat sekali lagi

RAIS YATIM
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan darurat di kawasan terlibat kes Covid-19 boleh dicadangkan sekali lagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak dicampur-aduk dengan kemelut politik dalam negara. Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang juga pakar Perlembagaan berkata, sangat mustahak untuk seluruh rakyat menghormati keputusan Seri Paduka yang menolak cadangan pelaksanaan darurat…
**********
Tan Sri Rais Yatim dilantik oleh DYMM SPB YDP Agong XVI untuk mempengerusikan Dewan Negara, dimana para Senatornya terdiri dari individu yang dicadangkan kepada SPB Tuanku untuk diangkat sebagai Ahli Dewan Negara.
Dewan Negara bersidang sebagai salah satu sayap Parlimen SPB YDP Agong.
Hakikatnya, samada Presiden Rais, Perdana Menteri Muhyiddin maupun anggota Kabinet bahawa mereka bertanggung jawab kepada rakyat kerana kuasa yang mereka nikmati ialah berdasarkan sistem demokrasi Raja BerPerlembagaan ala Westminister.
Jika disusuri garismasa, semenjak bermula spekulasi ‘Kerajaan akan mengishtiharkan Darurat’ pada Khamis 22 Oktober 2020, sehingga hari ini tiada lagi pengishtiharkan cadangan Kerajaan untuk menggunakan peruntukan Perlembagaan Perkara 150(1) dibuat.
Rakyat dan dunia secara rasmi hanya mengetahui mengenainya dalam Titah yang dikeluokan Pejabat Pengelola Bijaya DiRaja Istana Negara pada petang Ahad 25 Oktober 2020, selepas Majlis Raja-Raja bersidang.


Keikhlasan Perdana Menteri Muhyiddin mentadbir dan menguruskan negara Kini menjadi kesangsian banyak pihak.
Perdana Menteri Muhyiddin bukan setakat ‘bermain politik’ (politicking) namun ‘bermain politik peringkat kayangan’.
Sebelum Persekutuan Tanah Melayu mengecap Kemerdekaan, sekelian baginda Raja-Raja Melayu melepaskan kuasa eksekutif mereka kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan merimapakai sistem Raja BerPerlembagaan ala Westminster. Ini dibuat dengan penuh keyakinan bahawa Eksekutif bahawa kepentingan Negara dan rakyat akan dijaga dan utamakan, bawah nama Kerajaan Seri Paduka Baginda.
Sepanjangkan tahun ini sahaja, DYMM SPB YDP Agong XVI menintahkan tiga kali berkenaan ‘bermain politik’ (politicking) dan dua kali mengenai keutamaan Parlimen meluluskan Rang Undang Udang Perbekalan 2021 (Bajet 2021), demi kesejahteraan dan kemakmuran Negara dan rakyat.
Sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin masih lagi gagal melaksanakan semua ini sebaliknya begitu egoistik berusaha segala apacara untuk kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri, dimana asas tampuk kuasa (pinjaman) menjadi kesangsian, masa ini semestikan akan mengumpulkan kos kepada rakyat.
Apakah berbaloi untuk menampung kos ini semata-mata mengekalkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri VIII?
Leave a Reply